3hb. Februari 2006 (Jumaat)6.10 Pagi.
Azan subuh berkumandang… boleh tahan juga kuatnya walaupun berada dalam jarak 300 meter menyeberang sungai dan jalan highway… aku yg selama ini susah nak sedar dari bunyi jam loceng pun boleh terjaga.. ape pun syukur.. sebab dapat bangun sendiri… kalau tidak.. aku taktau la pukul berapa baru aku akan sedar… heheheee… aku terus ke bilik mandi.. bilik kecil.. berus gigi dan mandi.. semua dapat diuruskan pada masa itu juga.. lepas tu terus bersiap untuk ke surau… selepas solat subuh.. aku bersiap dengan pakaian track-suite.. lagipun semalam chief fasilitator dah pesan pukul 7.00 pagi semua kumpulan kena berkumpul… siapa lambat potong 1,000 damra.. dan kumpulan aku perfect.. semua dah ada sebelum pukul 7…
7.00 Pagi. (Coralling the Giant)
kemudian semua team fasilitator berkumpul dan memberi sedikit maklumat tentang game pagi itu… “Mengurung Gergasi”… semua team terpinga².. game apa la pulak ni..? pagi ini.. giliran fasilitator pula memilih team mana yang mereka nak handle… Kapten Hasnol memilih team aku… sebab semalam.. team aku ada membebel pasal dia.. hehehee.. suspen… kumpulan aku kemudiannya di bawa ke satu tempat yang tersorok di kawasan chalet di situ… selain dari kapten Hasnol.. Kol. Aziz pun ada juga.. mereka offer kertas soalan dalam bahasa Melayu.. team aku beli dengan harga 2,000 damra… dapat offer tu.. sampai di situ… ada beberapa peralatan.. tali kecil, tali besar, tali rafia, pendayung, tayar, pelampung keselamatan dan kanvas yg boleh dibeli untuk selesaikan masalah… di sebelahnya pula ada satu kawasan yg diikat tali rafia membentuk petak 4 segi.. di tengahnya ada satu lagi tali yang membahagi duakan petak tersebut.. di satu sudut… gergasi..??? ada batang paip plastik yang disambung² membentuk turus dua kaki dan ada palang sebagai badan dan kepala sedang terbaring sebanyak 30 Darjah di atas kuda² kayu… memulanya memang kumpulan aku blank.. sebab soalannya ialah bawa gergasi yang mabuk ke sebelah petak… dengan peralatan yang ada… memang masing² susah nak faham arahan soalan… dah beli soalan bahasa melayu pun tak faham juga.. macam mana nak bawa gergasi ni..?? nak tanya kena tolak point.. angkat je tali letak balik kena denda.. ketua kumpulan tanya aku… aku cuma cakap kena bawa secara jongkat jongkit sebab gergasi tu tak boleh ditegakkan dengan dua belah kaki mencecah tanah… kalau tegak dengan dua kaki tak lebih dari 5 saat… tak boleh terseret sejauh 5 inci… apa tunggu lagi.. aku terus merapu sebab geng lain pun tak tahu dah nak buat macam mana… jadi idea aku cuma beli 2 tali… 2 pendayung… ikat di sebelah kanan dan kiri badan gergasi… 4 orang di sebelah kiri.. 4 orang di sebelah kanan… dua orang lagi tolong tengok dan pastikan tiada kesilapan dilakukan… jadi team aku bermula.. pemegang tali di kedua belah mengangkat gergasi dan menegakkannya… fasilitator mula kira… aku minta team belah kanan tarik dulu tali tu agar kaki sebelah kiri gergasi terangkat.. dan aku minta team yg pegang pendayung belah kiri tolak kaki gergasi tu ke depan… lepas tu giliran team belah kiri pula menarik tali agar kaki kanan gergasi terangkat.. pendayung di sana pula menolak kaki ke depan.. begitulah cara yang kumpulan aku lakukan… tapi percubaan 3-4 kali juga sebab ada terseret.. terpaksa mula semula dari tempat asal… sehinggalah gergasi tu dapat dimasukkan ke dalam petak sebelah melepasi tali tengah tu… settle.. team aku dapat lakukan dalam masa setengah jam… lepas tu terus berlari menuju ke dewan untuk sarapan pagi… hehehee.. dah ada 1 kumpulan lain yg dah settle rupanya… setelah bersarapan.. ada satu team lagi yg masih belum pulang.. mak aii… lama betul mereka nak solve problem giant ni… apapun.. team aku memang lega.. lepas dapat berehat.. dan semua team dah kembali ke dewan… kami semua bersedia untuk presentation 2.. bentangkan apa yang dapat dipelajari dari exercise mengurung gergasi ini…
9.15 Pagi.
Pembentangan atau persembahan kumpulan dimulakan seperti semalam.. kali ini ahli yang lain pula bentang apa yang dapat dipelajari dari game 2 pagi tadi… dan dari segi bahan dan info.. team aku dapat merasakan perubahan dari segi kualiti dan perancangan… berbanding dengan game 1 semalam.. begitu juga dengan kumpulan lain.. maka pembentangan adalah lebih baik dari semalam.. semua team berpuas hati… banyak cerita² positif diperolehi…
