Rata-rata pada hujung tahun yang ‘gerhana’ dengan kisah-kisah dan cerita-cerita politik negara kita sekarang ini makin pelik aku rasa. Kekadang rasa nak join dorang semua dalam semua kancah perjuangan yang sedang berapi-api sekarang ni. Tapi di mana aku perlu bermula? Mmmmm… tampak makin rancak… aku cuma inginkan perjuangan yang akan mendatangkan kebaikan kepada rakyat.. bukan keuntungan kepada negara… kerana pada aku negara yang banyak untung sekalipun kalau rakyatnya menderita tak guna juga… cuba cermin diri kita sebagai masyarakat di negara kita sendiri. Tak payahlah dok sebut bersyukur kerana negara kita aman.. kita perlu bersyukur kerana dilahirkan ke dunia sebagai insan yang boleh berjuang demi keluarga, bangsa dan agama… kita kena bijak selangkah demi selangkah dalam meneruskan hidup ini… jangan lagi berada di takuk lama… tunggu dan lihat… dan masih lagi diikat dengan pepatah-pepatah yang melemahkan semangat perjuangan dan kemajuan… Aku rasa kuasa di tangan rakyat yang selama ini dianggap dan dilabel sebagai layu, lupa, sejuk dan aman tidak lagi terlukis… yang kita lihat ialah kemarahan, ketidakpuasan, kesusahan dan kesukaran dalam menggali emas di negara kita sendiri… generasi kini lebih maju dari segi pemikiran dan tindakbalas untuk meneruskan kehidupan dan ianya adalah sesuatu yang mengagumkan aku… aku harap ia tidak akan berakhir atau berlalu… ia perlu kekal di sanubari setiap anak bangsa…

Hmmm… minyak… sekarang ini minyak semakin turun… dan akan turun lagi… setiap kali mengisi minyak dalam keretaku… menjeling meter minyak pun aku rasa lega dah… pendek kata kalau isi RM50 tu.. nampaklah juga confident nak jalan jauh… sebelum ni rasa macam nak sepak je ‘malaun²’ atau ‘penyanggak²’ minyak ni… aku dah kata perbuatan mereka takkan lama… Allah itu adil dan Maha Kaya.. sesungguhnya harta benda di dunia ini bukan milik sesiapa… ianya adalah milik kita semua agar kita tahu dari mana asal usul kita dan ke mana kita akan berpijak dari hari ke hari… tak mengapa… biarlah harga minyak dunia dah jatuh merudum sekalipun… janji minyak negara kita akan turun juga mengikut harga yang sepatutnya… aku bukan apa… masa nak naikkan harga dulu tak ingat langsung pada kiri kanan jalan… nampak je harga dunia naik kita pun naik juga macam la kita ni negara pengeluar minyak terbesar dunia… lepas tu bila harga turun merudum.. aiikk… kita turun bertatih-tatih pula macam turun tangga… patutnya turun la macam turun gelongsor… tapi hasilnya kita dapat lihat bagaimana negara kita menggunakan kuasa dalam hal menaik turun harga ni… cuma jangan dilupa.. ada yang naik akan turun… ada juga yang naik takkan turun… fikirlah sendiri…

kesimpulannya… ada agenda tertentu yang kita tak pasti… agenda untuk Mac 2009 tahun hadapan… takpa… biarlah mereka-mereka berjuang di pentas perjuangan di sana… kita pula jangan lalai dan alpa untuk berjuang di pentas-pentas perjuangan kita sebagai rakyat yang mempunyai negara berdaulat dan merdeka… harapan aku hanyalah satu… iaitu pada Tuhan yang Satu… pada Allah S.W.T… bantulah negara aku ini dalam pemerintahan agar dapat membangunkan satu kehidupan yang aman dan damai untuk mencari rezeki dan harta benda kerana negara aku ini banyak sumbernya… dan janganlah jadikan negara aku seperti negara-negara lain yang walaupun banyak sumber, tiada sumber atau sebagainya tetapi masih melakukan kerosakan pada bangsanya sendiri… balasan seperti peperangan, penindasan, kekacauan, kebuluran dan kejahilan bermaharajalela… jauhilah negaraku dari virus ini… amiinnn…