Archive for June, 2008

Minyak… Beras… Elektrik… Air… Apa lagi…?

Aku ni tertulis tentang perkara-perkara kat atas ni sebab… minda aku takleh nak tahan dah… setelah dengar cerita dan berita dari semua pihak… aku rasa aku kena luahkan juga perasaan aku… terutama untuk golongan yang lebih susah untuk meneruskan hidup mereka… sedangkan aku yang sederhana ni pun terasa bahangnya.. inikan pula mereka? dan yang paling aku nak fikir ni tentang adik-adik aku yang juga bekerja sendiri…

Minyak… kenaikan minyak sebenarnya memberi impak yang besar kepada dunia.. dan negara aku sendiri… tak payah cerita benda lain pun orang dah tau… bila minyak naik… benda lain secara tak langsung akan naik juga… makan minum, kemudahan awam, pengangkutan awam, peralatan dan entah benda yang tak bersangkut paut dengan kita pun naik. Apa boleh buat kan? Rakyat Malaysia ni baik… naik barang pun bising-bising kat kedai kopi je… buat demonstrasi kena halau… tulih blog kena dakwa… apa dah punya undang-undang mengarut sekarang ni? Habis tu kes jenayah? rasuah? syariah? masyarakat macam mana? Kenapa la kita takleh jadi macam masyarakat negara jiran ye? buat demonstrasi besar-besaran, huru-hara, kiri-maru, bakar sana sini, tembak sana sini?? baru la golongan tertentu ni ‘sedar’ sikit kot… kalau ada pun aku join sekali nih… sebab aku nak tegakkan kebenaran pada agama, bangsa dan negara.

Aku terkedu sekejap bila baca kenyataan Dr. Mohd Asri (Mufti Perlis) baru-baru ini… dulu aku ‘hangin’ juga dengan dia ni sebab ada la kenyataan yang dia buat tahun lepas tu… macam dia tu bagus sangat… tapi… aku rasa dia memang bagus pun… aku baru faham yang masa tu dia nak ambil kunci je untuk bertindak… bila dah dapat dia tak ada nak selindung dah… dia luahkan dan buka segala minda yang ada sebesar-besarnya walaupun tidaklah sebesar mata memandang… besar lagi… ye lah… contohnya dia kata mengapa bila berlaku barang naik, minyak naik, kemudahan naik… rakyat yang dipersalahkan dan diingatkan?? apa? ingat rakyat ni kerja dok depan Bangunan Parlimen hari-hari bincang ka? Rakyat kena berjimat cermat? aku rasa rakyat yang lebih rendah gaji dari aku pun lebih hebat lagi dari segi merancang kewangan… kalau la petani yang tak ada gaji tetap tu boleh sara ramai anak… apa lagi dengan orang kaya yang ada anak sorang dua? siapa yang membazir? siapa yang berjimat sebenarnya? asal ada duit lebih je… cucuk muka… cucuk bontot… botox… vitamin C… entah macam-macam lagi… orang susah yang hari-hari makan tempe pun berkedut jugak… apa ke jadahnya semua ini…? (pinjam Wan Kamaruddin punya motto jap). Pernah tengok cerita Kantonis ‘Young and Dangerous IV’…? dalam cerita tu pun dorang boleh mainkan Malaysia… ada pemimpin yang korupsi… berbaju Melayu dan bersongkok… walaupun bukan melayu tapi menyakitkan hati kerana imej dan pakaian kebangsaan kita dicemari dengan sikap tamak… bawa masuk kongsi gelap dari luar untuk melabur dalam bidang perumahan kat negara kita… dah la dorang dapat kutip juta-juta RM dari rakyat dan kerajaan… Kita apa ada? Ada Astro… Handphone… Rumah… Kereta… pun dah cukup dah… yang lain lantak pi… Aduh.. sadisnya… bukan setakat itu sahaja… pekerja-pekerja awam dan profesional sekarang ni pun… warga asing juga banyak… habis rosak anak bangsa dan budaya kita dibuatnya… dah la dorang tu terlepas dari cukai… boleh buat sesuka hati macam syurga… lepas tu kita pula yang kena tanggung… apa nak jadi dengan Malaysia ni? Nasib baik la institusi Raja masih ada di setiap negeri dan masih ada YDP Agung… kalau la institusi ni tiada… lagi habislah jawabnya negara aku… Aku harap Raja-Raja kita pun akan mengambil langkah drastik untuk membantu rakyat… nasihat la sikit kat ‘Orang tua’ tu… 

