Archive for May, 2006

Bionic Man…

Wahahahahaaaa…!!!

Sepanjang minggu ini aku jadi bionic man… aku godek report builder dan segala format report sistem dengan menggunakan sepenuh kekuatan yang ada… ada la aku rasa 20 – 30 format aku dah repair… tapi masih ada masalah pada data.. cheeetttttttttttt…!! boring…!!! bosan…!!! semuanya aku kena entertain walaupun kerja aku pada script saja… waduusss… tapi aku teruskan juga.. bila tak tahan… aku report pada officer.. aku harap dia faham keadaan aku yg terbionic ni… letih woooo…

sekarang ni ada la rasa nak termuntah… sebab dah jumpe script macam² jenis untuk repair dan tambah… aku pun taktau dah rojak apa yang dah aku buat kat sistem… memang la amend kerja orang ni payah… hishh..!! tapi nak buat cemano.. nak buat script sendiri pun asyik tak sempat je… semua report nak segera… pakai yg mana ada dulu laaa… lagipun SQL ni best… tapi bila tiba bab initcap pada data yg diminta untuk address… hancus… mana taknya… kalau huruf besar macam USM, UTM, UNITEN, KWSP semuanya jadik Usm, Utm, Uniten, Kwsp… dan yg paling hancus.. kalau ada nama jalan atau bangunan… Jalan 1C, Blok 4BD, No. 2A1C… abihhhh… semuanya aku kena REPLACE… dah la command ni setakat 8 je buleh.. yg lain tu memang tak keluar dah… aku dah cadang kat officer terbabit suatu masa dulu kalau address ni pakai UPPER.. semua tak nak… tak cantik kata mereka… abih aku cemana..???? tak rasa cam nak mati ke bila kena edit lebih dari 200 format report dan surat..??

disebabkan bengang dengan apa yg berlaku ni… speed aku bertambah… tu yg laju je aku edit.. problem.. edit… ok… pehtu problem.. pehtu ok… sampai abih krem jari jemari aku… dah la suhu bilik medium 22°C… tu pun dah sejuk… sebab cuaca minggu ni pun memang lain macam… tak sihat rasa badan… selain itu.. staf dari semua unit pun semuanya meluru kat aku minta bantuan… waddooiii….

apa lagi yg buat aku jadi camni…? hehehee… tentulah sebab isteri aku… sekarang ni dia tunggu masa je nak melahirkan anak aku yg ke-3.. hehee.. masa buat monthly checkup kat klinik semalam.. Dr. kata sehari dua lagi ni… semalam aku tunggu punya tunggu lom ada tanda lagi… hari ini.. pun lom ada lagi… bila agaknya ye…? aku doa dulu 6hb. Jun… sebab no. cantik tu… 060606… kekekee… tapi hujung² ni kesian pulak tengok wife aku makin tak larat… ye laa… biasa la tu… tak sabar rasanya aku nak menyambut baby nanti.. iskkk…. ohh.. lupa… kalau isteri aku bersalin nanti… aku dapat cuti 6 hari… lepas tu aku nak tambah lagi cuti ni sebanyak 3-4 hari untuk uruskan pasal rumahtangga, wife dan anak… tu pasal aku kena buat cepat segala kerja dan report tuuuuuuuuuu… nanti aku boleh concentrate hal rumah dah… aku tak nak balik je dari cuti (yg kena bekerja) ni.. banyak problem pula yg timbul… sakit woooo… baik buat persediaan awal…

InsyaAllah.. aku harap semuanya berjalan lancar… amin…

Antara Keajaiban, Kesilapan & Kekalutan…

Subhanallah…

aku masih lagi dalam keadaan letih dan makin keliru dengan apa yg berlaku pada aku dan seluruh keluarga aku sehari dua ini… semuanya pasal Chik…

