Hari ini… seperti yg dirancang… aku hantar wife aku ke hospital serdang… itupun selepas hantar anak sulung aku ke tadika… breakfast… kemudian technician aku call.. minta bukakan peti besi.. seorang lagi staf admin yg pegang kunci dan key peti besi tak datang… hishhh..!! payah la macam ni… asal emergency je mesti cari aku… dah banyak kali dah berlaku macam ni… kekadang aku kat sana call.. kat sini call.. alasannya staf admin yg sorang tu takde.. cuti.. mc… hilang.. pening kepala aku dibuatnya.. nasib baik la aku masa tu dalam perjalanan ke hospital… sempat la singgah ke opis… pagi tu ada meeting pasal sistem… tapi aku tak join la sebab dah bagitau officer IT aku yg aku nak ke hospital… lepas buka je peti besi.. aku terus chow..
Hospital Serdang… aku ingat masih belum beroperasi sepenuhnya… tapi dah kira penuh dah pesakit dalam wad.. sebab kebanyakan kes di hospital kajang dan putrajaya kalau penuh kat sana semuanya akan di bawa ke sini… mana tak penuh woooo… wad kelas 1 pun penuh… tapi wad kelas 1 belum buka lagi sebab staf tak mencukupi.. yg dah beroperasi ialah wad kelas 2 dan 3… tapi ini yg untuk bahagian bersalin je laaa.. yg bahagian lain aku taktau… mmmmm… sampai je kat sana… sunyi je… masa tunggu wife aku sedang buat checkup.. satu ambulan datang… emergency… kemudian datang 2 lagi pesakit yg nak bersalin… oooo… memang busy juga secara senyap… hampir 2 jam wife aku buat checkup… lamanya… handphone aku tak henti² berdering… member call.. staf call… kekadang aku main game… bateri dan tinggal 2 bar… bila wife aku keluar… dia kata dia kena tahan untuk satu hari bagi pemantauan keadaan darah dia… mmmmmmm….. so.. dia pesan ambilkan beberapa barang… sebab yg dia bawa hanyalah telekung, kain dan sehelai tshirt… tengahari nanti masa ambil anak aku balik rumah… aku akan bawa buku, berus gigi, towel, sikat dan beberapa peralatan yg wife aku dah tulis… bila aku tengok jam… dah hampir pukul 12… maknya dah hampir 3 jam lebih aku dah berada kat hospital… isshhh… aku terus ke tadika… tepat pukul 12.15.. anak aku keluar.. terus balik rumah… maid aku dah siapkan beg yg berisi barang² yg wife aku pesan… lega.. wife aku dah call maid aku rupanya… ape pun aku lunch dulu kat rumah… then baru bertolak ke opis… petang nanti je la baru pi hospital… senang sikit… lagipun aku kena siapkan 2 problem yg semalam tak siap lagi tu… bila siap 1.. tetiba ada call dari staf… 1 lagi problem yg urgent… fuuhhh…. tapi tak lama.. problem tu dah siap juga… lepas tu ada call lagi… mmmmm… ada lagi problem… bila la kerja tertunggak aku tu nak siap… sebab banyak sangat tunggak tunggek… keadaan macam ni buat aku bosan… boring… tapi apakan daya… inilah kerja… dalam dok solve problem tu… baru aku teringat… petang pukul 4.30 ada meeting staf la pulak.. adooiii… aku ingat nak keluar terus jam 5.00 petang nanti… ape pun… sebelum meeting start.. aku pi jumpa 3rd boss aku.. bagitau dia aku nak minta excuse dan nak keluar awal dari meeting sebab nak pi hospital… dia paham punya… so.. aku cuma join meeting selama lebih kurang 45 minit… lepas tu aku terus chow… meeting staf tadi… 3rd boss aku umumkan percent dan bilangan staf yg dapat markah yg tertinggi… dia tak sebut nama… dia cuma bagi nama unit saja… yg teringgi dari unit rekod.. yg kedua tertinggi dari unit IT… aku buat dek je pada mulanya… tapi staf dok sok sek sok sek… dan secretary big boss pun bisik kat aku… dia kata aku la yg kedua tertinggi… heheheheheheehehehehehehhhheeeee…. aku tersengih dalam hati… syukurlah… rock juga