10.45 Pagi.
Kol. Nik mengambil kesempatan untuk memberi taklimat mengenai game 1 dan game 2.. termasuk sedikit tips untuk ‘wargames’ yang akan berlangsung pada petang ini… panjang betul cerita Kol. Nik.. termasuk kisah masyarakat orang asli di kawasan tersebut.. tapi yang menarik ialah kisah-kisah teladan dalam menjalankan team building sebelum² ini… memang banyak perubahan yang dialami oleh peserta hasil dari kursus-kursus yang dijalankan.. terutama sekali dari segi sikap kerjasama, perancangan, perlaksanaan tugas dan tanggungjawab dalam suasana kerja dalam satu team… aku juga berharap dapat mengubah sikap aku yang mana dapat dirasakan masih ada perasaan negatif dalam diri.. insyaAllah… taklimat ini berakhir pada pukul 11.15 pagi… kemudian satu sidang video telah ditunjukkan… video ini ialah mengenai aktiviti absailing… setelah mengamati video tersebut… kelihatan Kol. Aziz sedang memberi taklimat dan ditemuramah oleh rancangan Discovery… rupanya Kol. Aziz adalah jurulatih pencuci bangunan KLCC… yang turun dengan tali ke bahagian tiang puncak dan ruang tingkap yang kecil di bangunan tersebut… selain itu.. kami juga ditunjukkan aktiviti payung terjun pada malam tahun baru 2004… ini pun Kol. Aziz juga yang mengetuai angkatan payung terjun yang dikenali sebagai base jump itu… so.. beliaulah yang akan jadi perunding dan kaunseling mengenai cara mengatasi kegayatan kepada team kami nanti… selepas sidang video itu tamat.. team kami semua bersiap sedia untuk aktiviti lasak absailing/repelling dan bergerak ke kawasan aktiviti… yang ini bahagian pertama.. kena turun kaki dahulu… aku tak kisah dan tiada masalah sebab masa aku pergi kursus BTN tahun lepas.. aku dah buat dengan jayanya… ketinggian pula 3 kali lebih tinggi daripada tempat ini.. yang ini aku rasa ada la dalam 7 – 9 meter rock je laaa… tapi sebab masa tu aku sakit perut.. aku mohon untuk buat dulu… so.. aku yang kedua buat aktiviti absailing ini… masa naik tangga kita diikat dengan tali keselamatan… masa nak turun diberi sedikit guide… no problem.. masih ingat lagi cara nak turun dan cara nak brek… bila dah sampai bawah… terus chow ke toilet.. hehehhh… balik je dari toilet aku kembali ke tempat aktiviti.. memang macam² gaya absailing ada.. ada yg sangkut.. ada yang menggigil.. ada yang tak confident tapi boleh buat.. yang pastinya semua ahli dari team mencuba… tiada yang terkecuali… pengalaman… memang ada yang gayat dan lemah semangat tapi kami semua bagi support dan semangat… semuanya berjalan lancar… bila semua dah selesai… kami kembali ke kem untuk makan tengahari.. selepas itu bersiap untuk ke masjid untuk solat Jumaat…Â
1.15 Tengahari.
Solat Jumaat di Masjid kg. Besu.
2.30 Petang.
Pada waktu ini, Kapten Hasnol telah mengambil alih sesi dengan satu aktiviti yang menarik.. mengenalpasti lokasi dalam peta dengan kompas… kompas pun bukan kompas biasa.. ini yg askar punya ni.. siap ada adjustement dan petunjuk arah…sayangnya.. catatanku untuk sesi ini di dalam buku 3-5 (buku nota hutang yg kecil tu..) yang dibekalkan kepada aku telah hancur dan penyek dek hujan lebat yang melanda semasa dalam operasi ‘zulu’.. iskk… aku tak ingat dah step baca kompas tu.. warrghh..!!! masa tu excited sangat belajar… buat catatan untuk mencari drop off point dan check point… lepas tu arah grid timur dan utara… banyak wooo… ruginya… iskkk…!! sesi ini berlangsung selama lebih kurang sejam setengah… kemudian… fasilitator telah memberikan kami semua ‘check point’ untuk berjumpa dengan informer bagi menerima maklumat di mana lokasi kem gerila berada.. informer akan berada di ‘check point’ dari jam 6 petang sehingga pukul 7.00 malam.. selepas pada tu.. kena rock n roll.. lepas tu semua team bersiap sedia untuk ke hutan… ‘Operasi Zulu’ woooo.. nak cari beg yang dirampas oleh gerila semalam… pakaian aku memang rock habis.. baju tshirt lengan panjang serta sarung tangan yg dibekalkan urusetia kursus… seluar berpoket yg baru dibeli dari bundle (RM10) dan juga kasut sukan yg juga baru dibeli kat carefour (RM10).. cadangnya kalau kotor sangat buang je.. hehehe… dan aku memang bersiap.. yg buat aku frust.. torch light aku rosak laa pulakkk… chehhh..!! kalau aku bawa aku punya adjusted torchlight (eveready) tu kan ke best… dapat suluh mengikut keadaan tempat… selain tu aku prepare aku punya nap sack yg juga disediakan oleh urusetia.. aku cuma bawa air mineral botol besar, hammock, tali dan tempat masak… selain tu salinan peta yg telah diconteng semasa latihan tadi… sekarang ni kami cuma kena tahu di mana ‘drop off point’ saja bagi mengira dan mengenalpasti arah mana yang akan dituju.. drop off point ni memang tak tahu lagi kat mana sebab fasilitator akan bawa dan turunkan setiap team dari tempat yg berbeza… so.. bersedia saja… tapi sebelum tu.. 4 team yang akan dihantar ke hutan ini telah stiharkan akan bergabung dan berjanji tidak akan membunuh antara satu sama lain.. maka.. 100,000 damra telah diserahkan kepada pihak fasilitator sebagai wang hangus… aisehhh… makin kurang dah duit ni…
