Mmmm… budget 2009 yang dibentangkan semalam tak banyak yang ada ‘x-factor’… agaknya tiap-tiap tahun ada ‘x’.. kali ni dah takda.. yang ada ‘zzzzzz…’.. hehehee… ntahlah… apa nak jadi taktaulah…

Walau macamana pun… tahniahlah kepada kerajaan kerana telah peka dan buka mata dalam budget 2009 ini… semuanya ditumpukan pada ayat ‘kemiskinan’… hahh..!! apa yang aku dok cakap selama ni betul jugak laa.. bahawasanya rakyat kita ramai yang MISKIN walaupun ada rumah dan kenderaan… miskin kerana desakan ekonomi dan kewangan sejagat… zaman sekarang zaman duit.. bukan zaman bakti lagi… di mana letaknya nilai murni kemanusiaan perlu dicari kembali… aku harap aku dan rakyat akan dapat menemui semangat ini kembali…

Apapun… kemiskinan yang dilaungkan selama ini semuanya kerana minyak… kenaikan minyak pada tahun ini banyak yang mengusik poket dan saving rakyat dalam kehidupan… aku bagi contoh aku saja… kereta aku yang selama ini hanya perlukan belanja RM300 sebulan untuk minyak… tapi sekarang ni dah jadi RM700 lebih… aku dan isteri menggunakan dua kereta… jadi bayangkan berapa dah belanja aku untuk minyak..? sahaja..?? Ya Allah..! kurniakanlah aku rezeki untuk aku dan keluarga bagi menempuh kehidupan akan datang… amiiinnn….

Aku kena berusaha lebih kuat lagi.. insyaAllah… dan esok.. aku nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kali ke 51 untuk Malaysia… Merdeka..!! Merdeka..!!!!! Merdekaa..!!! (apa yang merdeka..??)