Archive for April, 2006

Air Asia – kini sesiapa boleh penat…

Hujung minggu lepas aku balik kg 3 hari… tapi cuma bawa kedua ibubapa mertua dan seorang anak aku (Anis).. ini sebab nak melawat mak saudara aku yg sakit… sambil tu ibubapa mertua aku nak berjalan ke sana… syukurlah semua berjalan lancar… cumaaaaa…. naik air asia ni ada sikit boring laaa… sebab sekarang ni Air Asia punya terminal dah berpindah ke area di kawasan kargo… jadi selepas bayar tol.. kena masuk simpang pertama yg ada flyway untuk ke LCCT (Low Cost Carrier Terminal)… huhh… nama je LCCT… tapi harga makan minum macam bedil juga… aku tahu kenapa airasia berpindah ke situ.. tapi tak guna nak cerita dah… yg aku frust.. aku selalu saja naik KLIA Express dari putrajaya ke KLIA… sekarang ni.. kena naik kereta balik dahh.. cheehhh..!! dah la minyak naik sekarang ni… tension je…. apa nak jadi..?? kemudahan shuttle bus ada.. tapi untuk orang yg sorang dua boleh laa.. kalau bawa family..? anak kecik..? orang tua yg kurang upaya..?? takde harapan laaa… lagi susah ada…

apa lagi yg boring.. bukan saja boring.. aku rasa tak patut laaa… terutama ruang arrival dan departure yg tidak ergonomik… cuba lihat map LLCT masa aku balik dari KB… kapal terbang berhenti di luar blok ruangan international check in… (sebelah kiri bangunan).. jadi penumpang kena jalan kaki sejauh lebih kurang 500m untuk masuk ke arrival hall (sebelah kanan bangunan) dan perlu menyusuri ruangan departure hall… kalau hujan… payung yg dibekalkan pun kecik je.. muat tutup kepala dan badan je… beg dan kaki memang kuyup laaa seperti yg dialami oleh bapa mertua aku dua minggu sebelum itu… tapi masa aku balik tu panas terik.. budak-budak kecik.. baby.. orang-orang tua semua mengeluh… mengamuk.. kecoh je sebab kena berjalan di tengah landasan (kiri kanan kapal terbang, kereta tangga, kereta kargo, kereta barang lalu lalang)… pekerja yg jaga jalan (trafik) pulak lebih kurang 10 orang.. tak ke membazir tenaga namanya..?? macam nak buat kawad je… dan aku.. yg kuat lagi ni.. kena la bantu orang yg lebih tua.. bantu angkat beg.. masyaAllah.. letih macam nak tercabut tulang siku dan bahu dibuatnya.. memang tak patut laaa… sebenarnya ruang depan arrival tu ada kosong… tapi digunakan untuk kapal terbang angkut penumpang (departure)… dah tau arrival sampai kat kiri… tukar la terminal arrival sebelah kiri… terminal departure sebelah kanan.. baru la dekat sikit.. apa daaaa… tak rancang bebetul…

masa kat tengah landasan tu.. aku dengar sorang makcik membebel pada pekerja yg jaga jalan tu… “lain kali kalau nak letak jauh-jauh sediakanlah bas… semput makcik…” pekerja kat situ tersengih je.. tapi tak guna juga bagitau mereka.. mereka hanya pekerja biasa… baik cerita sama pengurusan air asia… tapi siapa..?? aku..?? huh…!! terfikir juga… tapi aku tulis kat sini je laa.. pastu hantar link ke surat khabar.. hahahahaa..!!! cemana pun.. aku terfikir juga… kalau la aku nak bawa wife aku atau baby balik kg. nanti.. cemana ye..? boleh request kerusi roda ke..?? jauh nak jalan tu… mmmm… ntah laa…  dalam penerbangan pun penumpang sebelah ada cerita pasal ni.. dah hantar dalam surat khabar… tapi takde keluar lagi… aku suggest hantar je pada ntv7 atau tv3… heheheheehhh… tapi pasal ULAT taxi banyak pulak… hishhh..!!!

ape pun.. kalau cakap pasal tambang… murah tu memang la murah jika dibandingkan dgn MAS… sesuai la dengan slogan Airasia.. ‘kini sesiapa boleh terbang’… tapi aku rasa kalau keadaan berterusan begini… kena ubah sikit laa slogan tu.. ‘kini sesiapa boleh penat’… tak pun… ‘kini sesiapa boleh terbang dan penat’… hahahahahaaa..!!!

