Archive for December, 2005

Selamat tinggal 2005…

Yeahhhh..!! inilah harinya…. hari terakhir untuk lembaran tahun 2005 kalendar orang putih… dan.. seperti sediakala.. setiap kali hari terakhir pada akhir tahun… aku sentiasa berada di rumah… relax.. dan kalau rajin aku buka tv untuk tengok bagaimana orang sambut tahun baru… detik 12 malam… mmmmmm… kalau malas aku layan diri saja… dengan pc… dengan anak isteri… menonton tv/astro/cd… tidur… namun untuk keluar… wooooo.. no… malas nak layan jem…

tahun 2005 ni… adalah tahun yg paling tough bagi aku… paling banyak aku buat hal dalam dunia pekerjaan… paling banyak aku hadapi kehidupan yang mencabar… termasuk kehilangan beberapa orang yang disayangi… dan macam² lagi… semua ini aku anggap dugaan dan cabaran untuk teruskan lagi kehidupan aku yang entah bila kan berakhir… Allah S.W.T. lebih mengetahui… aku akan tetap teruskan hingga ke noktah itu…

tetapi… dalam samar… beberapa ketika.. aku diimbas dengan peristiwa demi peristiwa… macam tv3 pula… ada flashback… tapi aku hadapi dengan sabar… tahun baru akan menyusul… aku perlu ada target dan rancangan seperti biasa… dan aku bersyukur.. setiap tahun kalau aku berazam.. Alhamdulillah… semuanya dapat dilaksanakan… dan berjaya.. syukur… dan ia akan tetap menjadi idola jiwa.. supaya aku dapat berpesan dengan orang lain.. yang sentiasa mempermainkan azam orang lain… bagi aku.. orang yg berazam adalah yang lebih baik dari orang yg tak pernah berazam atau orang yg suka memperlekehkan orang yang berazam… bull shit..!! atau dengan lembutnya… taik lembu..!!!

apa rancangan aku untuk 2006…??

1) Banyakkan lagi menghadiri kursus-kursus profesional
2) Tukar kerja ke department lain…………. …………….. ……….. are you serious..??
3) Develop sistem baru…
4) Sambung Belajar.. amin…

sebenarnya azam aku ni berkait rapat antara satu sama lain… jadi kalau dapat 2 daripadanya pun aku dah bersyukur… sebab yg dua lagi akan terlaksana juga… sebab dalam setahun ia akan dapat diusahakan… that’s easy.. right..?? sebab tu jangan berazam yang entah apa²… heheheee…..

well… bla bla blaa.. well… bla bla blaaa… aku pun tak mahu mencipta keganasan dalam penulisan di malam terakhir tahun ini… aku lepaskannya ke dasar jiwa dan minda yang utuh… biarkan ia tertanam dan terbenam di situ… kelak akan ditemui semula apabila tiba masanya… mmmmmmm…..

akhir kata… tiada yang seindah ayat…

Selamat tinggal 2005… Selamat datang 2006… ROCK..!!!

Kerja, ‘The Shield’ & Virus…

2005…. sudah hampir mengakhiri laman tahun ini… yup.. tahun ini memang rock… tahun ini aku banyak menjadi manusia yang ‘kejam’ pada dunia aku… banyak prinsip hidup aku telah aku langgar dan lari… aku tak salahkan diri aku… aku hanya rasa aku perlu lakukan perkara demikian demi untuk mendapatkan semangat dan emosi dalam dunia pekerjaan… sebab.. tiada siapa yang boleh bantu dah ubah diri aku sendiri melainkan diri aku sendiri yang tersendiri diri… *sigh*…

sepanjang minggu pendaftaran pelajar baru di department aku ni… memang aku kerja keras… KERAS dan MEMERAS..!! tugas aku ialah tugas memastikan penyediaan kad pelajar tidak mempunyai masalah sepertimana yg sentiasa berlaku sepanjang 3-4 tahun ini… aku tak layan langsung masalah orang lain yang menggelupur memohon bantuan… sepanjang minggu lepas.. aku tak angkat telefon… cuma reply email saja… bahkan handphone aku pun aku tak angkat kalau nampak nombor yang meragukan… kali ini aku spesifik… aku buat kerja yg sepatutnya aku buat.. dan hasilnya… berjaya… sehingga hari ini aku dapat buktikan sistem yg aku buat adalah betul… kena buat report la kali ni nampaknya… report akhir tahun dan report untuk dokumentasi ISO… iskkk…