Chik… yang di sangka telah tiada pada tengahari Isnin lepas… telah sedar kembali pada waktu petang sebaik sahaja van ambulan menghantar ‘jasad’nya ke rumah aku… sebaik sahaja seorang bapa saudaraku dan sepupuku membuka pintu belakang ambulan tu… tangan chik terkapai² lemah.. rumah aku yg pada masa itu penuh dengan sanak saudara menjadi kecoh buat sementara… terkejut.. tidak percaya… selepas membawa chik masuk ke rumah… keadaan menjadi haru sedikit… apekan daya… aku tak dapat bayangkan keadaan pada waktu itu kerana aku tiba agak lewat ke rumah… dan aku juga terkejut dalam diam… (firasat hati aku masih betul… Chik masih ada…)

bukan itu saja… bapa aku sebelum ini sebaik sahaja menerima maklumat ketiadaan chik telah menghubungi seluruh kaum keluarga yang jauh dan juga menguruskan pengebumian… tetapi apabila dia pulang dan mendapati chik masih hidup waktu itu… terduduk dibuatnya… kemudian agak marah kerana menganggap perkara ini dipermainkan… aku faham keadaan abah… dia yg selalu menguruskan banyak perkara di kampung aku… mesti merasa sesuatu yg tidak patut apabila terkena pada diri keluarga dia sendiri… mana tak nya.. dah kerah orang gali kubur… dah panggil orang untuk mandikan mayat… dah beli beberapa barang untuk uruskan jenazah tetapi semua tu terpaksa dibatalkan… sebab.. chik dah sedar semula… bagaimanapun… apabila dah reda… barulah keadaan jadi jernih… abah aku dah faham keadaan itu… cuma dia tak puas hati dan meneruskan siasatan… hasil siasatan.. semuanya kerana kecuaian pihak Hospital Besar Kota Bharu… tapi bukan hospital.. Dr. yg ego dan bodoh… Dr. pelatih pula tu.. cakap macam dah jadi pakar.. tapi hampeh… tunggu la kau…!!

takpelahhh… biar family aku saja yg tahu apa yang berlaku… rasa nak marah pun ada… nak saman pun ada… nak mengamuk lagi ada… secara ringkasnya… sebab Chik yg selama ini dianggap telah tiada sebenarnya masih sedar… terpaksa mengalami kesakitan akibat kekasaran nurse yg memasukkan tiub dalam kerongkong dan hidungnya sampai berdarah²… dia ingat nenek aku dah koma kot..? macam mana aku tau…? sebab bila tarik tiub tu masa nak bawa chik balik.. ibuku cakap ada kelihatan darah yg telah kering pada tiup tu… ini macam kena siksaan ni… sebab tak boleh buat apa² lepas kena suntik ‘something’… morfin or ubat tidur or anything… entah lah… selain itu.. semasa mesin CCU rosak… (tiada denyutan) chik kena teknik kejutan elektrik tu.. memang bengong…!! cuba la CPR dulu… takkan asal orang takde denyutan terus ke teknik kejutan tu… bayangkan orang yg masih hidup kena renjatan elektrik… mana tak sakit… chik tak boleh berbuat apa²… sebab dia amat lemah dan tak boleh nak buka mata.. apalagi untuk bersuara.. dia hanya biarkan.. mengharap agar semuanya berakhir dengan pantas.. tapi… dia masih hidup… Allah S.W.T. mahu chik teruskan hidupnya… tetapi sampai bila..? Wallahhualam… dan aku.. sebagai cucu sulung dalam keluarga belah ibu… memang rasa happy yg teramat sangat… sebab aku masih sempat menatapi wajah chik.. merenung kembali mata chik… memohon maaf dan mengalirkan air mata yg tidak disangka… tetapi apabila mendengar cerita chik macam itu.. aku jadi marah… rasa nak terajang je kat Dr. yg rawat chik aku tu.. nasib baik aku sampai lambat… kalau aku ada peluang pergi hospital semalam tu.. ada aku hambur habis²an…