la aku kiranya… buat kerja pakai taram… jawab pun ikut yg ingat… 2nd highest wooooooo… selesai agenda markah exam department tu… meeting disambung… aku cuma sempat join perbincangan mengenai sistem pernomboran kaunter je… aku cadangkan agar department aku beli alat baru untuk support smart system dari tunggu pihak vendor cari sistem lain untuk diguna pakai pada alat yg sedia ada… dah sebulan dah ni.. senyap je… ape pun… aku tak sempat nak defend idea aku sebab officer IT aku mencelah dengan cadangan dia… jam dah menunjukkan pukul 5.15… aku terus minta diri dari 3rd boss… aku ke bilik dan solat asar dulu… baru bertolak ke hospital… sempat aku beli biskut, buah, keropok dan coklat untuk wife aku…
sampai di hospital… hampir sesat aku dibuatnya… tapi jumpa juga akhirnya… wife aku terpaksa stay kat wad kelas 3 sebab wad kelas 1 tak berfungsi… wad kelas 2 penuh… ini pun dah syukur kalau penuh juga.. dah tentu wife aku kena stay kat hospital kajang nun.. jauh la sikit… tapi yg respectnya… wad kelas 3 hospital serdang ni macam wad kelas 2 hospital putrajaya… cuma tiada aircond je… hehehee… aku dan wife aku makan je apa yg aku bawa.. sementara menunggu makan malam dari wad… pukul 7.00… waktu melawat dah tamat… aku terus keluar dan rancangan seterusnya pergi ke pasar borong Selangor kat puchong nun… beli daging & hati… wife aku kena banyak makan daging dan hati dah sebab nak tambah darah ni… selalunya asyik makan ikan je.. protein dah banyak.. tapi iron kurang… lepas tu aku beli ikan, udang, sotong dan sayur²an.. aku beli banyak sikit sebab esok bapa dan 2 orang adik aku akan sampai dari kampung… mereka nak berehat di KL atau PD… bapa aku sedang rehat dari urusan kolej dia.. hehehh.. adik aku yg no. 3 tu tengah tunggu panggilan dari memana tempat sebab dah tamat degree dia… yg no. 5 pula dah tamat training Perodua.. tunggu training kedua pula di Shah Alam… so.. semuanya nak berehat la tu… adik aku no. 2 still kerja kat maybank tower… yg no. 4 jaga rumah macam biasa sebab ibu dan adik aku yg bongsu tak jadi datang… adik aku yg bongsu tu ada aktiviti sekolah di musim cuti sekolah… ibu aku pula nak temankan nenek aku yg baru saja keluar dari hospital KB… ada masalah pernafasan… tapi dan semakin pulih..
aku sampai ke rumah pada pukul 8.30… terus ke bilik mandi dan mandi ala express je la sebab maghrib belum lagi… terus sambung isyak lepas tu… dan malam tu.. anak² aku agak blur sebab mama dorang tiada.. heheheee… pukul 10.00 malam aku dah ajak semua naik ke tingkat atas dan tidur… banyak ragam betul… pukul 10.45 anak aku yg sulung mengadu lapar… yg no. 2 pun lapar… padahal dah makan selepas maghrib tadi… ye la aku tau mereka tu tension sebenarnya tu… aku pun bawa mereka turun.. makan biskut je… hehehee… biskut fibre jacobs tu.. aku tau dorang tak suka biskut tu… sebab sekeping biskut pun dekat 10 minit baru habis dikunyah… aku buat dekkk je.. malas nak tanya.. lagipun makanan lain dah disimpan sejuk oleh maid aku… dia pun dah tidur… lepas makan… minum sedikit air dan naik ke atas semula… selang 10-15 minit… kedua anak² aku terus lelap… dan.. aku pula yg terkebil²… tu yg aku buka notebook nih… godek la sikit… heheheee…. takpe laa.. pagi esok abah dan adik² aku dijangka sampai… tengahari pula wife aku dah boleh keluar… syukurlah.. sebab sehingga petang tadi.. tekanan darah wife aku dah pulih… dah sampai 10 kembali.. cuma kena tahan sebab nak check contraction saja… kalau semuanya stabil… insyaAllah tengahari esok dah boleh keluar dan pulang ke rumah…