lagi satu… aku pulak masa nak balik hari tu.. ada orang RHB/air asia offer satu kad kredit  rhb air asia… yg kecil molek macam biola tu… dia kata dgn kad ni.. aku boleh beli tiket penerbangan ke mana-mana destinasi dalam negara dgn harga RM9.99 (belum masuk cukai lagi ni..) saja… boleh beli limited sebanyak 15 tiket sekali beli… tak kira masa bila dan bila… mulanya aku tak caya.. sebab aku dah pernah baca pasal kad kredit ni… tapi sebab dia tunjuk satu brochure baru… khas untuk promotion… aku baca… mmm… try je laa.. kalau tipu.. memang aku buat dekkkk je dgn kad tu… tak pun aku tutup terus kalau ada sebarang caj yg di luar pengetahuan aku.. sebab masa aku tanya orang tu… dia kata takde caj apa-apa… cuma digunakan untuk beli tiket je samada online atau offline… annual fee pula free for life… ye ke..?? macam MBF credit card… mmm… takpe.. takpeeee…. try dulu…

Ceramah ICT 2 di LPPKN, KL.

Hari ini.. pagi… Ceramah ICT aku untuk Kali kedua tahun 2006 di Lembaga Penduduk & Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Jalan Raja Laut, KL… peserta adalah seramai lebih kurang 90 orang dari staf LPPKN sendiri (seluruh Malaysia)… (terima kasih kepada 3rd boss aku sebab bagi keizinan untuk menghadirkan diri)… dalam perjalanan… aku sms big boss aku.. terima kasih juga kepada beliau kerana memberi sokongan…

Tarikh     :  19hb. April 2006
Masa      : 11.00 pagi – 1.00 tengahari
Tempat   : Dewan Seminar LPPKN
Tajuk      : Asas-Asas Teknologi Maklumat
Target Audience : Peserta Kursus PTK (TK1 & TK2)

Topik yg aku bentangkan masih lagi sama :

1. Hardware & Software
2. Tatacara Keselamatan ICT
3. Tatacara Penggunaan Internet dan E-mel untuk kakitangan kerajaan
4. MSC (Multimedia Super Corridor) – tak sempat…

Permulaan agak hambar sikit sebab notebook urusetia ada problem.. aku terpaksa goreng tanpa slide lebih kurang 15 minit.. tapi best la sikit sebab peserta kali ni lebih banyak bertanya… hehehee… tak menang bibir aku dibuatnya… syukur juga sebab semua persoalan yg dikemukakan relevan dengan pengalaman aku… rock..!! ape pun.. aku masih tak sempat nak drive 2 jam.. tapi aku banyak cerita tentang teknologi.. tak ikut slide sangat sebab peserta veteran ni mudah mengantuk… bila aku bercerita baru dorang segar… yg pastinya.. info sampai… aku harap begitulah… bercakap pasal drive ni… kat sini aku datang naik LRT je.. heheheeheee… berhenti kat SOGO (Bandaraya station).. jalan kaki sket.. sampai…

Ceramah ini masih lagi di bawah Waha Solution Sdn Bhd… lepas ni taktau la kat mana pula.. kalau ada rezeki Tuan Haji Wahab akan contact lagi… insyaAllah…

Dalam perjalanan pulang.. aku rasa makin bersemangat pula untuk memberi ceramah… sebab tujuan aku sebenarnya ialah.. memberi maklumat, informasi dan pengetahuan kepada staf kerajaan yg selama ini hanya bertumpu kepada end user… dari dua kursus yg aku drive ni… memang 90% adalah end user… tapi aku harap knowledge mereka semakin bertambah dengan nota yg aku dah beri.. semoga staf kerajaan ni tidak hanya tahu guna komputer saja.. tahu apa perkakasan dan peralatan yg digunapakai serta tahu cara mengendalikan komputer, internet dan e-mel… amin…