Hai Entahlah… hari tu beras naik… lepas ni tarif elektrik pulak naik… yang paling aku menyampah ni bila pemerintah ni dok banding lagi harga barang atau benda-benda ni dengan negara lain. Cukup aku meluat. Aku bagi contoh laaa.. kalau minyak negara kita murah… cuba tengok kereta atau motor kat negara kita ni macam mana? macam naga harga dia dengan interest bank lagi. Tapi kat Thailand tu cuba tengok… harga mahal pun.. kereta murah, spare part murah, tayar murah, dan segalanya murah dari negara kita apa cerita beb?? nak perbodohkan rakyat dengan kenyataan macam tu? Huhh!! bosan dah… letih… ni sekarang ni heboh dah pasal boleh tuntut duit subsidi kat Pejabat Pos… bagi pengguna kereta dan motor… Eh? Pejabat Pos Malaysia sekarang ni milik siapa ehh?? Company mana? Laaa.. cuba la kita siasat betul-betul… siapa punya? Ishh.. kat situ juga peginya (menantu kesayangan dia tu la…) yelahkan… setiap subsidi bagi kenderaan tu kan ada komisen RM10 kepada Pos Malaysia… kalau kereta dan motor kat negara kita ni ada 1 juta… dah berapa juta dah dapat cari duit lagi dengan komisen tu… hampeh..! dasar mata duitan sungguh… Lagi satu ni pasal Gaji kakitangan awam nak dibayar 2 kali sebulan secara ansuran. Eh? Rakyat ada minta macam tu ka? Apa ke hal la pi usik gaji staf pulak ni? Kalau dah tau rakyat ni susah apasal tak jaga betul-betul? Nak tarik perhatian apa lagi taktau laaa… tak pernah lagi berlaku dalam sejarah Gaji bulanan kakitangan awam dah jadi gaji macam separuan… ke apa istilah baru nanti aku taktau lah… macam-macam… Ehh?? pencen pesara macam mana pulak? nak bayar dua kali jugak ke? atau tiap-tiap minggu?

Hmmm.. minggu lepas… balik dengan bapa saudara aku dari KB ke KL… long distance driving… macam-macam aku sembang dengan dia… dia cakap kat aku… dalam dunia ni tiada yang kekal… semua benda perlu ditukar ganti… contohnya dia kata Parti yang berkuasa kat Malaysia ni laaa… dah catat sejarah merupakan parti yang paling lama berkuasa di dunia… kalah negara lain dengan macam-macam parti… macam mana pun akan jatuh juga… begitu juga hak orang melayu dalam negara sendiri… tak lama lagi akan hilang juga… takyah la kita nak bermegah dan bangga dengan bangsa kita kat sini… sebab? tiada yang kekal… yang ada hanya cara untuk melambatkannya… macam mana? pemerintah kena bijak dan cerdik laaa… yang aku nampak sekarang ni ‘bodoh’ dan ‘baghal’… bangsa lain dah berduyun-duyun datang sini dan dapat buat duit, ekonomi, perniagaan, pelaburan dan macam-macam lagi… orang kita dok mana? masih dok makan gaji… bising bila tol naik, minyak naik, barang naik, tak dapat bonus, tak dapat honorarium… lepas tu bila tak dapat juga… diam terus… membazir dan hampehhh..!! Wake Up..!!! kenapa masih pilih lagi parti yang buat kita semua macam ni? Sampai bila?? Kita mati esok anak cucu kita ada lagi… aiyaaa..!! ayoyooo…!! guano wehh..!!