menurut keluarga aku.. pada Ahad Petang yg lepas… Chik dah tiada denyutan jantung… hanya mesin yg menyokong aliran darah dan oksigen dalam badannya… memang tiada la sebab mesin periksa denyutan tu rosak.. maklumat ini ibu aku dan maklong yg dapat selepas jumpa dengan seorang pegawai perubatan setelah chik aku sedar… pihak hospital kata mesin mereka yg rosak.. adakah patut macam tu..? disebabkan mesin rosak Dr. tu cakap nenek aku dah tiada… confident… cakap orang putih (this is the best we can do… you mother is gone…) kepala hotak dia…!! You think you’re GOD..?? check la nadi secara manual.. bongokkk..!!! nak bergantung sangat pada mesin… sebab tu nenek aku pengsan sebab bila dia tarik nafas.. mesin masuk oksigen… dia hembus nafas mesin masuk oksigen jugak… chik dah bernafas tak normal dah… nasib baik la nenek aku tak kena bedah siasat… memang sakit hati aku bila dengar berita ni.. family aku dah diskas nak bawa perkara ni ketengah.. report polis… pastu saman Dr. tu… tetapi semua bersetuju report pada hospital dulu… kalau tiada tindakan baru pada polis… nak dakwa Dr. gila tu… aku doakan suatu hari nanti.. bila dia sakit.. dia akan kena sepertimana apa yg chik aku alami… amin… (tapi.. ini masa aku marah laaa… sekarang ni.. aku ok dah.. cuma jangan bawa aku jumpa Dr. tu dahhh… kot kesabaran dan ke’ok’an aku terbabas…)

Rumah aku pada Isnin lepas.. penuh dengan saudara mara… kawan² ibu dan abah pun ada yg datang.. tapi semuanya terkejut laaa.. sebab nenek aku masih bernyawa… apa boleh buat..?? kekadang peristiwa ini jadi lucu sebab kekalutan keluarga aku.. tapi memang macam itulah.. bila ada kematian ni.. kita tak boleh elak dari perasaan dan keadaan macam ni.. aku diskas dengan abah aku.. minta dia bersabar atas apa yg berlaku… seluruh keluarga memang rasa marah dengan tindakan dan kecuaian hospital.. tapi kena redha… sebab semuanya ini adalah dugaan… apepun aku paling bersyukur sebab masih sempat bertemu dengan chik… Alhamdulillah… terima kasih Ya Allah… Engkau telah memberi kemudahan untuk aku pulang ke kampung semalam… pulang dengan perasaan sedih, keliru, marah, lucu dan gembira… Wallahu’alam…

Untuk Dr. tu… @#$%$%^$*#$%^@….

Ya Allah.. ampunilah dosa²ku…. berilah aku petunjuk ke arah jalan yg benar… amin…

Chik… semoga bersemadi dengan aman… aminnn…

Aku baru saja menerima berita bahawa Nenekku yang lebih dikenali dengan nama Chik telah pulang ke rahmatullah… rasa terkejut dan sebak aku seketika… chik  adalah nenekku (belah ibu) yang unik… kenapa aku berkata demikian…

yang pertama… dari anak, cucu, cicit, saudara mara, kawan, pelanggan yang pernah kenal dengan chik.. akan memanggilnya ‘chik’… bukan nenek, moyang, tok, makcik, mak tok etc… tapi dia tetap chik… yang keduanya… chik adalah neutral pada anak² dan cucu²nya… tidak ada berat sebelah.. semuanya akan mendapat layanan yg sama daripada chik.. walaupun ada menantu dan ipar duai yang tak bersefahaman dalam beberapa perkara keluarga… chik tetap dengan pendiriannya… dia sentiasa neutral…

yang ketiganya… aku dapat rasakan chik adalah nenek yang terbaik… mengharungi segala kepahitan hidup semenjak zaman penaklukan jepun… zaman inggeris… zaman kemerdekaan… zaman kemodenan… semuanya telah diharungi dengan airmata.. kasih sayang serta semangat yang tidak dapat dinilai oleh sesiapa kecuali orang yg mengenalinya.. seorang yg special dan tetap special walaupun usianya sudah mencecah 80an…

dan petang semalam.. aku menerima panggilan dari bapa saudaraku di kampung… chik sudah tenat dan tidak sedarkan diri… tergamam juga aku seketika… dapatku rasakan sebahagian dari cahaya dalam hidupku telah hampir terpadam…

