Archive for January, 2006

Awal Muharram 1427 Hijrah…

Tahun ini… dalam bulan januari saja kita dah sambut 3 tahun baru… kalendar orang putih, kalendar Cina dan kalendar Islam… hehehee… aku ni kekadang tahun Islam ni kurang ingat bila dan bila.. bila terdengar tv, radio or surat khabar… baru la nak ingat.. apa la nak jadi ni..?? ishhh… ape pun… azam aku tahun ini tetap sama dan perlu diteruskan… bekerja dengan lebih tekun dan buat R n D… sambung belajar… yup…!! ini mesti..!! so.. Selamat Menyambut Awal Muharram 1427H kepada semua…

hari ini… tiada aktiviti menarik… hanya layan dvd bersama² anak isteri… Tarzan II dan Toy Story II… heheeheeee… saje je… petang bawa Anis dan isteri ke Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah, Bandar Baru Bangi… Anis mata dia luka kena cucuk dengan adik dia si Aida… mata putih dia ada luka sedikit… biasa laa.. dorang ni kalau gaduh memang dahsyat… memang luka dan berdarah la selalunya… main cakar².. tarik rambut… tolak².. aku pun taktau la cemana nak tegur… yg pastinya kena control… jangan lebih² sudah… isteri aku pula sakit perut… hari ini sehari suntuk tak boleh bergerak sangat.. hanya baring dan aktiviti rumah saja…

malam… adik aku yg no. 2 datang dengan keluarganya… semalam anak no. 2 dia Firdaus tu bengkak kedua belah mata… tak dapat datang join jamuan anak aku semalam… takpelah.. datang hari ni pun ok… bukan apa.. lama tak jumpa adik aku dan keluarga dia sejak hari raya Haji yang lepas… mak ayah aku pula ada juga bertanya pasal dia sebab lama tak contact.. sibuk benar tu… semalam dan hari ni pun dia kerja… buat overtime… takpe.. takpe.. tengah ada kekuatan dan tenaga ni memang kena kerja kuat untuk mencari rezeki… bila lagi..? hehehee… aku setuju je dengan cara adik aku tu.. sebab aku pun begitu juga… cuma aku… dalam keadaan tidak mengizinkan.. semalam dan hari ni patutnya aku ke ofis untuk overtime.. tapi semalam badan tak sihat… hari ni pula anak dan isteri tak sihat… esok..?? mungkin boleh… mmmmm…. lagipun sekarang ni aku dah incharge untuk betulkan beberapa laporan dan format surat yang digunakan oleh sistem dengan cara ‘trigger’ dari database… mmmmm… masih baru ni kena banyak buat latihan dan testing… sebab ia akan kekal dalam ingatan buat sementara waktu… kalau mula² macam ni dah kurang… lambat sikit nak pick up… hehee.. biasa laa… umur dah semakin meningkat… banyak perkara perlu dilakukan… insyaAllah…

Cuti Tahun Baru Cina…

Mmmmmmm….. cuti raya cina kali ni memang panjang.. sebab jatuh pada hari minggu termasuk dengan cuti ganti, cuti Awal Muharram dan cuti hari Wilayah bagi mereka yg kerja kat KL / Putrajaya…

