Anugerah Khidmat Cemerlang 2005…
- August 29th, 2006
- Write comment
Hari ini adalah hari yg bersejarah buat aku… sebab setelah 4 tahun lebih berkhidmat di dalam gomen… aku dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2005 (APC2005) atas pentas keramat di kampus… hehehee… terima kasih kepada big boss aku yg sentiasa memberi kepercayaan dan sentiasa menyokong karier aku di sini…
walaupun setiap tahun diberi anugerah ini… tapi kali ni kira yg terpilih untuk naik stage… selain dari sijil.. dapat hadiah cek RM1000… so.. dengan duit ini.. aku niat nak belanja geng opis untuk lunch kat opis minggu depan… ye la kan…? tanpa geng opis siapalah aku… aku takkan dapat melakukan segala tugas bersendirian.. sebab aku tau.. semua orang terlibat membantu aku dalam kerjaya aku setiap masa.. setiap detik… tanpa atau dengan disedari… terima kasih untuk mereka juga…
selebihnya aku nak bawa anak isteri bercuti kat hotel cuti merdeka ni… nak bawa mertua sekali… kena pula 3hb. september nanti birthday wife aku… ada la sikit budget untuk digunakan… hehehee…. murah rezeki… syukur Alhamdulillah…