4.30 Petang. (Game 3 – Lequax)
Semua team di bawa dengan sebuah bas ke lokasi drop off masing².. setelah sampai di satu perkampungan orang asli… kumpulan aku yang pertama diturunkan… jeng je jengg..!! rasa macam dok dalam movie komando je… hehehee.. semua team lain mengucapkan selamat.. alaa… dorang pun gabra jugak tu… ape pun.. team aku telah turun dengan keadaan yang terpinga²… mana drop off point ni..?? Kebetulan fasilitator yang incharge untuk jaga team aku kali ini ialah Kol. Nik sendiri… ape lagi…??? kena buli habis la jawabnya… selain dari beliau.. kumpulan aku turut di jaga oleh Kol. Ujang, 2 orang asli dan seorang medic dari hospital Raub… belum pun rasa terpinga² kami hilang.. fasilitator mula membawa kami ke satu tempat.. alamak.. ada game lagi la pulak… kena selesaikan puzzle ni dulu baru boleh teruskan mencari drop point.. adoii.. frust aku.. moral aku terus down sebab tak bersedia untuk terima lagi game… game kali ini ialah mengenai ‘Lequax’.. sejenis bahan kimia yang amat diperlukan oleh tentera/polis… team aku adalah sekumpulan saintis macam game 1 kelmarin… kali ni kena bawa satu tong bahan kimia tu menyeberang gaung… papan dan takde.. peralatan cuma ada 1 tali besar… 2 tali kecil.. 1 tong lequax… mengikut soalan yang dibaca… kumpulan aku akan bermula dalam satu petak yang telah ditanda dengan tali rafia.. ada satu gaung kat depan dan seberang gaung tu ada satu lagi petak yang ditanda tali rafia.. tetapi untuk bermula.. 2 orang ahli boleh terus pergi ke sana tanpa denda dan jalan kaki saja… setiap ahli kena menyeberang dengan tong lequax tu.. masa yang diberi ialah 35 minit.. kalau lebih kena denda.. dan kalau buat silap sepanjang aktiviti pun kena denda.. bayangkanlah.. takut punya pasal.. buat juga silap… ambil tali pass pada orang lain pun kena denda.. terpijak luar kawasan yang ada tali rafia pun kena denda.. angkat tong.. letak tong kena denda.. adoii.. tensen… dan aku.. dalam dok fikir tu memang terfikir dah caranya macam mana.. tapi aku jadi kelu tak terkata.. aku dah fikir dah.. tali besar tu kena ikat dari seberang sana ke seberang sini untuk jadi tempat pijak… tali kecil tu pula satu ikat tong.. satu lagi ikat kat seberang juga.. cuma aku jadi krem sebab takleh fikir cemana nak bawa tong tu ikut tali..???? tak boleh tidak.. nak baling tali memang tak sampai atau kena rumput / gaung.. kena start balik semula.. so.. kena bayar 5,000 damra untuk fasilitator bawa tali dari seberang sana ke sini.. lagipun sebab aku dan seorang lagi dah pergi ke seberang… hanya tunggu saja laaa… kesian team aku.. kalau tak dah lama dah boleh capai satu solution atau hampir nak bereskan solution… fasilitator offer 30,000 damra untuk team aku bayar dan dia akan skip game ni.. ketua team aku tak mahu.. sebab dia kalau boleh nak tahu solutionnya macam mana… mmmm… nak tak nak.. masa berjalan… denda makin banyak.. dah lebih 30,000 dah… hinggalah akhirnya.. team aku terpaksa mengalah.. kena beli perkhidmatan atau solution.. 15,000 damra.. nak bereskan terus dah naik harga dah… so.. bila fasilitator cakap je ikat dari seberang sana dan sini.. menyesal aku.. memang bebetul cara yg aku fikir tadi.. cuma aku stuck bila fikir tong tu je.. rupanya tong tu kena ikat pada tali kecil bahagian atas dan seorang ahli kena berjalan sambil tolak tong tu menyusuri tali… senang je laaa… hishhh..!! bersalah sungguh aku pada team masa tu.. nampak kekecewaan di wajah ahli² team… tapi nak buat cemana.. dah berlaku dah.. team aku kena teruskan dengan agenda asal… mencari drop off point…
6.10 Petang. (War Games – Mission Zulu)
Selesai saja game 3… team aku sedang berkemas.. ketua dan 2 orang ahli lagi sedang mengenalpasti kawasan mana kami diturunkan tadi.. so, aku ditugaskan bersama seorang ahli lagi untuk meninjau di bahagian hadapan jalan kecil.. untuk mencari cabang jalan… jalan punya jalan.. lebih kurang 100 meter aku berjalan.. aku kedengaran team aku menjerit dari arah belakang.. terdengar juga suara yang lain dari yang lain.. “Gerila..!!”.. aisehh.. team aku dah kena serang dah.. dari jauh aku dapat lihat 2 orang gerila sedang membaling bom ke arah team aku berkumpul.. yang aku hairan.. team aku yang perempuan tu semuanya duduk berkumpul dan tunduk ramai² tanpa melawan… memang kena buli habis.. aku dan ahli seorang lagi terus sembunyi di sebalik semak.. tak bawa bom..??? takkkk..!!! sembunyi je laa.. kedengaran suara gerila tu berteriak mencari aku dan seorang lagi.. “Oitt..!! jangan larikk..!!”