tak mengapa… aku berpuas hati dengan tugas aku sebagai seorang programmer… memang aku merancang dan dapat membangunkan satu sistem untuk penyediaan data serta kad pelajar baru.. yang sebelum ini dipandang remeh dan dianggap senang… senang..? perghh..!! bukan senang nak senang.. aku takkan dapat hasil seperti sekarang kalau aku hanya menunggu dan menanti atau buat kerja lain… yg pastinya aku sendiri turun padang melihat dan memeriksa proses pendaftaran pelajar… kalau aku tak buat macam ni.. maka akan terlepas banyak prosidur dan peraturan yang staf atau pelajar akan buat… dalam aku dok 99% berusaha memeriksa dan memerhati.. terdapat 1 data yang rosak… 2 yang terbatal… frust… tapi takleh buat apa².. kesilapan teknikal dari staf sendiri… aku tak kisah sebab aku ada buat report dan boleh refer bila² masa jika diperlukan… bagaimanapun aku tetap 100% berjaya mengumpul dan menghantar data serta gambar pelajar berkenaan… letih…….. fuuuhhhhhhhhhhhhh…!

sepanjang 2 minggu ini.. aku ada beli DVD untuk TV series kegemaran aku.. “The Shield”… kisah polis yg lain dari yg lain.. kisah yang pada aku adalah satu kenyataan yang sepatutnya diketengahkan dalam siri polis.. ye laa.. polis adalah manusia biasa… tak sentiasa perfect dan berjaya… ada kelemahan dan ada sifat yang tersembunyi… rock..!! aku beli dari season 1 sampai season 3.. season 4 tak sampai lagi.. frust… so.. aku layan cerita setiap hari apabila malam atau pun siang pada hari cuti.. wife aku pun dah suka tengok cerita ni walaupun pada mulanya dia membebel sakan sebab aku beli 3 season set DVD cerita ni… bila dah tengok baru dia tahu kenapa aku kata BEST..!! hehehee… rasanya hujung minggu ni boleh tamatkan semua season… dan aku sedang tunggu season 4 pulak… season 5 dah start tayang kat US… hujung tahun depan baru ada kat ASTRO… mmmmm…. rilek…

virus..?? ye virus… pc kesayangan aku di office telah terkena beberapa jenis virus/worm… ia berlaku pada awal minggu lepas.. apabila hari pertama minggu pendaftaran pelajar baru aku ada buat sharing folder sebab aku mobile… semua berjalan lancar pada hari pertama tu… pada keesokan harinya.. sebab aku tak shut down pc aku tu.. pc aku agak slow.. bila aku check folder.. ada sub folder lain namanya sama dengan folder muncul.. aku klik… dia akan pergi ke sub folder lagi dan lagi… sampai aku rasa pelik… aku delete saja… lepas tu.. semua folder lain yg aku masuk akan ada juga subfolder lain.. heran aku.. aku scan dengan AVG… yang jumpa ialah worm VB.GK… tak boleh clean… cuma boleh delete… aku delete saja… lepas tu aku restart pc aku… pergghh..!! doomed..!!! pc aku terkena penyakit restart tak berhenti… letih aku tengok pc aku tu.. so aku shutdown… tanya member² dorang suggest aku scan dengan beberapa antivirus scanner dengan option safe mode.. setelah menggunakan SAV32CLI untuk scan.. aku menemui ‘Brontok-Fam’… takleh clean…. AVG aku pun takleh detect woo… lepas tu aku check dengan online virus check di http://virusscan.jotti.org/ cuba check untuk lihat antivirus mana yg boleh detect virus ni selain dari SAV32CLI…. salah satunya kaspersky… so.. aku download dan scan… beres… kaspersky boleh detect dan delete virus ini… dan dapat menyekat virus yg cuba attack melalui network ke pc aku… aiseh.. tapi cuma untuk 30 hari saja… hehehee.. takpe laa… nanti aku reinstall balik… sekarang pc aku dijaga oleh AVG dan kaspersky… harap jangan gaduh sudah laaaa… masing² rock..!!