Pada saat ini… aku dalam kekeliruan… sebab.. chik berada dalam CCU di hospital KB.. yg memeranjatkan aku.. chik sekarang disokong oleh mesin… darah dalam badannya telah membeku.. hanya mesin yang mengepam darah… adakah chik masih ada..? atau telah meninggalkan aku dan seluruh kaum keluarga yang menyayanginya… malam semalam sekali lagi bapa saudaraku telefon aku… dia kata chik dah tiada.. hanya mesin yang menyokong aliran darahnya… jantungnya sudah tidak berfungsi… tapi aku belum mengucapkan lafaz keramat lagi… sebab seluruh keluarga tetap mengharap chik membuka matanya yang agung itu… Dr. kata harapan adalah 50:50… apa lagi yg boleh aku harapkan..? hanya berserah sahaja…

aku juga terkilan… walaupun bulan lepas semasa aku pulang ke kampung.. aku sempat memeluk dan menciumnya… hanya untuk rindu sahaja.. bukan untuk kemaafan selama aku hidup di dunia ini… aku tak sangka itu adalah kali terakhir matanya bertentang mata dengan aku… kali ini dah berbeza… chik sudah tidak sedar lagi…

yang buat aku sedih… aku tak dapat pulang buat masa ini.. isteriku yg tercinta sedang menunggu hari untuk melahirkan anak ke-3 ku… sekarang pun dalam keadaan sakit yang tidak dapat dijangka… kenapa mesti aku ketinggalan lagi..?? semasa arwah nenekku belah abah meninggal pada tahun 97… aku juga tak dapat pulang ke kampung kerana masa itu aku di UTM Skudai.. dalam minggu exam.. aku hanya dapat berita selepas jasad arwah dikebumikan.. ibubapa aku tak mahu aku terganggu rasanya… aku terkilan… dan kini aku terkilan lagi… aku nak pulang… tapi hati aku berbelah bahagi… isteri dan anak aku di rumah dalam keadaan tidak sihat… ibu dan bapa aku cakap tak payah balik… sebab isteri aku dalam keadaan menunggu hari… bapa saudaraku juga berkata demikian… tapi bukan itu soalnya… soalnya.. aku ingin pulang untuk menatap wajah terakhir seorang ‘ibu’ yang agung… sepertimana wajah arwah bapa saudaraku Raslan yang telah meninggalkan dunia ini pada tahun lepas… ini yg aku fikirkan… sedih dan sebak yang teramat…

Semalam… aku hanya bersolat hajat… mendoakan agar Allah S.W.T. mengurniakan apa yang terbaik buat Chik… dan… mendoakan juga agar memberi petunjuk kepada aku… aku hanya menunggu… menunggu hari yang aku sendiri tidak pasti apa yang akan dihadapi oleh aku dan seluruh kaum keluarga…

aku ingin pulang…

Banyak task la pulak…

Hari ni punya la banyak task yg aku kena buat dalam satu masa… agaknya 5-6 perkara… dah la task yg utama tu ambil masa dua hari.. dah jadi 3 hari dah… aku rasa esok siap kot… ini semua kerja updated data pada back end… kalau tersilap.. memang habis aku… ini akan effect data student ni.. tapi aku bersyukur jugak sebab staf² unit exam ni memang best laa.. dorang check dulu sebelum proceed ke 2nd boss untuk signature.. kalau dorang print dan tak check.. memang habis mabis… aku harap mereka akan kekalkan cara kerja macam tu.. nak harapkan aku untuk recheck  memang masak leerr… aku cuma update dan alter apa yg diberi saja… original info yg lain memang aku tak sempat nak cover dah… lebih² lagi tumpuan terganggu dengan task lain… walaupun ambil masa sekejap tapi kena gunakan peratus otak juga untuk berfikir dan menyelesaikan masalah… mmm… hari ini saja aku dah update kalendar study, maklumat biasiswa, scan surat² permohonan, betulkan transcript, betulkan data surat menyurat dan ada lagi la beberapa benda yg simple termasuk reset password lecturer & update date key in markah yg dah tamat tmpoh… dan finally repair sebuah notebook…. tapi yg ni tak sempat.. KIV… kekadang baru aku terfikir yg kerja yg aku buat ni dah macam overall dah ni… sekarang ni unit aku ada seorang officer, 3 orang programmer dan seorang juruteknik… kenapa agaknya staf masih cari aku agaknya…?? nak selfish kang… orang kata macam² pulak… nak terima je.. aku yg sengsara… alaaa… macam biasa laaa… walaupun aku dah try nak work smart… tapi kekadang terkena juga work hard… kena hadapi dengan sabar je laaa… mmmmm… susah gak camni… hari ni aku dah tak sempat nak pergi lunch… asyik teguk air mineral je dari pagi sampai petang… letih woooo…. termenung aku dibuatnya…. nak buat sesuatu macam mana lagi…? plan dah buat… implementasi dah buat… task dah bahagikan… macam ni juga…