… suspen juga aku dibuatnya.. sebab jarak aku bukan jauh sangat… cuma semak samun yang tinggi tu je yg menyelamatkan aku… lebih kurang 5-10 minit.. baru aku keluar dan berjalan semula ke arah team… sambil meninjau di sebalik semak.. aku dapat lihat 2 orang gerila tadi telah berlari ke arah jalan raya… dah pergi la tu.. bila sampai je ke arah team.. aku lihat team aku dah termenung.. dengan pakaian yang basah.. dan bau yang kurang menyenangkan… bau soya basi.. iskkk… habis 8 orang team aku kena bom… yang dah kena pun kena lagi.. sampai 3 bom pulak tuh… semua rasa frust.. sebab tak bersedia.. ye laaa.. sepatutnya team aku kena bersiap sedia setiap masa.. aku ingat lepas game tu boleh la main² lagi.. rupanya sepanjang kami buat aktiviti tu gerila dah sampai dan tengok je… cuma tunggu game selesai je.. hishhh..!! disebabkan 8 orang mati.. fasilitator memberitahu kalau nak teruskan misi team aku kena bayar 120,000 damra… kira punya kira selepas tolak denda dan duit yg telah diguna.. hanya tinggal 50,000 damra saja.. fasilitator offer agar team aku berhutang dulu… dengan syarat team aku kena bunuh 2 orang gerila untuk tampung hutang ni sebelum pukul 12 malam.. ada interest la pulak.. kalau bunuh seorang gerila dapat 30,000.. dua orang dapat 60,000… kalau tak dapat.. 2 orang ahli team aku kena bermalam di hutan… diletakkan berjauhan sejauh 300 meter setiap seorang… kena tidur sampai pagi esoknya… fuhh..!! dalam hutan tebal tu..?? ape pun.. sebab rasa bersalah dengan team dengan game 3 tadi.. dan sebab aku tak kena bom.. aku volunteer untuk stay dalam hutan andai kata team aku gagal bunuh 2 orang gerila sebelum 12 malam… seorang lagi ahli team aku yang lelaki turut volunteer.. dalam hati aku berkata… kat mana nak cari gerila..?? gerila datang serang pun tak dapat nak agak.. ini kan pula nak pergi serang..?? suspen dan bingung dibuatnya.. bagaimana kalau team aku kena bom lagi..?? makin berhutang la jawabnya.. adooii… ape pun.. tugas team aku diteruskan dengan mencari drop off point.. tak jumpa wooo… jam dah menunjukkan pukul 6.30… tak jumpa lagi.. drop off point ni kami kena tunjuk kepada fasilitator.. kalau kedudukan salah dia takkan izinkan team kami bergerak.. maka akhirnya.. sebab nak tahu lokasinya.. team aku bayar lagi 3,000 dari 5,000 setelah tawar menawar untuk mendapatkan lokasi drop off point yg betul.. aisehh.. bila fasilitator tunjuk je.. mak aihh.. takkan jumpa punya… map yang diberi rupanya rajah 10 tahun dulu.. sekarang dah berubah dah.. ada jalan kecil.. jalan besar.. kebun.. takkan jumpa punya… rasa macam tertipu je.. tapi inilah realiti.. jangan expect segalnya mudah.. perlu ada kos dan harga untuk mendapatkan yang terbaik… okeh..!! bila dah dapat drop off point.. team aku mula mengira dan menjangka kedudukan dan arah mana yang nak dituju… dan team aku terus memulakan perjalanan menuju ke hutan… masa ni aku dan semua team dah standby dah.. bom dah ada kat tangan dah.. siang tadi ikat pada beg.. baru tau bahaya… hehehee.. team aku terus berjalan.. berjalan dan berjalan.. dibelakang team aku ada fasilitator dan medic.. di depan sekali ada seorang orang asli yg mengikut ahli aku yg mencari jalan.. tak boleh caya pada dorang ni.. sebab kekadang dorang bagi signal bunyi burung… burung merbuk.. burung ketitir.. aku tau laaa.. ini mesti ada apa²… standby saja laaa…
hari semakin gelap.. setelah berjalan sejauh 1KM.. di depan sana aku terlihat team lain… team hitam… lega… mereka pun masih mencari check point.. team aku terus menuju ke arah team hitam.. ketua team aku telah diskas dengan ketua team hitam tadi… kali ni mereka nak ikut kumpulan hijau… yang telah masuk ke satu jalan di kawasan tu dan sedang mencari check point.. dengar cerita team hijau dah beli maklumat untuk mengetahui kawasan check point.. tapi fasilitator hanya membawa mereka 100 meter saja ke kawasan berkenaan.. selebihnya kena cari sendiri.. sekarang ni team aku dan team hitam telah menyusuri jalan yang team hijau telah pergi.. kami melewati 2 kawasan camping… hingga ke sungai.. di sana team hijau sedang memeriksa kawasan.. apabila menyedari jam sudah pukul 7.30.. kena patah balik.. informer dah tiada.. frust.. ketua setiap team mengambil keputusan untuk berundur ke kawasan camping yg lapang tadi.. aku tak percaya dengan kawasan camping ni.. mungkin pihak gerila biasa kat situ.. tapi semua team tiada pilihan… terpaksa pergi juga sebelum hari gelap.. sebab nak pasang khemah untuk bermalam dan memasak.. semasa dalam perjalanan patah balik ke belakang.. bertembung pula dengan team biru… sekarang ni semua empat team dah ada… rasa lega sebab dah ramai.. gerila sure tak berani nak serang.. hehehee…tapi… mmmmm… tengok je la nanti… heheee… apabila jumpa port untuk camping.. team masing² terus memasang khemah, hammock dan kanvas.. hujan mula turun.. aisehh… sedang dok pasang khemah tu.. makin lebat.. habis dah basah kuyup.. khemah pula dijadikan tempat