Keadilan Duniawi…

Hari² kerja aku dapat dilalui dengan biasa… kesibukan… keributan… kehujanan… kesejukan… kekalutan… pendek kata kalau ada 100 patah perkataan suasana alam maya ini.. aku boleh tulis… dah lali dah…

dalam pada kesibukan ini.. bila aku dapat rehatkan diri… satu kuasa alam telah menjengah minda aku yg terbenam… lebih² lagi seminggu dua ini aku dapat berita dari ibu dan bapaku dikampung yg memberitahu bahawa isteri arwah bapa saudaraku (yg telah meninggal dunia tahun lepas) telah di masukkan ke hospital akibat kanser yg dialami.. kanser yg tidak diketahui selama ini beraja di jasad seorang isteri… setelah bapa saudaraku meninggal dunia… kini isterinya pula dalam kepasrahan… yang buat aku rasa agak tergamam.. apabila teringat akan anak² arwah.. Alimi, Iman, Lini & Lana… di mana tempat mereka bergantung selepas ini..? Anak arwah yg sulung sekarang ini dalam tingkatan 5… merupakan tunjang kepada kekuatan keluarga arwah… aku harap dia mendapat kecekalan dan kekuatan untuk harungi keadaan ini… terutama untuk menjaga 3 orang adiknya… kekadang aku rasa sedih sebab, dalam usia yg masih muda dan masih memerlukan tunjuk ajar dari seorang ayah dan ibu… kini dalam kepasrahan… kesedihan ini saja yg dapat memadam gamam hati dalam jiwa aku…

selain itu.. aku sedar, akur dan faham akan jawapannya… inilah keadilan dari Allah S.W.T… kerana disebalik apa yang berlaku ini… ada hikmahnya… Doa… Harapan… semua telah terbukti di pentas duniawi… bahawa kuasa Allah S.W.T. itu Maha Besar dan Maha Benar… sebagai manusia… kita tak boleh mengelak apabila tiba waktunya… apabila tiba masanya… bersedia saja…

Ini adalah satu teladan kepada kehidupan aku dan keluarga aku… dan… keluarga mereka… bahawa sesungguhnya… Kuasa itu Memerhati… setiap detik… setiap saat…

Upgrade rumah dah hampir siap…

Alhamdulillah… setelah hampir seminggu berhempas pulas mengemas rumah untuk upgrade… akhirnya hari ini dah masuk fasa akhir dah… dah cat balik dinding dapur rumah… bayangkanlah… 5-6 hari ni aku dan anak² macam pelarian dibuatnya… duduk je tingkat atas sebab kat bawah berdebu dan berhabuk.. (sama je..) makan minum lepak semua kat tingkat atas… kebetulan rumah aku ada family hall.. ok laaa.. anak² aku punya la tension sebab takleh nak main macam biasa naik turun tangga… hehehee… tapi hari minggu hari tu.. aku bawa dorang pi alamanda Putrajaya… shopping barang sikit.. punya la happy dorang… ye laa.. dah asyik terkurung je dalam rumah tingkat atas tu… kekadang tu anak² aku tu lepak kat rumah mertua dan kakak ipar aku… aku je la yg stay kat rumah… tengok orang yg diupah buat kerja… ape pun.. dah nak siap dah… dapur pun dah boleh pakai dah cuma belum masuk kabinet lagi… kabinet akan dipasang pada 27hb. April nanti… 28hb. April final Myteam… 29hb. April final AIM… fuhhh… mencabar betul… tapi ruang tamu dah beres dah.. semalam aku terus kemas habis²an.. lega… hanya tunggu proses mengecat dan mengemaskan peralatan je sekarang ni…

semalam juga aku call ibu dan abah aku… ada hal mustahak di kampung.. jadi hujung minggu ni aku kena balik kg. bawa mertua aku ke sana atas permintaan keluarga aku… 2 orang saudara aku sakit tenat… nak bawa berubat la ni… tapi aku hanya bawa kedua mertua aku dan seorang anak aku yg sulung.. wife aku dan seorang anak aku lagi stay kat rumah dengan adik dia dan maid aku… dah sarat takleh dah nak naik flight… dok rumah je laaa… lagipun kakak ipar aku pun ada berhampiran… tak jadi masalah rasanya…

Tapi hari ini.. kerja makin banyak wooo… aku ada buat kesilapan sikit… aku edit report yg lama… lepas tu aku overwrite pada report baru… adooii.. abih aku kena buat balik scripting yg cikadok tu… hishh..!! tensionnya… jap lagi nak sambung balik… iskk.. iskkk… dah la banyak queue task ni… iskkk… sabor.. buat yg mana perlu dulu… mmmm…

Ceramah ICT di ESSET, Bandar Baru Bangi, SEL.