* blank *

PC dah beroperasi…

Semalam… betapa happy rasa hati… sebab PC keramat aku yg dah 4 -5 bulan tak beroperasi tu dah boleh ‘on’… hehehee… memang betul laa… motherboard yg problem… lega rasanya sebab aku dah lama dah rindu nak buat kerja dengan lebih pantas… kalau pakai notebook ni kureng sikit laaa… ditambah lagi dengan view LCD panel yg tak menyengat… aku lebih prefer CRT monitor…. instead of using Flat LCD… paham² je laa… ehemmm.. ehheemmm…

petang semalam… aku pergi Mines… terus ke sebuah kedai… Anex Computer… kat situ harga barang lebih murah dari kedai² lain dan lebih kurang harga lowyatt/imbi price… so… aku beli 2 perkara saja… mobo dan ram… Asustek P4V8X (socket 478) ye laa… pc aku still Pentium IV 2.0Ghz… dan Kingston 512MB (PC400 DDR)… keduanya RM178 dan RM170… jadik laa… ishh… kalau la aku ni penggila hardware macam zaman kegemilangan dulu… dengan budget yg ada sekarang ni.. dah tentu aku sambar benda lain cam display card, sound card & accessories yg lebih mengancam tu.. geram je aku tengok benda alah tu semua… tapi apakan daya… zaman itu telah berubah… aku lebih prefer menyimpan dari mengeluar… kekekekeee…. dah berkeluarga ni lain sikit… kena ada la saving ye dak..?? kalau nak harap perabih je.. anytime boleh… tapi sekarang ni budget aku kalau nak spend pun memang untuk knowledge dan project… lagipun tahun ini saja aku dah spend hampir seribu juga untuk webhosting, buku, license software & tools… sesuatu yg aku jarang buat selama waktu aku bergelumang dalam bidang IT ni… hehehee… ini pun ada lagi benda nak beli ni… sedang dalam proses testing dulu… kalau puas hati memang aku ‘on’ je… semuanya sebab projek punya pasal la ni… jadi kena ada backup la sikit… kalau takde… jadi ‘black hat’ lagi la aku… hishh..!! zaman dah berubah…. kena la berubah… tapiiiiii… eheheheheee…. sampai bila taktau laaa… itupun tengah ada budget… bersyukur sajalah… err.. duit ceramah aku hari tu pun dah masuk… syukur Alhamdulillah…

