Archive for May, 2007

Migration Blog…

Hari ini… aku telah berjaya memindahkan blog aku dari tempat lama ke webhosting aku sendiri… syukur… walapun terdapat beberapa masalah teknikal.. akhirnya berjaya juga…

So.. let’s rock the blog..!!!

Berbekam…

28hb. April 2007 yang lepas aku balik kg. di KB… seminggu lebih juga di sana hinggalah 6hb. Mei baru balik ke KL… memang cuti panjang pun.. tapi secara tak sengaja.. nak dijadikan cerita masa balik tu aku bawa sekali ibubapa mertua, adik ipar dan seorang mak sedara untuk jalan² di Kelantan.. sambil² tu nak bawa pegi berbekam.. atas saranan ibu dan bapa aku la ni.. so.. lepas pegi tu… macam² perkara penyakit aku dan seluruh family hidapi… mana taknya… cam aku dah 34 tahun lebih hidup kat dunia ni.. makan itu ini… amalan itu ini.. memang tinggalkan penyakit dalam badan.. tapi lepas berbekam Alhamdulillah… rasa lega yang amat… terutama bila tengok darah kotor yang beku dan likat keluar dari badan… rasa segar dari biasa la juga… nafas pun yang selama ni asyik dok tarik tak lepas pun dah ok.. sebab darah dalam paru² tak lancar.. selain tu saluran darah ke jantung, buah pinggang dan kepala… migraine aku pun dah bertambah baik.. sepanjang aku balik kg. dan drive jauh² malam serta berjaga ni takde lagi rasa cam ada benda berketul dalam kepala… Alhamdulillah… patutlah berbekam ni sunnah… sebab nak buang darah kotor dalam badan… lepas ni kena beringat dah.. nak makan itu ini pun kena fikir organ dalaman pulak.. ye laaa… kalau darah dah lancar… organ dalaman pulak kena jaga… (jantung, hati, paru², buah pinggang dsb)…

Jadi kepada sesiapa yang belum pernah berbekam ni.. cubalah… insyaAllah ada perubahan… cuma.. jangan cari berbekam yang pakai sedut atau lintah tu… cari yg tradisional yang punya peralatan sains… sebab sedutan bekam ni kena ada tenaga yang sesuai dengan badan kita agar tak rosak segala saraf dan sendi… aku beruntung sebab berbekam dengan bekas Dr. Pakar Saraf… lagipun nak berbekam ni kena tengok area mana yang betul pada badan.. salah sedut nanti keluar darah bersih atau saluran lain… hehehee… ye laa… setiap kebaikan tu kalau tak kena tempatnya.. akan membawa keburukan juga… dapatkan nasihat orang ramai yang dah cuba di mana dan siapa yang lakukannya…

Bulan ni.. isteri aku setiap minggu kena hantar balik kg… sebab nak berubat lebih sikit.. masa muda² dulu lasak… sekarang nak betulkan segala saraf dan sendi yang rosak/salah port… sebab tu selalu sakit² dan lenguh² badan bila kerja kuat… Alhamdulillah juga.. dapat aku lihat perubahan yang positif pada kesihatan dia sekarang ni…

Dan aku.. hampir kena darah tinggi dan jantung… stress punya pasal kot…? tapi dah keluar darah beku yg menghantui jantung, kidney, paru² dan darah lain tu dah kira lega… syukur… rasanya berbekam ni kena selalu… selain dari awet muda… kekekekeeeehhh…

Apapun… maut dan ajal itu di Tangan Allah S.W.T. kita hanya berusaha dan merancang… Dia yang menentukan segalanya… amin…

Return top

ADI BLOG

Aku tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.