Fulamak…. lama betul tak menulis dan mencoret… fuuhhh… sememangnya aku dilanda kesibukan yg tidak terhingga… bila dah kerja sambil belajar… lepas tu ada bisnes sikit²… memang dahsyat… aku pun tak sangka macam mana aku boleh teruskan kehidupan aku sepanjang 6 bulan ini… tapi aku pasti.. semuanya pertolongan dari Allah S.W.T…. serta dari berkat doa ibubapa serta isteri… semester pertama telah berlalu… kini.. semester berikutnya akan melanda lagi… adooiii….
Kerja aku.. makin sibuk sebab pegawai IT tempat aku dah berhenti… dengar cerita dia dapat jawatan sama (tetap) di JPM Putrajaya… apapun aku doakan kejayaan dia di sana… begitu juga dengan ex-3rd boss aku.. pun turut sama menamatkan perkhidmatan kontraknya di jabatan aku.. DAN sekarang…!! aku kena selesaikan semua perkara yang ditinggalkannya… letih aku… aku semakin tidak bermaya… tapi aku teruskan juga… sebab aku tahu… ada hikmah dan kebaikan yang akan datang… aku malas nak fikir apa… tapi aku yakin suatu hari nanti apa yg aku buat ini akan memberi aku seribu erti dalam karier dan kehidupan… amin…
Teruskan je laaa…..
Sebelum aku lupa…. 1hb. sampai 3hb. aku dan pihak pengurusan atas jabatan aku telah mengadakan Bengkel Hala Tuju Pengajian Siswazah di Selesa Beach Resort, Port Dickson… aku jadi salah seorang team urusetia… selain tu main job aku biasa laa.. kena ambil gambar peserta dan keadaan bengkel… termasuk kerja-kerja penyediaan peralatan dan dokumen… under control walaupun semua notebook opis dan officer aku diserang virus/trojan yg berganda hasil dari thumb drive semua pegawai² fakulti dan institut… maintainnnnn….
dan esok… aku kena bergegas lagi ke Port Dickson.. kali ni di Ancasa Resort… Bengkel hala tuju Laman Web kampus pulak… wadooii… banyak juga benda dan perkara aku nak kena prepare ni.. tapi belum start pun lagi.. heheheee.. rock saja la… semoga Allah S.W.T. memberi aku idea drastik pada esok hari… sesungguhnya aku dah keletihan dek kerja yg tak henti²… nak prepare sesuatu dengan betul pun dah kebas… dah la siang tadi masa meeting penyelarasan data ada task baru pulak yg aku kena buat.. kena present Oracle Discoverer la pulakkkk… adoooiii…. stress aku dibuatnya… dah la aku guna benda tu untuk godek data je… kali ni apa yg dorang nak minta aku present taktau laaa… dah la yg datang semua power rangers oracle punya team… gaban aku…. aahhh…!! tak yah fikir laaa… buat senak perut je…. esok nih…. apa yg nak aku bawa dalam bengkel ni..??? mmmmm…… fikir…. fikirrrr…. zzzzzzzzzzzzzzzzzzZZZZZZZZZZZZzzzzzzzzzz…….