memasak.. so aku terpaksa berada di luar khemah… team aku masak maggi je.. sedang mereka masak dan berkemas tu.. aku pergi ke arah ketua team hijau dan hitam… mereka sedang diskas untuk serang kawasan perhentian gerila.. ada kem kecil musuh di kawasan itu.. team hitam dah beli maklumat tu dari fasilitator.. mereka cuma berikan koordinat saja.. team hitam kena check dalam peta dan mulakan kiraan.. dari peta tersebut… kami dapati kem musuh yang hampir berada di arah tenggara tempat kami semua berkhemah… lebih kurang 1KM.. mmmm… maka.. ketua team hitam meminta volunteer dari setiap team untuk bersama² melakukan ambush ke kem gerila.. aku turut join sebab nak dapatkan 2 orang gerila ni untuk bayar hutang kepada fasilitator.. ape pun.. sebab perempuan ramai.. yang lelaki saja yang nak pergi… payah juga nak tinggalkan mereka… buntu sekejap.. kami try juga cari ahli perempuan yang tough.. tapi.. tiada sebarang suara yang nak join… buntu lagi.. mmm… hujan dah rintik²… kawasan tu dah jadi becak… dapat ku agak lepas ni memang habis laaa segala kasut dan pakaian semua team… aku terus kembali ke khemah team aku untuk maklumkan yg aku akan pergi buat ambush… selain tu nak rasa la juga maggi yg dah masak tu.. rupanya.. dah habis.. hishh..!! sampai hati tak ingat kat aku… ape pun.. nasib baik ada roti.. mmm.. jadi laaa.. team aku mohon maaf sebab tak ingat kat aku.. semua kelam kabut sebab hujan dan juga kesejukan… takpe laa.. aku rilek je.. padahal aku memang tahan lapar.. cuma nak latih mereka tu je agar lain kali ingat sikit kat orang belakang… mmmm… dengan roti krim tu aku bergerak ke arah tepi kawasan camping menghampiri hutan.. hujan dah mula berhenti.. tiba² ketua team hitam bersuara “Jaga-jaga..!! kawasan semak depan tu bergerak..!!”.. dari lampu suluh team hitam.. aku dapat lihat arah tersebut ialah arah tenggara… memang ada beberapa semak dan dedaunan kat situ bergerak.. lebih kurang 10 meter saja dari aku.. lama juga team kami standby… aku pula dah rasa selamat terus duduk di sebalik semak sambil menyuapkan roti.. baru saja satu suapan.. tetiba.. “Yaaaarrgghh..!!” gerila telah menyerang… suasana menjadi kelam kabut.. aku lihat bom berterbangan dari arah hutan ke arah kem team aku dan team lain.. roti di tangan aku terlepas.. aku terus capai bom dalam plastik dan ready… sedang aku asyik melihat sekeliling.. datang seorang gerila melintasi depan aku.. agaknya aku berpakaian gelap… tak perasan la tu.. dapat ku lihat dia bertopeng ninja.. maka inilah mangsa pertama aku.. terus aku baling dan kena bahagian belakang dia… “Kena..!! saya dapat satu..!!”.. hishh..!! macam budak sekolah je aku rasa macam tu.. yang aku menjerit tu apesal..?? tu laa.. dah semangat sangat la tu.. aku terus berlari.. suasana memang macam perang dunia kedua.. macam cerita ‘Saving Private Ryan’.. bom soya terus berterbangan dari semua arah… air soya basi terus menerjah ke liang hidung aku.. mana² ahli team yang kena bom akan diarahkan duduk diam… fasilitator akan check… aku tak peduli… dalam aku berlari mencari kedudukan.. tetiba satu bom hinggap ke beg nap sack aku.. chehh..!! tapi aku buat taktau je… aku lari lagi… sempat aku baling ke arah gerila yg berada kurang dari 10 meter depan aku.. tak kena la pulak.. tiba².. “Pom..!”.. kena paha aku.. chehhhh..!! kena lagi… dan satu lagi… “Pom..!!” kena badan aku… dari semak aku telah disuluh oleh gerila.. ‘Kenakkk..!! yang itu kenakk..!!” aku terus duduk… sebab dah kena aim.. aku lihat rakan² lelaki aku yg lain masih terus bermain.. sampai bergaduh² dan hampir bertumbuk dengan orang asli (gerila)… ni nak perang betul ke ni..?? bila aku rasa aku dah tak kena aim… aku terus bangun untuk lari dan main lagi.. tapi aku rasa berat.. rupanya salah seorang staf pompuan sedang menyorok belakang aku.. dia pun dah kena tapi sebab dia dalam keadaan takut.. beg aku pulak yang dia pegang… takleh nak bergerak dah aku.. staf pompuan lain pun turut sama lari dan tunduk berkumpul tempat aku… dorang dalam ketakutan tu… tetiba.. “Pom..!!” chisss..!! binawe punya gerila… satu bom hinggap ke kepala aku… nasib baik aku pakai cap.. cuma air soya basi tu dah terpercik masuk mata aku.. chiss..!!! bahaya ni.. ada kulat dan perlu dicuci segera.. kang mata aku kena infection.. aku terus capai air mineral dalam nap sack aku.. terus basuh muka… lebih kurang 10 minit.. semua ahli dalam team dah kena bom… bayangkanlah… team yang bergabung seramai 36 orang dapat ditewaskan oleh 7 gerila… 5 dewasa.. 