So.. bila pc dah on ni… makin banyak la benda aku nak buat ni… tapi kekadang bila difikirkan susah juga… kerja aku di ofis semakin banyak dan berlambak… aku hairan betul… bila sistem dah siap dan dalam proses upgrade… kerja teknikal dan support pun aku dah boleh handle.. makin banyak pulak masalah… apesal ni..? pening kepala aku… aku ingat kerja gomen ni lepas pukul 5.00 je boleh la balik untuk urusan rumah dan urusan lain… tapi… terlajak juga semata² untuk siapkan apa yang masih sempat… mana taknya… mesti siapkan sebelum masuk ofis keesokan harinya dan kerja itu masih mendatang… ngeri aku dibuatnya… kekadang aku terfikir juga bila masa aku nak spend masa dengan family..?? petang pun sampai rumah dah hampir lewat petang… kekadang sampai malam… dan malam… anak² dah nak tidur… kerja projek pulak masih terbiar… serba salah aku dibuatnya… nak atau tidak… aku kena express dalam semua perkara… letih wooo…. kekadang tu.. bila anak dan isteri dah tidur.. baru aku bangun balik untuk study dan siapkan projek.. kekadang membawa ke pukul 2 -3 pagi… esok nak pergi kerja lagi… kekadang terlajak sampai kul 4 pagi… dah tu bangun esoknya dah migraine… MC… lagi la aku tak suka keadaan camni… mmmmmm….. adakah masanya sudah berubah walaupun zaman dah berubah..? apa aku akan jadi nanti…?? aku bukan suka buat kerja kais pagi kais petang… parah rasanya… rasa macam hidup ini tak berharga kalau kita tak buat sesuatu yg kita boleh buat dan ada bakat… semua benda kalau boleh nak buat cuma masa je yg menghalang… lebih lagi bila difikirkan juga akan kesihatan… kekeluargaan dan kewangan… yang mana pengakhirannya membawa aku ke satu keadaan yang susah nak dijelaskan… yang aku bersyukur… keadaan ini menyebabkan aku makin teringat pada kuasa Allah S.W.T… tanpa izinnya aku tak dapat nak buat semua ini dengan hasil yang ada… mana lagi sumbernya…? Bersyukur sebab ingatan aku masih kepadaNya… Alhamdulillah… semoga berkekalan ingatan dan semangat aku ini… amin…

Minggu yang parah…

Hmmpppppkkkhhhh…!! letihnya rasa fizikal dan mental… minggu ini adalah minggu paling sibuk dalam sejarah hidup aku.. macam Sin Chan pulak… tapi sibuk yg aku seronok.. bukan sibuk yg aku boring macam selalu… sebab dalam minggu ni aku dapat buat apa yg aku suka dan boleh memberi sepenuh perhatian… perghh…

minggu ini saja aku dah study pasal CSS, MySQL, PHP, CGI/Perl dan PLSQL  (Oracle)… semuanya kerana kerja dan projek… yang melibatkan script yg memeningkan… ye laa.. nak dapatkan konsep yg betul² berfungsi dan lebih short… memang rasa badan macam tak sihat je.. exercise kurang… hishh..!! takleh jadi ni… aku pun taktau la bila aku nak jogging kembali… asyik dok buat kerja dan projek je.. lelama kang effect pada badan dan kesihatan.. risau juga… eeeiiiiii… susah la nak cakap… takleh jadi ni…

mmmm… aku ada plan minggu ni.. sebab Jumaat ni cuti… Hari Khamis petang balik dari Opis aku nak singgah The Mines.. beli motherboard dan RAM baru… so Hari Jumaat aku boleh ganti pada pc aku yg dah 2-3 bulan tak beroperasi tu… ye laa.. hari tu aku ingat power supply yg kong.. bila aku beli power supply sekali mobo pun tak nyala… dah aku suspect mobo la ni… biasanya LED dia kat tengah tu akan menyala bila kita dah sambungkan power chord.. boleh terus tekan switch… ini tak nyala langsung.. betul la tu kot… hehehee… dah lama juga tak berkecimpung dalam hardware ni… selalunya suruh technician je yg buat… sesekali nak merasa juga… aku harap pc aku tak meletup nanti.. hahahaa..!! aaaahhh.. come on laaa…!! i’m rock maaa…

hari Jumaat atau sabtu.. maybe aku pi kat The Mines juga.. ada Pameran Antarabangsa Halal Malaysia (MIHAS 2006)… harapnya ada maklumat pasal makan minum sekarang ni yg entah apa² la yg ada… mmmm… itu pun wife aku yg ajak… kekekekee…. nak harap aku..?? hishhh…!! buat tak kisah je… tengok la cemana… tapi aku rasa nak pergi juga… mmmm… insyaAllah…