Hari ini.. malam… Kali pertama di tahun 2006 aku start aku punya Ceramah ICT di Institut Latihan Keselamatan Sosial KWSP (ESSET) Bandar Baru Bangi… peserta adalah seramai lebih kurang 60 orang dari Kementerian Pendidikan Malaysia (seluruh Malaysia)…

Tarikh     :  13hb. April 2006
Masa      : 8.30mlm – 10.30mlm
Tempat   : Dewan Seminar ESSET
Tajuk      : Asas-Asas Teknologi Maklumat
Target Audience : Peserta Kursus PTK (TK1 & TK2)

Topik yg aku bentangkan ialah :

1. Hardware & Software
2. Tatacara Keselamatan ICT
3. Tatacara Penggunaan Internet dan E-mel untuk kakitangan kerajaan
4. MSC (Multimedia Super Corridor)

nota yg aku design ni tak cukup la 2 jam… aku terpaksa skip dan express… biasanya tajuk ini aku drive selama 3 jam… takpe laa.. permulaan yg agak cool untuk tahun 2006… cuma yg menjadi cabaran aku ialah… kali pertama aku drive kursus ini untuk kakitangan pengurusan dan pentadbiran.. biasanya kakitangan teknikal je.. hehehee.. tapi syukurlah… ada feedback yg baik dari pihak peserta dan urusetia… Alhamdulillah…

Terima kasih kepada Tuan Haji Wahab Bin Abdullah.. Pengarah Waha Solutions Sdn Bhd kerana kesempatan yg diberikan kepada aku… tak sangka 2006 dipanggil untuk sesi ceramah… tahun 2004  ada la 4-5 kursus kat kampus dan kolej… tahun 2005 sekali je kat KB… ingat makin slow… iskk.. iskkk… 2006 ni mungkin kena aktif balik laaa.. boring asyik buat kerja je… sesekali boleh share knowledge dan info dengan orang luar…

Hari upgrade rumah… hehehh…

Hari ini… tak kusangka cuti.. semalam dah la aku mc… hari ni dan esok aku apply cuti last week… tetiba memang dah cuti… kenapa..? kenapa aku query bab cuti..?? sebab aku silap kerop laaa… aku ingat nak repair rumah aku time orang kerja.. tapi sebab hari ni aku dah tetapkan nak repair rumah.. mak aiihh… berdentum dentam la sekeliling taman aku ni… addehhh… dah la tak pesan kat jiran tetangga.. iskk.. iskk.. ni nanti nak kena pi minta maaf ni.. iskk…

Apepun… hari ini… bermulanya operasi untuk upgrade dapur rumah aku… ada beberapa perkara yang nak dibuat…
1) pecah dinding dapur
2) tukar pintu dapur (nyatoh)
3) tukar tingkap dapur (sliding)
4) buat Concrete Top (U-shape)
5) Tambah kitchen kabinet

mmmmm… kow tim punya kow tim… belanja ada la dekat RM10K… takpe laa… dah plan lama dah nak buat mende ni.. lepas ni memang dapur aku jadi millenium laaa… hehehehee… sebab kaler silver + black…

errr… taktau la bila akan siap… hari ini saja pecahkan dinding dan trim dinding pun bergegar jugak rumah aku… jiran² aku taktau la cemana menghadapi kegegaran dan kebisingan itu.. hehehee… harap mereka semua dapat tahan.. hari ni sehari je.. esok dah start plaster dah… cepat laaaaaaaa….!!!

Bermain dengan CISCO PixFirewall…

Bagaimana nak add/delete port dalam firewall..?

- dari memana mesin… telnet ke ip firewall (cth : ‘telnet 10.1.0.5′)
- ‘enable’ (admin password)
- ‘show run’ / ‘sh run’ (check list info)
- cari la port mesin mana nak add/delete (object-group [nama mesin] tcp)
- untuk mulakan konfigurasi taip ‘config term’ / ‘conf t’
- add port – ‘port-object eq [no. port]‘
- delete port – ‘no port-object eq [no. port]‘
- ‘exit’ untuk keluar dari mod konfigurasi
- ‘show run’ (untuk semakan)
- kalau dah ok, taip ‘write memory’ / ‘write mem’ untuk save

Bagaimana untuk menukar IP (Kajian Kes – Migrate IP dari DMZ ke Private)?

