Archive for April, 2008

Lagi-Lagi Senario… Politik Negara…

April dah sampai penghujung… isu-isu politik sentiasa menjadi hangat dan bangat entah sampai bila nak reda. Adik-beradik, Saudara-mara, Kawan-kawan, Pelawat yang datang ke rumah aku untuk melawat anak bongsuku sememangnya hangat dengan isu-isu ini. Aku uji je… bila mana topik perbualan dah sejuk… saja aku cucuk sikit pasal politik dan hasilnya.. ‘Bedebomm..!!’ bombastik macam-macam cerita dan kisah yang baru, lama dan yang tak pernah aku dengar akan keluar.

Dari isu pilihanraya, perlantikan menteri, perebutan jawatan, gila meroyan (tulih blog pulak dahh.. dulu takde plak nak menulis ni..), kenaikan harga barang, isu subsidi, kenaikan harga minyak, kenaikan harga beras… adoiii… apa nak jadi dengan negara aku ni..?? bosannya… kalau tidak kerana fikirkan keluarga… aku dah terbang jauh dah meninggalkan Malaysia… geram sangat dah aku ni… tapi kena sabar… sabar… ni yang baru ni isu bekas menteri men’cabul’ la pulak… isu-isu sekarang ni dah panas sangat sampai minat aku pada EPL, UEFA, AF6 dan ada la lagi lenyap terus… tak habis-habis ni… Ya Allah… bantulah aku dan mereka-mereka yang inginkan keadilan dan keamanan… Sesungguhnya aku tidak mampu untuk mengangkat ‘senjata’ untuk menebus segala kekecewaan ini… Ehh?? ini maksud yang kena faham bebetul ni… jangan salah faham… haahahahaa..!!!

Dalam minggu ni… aku terasa sesuatu… bila aku beli barang kat carefour… bila aku isi minyak kereta… bila aku cucuk kad atm aku kat mesin… ehh?? rasa lainlah… rasa macam duit aku keluar macam air je… mmmmmm… ntahlah… no komenlah… blah laahhh…

Kelahiran Aleisya Hana…

Pada hari ini, Khamis, 10 April 2008… Aku bersyukur kepada Allah S.W.T…. kerana isteriku telah selamat melahirkan anakku yang keempat di Hospital Serdang pada jam 7.15 malam. Anak keempatku ini perempuan dan berjaya memecah rekod kakak-kakak dan abangnya yang mana beratnya ialah 3.8kg. heheehee… paling berat mengalahkan saudara…

Mmmmm… suspen, gembira, lega dan keletihan… tak dapat nak dibayangkan semasa menunggu masa semalam… dan esok harapannya agar isteri dan anakku dapat pulang ke rumah.. amin…

Terima kasih kepada Allah S.W.T. yang Maha Memberi dan Maha Pengasih. Dan anak keempatku ini… aku namakan Aleisya Hana… 

Return top

ADI BLOG

Aku tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.