apa aku buat time cuti ni..?? hehehee…. semalam buat OT selama 4-5 jam… sambung buat editing format surat menyurat officer… malam pi carefour.. beli barang sikit… tengah malam.. takleh tidur… dengar mercun bom bam gedebum gedebam..!! ini dari kawasan Country Height, Kajang nun… bengang betul aku.. nasib baik anak² aku tak sedar… sebab takleh tidur tu… aku pasang tv punya kabinet yg dibeli kat IKEA minggu lepas… murah je… ada la dekat RM300… barang IKEA ni best.. boleh pasang² sendiri je… dan aku buat tengah malam ni pun lepas anak² dan isteri dah tidur… kalau buat siang hari terganggu.. ape pun aku ingat kejap je pasang benda alah ni… rupanya banyak skru & alat kena pasang.. lepas tu nak susun dan balanced lagi.. fuhh.. dekat 2 jam baru siap.. lepas tu angkut tv aku yg saiz 29″ tu pulak.. adoiii.. makkk… syukur.. aku masih bertenaga dan kuat untuk angkat beban 100KG…. macam tak caya je.. tetiba… masa aku letak je tv tu atas kabinet tu.. aku rasa belakang aku cam terkoyak.. adooii..!! aarrghhhh…!! tidakkk..!! not again…..!! entah apa la yg aku bebel pukul 2-3 pagi tu… aku pun rilek kejap… baring atas sofa… bukan apa.. cara aku angkat beban dah betul… tapi agaknya kabinet tv baru tu lebih rendah dari kabinet tv aku yg asal… aku kena lebih tunduk ke depan.. itu yg jadi tu… kalau injured macam tahun lepas naya aku.. dah la 2hb. sampai 5hb. Januari nanti aku kena pi Team Building kat Jeram Besu, Raub, Pahang… abis la aku takleh join aktiviti lasak kat sana… adooiii… lebih sejam aku rehat.. jam dah pukul 3 pagi… aku pasang cable dan alat dvd, amp dan astro pula… siap gulung² lagi dan wrapped segala cable yg berantakan… baru nampak kemas sikit.. lepas tu nak test tv, astro, sound dan dvd… dalam player tu ada 3D collection anak²… aku test la Toy Story 2.. mak aihhh.. konon nak test jadi terlayan pulak… dekat separuh cerita baru aku sedar jam dah hampir 4 pagi… mata dah tak larat dah.. terus naik bilik dan tidur… zzzzzz……

Bangun pagi tadi…. wife dan anak² aku datang kejutkan aku.. dah pukul 11 pagi rupanya.. adoiii.. belakang rasa sakit.. wife aku membebel juga sebab dari subuh tadi kejut aku tak bangun².. lepas tu wife aku guna apa ntah.. yg pasang kat elektrik tu… macam batu tungku… tapi yg ni jenis macam bantal ada air… panas.. best… wife aku letak² atas belakang.. dekat 1/2 jam baru rasa lega sikit… terus turun bawah dan breakfast… lepas tu dah boleh jalan sikit… ingat nak sambung angkat kabinet tv lama tu ke atas… tak berani lagi… tak mahu push body kot injured tu belum menunjukkan diri lagi… nak tak nak aku kena basuh kereta jugak dan check air bateri juga.. sebab dah plan… tahan je… lepas tu mandi… tengahari pula nak pergi kenduri kahwin member…

Balik dari kenduri… aku rehat lebih kurang sejam.. baru la ada tenaga nak angkat kabinet tu.. tapi dengan bantuan maid aku laaa…. ajak dia angkat sampai tingkat atas… fuhh.. lega.. tv lama aku tu dah boleh letak kat situ.. so meja komputer aku pun tak la penuh dengan alat elektronik ni… susah nak menulis.. wife aku pula sedang sibuk dengan report PhD. dia… sekarang tiada masalah lagi nak study dan menulis… hehee… petang boleh rilekkkkkkkkk…

dan hari ini (malam)… ada buat jamuan yg tersilap… ini untuk birthday anak aku yg sulung… hehehee… aku ingat hari ni 30hb… rupanya baru 29hb… tapi sebab wife aku dah contact adik beradik dia.. dan aku pun dah contact adik aku… ‘ON’ saja laa.. hehehee…. ini semua kes tak tengok kalendar ler ni.. pakai agak je sehari dua lepas… mmmmm…. takpe laa… anak sulung aku tu pun selalu je awal dalam segala perkara… keluar pun awal jugak.. heheheee… yahooo.. Anis dah 5 tahun… Aida dah 3 tahun… yg no. 3 nanti akan keluar bulan Jun nanti… sama bulan dengan aku… anak lelaki ni… amin… heheheee…. makin meriah laaaaa rumahtangga aku… Bersyukur kepada Tuhan yang Satu… kerana memberikan rezeki dan kebahagiaan ini… terima kasih Ya Allah…

