Produk Syarikat aku di Utusan Malaysia 7hb. Julai 2008
- July 7th, 2008
- Write comment

Said, Wok Yoh & Samad
Alhamdulillah… hari ini aku bersyukur kerana salah satu syarikat aku dah dapat coverage dalam Utusan Malaysia pada hari ini… Tapi edisi Timur laa.. hehehee… untuk satu Malaysia akan di cover ke dalam Kosmo sedikit masa lagi InsyaAllah… Gambar aku dan uncle aku masuk paper… bangga… rock…! Semua ceritanya boleh didapati melalui laman utusan malaysia melalui URL berikut :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0707&pub=Utusan_Malaysia&sec=Timur&pg=wt_02.htm
Cuma satu perkara je yang aku musykil… satu lagi coverage pasal animasi ni… menggunakan kartun company aku… tapi nama company aku tak disebut pun… yang disebut company lain yang turut terlibat dalam bidang animasi… kenapa ye? Cerita-cerita company tu pun macam sama je dengan maklumat company aku terutama dari segi budget dan masa dalam penyediaan animasi. Dah la coverage pasal company aku dan Animasi Wayang Kulit aku tu tiada alamat, telefon dan laman web pun… kartun aku yang diguna ni pun tak di beri makluman dari siapa… semuanya boleh di baca melalui URL di bawah ni…
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0707&pub=Utusan_Malaysia&sec=Timur&pg=wt_01.htm
Mmmmm… yang mengejutkan aku… petang tadi aku dapat panggilan daripada wartawan asal yang menemuramah aku dan uncle aku… dia kata segala coverage dia dah kena ‘filter’… segala maklumat yang sepatutnya dinyatakan telah ‘hilang’… come on laaa… takkan la nak guna cerita aku untuk penuhkan mukasurat je.. dah la aku pun luangkan masa, tenaga dan modal untuk orang kenal company aku dan cara untuk dapatkan produk-produk aku yang lain kat sini… tapi macam mana pembaca nak hubungi kalau semua benda tak ada..? Sadis wooo… lastnya pejabat utusan dan rakan taulan yang telefon tanya perkara ni… sabar je laaa…
Takpelah… apapun aku bersyukur… target tahun ini telah tercapai… terima kasih kepada team Utusan Malaysia KB… dan kini aku dah melangkah setapak lagi untuk ke Jabatan yang lebih mencabar… KEKKWA… insyaAllah sedikit masa lagi…
Akhir kata… jangan lupa dapatkan produk Animasi terbaru ‘Jala Emas Jala Perak’ samada episod 1 dan episod 2 di pasaran tak lama lagi.. majulah seni untuk negara…!!