Disable Windows Tatoo (genuine notification)…

Dalam tempoh seminggu ini… heboh juga kawan² ofis dan forum mengalami satu symptom yang memeranjatkan… tapi bukan kesan virus/spy/worm dll.. hanya satu notis yg akan dipaparkan pada komputer semasa login dan logout… ianya berlaku selepas saja pengguna membuat ‘update windows’ yang ada tajuk ‘Windows Genuine’… atau lebih kurang macam tu itulah bunyinya (bacaannya)… cemana pun… aku pada mulanya tidak ambil kisah sangat pasal ni… sebab selepas update windows pada pc aku kat ofis tiada masalah.. original la katakan… hehehee… dan pc kat rumah… aku tak update pun windows genuine ni.. tetapi secara tidak sengaja isteri aku terupdate windows ini selepas menyedari ada notification pada task bar.. jadi.. pc rumah aku pun dah terkena la bahana ni… maka.. kena jadi penggodek jugalah aku dengan mencari info dalam internet… bersyukurlah sebab jumpa… dan selepas itu… aku jadi ‘hero’ di ofis bagi membantu buang ‘benda’ ni dari pc masing² yang bukan genuine… mmmmmmmmmmmmmm…. semua orang kata aku terror… tetapi… terrorkah aku..?? chehhhh…!! aku bukan hipokrit…!! cuma low profile saja… ecececeeceeeee….apa yang aku lakukan…?? mmmm… aku cuma cuba beberapa teknik yg Amit Agarwal tulis… tapi dengan step sendiri… :

1. tamatkan proses wgatray.exe pada windows task manager (jika ada… kalau tiada terus ke step 2. dan kalau dah tamatkan proses masih belum berhasil terus ke step 2 juga.. tiada siapa peduli dah..)

2. delete file wgatray.exe dalam folder berikut :
- C:/Windows/System32/wgatray.exe
- C:/Windows/System32/dllcache/wgatray.exe

3. delete file data.dat dalam folder berikut :
- C:/Documents and Settings/All Users/Application Data/Windows Genuine Advantage/data/data.dat
setkan attribute ‘read only’ pada folder data
(right click folder data –> properties –> read only)

4. restart windows (boot sebagai safe mode)

5. gunakan windows registry editor (regedit) untuk membuang data wga :
- HKEY_LOCAL_MACHINE/SOFTWARE/Microsoft Windows NT/CurrentVersion/WinLogon/Notify/WgaLogon
- delete folder WgaLogon (jangan risau… folder ini akan ada balik tapi yang penting segala isinya kosong…)

6. delete file berikut dalam folder windows :
- C:/Windows/System32/WgaLogon.dll
- C:/Windows/System32/dllcache/WgaLogon.dll

7. restart windows seperti biasa… dan notification tiada lagi… rock..!!

bagaimanapun… jangan terlalu seronok selepas berhasil… manalah tahu selepas kita semua boleh elak atau buang notification ini… lepas ini microsoft bagi satu lagi problem.. selepas update saja.. kena ‘lock’ atau kena beli lesen juga sebelum boleh guna windows.. tak ke haru..?? hehehee… tapi harapnya Bill Gates tak macam tu.. ye kan Bill..?? kesianlah pada mereka² yang tidak berkemampuan… kekekekee… aku tahu apa yg aku tulis ini salah… tapi ‘terpaksa’… sorry…

last… jangan lupa ‘disable’ kan ‘auto update genuine’ untuk windows.. kalau tidak.. benda ni datang lagi… hehehee…