Study Oracle Report Builder…

Masuk hari ni… dah hampir seminggu aku try study Oracle punya Report Builder… tapi study dengan partner aku yg akan berhenti hujung bulan ni… bulan depan dia akan bekerja di KL… buat local training saja… study dan try beberapa report & letter yg dibuat dengan tools oracle ni… so far so good.. tapi aku dapat rasakan ada sesuatu yg berlaku dalam hidup aku… aku tengok partner aku dan officer aku macam kacang je taip coding SQL dalam aplikasi tu.. tapi aku… kena refer script.. nota… sample… adoiii… kepala tak boleh ingat dah… apa sudah jadi..?? ye laa.. lepas kursus tahun lepas mana ada praktik pun.. asyik dengan kerja teknikal dan support saja… sistem tak sentuh pun.. adooiii… malu rasanya… rasa seperti usia semakin dimamah masa… iskk… sabar… kena slowly drive….

dalam masa 3-4 hari ni… aku dah dapat cara nak edit laporan dan surat untuk unit biasiswa, exam, kemasukan & pendaftaran… tapi tak banyak yg boleh dibanggakan… hanya single teknik saja.. masih perlu banyak belajar lagi… mungkin next week… atau lepas cuti… aku kena study secara solo… ini lagi parah… banyak lagi coding dan technic yg aku tak pernah jumpa kena edit & control… iskk… tak sempat nak belajar dengan partner aku tu…

ape pun.. sejak aku lepak bilik development ni… dan aku lepak dengan partner aku.. baru aku tau kenapa la kerja dia banyak yang lambat siap atau tak siap langsung… banyak sangat interrupted… kalau aku dalam situasi ni.. memang aku tak buat dah.. atau aku akan buat satu regulation… sebarang urusan kena ikut queue… ini tidak.. macam serangan peluru berpandu dan machine gun dari segenap arah… mana la tak terkejar semua perkara yang orang nak… fuuhh… takpe.. bila aku dah incharge nanti.. aku akan buat satu borang… follow the rules.. and the rules will be followed…. kalau tak naya woooo… aku tak sanggup bekerja dalam keadaan macam tu walaupun aku dulu pun teruk juga dikerjakan… sampaikan aku mogok.. mogok dari buat kerja tak berkaitan… mogok dari angkat telefon atau melayan orang… mogok dari makan.. errkk… sesuatu perlu dilakukan… ya… 2005 adalah tahun yg sukar dan telah berlalu… 2006 adalah tahun yg lebih sukar tapi masih boleh diperbaiki… apa lagi..? kena lakukan sesuatu…!! bulan depan… department aku akan dapat 2nd boss, 3rd boss, officer dan partner baru… sebab tahun ni banyak pertukaran dibuat… aku kena start ikut style yg baru tetapi smooth… aku kena make sure kerja aku tip top di mata orang lama.. dan tip top di mata orang baru.. baru la rock… kalau tak habis..! dah la pertengahan tahun ni aku akan sambung belajar… borang apply sambung belajar pun aku dah isi online minggu lepas… kalau sesuatu berlaku.. hancur harapan aku.. ibubapa aku dan isteri aku… tetapi tidakkkk… aku kena uruskan diri aku dah… selama ini aku banyak tolong orang.. officer.. boss.. kampus… bila pula aku nak tolong diri aku..? sekarang la masanya… iskkk..! semoga Allah S.W.T. sentiasa memberikan aku semangat waja… amin…

Rancangan dan tugas…

Melalui hari² yang berlalu di awal tahun baru amat memeritkan… lebih² lagi student baru masih lagi blur dan banyak songeh dengan keadaan yang dihadapi… bagaimanapun kerja aku beres seberesnya… terasa ringan beban di kepala kerana rancangan aku sempena minggu pendaftaran pelajar ini telah berhasil.. walaupun diganggu juga dengan rancangan orang lain… syukur…

aku ada maklumkan rancangan aku kepada big boss… aku cadang dalam bulan februari dan mac ni aku nak mula migrate kembali data lama student dari sistem Lotus Notes ke dalam sistem baru.. selain tu aku bercadang juga untuk develop beberapa sub sistem bagi kemudahan aku dan staf bagi kegunaan urusan smartcard, emel, alumni dan beberapa lagi… semua dah ada dalam kepala.. tunggu nak buat flow dan design proses saja… tiba²… partner aku dah confirm nak berhenti.. adoii.. technician aku pula sekarang ni seolah² tension dengan keadaan kerjanya… sebagaimana tension nya aku sebelum ini.. biasa laa… kerja kat sini memang tension kerana berterusan dan macam² ada… apa boleh buat.. dah tugas.. aku pun dah beberapa kali dah tersungkur, bangun, jatuh, bangun, menonggeng, bangun.. macam tu juga… dan sekarang ni rasa macam technician aku tu cuba buat mogok.. aku tak kisah sebenarnya tapi kok ye pun nak buat mogok tu pastikan la tugas hakiki tu siap dan beres… ini mogok terus cam mogok lapar… satu habuk kerja pun tak dibuatnya.. ishhh.. tension betul aku sebab aku la pulak yg kena ganti buat kerja dia.. terutama bab clean dan delete virus/spyware/worm yang masih lagi mengganas di ofis aku tu… sabar je laaa… kekadang aku cuba slow talk.. dia nampak cam tak bersemangat.. mmmm…..

