Archive for April, 2007

Dilema…

Entahlahh… dah beberapa minggu ni fikiran aku masih terganggu… bukan sebab masalah.. tapi sebab peluang… aku sekarang ni ada 3 perkara besar dalam hidup yang akan menentukan hala tuju aku seterusnya selagi masih ada nyawa di dunia ini…
1) Aku dapat satu projek yg besar yang mana… kalau aku berjaya.. aku akan menjadi seseorang yang bukan seperti sekarang… yup.. not like now..

2) Aku dapat tawaran bekerja di luar negara dengan gaji yg 4 kali ganda dari apa yg aku dapat sekarang… ye laa.. lihat pada pengalaman, skil dan foreign exchange jugak.. cuma kontraknya 2 tahun dulu.. then boleh sambung…

3) Peluang bisnes yg lebih baik… ye laa.. sejak kebelakangan ini juga ramai member² lama dan baru yg muncul dalam hidup aku yg offer untuk join network dan beri peluang bisnes.. aku rasa aku dapat maintain dengan bisnes macam ni..

aku tulis ni bukan apa.. mungkin ada antara pembaca yang akan mendoakan aku dengan peluang-peluang di atas.. amin…

Bagaimanapun aku berserah saja… lepas istikharah nanti.. (bila nak istikharah ni?) aku akan putuskan… iskk…

Kenapa aku boleh terganggu dengan peluang² ini..?? Ya.. peluang yang pertama tu.. aku takut aku akan menjadi seseorang yang alpa.. seorang yang sudah tidak perlukan pekerjaan… dan aku akan hidup dalam satu suasana keboringan yang sudah dapat aku bayangkan… ada seorang kawan aku yg dah jadi macam ni… dan aku lihat dia hampir ‘gila’ dengan keadaan yang dihadapi… bayangkan kalau kita ada segalanya dan dalam masa yang sama memikirkan akan baik buruknya apa yg kita ada..? Hidup akan menjadi terikat dengan apa yang kita ada…

peluang yg kedua… aku akan berada di luar negeri.. aku tak pasti dengan family macam mana.. kalau ikutkan aku.. akan aku bawa semuanya ke sana… tapi.. wife aku ada karier… anak² pula masih kecil.. ibu dan bapa masih mengharapkan aku ada berhampiran… selain itu.. bila aku pulang kelak.. apa lagi yg aku nak buat..? aku boleh kumpul duit.. then what..? bekerja dengan orang lagi..? no no no….

peluang ketiga… aku akan beri sepenuh perhatian dengan bisnes baru aku… yang lebih sofistikated… selain dari peluang-peluang untuk dapat tambah sumber kewangan… aku pun ada plan nak sambung study aku… dan yg lebih penting.. family ada dekat… nampak simple tapi impak dalam diri aku adalah besar…

seperti aku kata tadi… aku berserah saja… aku dah berdoa selama bertahun² untuk dapatkan peluang lebih baik dalam hidup.. Alhamdulillah… Allah S.W.T. mengurniakan 3 peluang besar untuk diri aku sekarang ni… aku kena bijak membuat keputusan…

Aku faham sekarang… kita hidup hanya sekali… dan hayat kita juga tidak lama… buat yang terbaik dengan apa yang kita ada.. pengalaman, kemahiran, kebijaksanaan termasuk suka duka yang kita alami selama ini perlu dibayar dengan apa yang sepatutnya…

InsyaAllah… perjalanan ini akan diteruskan… satu hari nanti aku akan menjadi ‘aku’ yang sepatutnya dilahirkan… amin…

Notis dan warkah terakhir…

Pada hari ini… aku telah menyerahkan surat notis perletakan jawatan aku sebagai Programmer di opis aku… notis yg aku beri ni 3 bulan dari hari ini…
aku akan membawa diri untuk mencari jalan yang sebenarnya dalam hidup aku… insyaAllah…

kenapa aku beri notis ini..?? jawapannya satu saja… hijrah dari satu keadaan ke suatu keadaan… aku rasa.. aku akan lebih berjaya di luar sana… amiiinn…

Return top

ADI BLOG

Aku tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.