Contoh : Katakan kita ada 4 server dan 1 firewall. Kumpul info berikut :

server name         current ip            new ip                  internal ip
web                     202.123.10.01     171.15.100.01      10.1.0.1
portal                  202.123.10.02     171.15.100.02      10.1.0.2
reverseproxy        202.123.10.03     171.15.100.03      10.1.0.3
database             202.123.10.04     171.15.100.04      10.1.0.4
firewall                 202.123.10.05     171.15.100.05      10.1.0.5

gateway    : 202.123.10.234 (current) 171.15.100.234 (new)
public ip    : urusan network department
internal ip  : tidak perlu ubah
bahagian yg penting ialah gateway, address, name, static

Start – login, enable admin, show run (checklist), config t

1) clear ip gateway dan firewall
- no route outside 0.0.0.0 0.0.0.0  202.123.10.234  1
- no ip address outside 202.123.10.05  255.255.255.0

2) assign ip gateway dan firewall yg baru
- route outside 0.0.0.0 0.0.0.0  171.15.100.234  1
- ip address outside 171.15.100.05  255.255.255.0

3) remove old NAT mapping
- no name 202.123.10.01 web-ext
- no name 202.123.10.02 portal-ext
- no name 202.123.10.03 reverseproxy-ext
- no name 202.123.10.04 database-ext

4) insert new NAT mapping
- name 171.15.100.01 web-ext
- name 171.15.100.02 portal-ext
- name 171.15.100.03 reverseproxy-ext
- name 171.15.100.04 database-ext

5) enable NAT untuk reverse proxy (internal IP)
- name 10.1.0.3 reverseproxy-int

6) clear static (inside, outside)
- no static (dmz, outside) 202.123.10.01  web-int  netmask 255.255.255.255 0 0
- no static (dmz, outside) 202.123.10.02  portal-int  netmask 255.255.255.255 0 0
- no static (dmz, outside) 202.123.10.03  reverseproxy-int  netmask 255.255.255.255 0 0
- no static (dmz, outside) 202.123.10.04  database-int  netmask 255.255.255.255 0 0

7) assign static (inside, outside)
- static (dmz, outside) web-ext web-int netmask 255.255.255.255 0 0
- static (dmz, outside) portal-ext portal-int netmask 255.255.255.255 0 0
- static (dmz, outside) reverseproxy-ext reverseproxy-int netmask 255.255.255.255 0 0
- static (dmz, outside) database-ext database-int netmask 255.255.255.255 0 0

8 ) exit admin
- clear xlate (clear old translation) & show run (check list & save all output)
- test and test and test…
- jika semua proses berjalan lancar – write mem
- exit

Tamat…. aku rasa masa yg perlu diambil untuk urusan migrate & testing ini mengambil masa selama 1 jam sekiranya semua IP sudah tersedia… tapi sebab semalam ada masalah teknikal (team network silap bagi ip reserve sistem lain) aku terpaksa bertapa dalam Data Center untuk betulkan semula dari pukul 8.00 malam sehingga 9.30 malam… tapi… tak kisahlah.. semua sudah dibereskan… syukur Alhamdulillah…

