Archive for November, 2006

Chik telah pulang ke Rahmatullah… Real…

Kali ini… chik benar-benar telah meninggalkan dunia yang fana… aku terima panggilan telefon dari adik dan abah pada pukul 10.00 malam… chik telah meninggalkan kami semua pada jam 9.45 malam… setelah mengalami sesak nafas…

kebetulan pada malam tadi.. 5 adik beradik belah ibu aku semua berkumpul di rumahku… jadi… pemergian chik dapat dirasai oleh semua anak-anaknya… kecuali seorang mak saudaraku yg berada di Penang dan seorang bapa saudaraku yang berada jauh dari bandar KB…

Chik pergi dalam keriangan… selepas menjamah makan malam dan memakan ubat… sambil bergurau senda dengan anak cucu…. chik telah baring di depan ruang tamu… pada masa itu… episod ini telah berakhir…

besok… chik akan dikebumikan selepas waktu zohor… dan aku… tidak dapat pulang kerana esok aku ada taklimat PTK dan final exam… aku redha kerana perkara ini berlaku pada saat-saat genting… bagaimanapun aku dah call ibu dan abah… mereka kata aku tak perlu pulang… semua boleh diuruskan… berat rasa hati… tapi yang pergi telah pergi… aku perlu teruskan perjuangan aku lagi… ada rasa terkilan.. kerana Hari Raya yang berlalu… aku tak sempat menatap wajah terakhir chik… aku hanya beraya di Melaka sahaja kali ini… memang dugaan besar buat aku di saat aku bekerja dan belajar… apapun.. aku kena teruskan apa yang ada dihadapan….

Semoga chik dirahmati Allah S.W.T… al-Fatihah…

Open House Raya…

Alhamdulillah… open house yg dibuat berlangsung dengan jayanya… hingga mencapai tahap tak disangka langsung… bukan apa.. first time buat ni… suasana yg dirasakan ala romantika bertukar menjadi ‘kenduri’… kelam kabut aku dibuatnya…dah try the best untuk layan semua yg datang.. tapi yg aku dapat trace.. ada geng opis yg terdatang lewat.. itu yg penuh tu.. tapi takpelah… yang penting semuanya berjalan lancar… makan minum pun balanced…

ape pun.. terima kasih kepada semua rakan² yang dapat hadir… yang datang semuanya geng opis aku dan wife termasuk geng bisnes dan geng lama… memang aku dan wife aku saja yg incharge… aku kat luar.. dia kat dalam.. dan memang takleh nak layan semua macam normal… masing² layan diri semuanya… kejap je aku jengah ke dalam.. kejap kat luar balik.. errr.. anak² aku pun layan tetamu jugak… maaflah kalau dorang mengada².. maklumlah tak pernah lalui suasana macam tu… heheee…

fuhh… semuanya dah beres… walaupun letih tapi puas hati… malam belah sedara² pulak datang.. sampai pukul 12 malam… bila semua dah beres… aku letak kepala saja kat bantal.. terus lelap… tak daya dah.. hari ni… pukul 2.00 baru aku sampai opis.. sebab lepas subuh dah start siapkan kertas projek la pulak… lupa nak buat.. hehehehee…

Return top

ADI BLOG

Aku tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.