Apapun… aku faham… rakyat pun tak boleh buat apa-apa dah… sejak generasi muda ni dah banyak tumpu pada hiburan dan keseronokan… ibubapa pun macam tak kisah dah… boleh join sama nak berseronok… yang tua nak jadi muda… yang muda nak jadi tua… tak lama lagi akan rosak minda dan semangat… habislah generasi yang akan memajukan malaysia… agaknya apabila sudah tertekan dengan kenaikan kemudahan negara ni… masa tu akan bangkit untuk melawan dan melakukan sesuatu… tapi dah terlambat… sepertimana yang aku kata tadi… tiada yang kekal dalam dunia ini… kita doakan saja agar generasi akan datang akan sedar dan dapat terus menyambung bakti kepada agama, bangsa dan negara demi menjaga maruah dan keluarga.

Shooting Perkampungan orang asli di Kg. Sg. Rual, Jeli, Kelantan

Pada 22hb. hingga 25hb. Mei 2008 yang lalu.. aku berkesempatan berkunjung ke perkampungan orang asli di Sg. Rual, Jeli, Kelantan. Tujuan aku ke sana ialah untuk merakam aktiviti sebuah pusat bimbingan ilmu (PUBIMAS al-Amin) dari Kota Bharu yang membuat Program Lawatan dan Dakwah ke sana. Rakaman yg aku buat akan di VCD kan untuk tatapan umum.

Program tersebut dianjurkan oleh PUBIMAS al-Amin (http://www.pubimas.com) sebuah Pusat Pengajian Tahfiz al-Quran yang ternama di Kota Bharu dengan kerjasama Jabatan Hel Ehwal Orang Asli (JHEOA) dan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM).

Perkampungan Orang Asli di Sg. Rual ini dah moden. Pakaian dan makanan mereka sudah seperti kebanyakan penduduk kita di Malaysia. Dan yang penting… kesemua penduduknya beragama Islam.. Alhamdulillah.. program yang diadakan selama 4 hari 3 malam ini telah berjaya.. dan aku.. sebagai seorang penulis dan juga perakam suasana.. mempunyai banyak perkara yang boleh aku sampaikan mengenai program yang telah dianjurkan ini dalam bentuk dokumentari. Cuma yang tak syoknya.. aku terlibat dalam semua peringkat disebabkan krew dan team aku tak dapat datang kerana terlibat dalam rakaman di tempat lain. Letih woooo…

Kenangan? memang banyak… dari pemerhatian dan penelitian… aku dapat simpulkan masyarakat orang asli di sini amat mementingkan persaudaraan dan persahabatan.. dari kanak-kanak sampai dewasa hidup dengan cara yang telah diperturunkan oleh nenek moyang mereka… perkongsian sumber adalah yang paling dititikberatkan.. semua akan mendapat hak yang sama rata… mmmmm… masyarakat melayu kita macam mana ya? ooooooo… jauh ketinggalan…

Apapun… dokumentari ringkas aku dijangka siap akhir bulan Jun… aku sampaikan apa yang aku lihat dan rasai melalui VCD tersebut… kesempatan ini aku nak ucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat membantu aku sepanjang rakaman dan kehadiran aku di sana… InsyaAllah di lain masa aku akan ke sana lagi dengan krew aku… Tok Penghulu (Tok Batin) ada janji nak suruh anak buah dia bawa aku ke hutan untuk misi menjelajah sumber hutan… memang menarik… haiwan, tumbuhan dan ‘makhluk’ yang misteri… mmmmmm… terima kasih Tok Din dan Tok Langsat… sampai ketemu lagi…

Return top

ADI BLOG

Aku tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.