Ceramah dari Dr. Sharifah Hayati

Siapa tak kenal dengan seorang tokoh penceramah negara… YBhg. Dr. Sharifah Hayati Syed Ismail Al-Qudsy dari UM…? hari ini beliau dijemput oleh urusetia kelab ofis aku untuk menyampaikan satu ceramah motivasi kepada semua staf. Aku macam biasa la.. kena jadi jurugambar dan bebas ke sana kemari… heheheee… dan kesempatan itu aku ambil untuk snap 3-4 shot gambar beliau untuk galeri ofis.. kekadang termalu juga aku sebab sedang aku snap tu.. kena ngusik dek Dr. Hayati kekekeee… apa yg pasti.. Dr. seorang yg petah berbicara dan pandai menarik perhatian dengan apa yg diceritakan.. terima kasih diucapkan kepada beliau kerana sudi datang dan memberi sedikit sebanyak motivasi dalam kerjaya aku dan team ofis… kekadang tu ada gak apa yg beliau cakap tu terkena dengan batang hidung aku.. aisehhh..!! tapi syukurlah.. memang sikap macam tu aku dah ubah… sebab tu aku rasa lebih yakin dan berani dalam kerjaya sekarang ni… dan… finally semasa sesi bersalaman.. aku cuma sempat ambil gambar beberapa orang staf perempuan saja yg bersalaman dan berpelukan dengan beliau… yg aku tak sempat ambil tu memang dorang membebel abih kat aku… hehehee… sebab kenangan tu.. bukan senang nak jumpa tokoh penceramah popular tu… tapi takpe… gambar suasana ceramah tu ada… boleh  juga dijadikan kenangan… errr… galeri web ofis aku ni.. sebenarnya dah hampir 2 tahun tak updated… tak sempat laaa… big boss dan officer ada juga tanya pasal ni tahun lepas.. tapi sebab dorang tau aku busy… memang takleh buat apa²… suruh team IT lain.. masing² sibuk juga.. nak buat cemana… mmmmmm….

petang tu.. aku siapkan beberapa tugas yg banyak tertunggak sempena minggu exam aku awal minggu lalu.. study hard tu… abih tertinggal banyak kerja… adooiii… aku tak pernah macam ni… apa nak jadi..?? rileks… step by step kena improved… mesti boleh..!! tadi pun dah dengar ceramah dah.. hehehee…

PTK… lagi dan lagi… selesai dah…

Heheheheeeee…. heheheheheahahahhahaaaa..!! aku tak tahu kenapa aku ketawa… tapi aku tahu kenapa aku ketawa… hahahaaa..!! sudah tentu la berita yg best… yup..!!! exam PTK (TK1-Khusus) aku pagi tadi dapat diharungi dengan jayanya… dan aku rasa lega yg amat sangat sebab apa yg aku study sehari dua sebelum ini berbaloi… jika nak dibandingkan dengan PTK (TK1-Umum) dua hari lepas.. wadusss… jauh panggang dari api… yang pagi tadi punya best… boleh score la kot kertas umum ni.. insyaAllah… terima kasih pada geng IT aku di kampus yg banyak membantu aku dalam ‘perbincangan’ sebelum ini.. aku ingat tiada siapa nak tolong… tapi ada… syukur… terima kasih juga kepada pegawai kanan IT di department IT yg banyak bagi tips dan bab IT yg perlu aku baca.. memang aku pulun habis study apa yg dia cakap… dan hasilnya baik… 50% dari apa yg aku baca keluar dalam exam.. selebihnya aku rasa dari pengetahuan dan pengalaman aku dalam bidang IT selama ini…

Fuhhhh… lega… lepas ni boleh rileks… aku nak tumpukan pada kerja dan webhosting aku pula.. heheheheee…

PTK ohhh.. PTK…

Pagi tadi… aku berperang dengan PTK (TK1 – Kertas UMUM)… fulamak… memang berpinau kepala aku dengan soalan yang diperolehi… apa yang aku hafal.. yg aku point.. yg aku spot… failed..!!! FAILED..!!!! dari apa yg aku dok hafal dan study selama 2 hari sebelum ni.. 20% je yang keluar dan dapat aku jawab… MasyaAllah… dahsyat… sungguh tak kusangka… rasa macam nak pitam je tadi… kenapa boleh jadi begini..?? mmmm… jawapannya memang study 2 hari takkan dapat cover apa yg ada dalam soalan.. specially kefahaman… rasa menyesal pun ada.. rasa sedih pun ada… mana taknya… minggu lepas aku pulun buat preparation untuk pameran postgraduate tu… aku ingat sabtu & ahad boleh pulun study tapi ini la jadinya… iskkk…!! tak mengapalah.. perkara yg lepas jangan dikenang… aku hanya perlu tunggu saja bulan Mei nanti… result… iskkk… bagaimanapun aku percaya dengan mukjizat yg turun pada pagi tadi.. aku tahu semuanya dari Allah S.W.T…. dan kepercayaan aku itu akan membawa erti kejayaan untuk exam aku tadi.. amin…

Selepas ini… aku kena prepare (TK1 – Kertas KHUSUS) pula… exam pada lusa nanti… insyaAllah…

“STUDY laaaaaaaaaaaaa…”

Return top

ADI BLOG

Aku tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.