Archive for January, 2009

Segalanya baru…

Tahun 2009 ni secara tak langsung memberi banyak inspirasi kepada aku untuk meneruskan karier aku… Aku rasa bagai bermimpi… kerana aku dikejutkan dengan banyak perkara… nak diringkaskan cerita aku baru saja tubuhkan satu company baru… Adi Karya Sdn Bhd… memang pada mulanya aku nak pindahkan opis lama aku di PJ tu ke area Serdang… tapi oleh kerana company enterprise aku Orenj Media House ni kalau nak tubuhkan sdn bhd kena tutup dulu yang enterprise ni… sayang pulak sebab semua dah ada (kewangan & bumi + projek-projek yang telah dilakukan dengan swasta & gomen). kena biarkan je lah…

apapun sebelum terdaftarnya adi karya ni.. ada la 2-3 nama yang dicadangkan… cuma masalah dari segi nak sebut dan skop yang ada pada nama saja yang buat jadi serba salah. so aku letak je la nama tu… jadi main business company baru ni aku akan letak sebagai company yang menguruskan produksi (production) dan kesenian (arts).

Opis baru aku terletak di Serdang/Balakong/Cheras/Kajang… 4 sempadan kawasan woooo… susah betul aku nak cari address… dalam bil air ditulis Cheras, Selangor  (Cheras dalam Selangor ka??)… bil letrik ditulis balakong jaya.. blok sebelah ditulis kajang.. adoiii.. pening… lagi pening bila nak register telefon nanti… ishhh…

Buat masa ni… opis masih kosong lagi sebab  sedang uruskan renovation… partition (gibson board), gril, wiring lampu & soket, aircond, karpet, perabot, utiliti, signboard… adoii.. banyak la jugak.. kalau kat area KB tu ada la habis dalam RM15K untuk semua ni… kat sini taktau lagi.. aku tengah tunggu quotation dari 3 company sebenarnya… satu je yg sampai.. lagi 2 esok kot? tunggu je laaa…

Apapun aku berharap satu lembaran baru akan terbuka untuk aku dan team aku pada tahun 2009 ini kerana ia ‘telah bermula’ dan dari tahun ke tahun akan datang… aku ingin maju lagi dalam dunia yang segalanya baru buat aku ini… makbulkan doa dan harapan ku ini ya Allah.. amiiinnn…

Misteri itu diteruskan…

Pada 5hb Januari yang lalu… aku pulang ke Kelantan untuk projek terbaru team aku… untuk permulaan aku buat temuramah dengan seorang bekas tok dalang wayang kulit.. Pok Sein Bageh… kg. Lati.. 

Temuduga ini bagi mendapatkan sejarah, watak-watak dan ceritera yang terdapat di dalam permainan wayang kulit…

Aku tak tahu kenapa… balik dari projek ni… bila aku balik ke KL rasa semacam je… letih dan penat… rehat la dulu… sebab 2 minggu lepas ada sesuatu yang berlaku pada aku dan keluarga… penangan wayang kulit juga ni… apapun… memang misteri… aku akui ada misteri di sebalik semua ini… mmmmm…

Selamat tahun baru 2009

Hmmm… Detik-detik berganti dengan detik, minit pun silih berganti, hari-hari pun terus berganti, bulan-bulan juga terus berganti, zaman-zaman pun terus berubah, hidup ini juga pasti mati…

Malam-malam diganti dengan pagi, pagi pun jadi siang, tahun-tahun pun berganti abad, yang muda pun pasti menjadi tua, musim-musim pun terus berganti, hidup ini juga pasti mati…

Tak akan ada yang abadi… Tak akan ada yang kekal…

(Pangeran Cinta : Dewa 19)

Selamat tahun baru 2009 dan selamat tahun baru hijrah 1430…

Return top

ADI BLOG

Aku tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.