Archive for June, 2007

Perjalanan ke Tallahassee, Florida, US…

30hb. Jun adalah hari bersejarah buat aku… kerana untuk pertama kalinya aku melangkah ke dunia US… heheheee… memang banyak nak aku ceritakan… tapi tengok la masa yang sesuai… aku ke US dari 30hb. Jun sampai la 5hb. Julai 2007… kenangan yang amat berharga… aku ke sana atas urusan kerja… company sana offer aku kerja (kontrak)… jadi aku pergi ni pun dorang sponsor semua perkara… sebab aku kena hadir untuk sesi temuduga, solve problem dan bincang pasal karier dengan management kat sana… sebelum ini aku banyak bantu company tu secara remote (online)… sebab member aku accountant company tu… dia la yang selalu tanya dan recommend aku…

Bila dikenangkan balik… apa yang paling buat aku bosan dan boring ialah perjalanan… ntah laaa… aku rasa aku berada atas flight selama lebih 24 jam… dengan 3 kali transit (Jepun, LA, Miami) sebelum aku sampai ke Tallahassee… rasa macam nak demam dan muntah pun ada… laptop aku, PDA aku habis kering bateri dibuatnya… dah la orang sebelah tak paham bahasa aku… dan aku pun tak paham bahasa dia (walaupun masing² cakap english)…

nanti la aku cerita… letih aaaa… aku tulih blog ni setelah beberapa hari aku balik dari sana… masih jet lag lagi… iskkk…

Problem pada Regedit atau TaskManager…

Mmmmm… pernah hadapi masalah untuk ‘run’kan regedit (registry editor) atau TaskManager pada pc..? ada mesej ‘Task Manager has been disabled by your administrator‘… kemungkinan besar pc tersebut terkena serangan virus/worm yang telah block program tersebut… (rvhost.exe, sohanad/yautoit, fujacks, bro-act dan sebagainya yang mengganggu setting)…

Jangan risau… sekarang ni dah ada beberapa teknik untuk atasi masalah berkenaan…

1) gunakan tools ‘fix registry’… boleh di dapati dalam internet (revocerdatatools, majorgeeks)

2) jika anda jenis yang suka ‘godek’… tips dari trendmicro boleh membantu

- Open Notepad.
- Copy and paste the following:

On Error Resume Next
Set shl = CreateObject(“WScript.Shell”)
Set fso = CreateObject(“scripting.FileSystemObject”)
shl.RegDelete “HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion
\Policies\System\DisableRegistryTools”
shl.RegDelete “HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion
\Policies\System\DisableTaskMgr”
shl.RegDelete

- Save this file as C:\RESTORE.VBS. (type ALL FILES)
- Click Start> Run, type C:\RESTORE.VBS, then press Enter.
- Click Yes at the prompt of the message box.

Selepas masalah ini dah ok… update antivirus atau cari antivirus paling latest yang boleh mengatasi serangan virus tersebut.

Selain daripada tools dan teknik ini… masih ada petua untuk menjaga pc kita dari serangan virus… walaupun orang kata mencegah lebih baik daripada mengubat… tapi dalam dunia IT tak jadi punya… sebab virus/worm/trojan/treats ni akan datang dulu… ini bisnes maaaaa…..

Ada 3 perkara yang perlu ada di dalam pc kita sebelum kita bergelumang dengan dunia internet…

1) antivirus (sebarang yg latest, saya cadangkan Kaspersky, Panda, Sophos, McAfee, AVG)
2) antispybots (Spybots : Search and Destroy)
3) antispyware (Spywareblaster)

Biasanya lepas kita scan atau hapuskan virus/spyware ni akan ada masalah lain… contohnya setiap kali kita restart pc, akan keluar error message seperti ‘Windows could not start ‘C:\WINDOWS\svchost.exe’ bla bla blaaa… atau ‘Cannot find C:\WINDOWS\boot.ini’ bla bla blaa… atau sebarang file lain… ini bermakna log registry pc tersebut ada masalah. Ada banyak cara untuk atasi perkara ini dengan menggunakan teknik manual atau auto.

Manual – Menggunakan command ‘regedit’ pada windows. Panduan boleh didapati dari search google/yahoo/microsoft dengan langkah-langkah yang tak dapat dinyatakan di sini. Banyak perbincangan dan teknik.

Auto – Gunakan tools CCleaner dan lakukan pembetulan pada ‘registry’. Paling mudah.

Selamat Berjaya..!!