partner aku.. dah dapat kerja tempat lain sebagai pegawai IT… ok la untuk dia sebab kelulusan dan pengalaman yg dah ada tu dikira ada value dan boleh pergi jauh lagi… macam aku ni kelulusan aku hanya boleh tempatkan aku di sini saja… walaupun aku boleh cakap, rancang, cadang dan sebagainya tapi akhirnya macam tu juga.. management angguk je.. bila tiba bab tindakan dan proposal.. senyap… sebab tu la aku rasa unit IT department aku tak berkembang sebab semua orang tau kerja di unit IT sentiasa beres… tapi mereka tak tau bagaimana cara dan beban yang digalas itu dilaksanakan… aku tak hairan kalau orang yg kerja kat sini silih berganti tak sampai pun setahun sebab tak tahan dengan cabaran dan dugaan.. sebab aku sendiri pun memang tak tahan… hanya ada semangat dan rancangan saja yang masih memegang kesabaran aku… yang aku boleh buat ialah mengomel.. membebel.. membawa diri.. tapi kerja aku beres… kerja lain yg melibatkan management atau tugas pegawai or technician tu aku buat setakat yg mampu…

majlis ikrar pelajar dua hari lepas berjaya dilaksanakan… paling berjaya sebab semua sudut berjalan lancar… tip top.. aku pun seronok juga.. tapi balik je dari majlis tu.. foreigner punya student ni mula la buat perangai… tak puas dengan itu.. ini… semua nak orang tolong depan mata atau nak minta entertain macam vip… aku pass kat officer je kalau ada percubaan dan tunjuk ngade² atau melebih²… kerja aku berlambak lagi aku nak buat… so.. officer tempat aku pun habis tension dan buat hal masing²… bukan senang nak senang.. semuanya alami masalah yg sama.. tension.. mmm…. officer IT aku pulak sama juga… dengan masalah pada sistem… report… ke sana sini turun naik… nak jumpa pun susah.. aku lagi laa… dok dalam bilik.. turun.. naik… keluar… takleh duduk diam… letih dibuatnya… sabar…. petang itu juga officer IT aku cadangkan aku duduk dalam bilik development dengan partner aku tu… dia minta aku study report builder untuk gantikan tugas partner aku yang rasanya masih ada yg belum siap terutama laporan surat menyurat dan transkrip… management juga setuju sebab siapa lagi yang ada..?? ape pun ini tugas mencabar juga sebab buat benda tu memang tak boleh buat benda lain sebab asyik bertukar format dan agenda je.. aku pernah belajar report builder ni pada awal tahun 2004 dulu.. tapi tak sempat nak habiskan kerana terganggu dengan kerja pejabat.. dah kursus ni pun dibuat di pejabat.. mana tak terganggunya.. orang tau mana nak cari aku… aku pernah request buat di luar tapi takde sesiapa pun yg setuju… semua fikir kos murah dan senang… apa boleh buat..? aku yang rugi.. sempat belajar install, configure dan basic saja… lepas tu kursus terbengkalai… tak sempat habis… aku la yg habis.. bila officer IT baru masuk… dia cari lagi staf… dua orang.. sorang buat sistem.. sorang buat report.. aku buat support.. patutnya aku la yg buat sistem atau report.. ini lain pulak rancangannya.. management pun setuju jugak… aku diam je.. bila officer IT tu dah berhenti… ganti dengan dua orang baru tu juga.. makin parah.. dokumentasi takde.. manual takde.. semua bergantung kepada nota dari vendor… bila aku bagitau projek ni kena buat secara berekod.. semua pandang senang je.. frust aku.. lihat saja apa hasilnya sekarang…?? semuanya nak aku jugak yg handle bila orang tu berhenti.. orang ni berhenti.. orang tu mogok…

