Bengkel Penulisan Skrip di FINAS
- May 14th, 2009
- Posted in Blog
- Write comment
Pada 10hb. Mei 2009 yang lepas, aku telah join bengkel penulisan skrip anjuran Martias Entertainment dan Finas. Alhamdulillah… banyak gambaran yang aku nampak untuk menceburi bidang penulisan skrip ini di kaca mata penulis, penilai, penerbit, pengarah dan juga pelakon sendiri. Bukan senang nak senang sebenarnya dan tidak hairanlah banyak skrip yang dihantar ke stesen-stesen tv mahupun syarikat penerbitan berakhir di dalam tong sampah kerana kesilapan format, teknik dan bahan.
Aku rasa bertuah kerana panel yang memberi talk dalam bengkel tersebut terdiri dari mereka-mereka yang telah lama bergiat dalam bidang penerbitan tv dan filem. Antara yang terlibat ialah en. Martias Ali (penulis yang banyak menerima award), en. Zainal (penerbit RTM), en. Jurey rosli (penerbit & pengarah), en. Zaidi Omar dan pn. Wan Maimunah (pelakon). Mereka memberi pandangan tersendiri mengenai mutu dan persembahan penulisan skrip sebelum digarapkan di dalam pentas lakonan. Tak lupa juga kepada rakan-rakan peserta yang banyak berkongsi pengalaman di mana seterusnya menjadi networking aku dalam bidang produksi ini.
Kesimpulannya, walaupun bengkel ini diadakan selama satu hari suntuk tetapi aku telah dapat gambaran yang jelas mengenai penulisan skrip, hala tuju skrip, teknik dan format, masalah-masalah yang dihadapi, hakcipta, royalti, kos dan demand sebagai penulis. Sudah cukup banyak aku rasa hasil dari perkongsian dengan panel dan rakan-rakan. Alhamdulillah… hidup perlu diteruskan…
Thank you… Insyaallah nanti you akan menjadi penulis yg terkenal juga.
bengkel tu sesuai tak untuk dummies…
teringin jugak rasanya nak experience bidang neh..
cheneke… untuk dummies pun boleh juga sebab bengkel ni akan dibekalkan dengan nota dan teknik selain dari tunjuk ajar penulis skrip, juri dan pelakon… bagaimanapun saya rekemen kalau cheneke nak ambil bengkel anjuran finas (dengan brother martias juga sebagai instructor) selama 5 hari… lagi banyak maklumat dan praktikal dapat diperolehi… bengkel sehari tak cukup rasa.. hehee..