CSS… bermula sebuah epik…

CSS… atau nama panjangnya Cascading Style Sheet… memang dah lama aku gunakan untuk web development tetapi sebagai script tambahan saja (selain dari dhtml & javascript)… mungkin 40%… sebab malas nak main coding… tapi kali ini dah lain… aku rasa tahun ini aku akan gunakan 95%… hehee… bukan apa… sebenarnya aku baru saja join dengan Orenj Media House… sebuah company IT & korporat (grafik/audio/video/pc/networking/web/advertising/training)… so dari segi design dah takde yg simple atau main²… semua kena Pro… so aku kena design corporat web la ni… cuma teknik dan typo yg berbeza dari web yg pernah aku bangunkan… kali ni board of director minta aku design ala killer web site + CSS… no more html.. no more table… fuuhh…!! tapi takde masalah bagi aku sebab teknik scripting aku sedang menggila sekarang ni.. mana tak nya.. hari² kat ofis dok main SQL/PLSQL… lepas tu ada buat coding itu ini… sampai pening nak muntah pun ada… apa lagi..? belasah je laa… semalam aku buat revision yang ingat² lupa… sempat juga siap satu default format untuk class .CSS… alaa.. bukan susah… blog ini pun ada guna CSS juga… cuma malas nak alter je.. sample coding banyak merata²… so.. takde masalah bagi aku untuk buat revision… aku rasa hujung minggu ni siap la kot… mmmm… ini kalau member singapore aku yg selalu bagi projek tu tau… berasap aku dibuatnya… sebab dulu aku dah bagitau dia… aku dah kurang buat web… kekekekeehhh… mana boleh…?? web dah sebati dengan jiwa aku… cuma kena tukar environment sikit… mmmmm…

Mei 2006… bulan bersejarah abad…

Kebelakangan ini aku ada mendapat emel dari rakan² yang memberitahu tentang sejarah abad manusia… mengenai tarikh bersejarah yg akan berlaku pada bulan Mei ini… ringkas saja… bulan ini akan tiba waktu turutan jam dan tarikh berikut :

01:02:03 04/05/06

Pada mulanya aku tak ambil peduli sangat… tapi bila difikirkan… memang ini adalah masa dan tarikh yang bersejarah untuk tamadun manusia selepas masihi (hijrah)… fakta ini memang menarik…. ianya berlaku sekali sahaja dalam kehidupan manusia… mmmmm…. errr… aku rasa tiada masalah… menjelang tarikh tu aku boleh ready kat blog… heheheee…. akan ku khabarkan sekali lagi nanti… tarikh bersejarah…

Operasi mengemas rumah…

Sehari dua ini… sebab cuti lebih sehari… aku dan wife mengadakan operasi mengemas rumah… tapi bukan mengemas apa… memindah barang saja… dari rak buku, buku, barang keperluan dan meja ruang family hall tingkat atas tu beserta dengan komputer dalam bilik utama semuanya habis aku angkut ke bilik ketiga tingkat atas… sekarang ni bilik tu aku dah jadikan bilik study… memandangkan wife aku dah sambung study… dan aku pula Jun atau Julai nanti jika berjaya di terima masuk ke ‘U’… memang aku juga akan melanjutkan pelajaran… jadi buat preparation awal la ni.. insyaAllah… kebetulan pula adik ipar aku dah buka bisnes… aku pun akan join sekali sebarang projek yang dia ada… maka adalah tempat untuk buat development… yang penting tiada gangguan… hehehee… selain pada itu.. aku pun dah keluarkan baby cot, baby sit dan baby stroller dari bilik stor… minta maid aku cuci… sebabnya lagi sebulan akan hadirnya anak ketiga aku.. hehehee.. bestnya… semoga semuanya selamat dan sejahtera… amin… tak sabar² rasanya… lagipun rumah aku sekarang ni dah siap dari segala renovation dan decoration dah… lega sangat… cuma… ada sedikit masalah nak bocor ni je yg buat aku risau ni… dari tingkat bawah… aku dah nampak macam siling atas tu dah ada tanda² bertompok… geram betul aku… takpe… aku ingat minggu depan aku nak contact adik aku yg tinggal kat USJ tu… dia kata kontraktor dia ada repair rumah dia yg bocor bulan lepas… guna asid & gas… cemana dia buat taktau laaa… bocornya dah hilang… ye laa.. aku dah malas dah nak layan kerja ketuk² dan plaster lantai ni.. habis kotor rumah… nak tengok pun buat sakit kepala je… itu tak masuk dengan bising lagi tu… hishhh..!! takpe laa… next week aku uruskan dengan adik aku… minta repair kedua bilik air di tingkat atas rumah aku sekaligus… kalau failed juga… memang kena plan B… plan yg boring tadi tu… waarrghhh..!!

Return top

ADI BLOG

Aku tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.