2 kanak² orang asli.. yelahh… mana adil.. gerila kalau kena bom.. dorang boleh lari lagi… dan baling bom lagi.. tapi team aku kalau kena tak boleh lari dah.. ape pun… kalau nak difikirkan realiti.. memang gerila ni kita takleh jangka banyak mana.. dah peraturan dia macam tu.. kena ikut je laa… dan yg aku respect.. gerila ni tak tipu.. kalau dia kena bom 3 kali.. dia akan cakap mereka telah kena 3 kali.. kalau kena 6 kali pun dia akan cakap kena 6 kali.. bermakna.. team kami telah dikira dapat bunuh 6 gerila la tu.. bila semua team dah berkumpul… ada perselisihan faham berlaku antara ahli team hijau dan tok batin… tok batin tu marah sebab ahli tu dah kena bom 3 kali tapi meneruskan perang… ada pertengkaran sedikit sebab ahli tu tak puas hati kena baling bom ketika dia sedang makan maggi.. aku terus gelak kecil dengan berita tersebut… tapi tak lama… keadaan kembali reda… ketua fasilitator berbincang dengan ‘tok batin’ gerila untuk membuat perkiraan point… anyway ini bukan tok batin kampung… tapi tok batin geng gerila… so.. tok batin akan memberi laporan berapa banyak team dia kena bom… untuk serangan pertama ni… 8 kali kena bom… bermakna wang sebanyak 240,000 terpaksa di bahagi 4… oleh sebab semua team dah kena bom.. berapa banyak kena bayar untuk teruskan perang dan misi..?? 36 x 15,000 = 540,000… tapi sebab semua kumpulan dah bergabung.. team yg masih ada duit lagi tu akan bantu team yg dah mencapai negatif.. nasib baik masih cukup untuk meneruskan game… selepas itu team gerila menghilangkan diri… fasilitator memberi makluman.. team gerila akan kembali menyerang dalam serangan kedua dalam masa 10 minit lagi… chehh..!! aku ingat dah berakhir.. rupanya ada serangan kedua.. masa tu panik juga sebab bom dah berkurangan… setiap team terpaksa membahagi bom agar balance… yang kaum perempuan pula sibuk berkemas peralatan khemah dan mula mencari tempat persembunyian.. tapi yang aku nak tergelak.. tempat persembunyian pula di tempat terbuka.. agaknya keadaan gelap dan takut pada binatang kecil macam pacat, ular, kala atau lipan.. kena hati² la tu… kalau lelaki cam aku ni redah je.. lebih takut kena bom dari kena sengat or kena gigit dek binatang hutan ni.. hehehee… so… dengan aku masa tu ada 3 biji bom.. 2 bom aku dah guna… stanby…
lebih kurang 10 minit berlalu.. semua team berada dalam keadaan berjaga²… semua tutup lampu torchlight.. masa serangan pertama tu meriah macam pasar malam.. sebab tu senang nak kena… dok suluh sana sini… untuk serangan kedua ni.. lampu torchlight hanya diguna bila perlu saja… tiba².. “Prrroooooommppkkk..!!” kedengaran bunyi trumpet buatan… lebih kurang laaa… serangan kedua ni dah ada sound atau tanda serangan… masa serangan pertama tadi takde.. saje je tu buat mengejut… so, semua team memang terkejut.. dengan aku sekali.. ahli team perempuan dah menjerit dah… dan bom itu sekali lagi hinggap di serata khemah.. kali ni dari arah barat pula.. ingat arah tenggara macam tadi sebab kem mereka dari arah sana.. binawe betul… aku terpaksa ubah posisi.. sedang aku nak cari posisi.. kaki aku kena pegang.. staf pompuan jugak.. adooiii… letih aku dibuatnya.. dorang minta jangan tinggalkan dorang kat situ.. nak tergelak aku dibuatnya.. ini bukan perang betul²… ini perang cari point.. apa daaa… lepas bagi sedikit tips dan nasihat merapu… aku terpaksa berangkat ke arah barat… berperang lagi.. “Pom..!!” “Pam..!!”.. dua bom yang aku baling tak kena pulak.. frust aku.. tiba² macam ada semangat rambo… aku pinjam torchlight dari ahli pompuan.. aku pulak yg memburu gerila… mulanya aku nampak lampu suluh sedang mencari sasaran.. dan secara drastik.. aku suluh ke arah lampu tu.. kali ni mereka pula lari.. aku terus kejar dan baling.. yeahh..!! kena..!!! bahagian belakang lagi.. rupanya taktik berperang ni ialah kegelapan… biar gerila yg suluh.. kita standby je.. bila dia dekat.. kita suluh muka dia.. gerenti dia akan terkujat dan masa inilah kita dan team lain akan pakat baling bom…!! takpe laa.. sekurangnya dapat belajar satu taktik… bila aku sedar aku kehabisan bom.. aku terus berlari dan menyorok di kawasan team lain.. aku tanya… “siapa ada bom…??”.. tanpa segan silu staf atau ahli pompuan ni terus hulur kat aku 4-5 biji bom… dorang suruh serang habis²an… ecececeee… macam hero la kononnya masa tu.. rasa semacam je.. padahal main² je.. ahhhh..!! lantak laaa.. aku terus cari geng lelaki.. pass sikit bom pada mereka… dalam standby tu.. gerila serang lagi.. dan kali ni aku sekali lagi mengejar dan baling bom… kena..!! gerila ketiga ni kena bahagian kaki… dan aku terus sembunyi lagi.. tinggal satu bom saja… sedang aku cari tempat sembunyi tu.. dah ada lampu suluh menyuluh ke arah aku.. mak aii.. aku dah kena aim.. terus aku lari tak kira dah apa yang ada kat depan.. fasilitator sebenarnya tak bagi kita berlari.. mungkin bahaya kalau terlanggar pokok.. duri atau tunggul… tapi ye laa.. kalau dah perang kelam kabut macam ni.. siapa yg tak nak lari.. dari serangan pertama pun aku dah lihat macam perang gerila betul punya.. lari sana sini.. sampai tertinggal beg dan bom.. ada pula yg terlalu panik sampai baling orang sendiri… aku la yg kena ni.. yg