Ceramah di SMTPC… My old school…
- January 13th, 2008
- Write comment
Tajuk : Program Jejak Jaya
Tarikh : 13hb. Januari 2008
Masa : 8.00 – 9.00 pagi
Tempat : Dewan Besar, Sekolah Menengah Teknik Pengkalan Chepa, KB.
Audience : 500 orang.
Hari ini merupakan hari yang bertuah buatku kerana setelah 18 tahun berlalu, aku telah menjejakkan kaki ke sekolah lamaku… Ini pun aku bersyukur kerana mendapat jemputan dari bekas guru-guru yang pernah mengajar dan mendidik aku sehingga menjadi seorang pelajar yang cemerlang di sekolah ini bagi memberi sedikit motivasi dan semangat kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki SPM pada tahun ini. Selain itu untuk memupuk hubungan yang erat antara ahli ALUMNI di sekolah ini.
Aku juga bertuah kerana dapat berjumpa semula dengan guru-guru yang masih setia mengajar di sekolah ini… Cikgu Azlina bt Muhammad (Matematik – guru kelas dan kaunseling), Cikgu Wan Paridah bt Wan Mohamad (Guru Sains), Ustaz Hamad @ Lutfi bin Salleh (Pengetahuan Agama Islam) dan Cikgu Zaib bin Daud (Elektrik)… tidak dilupakan cikgu-cikgu lain seperti Cikgu Somasundram (English), Cikgu Hanafi (Elektrik) dan Cikgu Kamalia (Bahasa Melayu) yang telah bertukar ke sekolah lain sementara cikgu Yusof (Elektrik) telah bersara. Terima kasih kepada cikgu-cikgu semua yang telah menjadikan aku sepertimana aku sekarang. Aku memang dah terfikir bahawasanya kejayaan aku dalam bidang pendidikan adalah bermula di sekolah ini yang sebelum ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Vokasional Pengkalan Chepa.
InsyaAllah, pada masa akan datang aku akan sentiasa membantu untuk bersama-ama menaikkan sekolah ini sebagai mengenang jasanya kepada aku. Tidak kiralah samada bantuan dari segi teknikal atau motivasi. Kalau boleh aku nak bantu dari pelbagai segi dengan keupayaan dan kemahiran yang aku ada sekarang.
Terima kasih kepada semua guru-guru aku… keranamu aku menjadi ‘Adi’… Allah S.W.T. sahaja yang Maha Mengetahui dan boleh membalas segala budi baik kalian… amin…