hari ni aku dah punggah pc aku ke bilik development… dengan harapan boleh study dengan partner aku tu selagi dia masih ada… tetapi baru sejam aku try study dengan partner aku… telefon berdering².. dok layan telefon saja dah banyak buang masa study aku tu… aku ambil tindakan drastik.. aku emel kat officer aku dan cc pada big boss minta sorang staf backup dari mana² unit… sejam kemudian dia reply.. dia kata staf baru akan masuk februari… what? aisehh.. mana boleh camni sebab partner aku akan berhenti cukup bulan ni.. kalau dapat backup staf bulan depan buat apa..? miss banyak la aku akan teknik dan cara kerja partner aku tu.. nak buat replacement amende macam ni..? aku memang frust.. lepas pada tu aku cabut je wayar telefon bilik tu.. dah semua staf lain pulak bengang sebab susah nak contact unit IT… dan aku.. lagi la aku hangin.. dah la telefon bilik aku line down kena petir belum berfungsi lagi… handphone aku pulak tertinggal kat penang masa melawat sedara kat sana.. bila masuk bilik development.. telefon tak henti² jugak macam dulu… tension la aku… dah la nak suruh aku study report builder.. cemana..? aku tak kira.. aku tak angkat telefon tu.. aku suruh je partner aku ajar dan tunjuk cara nak edit dan create sebarang file… tapi dlam pada tu terganggu juga dengan kedatangan officer dan staf yg minta bantuan.. takpe laa.. yg urgent aku bantu la…. tapi yg asyik call problem je ni.. aku cadang biar la solve problem tu sebelah petang… itupun kalau ada staf backup jawab telefon dan ambil pesanan.. kalau takde tak dapat nak buat cemana laaaa… so..?? aku akan teruskan rancangan aku… study sampai dapat gambaran yang sebenar… insyaAllah…

Handphone tertinggal kat Penang…

Wadus… aku ni baru je balik dari Penang… hantar isteri aku ke USM untuk seminar dan jumpa supervisor PhD dia… semua berjalan lancar.. aku stay kat Vistana Hotel satu malam… sempat pergi ke Kompleks Bukit Jambul… yg tak lama lagi mungkin akan jadi port aku mencari DVD.. hehehee… best..!! aku dapat sambar The Shield season 4… dah lama aku cari… banyak lagi sebenarnya cerita yg aku nak cari tapi sebab bawa anak sulung aku yg lasak tu.. tak leh nak concentrate aku dibuatnya… terus chow… mmmm… takpe.. masanya akan tiba… heheee… lepas tu petang esoknya aku singgah la rumah mak sedara aku kat Seberang Perai… makan tengahari kat sana…

balik je dari Penang… dalam perjalanan kat highway di Kuala Kangsar.. tiba² handphone wife aku berbunyi… tengok number no. aku… aisehhh…. mak sedara aku call… dia kata handphone aku kat sana… mmm… takpe laaa.. aku teruskan perjalanan… sambil dalam hati aku terbayang… punya la banyak perkara aku nak contact member dan orang nak contact aku seminggu dua ni.. mmm… takpe laaa… try jadi macam orang biasa… heheheee… aku sampai ke rumah pada malam semalam… pukul 11 malam… Alhamdulillah… selamat….

Catatan Januari… Di tahun baru 2006…

Berperang…!! ya.. amat sesuai sekali dengan permulaan catatan… kehadiran tahun baru ini disambut dengan serangan virus brontok-fam yg makin menjadi²… pc aku dah ok.. tetapi masih lagi dalam keadaan yg belum memuaskan.. tak kisah laa.. aku masih mencari antidot yg masih lagi belum ditemui.. ianya tetap ada… tunggu saja.. janji buat masa ini aku dapat access segala aplikasi dan script aku… beres kerjaku gitu…