baling beg aku masa serangan pertama tadi memang aku rasa orang sendiri sebab belakang aku tu khemah… tapi takpe… kena teruskan sembunyi… sedang aku lari aku sempat melompat ke celah akar pokok.. aku menyorok dan diam je.. kedengaran suara gerila menjerit ke arah geng mereka.. “Itu diakk..!! sanakkk..!!” menyedari mereka dah aim orang lain giliran aku pula untuk menyerang.. tapi belum sempat aku bangun.. tiba² ada seorang ahli dari team hijau melompat kat tempat aku sembunyi.. dipijaknya perut aku.. adooiii..!!! sabar je laaa… “sorry en. Adi..!!” aku cakap ok je.. walaupun masa tu tengah tahan sakit… aku dan dia terus sembunyi dan prepare.. ahli hijau tadi tanya aku ada bom atau tidak.. aku cakap ada satu je… aku suruh dia cari team perempuan yang sedang berlonggok sembunyi.. mungkin ada yang masih simpan bom… lepas tu aku mengamati suasana gelap tu.. di kawasan fasilitator berkumpul aku lihat ada lembaga bertopeng.. aku terus lari macam rambo… dan terus baling ke arah lembaga tu.. “yaaaahhh..!!” kena lagi..!! rupanya gerila tu sedang diskas sesuatu dengan geng fasilitator… takleh caya punya fasilitator nih… aku terus lari ke arah mana entah.. sembunyi lagi laa.. dah bom dah abis… lepas tu.. standby je… kadang² aku dan team lelaki buat lawak bodoh… bila nampak lampu gerila datang berhampiran.. kami jerit je “Serangggg..!!!”… “Hah..!! tu dia..!! baling..!!!”… “bom..!!”.. dan macam² lagi.. lari jugak gerila nih.. heheheahahaaa..!! jadi bila bom dah habis ni.. buat macam tu je.. dorang pun takut kena bom jugak… lebih kurang 10 minit juga berlalu… trumpet berbunyi lagi… menandakan gerila berundur buat seketika… mmmmmm… lega… beberapa minit kemudian… fasilitator datang lagi dan memaklumkan 10 bom telah mengena sasaran iaitu pihak gerila.. lepas tolak campur dengan team aku dan team lain.. duit semakin bertambah.. team aku masa tu dah kumpul 80,000 damra dah… lega… dan yang pastinya.. aku dah dapat bunuh 4 orang gerila… dah lepas la syarat untuk aku bermalam sorang² dalam hutan malam tu… heheheee…. semua team lain kata aku gila terima syarat tu sebab takde team lain yang sanggup buat macam tu.. hishh..!! habis ingat aku sanggup ke..?? aku pun tak sanggup daaaaa… cuma nak bantu team dalam kekalkan duit tu je.. dan yg pastinya aku memang berhajat nak bom sebanyak mungkin gerila ni.. terutama masa dorang menyerang… kalau nak harap team aku mencari gerila.. payah tuuuu….
dalam dok standby dan berkumpul semula untuk menghadapi serangan ketiga… kami dapati bom dah semakin sedikit.. hanya team lelaki sahaja yang memegang bom sekarang ni.. setiap kumpulan telah kumpulkan bom yang tinggal dan setelah di bahagi… setiap team hanya mendapat 6 biji bom sahaja.. fuhh..!! mencabar ni… dalam pada itu.. semua team perempuan tertanya²… bila nak habis game ni kalau asyik berperang je… takkan nak tunggu sampai bom habis dan jadi belacan diserang gerila..??? betul juga tu… semua ketua kumpulan team yang ada telah berkumpul dan berbincang… fasilitator telah offer untuk memberi jalan bagaimana nak atasi masalah ini.. aku tak tahu info tersebut kena bayar atau tidak.. yang aku tahu… fasilitator telah menasihatkan semua team agar melakukan gencatan senjata dan berdamai dengan pihak gerila… mengikut kronologi war games ini.. sebenarnya pihak gerila telah diupah oleh pihak pengganas untuk merampas beg dokumen sulit yang bertulis ‘Mission Zulu’ ini.. jadi sebagai team yang mencari beg tersebut.. perlu memaklumkan kepada gerila bahawa team kami di pihak yang betul… dan berjanji akan memaafkan tindakan gerila tersebut sekiranya beg tersebut diserahkan kepada kami.. kononnya macam tu laaa… jadi setiap team telah bersetuju mengambil keputusan untuk berdamai… dan rancangan pertama ialah menghantar wakil dari setiap team untuk berjumpa dengan ‘tok batin’ gerila tersebut untuk berbincang… dan sekiranya gagal… semua team telah berjanji untuk melancarkan serangan besar²an untuk mendapatkan beg tersebut… fuhhh…!! so.. setelah dikira congak… 3 orang ahli dihantar untuk berjumpa dengan ketua gerila.. 2 lelaki dan seorang perempuan… dalam pada itu… kami juga dinasihati oleh fasilitator untuk membawa hadiah pertukaran.. jadi masa tu semua team mengumpulkan maggi, roti, sardin, beras, gula dan sebagainya… termasuk gula² mentos, chewing gum, rokok dan barangan runcit peribadi.. apa yang ada kumpul je dalam satu beg… ape pun… di mana nak cari base camp gerila..?? pulak dahhh… nak tak nak sekali lagi semua team bergabung untuk bayar info di mana kedudukan base gerila kepada fasilitator… base camp adalah tempat tersimpannya beg dokumen tersebut… dan setelah berbincang… wakil fasilitator akan menjadi jurupandu… maka kami semua bergerak dalam gelap menuju ke base camp pihak gerila… bergerak secara senyap agar tidak diketahui… jalan berbaris je.. macam itik gembo²… apabila tiba di satu kawasan lapang… lebih kurang 200-300 meter dari base camp gerila.. semua team berkumpul… yang perempuan berehat… yang lelaki standby… 3 wakil tadi meneruskan perjalanan ke base camp tersebut… pada waktu itu.. aku mengambil peluang untuk berbaring dan merehatkan badan… sejak pagi, tengahari, petang dan malam asyik berjalan je… sekarang boleh la rehat dan baring… lega rasa badan… dalam pada itu.. sesekala kedengaran bunyi gendang dan suara ‘tok batin’… kuat juga tu.. dorang tengah mengamuk ke..?? atau buat tarian sawai..??? semua orang tertanya²…. lebih kurang 30 minit.. 