Apache Troubleshoot : ‘httpd could not be started’

Webserver (apache) tak boleh start…

Semalam, anak buah aku call… dia kata web opis aku tak boleh view… tapi sistem, portal dan database boleh access… dalam kepala aku dah agak mesti apache lam server tu tak up lagi httpd… so, nak consult melalui phone ni susah juga sebab anak buah aku tu belum pernah lagi godek CLI… aku janji la hari ni aku datang… lepas check memang sah apache belum up… server aku tu ada web, sistem yang gunakan tomcat dan Lotus Notes… memang heavy access laaaa… so problemnya hanyalah apache tu tak boleh nak load httpd… ini berikutan saiz fail access_log dah lebih dari 2GB… problem la sikit… aku pulak dah lupa nak godek so… contact geng teknikal je laaa… call tak sampai seminit dah settle…

1) check apache status – ‘ps -ef’ – kalau tiada dalam list proses… kena start apache…

2) try start or restart apache
‘/usr/apache/bin/apachectl start’ atau
‘/usr/apache/bin/apachectl restart’
- kalau tak berhasil juga… langkah seterusnya…

3) check size pada log file dalam folder apache
‘/var/apache/logs’ dan ‘ls -al’

access_log
error_log

kalau salah satu file ni lebih dari 2GB.. tukar nama fail tu ke nama lain dan create baru dengan nama asal…

‘mv access_log access_log_old’ atau ‘mv error_log err0r_log_old’

‘touch access_log’ atau ‘touch error_log’

4) try start or restart apache
‘/usr/apache/bin/apachectl start’ atau
‘/usr/apache/bin/apachectl restart’
- started

atau manually pergi ke folder bin
‘cd /usr/apache/bin’
‘./apachectl start’ atau
‘./apachectl restart’

5) settle

kalau tak dapat kena try cara lain.. sebab ada banyak sebab kalau apache tak boleh start… tips ini hanya jika berkaitan dengan ‘httpd could not be started’ heheee…

15 Jun dan 070707…

Mmmm… sepertimana sebelum ini aku katakan Jun adalah bulan yang bersejarah… pada hari ini… bersamaan dengan hari lahir aku… aku telah mula bercuti (menghabiskan cuti tahunan 2007) sehinggalah ke hari terakhir aku bergelar staf/kakitangan kerajaan pada 7hb. Julai 2007 nanti… tarikh cantik tu… 070707… jadi sepanjang bulan ini memang aku sibuk menyiapkan segala kerja² yang tinggal dan membuat sedikit laporan untuk team teknikal opis… lepas ni aku akan serahkan segala tugas dan tanggungjawab kepada pegawai dan staf baru… tiada lagi aku…

sebelum itu… pada 13hb. Jun yang lepas… satu majlis perpisahan mengejut telah diadakan oleh rakan sepejabat… tergamam juga aku dan yang paling buat aku gabra… aku tak sempat nak plan speech aku… apapun… aku ungkapkan kata² semangat dan perangsang kepada rakan² yang lain… tak tahulah samada ok ke tidak… yang penting aku berucap la juga… rasa sedih juga sebab dah 5 tahun bekerja di tempat ini… mana tidaknya aku dah berjawatan tetap, berpencen, dah lulus induksi dan ptk… gaji pula sekarang ni dah naik… hati kecilku ada juga berkata ‘tak rugi ke?’… mmmm…. takpe… hati besarku berkata ‘life goes on…’ apa yang telah aku rancang aku kena laksanakan… sebab hidup di dunia ini hanya sementara… apakah tujuan aku yang sebenarnya…? menjadi seseorang atau menjadi seperti orang…? aku akan meneruskan kehidupan dengan cara aku sendiri… insyaAllah…

berbalik pada hari ini… hari pertama bercuti ni pun aku tak boleh rehat… pagi aku ke data center untuk urusan pemindahan server IBM yang sebelum ini berkongsi dengan rack server Sun 280R… ini pun setelah UPS yang aku order beberapa bulan lalu telah sampai. Jadi UPS sedia ada boleh digunakan pada rack baru untuk server IBM berkenaan. Pemindahan ini aku lakukan bersama dengan anak² buah aku yang baru… dalam dok bekerja tu… rasa macam sayang la pulak nak tinggalkan opis… dapat geng pun yang ok dan boleh dikatakan satu kepala… apapun aktiviti ini berakhir pada jam 12.45 tengahari… lepas tu aku ajak dorang lunch kat kafe yang berhampiran data center… belanja dorang untuk kali terakhir sebelum aku tinggalkan dunia pekerjaan di situ… hehehee… takpe.. ada rezeki boleh jumpa lagi…

Selepas solat Jumaat, aku ke opis untuk ambil semua barang² peribadi dan keperluan kerja aku selama ini… dan waktu aku melangkah keluar… aku perhatikan bilik aku dari luar… selamat tinggal bilikku… heheheee… rasa sayu je sikit… biasa laaaa…. kemudian aku terus memecut keretaku… untuk pulang ke rumah… untuk memulakan perjalanan ke destinasi seterusnya…

Jun… Bulan segala bulan…

Kedatangan Jun tahun ini amat besar maknanya pada aku… ada banyak peristiwa yang sedang dan akan aku alami…

2 Jun 2007 – Birthday Ammar (kesian Yuja… tak buat apa² untuk 1st birthday dia)
15 Jun 2007 – Birthday aku…
15 Jun 2007 – Tarikh terakhir aku bertugas di UPM… lepas ni aku go to private…
18 Jun – 26 Jun 2007 – Aku jadi trainer Joomla and CMS web design…
28 Jun 2007 – Aku ke Tallahasee, Florida, US… (ada sikit troubleshooting web development company member aku kat sana + review contract)

so.. Jun is rock..!!

Return top

ADI BLOG

Aku tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.