Yang masih aku berperang ini.. ialah pc rakan dan staf ofisku.. waduhh… setakat ini dah 5-6 pc kena jangkitan dan symptom… yg lain tu dah kena virus.. cuma belum mengalami lagi jangkitan saja.. apa aku nak buat ni..? bilakah virus punya antidot itu dapat aku sambar di area online..? aku dah cuba dengan cara aku.. memang dah berjaya tapi ada lagi yg slow.. yg lembab.. ni yg aku tension ni… tapi aku kiv dulu… aku settle dulu pc lain yg mengalami syndrome restart.. bila dah settle aku baru aku cuba check spy dan worm lain.. sehingga kini aku dah dapatkan bala tentera it aku iaitu spybots, spywareblaster, avg, kaspersky, nod32 dan sophos… untuk membantu dalam peperangan ini… setakat ini aku cuma guna 3 saja.. kalau guna semua… alamatnya makin menggila… dan yg aku boring… pc rakan ofis aku ni ada lagi satu antivirus yg degil… norton antivirus.. punya la lecehnya AV ni.. aku nak uninstall dia atau install antivirus lain memang terganggu dengan soalan buang masa dia tu.. fed up aku.. ada satu pc tu aku dah uninstall.. dia keluar lagi msg nak suruh aku reinstall atau dia punya aplikasi dah takde.. forget je dah laaa… bukan aku nak pakai pun lagi norton ni.. hishhh..!!! macam la dia pulak yg control windows xp punya installation.. pandai² je… kan bagus jadi third party saja..? aku pun tak susah macam ni…

ape pun… peperangan ini masih lagi berterusan… setakat ini aku dah solve 4 pc… 1 pc aku dah prevent… dan berbelas pc lagi sedang dalam proses… letih aku woo… juruteknik aku nampaknya dah frust sebab pc dia sendiri pun kena attack dan belum beroperasi dengan baik.. sekarang dia tengah mogok.. sebab tension dengan ramai staf yg dok tekan dia suruh repair pc masing²… aku tak dapat cari dia di mana hari ni… sejak dua menjak ni asyik hilang je.. maybe mencari kedamaian di hati… takpe laa.. aku faham keadaan dia.. take time… partner aku pulak… semalam datang jumpa aku bagitau nak beri notis berhenti dah… bulan depan dia akan kerja kat tempat lain.. mmmm… hilang lagi sorang staf IT… sekarang ni yg nampak akan bersungguh… ialah aku dan pegawai IT aku… juruteknik aku tu taktau lagi statusnya macam mana… dia pun bulan lepas dah attend satu interview.. kot dia terima.. memang rock metal la aku kat sini.. dah la aku plan nak sambung belajar… nak tukar department.. wadoiii… kenyataan ini tidak akan menjadi kenyataan la jawabnya.. tapi apa pun aku tetap teruskan niat dan rancangan aku untuk sambung belajar.. aku tak mahu lagi membuat waktu… aku akan teruskan… amin…

apa lagi yg buat aku tension..?? server down… wadus… hari ni… server aku down lebih kurang 6 jam… dari jam 10 pagi hingga 5 petang baru operational… kesian pegawai dan staf aku termasuk aku sekali.. kena serbu dan kena serangan psikologi dari staf department lain dan juga student.. sabar.. sabar.. tapi melihat kepada komitmen team IT aku… syukurlah.. semuanya nampak pro dah.. tak tunggu aku atau tunggu pegawai lain bagi arahan.. ini baru best.. aku dapat buat task aku.. mereka dapat buat task mereka untuk sama² tackle problem ni tadi.. aku di ofis.. dua team IT aku di data center.. sorang lagi hilang entah ke mana.. tak kisahlah… semuanya dah berjalan lancar kembali… dan buat pertama kalinya.. aku rasa problem server down dan nak hadapi pelbagai step nak start server, infra, midtier, portal, sistem, database ni dapat diselesaikan tanpa pihak vendor… yeahhh..!! it’s rock..!!! rockkkkkk…!! ape pun.. lepas ni aku dan team IT kena buat post mortem.. yup..!!

sekarang.. masa untuk solat asar… lepas ni aku nak balik dah… lega rasanya minda… dapat berehat di rumah dengan aman untuk sehari dua nanti… boleh bawa anak² untuk pergi somewhere… dan yahooooooo…!!! kad student baru dah siap 90%.. lebih dari jangkaan iaitu 80%… aku berjaya…!!! aku berjaya buktikan…!!!

Heroes of the day..!!

Return top

ADI BLOG

Aku tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.