3 wakil team tadi tiba… mereka kata misi dapatkan beg tu gagal sebab ‘tok batin’ punya anak tak suka dengan hadiah yang di bawa… tok batin dah ok.. anak² mereka saja yg masalah… agaknya tak puas hati kena bom kat kepala masa serangan pertama tadi… hehehee… sebab tu serangan kedua mereka tak datang dah… ape pun… sekarang ni mereka pula jadi punca perbincangan gagal… selain tu wakil perempuan yang turut serta tadi hampir kena jadi tebusan… tapi sebab 2 orang wakil lelaki control baik punya.. selamat laaa.. alaa.. sebenarnya geng gerila ni berlakon je… walaupun wakil tu dah suspen… tiada masalah punya… ape pun.. sebab misi ini gagal.. semua ketua team berkumpul semula.. dan mengatur strategi.. kedudukan beg telah dikenalpasti… dan 2 wakil lelaki tadi akan ditugaskan merampas beg tersebut dalam serangan besar ini… kami juga diberitahu mengenai kedudukan khemah dan geografi kawasan berkenaan… di kiri kanan ada gaung.. kena hati²… bila dah tahu kedudukan dan rancangan… ketua kumpulan akan beri taklimat kepada semua ahli team… ada bom ke..? atau takde bom ke..? semua kena pergi.. aku rasa tak perlu tapi dah nak semua pergi… bahaya juga sebab beg dan barangan di tinggal kat kawasan tu… apa pun kena akur.. pergi juga… dan masing² tahu apa yang perlu dilakukan.. semua bergerak secara senyap… mengikut rancangan serangan ini…. apabila hampir dengan kem musuh… ketua serangan menyuruh serang saja… baru buka lampu dan serang… yang ada bom akan baling bom.. yang tiada bom akan lari sana sini bagi kacau bilau… yang tugas ambil beg akan merampas beg… begitulah adanya… tapi dalam nak sampai tu.. banyak bunyi ranting kayu laaaaa.. “Prakk..!!”.. “Prakkk..!!” pihak gerila telah sedar… “Bunyik apa tukk??”.. “Hari nak ujan kaa.?”.. “itu anjing ka kucing..??”… walaupun mereka dah tahu dan buat² tak tahu… kami pun rasa suspen juga dan masih blank… macam mana la keadaannya kalau kita buat serangan dan gerila bertahan…?? berapa ramai team gerila kat base camp ni..?? blurr..!!! dalam aku dok berfikir tu.. ketua serangan telah berteriak.. “Seraaaannnggggg..!!!” maka semua ahli team berteriak dan berlari ke arah base camp gerila..!! tapi yang kelakarnya.. apabila nampak saja ahli yg ditugaskan merampas beg dah berjaya mengambil beg dan berlari pulang.. semua ahli team pun turut lari dan berundur… rasa best sangat.. hehehee… macam berjaya tewaskan musuh… kejayaan begitu mendalam dirasakan dalam lubuk hati.. heheheeeeeeee…. cumaaaaaa… masa berundur tu… ada sedikit kekecohan… ada yang jatuh tergolek.. terpijak terlanggar… ada yang berpegangan sebab malam yang gelap tu tak nampak apa benda dah.. aku pun kena tolong beberapa ahli team yang kurang nampak waktu malam… kena pimpin dan bawa mengikut jalan yang selamat.. yang buat makin laju ni sebab team gerila sedang mengejar… lintang pukang habis dibuatnya… apabila sampai di kawasan berkumpul tadi.. lagi kecoh.. ahli tu ambil beg orang lain.. ahli ini ambil beg orang lain.. lampu jatuh.. topi jatuh.. barang jatuh… terbarai habis sebab kalut nak lari dari gerila ni.. ape daaaa… gerila tu saje je tu… kalau betul dia nak lawan.. masa pergi ramai² tu pun mereka dah boleh buat sesuatu… sebab telinga dan mata mereka tajam dengan keadaan hutan ni… rilekkkk laaa.. tapi dalam rilek pun suspen juga.. kot dorang tak mahu berhenti dari ‘war’.. hehehehhh… setelah dapat mencapai apa yang sempat dicapai.. semua team berkumpul di atas bukit.. di kaki bukit tu fasilitator telah bersedia.. apabila tok batin dan team gerila dia sampai… fasilitator telah memaklumkan misi tamat buat sementara… geng gerila terus pulang… dan chief fasilitator berpesan kepada semua team agar menjaga beg dokumen tersebut malam itu.. sebab geng gerila akan merampas pada bila² masa sahaja… dan akhirnya.. misi kami berjaya… fasilitator terus memaklumkan masa untuk pulang ke base… lega rasa hati… kami semua terus mengikut arah jurupandu menuju ke jalan besar… lebih kurang 30 minit berjalan… sampailah di satu jalan.. bas dah sedia menunggu… penjaga beg pada masa itu dah berhati² dah.. siap ada bodyguard dah.. ye laa.. kang kena rampas lagi kangg… tak pasal² kena masuk hutan lagi.. iskkk… jam sudah menunjukkan pukul 12.30 pagi… fuuuhhh…!!