so…. hari ni.. aku agak lega.. sebab banyak kerja dan tugas aku selama 2 minggu ini telah berjaya dilaksanakan.. mesyuarat steering committee semalam pun dah berjaya dan ok… nak tunggu Januari – Februari 2006 tahun depan… banyak kursus aku kena attend untuk cukupkan kontrak vendor.. tak sabar rasanya… heheee… semoga awal tahun memberi aku ilmu yang baru… oracle, jsp & teknikal… insyaAllah akan dikongsikan bersama… mmmm…

Bermain dengan AMP (Apache, MySQL, PHP)…

Aku ni dah banyak kali dah dok install, setup, configure segala macam server, application, database… tapi tak pernah pun aku catit atau tulis… hanya baca manual dan rujuk maklumat dalam internet saja… jadi disebabkan kursus AMP yg aku hadiri tempohari instructornya lebih advance macam cikgu sekolah (siap ada assignment dan homework lagi..) aku buat pertama kalinya telah menulis dan melukis… heheheee….

jadi sebelum nota aku hilang atau renyuk dek zaman ni.. ada baiknya aku tulis secara ringkas apa yg aku buat… mungkin boleh dijadikan rujukan aku dan sesiapa saja di masa akan datang… mana tau kan..? mmmmm…. it’s rock guide…

Jom AMP..!! (Apache, MySQL, PHP).. totally rock manual..!!! kalau malas download je phptriad (semua AMP package dah ada) atau banyak lagi package lain yg sesuai… cuma rugi laa.. bila mau belajar mengusik setting… kan..? 

ape pun manual ini ialah installation untuk Windows O/S (aku guna Windows XP).. WAMP…!! alaaa… kalau pakai linux dan freebsd lebih kurang je.. cuma kena download package lain… dan boleh refer kat link ini - http://www.php.net/manual/en/install.php


tapi this is rock technic man..!! ROCK…!!!!

1) Langkah pertamaDownload AMP geng..

- Apache (http://www.apache.org/) dalam manual ini aku menggunakan Apache 2.0
- MySQL (http://www.mysql.com/) dalam manual ini aku menggunakan MySQL 5
- PHP (http://www.php.net/) dalam manual ini aku menggunakan PHP4

2) Langkah kedua – install & configure Apache 2

- Masukkan maklumat apa sahaja pada Network Domain, Server Name & Admin Email sekiranya menggunakan stand alone pc… kalau pada server kena set betul² laaa… sampai habis…
- Test apache services… ada icon pada tray windows tu.. kalau dah green tu kira up la tu.. selepas sebarang konfigurasi cuma perlu klik butang ‘restart’ saja…
- satu lagi cara check ialah gunakan ‘Command Prompt’.. i miss DOS..!!! taip ‘net start‘… sebarang services akan dipaparkan… ‘Apache 2‘ akan berada pada list teratas sekali… kalau takde belum up…
- untuk sebarang file html atau php (web)… gunakannya dalam folder ‘htdocs‘… segalanya bermula di situ…

3) Langkah ketiga – install & configure MySQL

- pilih ‘complete install’
- pilih ‘install windows service’ & uncheckbox pada auto (biar manual)
- uncheck security kalau untuk stand alone pc… dan jangan letak password… (boleh letak tapi kemudian laaa.. bila dah finalize projek)
- Test mysql service… sama juga seperti check apache.. pergi ke ‘Command Prompt’… ‘net start’… kalau ‘mysql‘ ada dalam list.. service dah ada… kalau tiada.. gunakan hikmat ‘admin’ untuk aktifkan services
(start – settings – control panel – administrative tools – services – mysql – start)…
- run mysql.. gunakan ‘Command Prompt’… >mysql -u [user] -p
- Enter Password : [password]
- jika prompt ‘mysql>‘ dah keluar.. berjaya…
- ready to rock..?? roockkk..!!! dah boleh create dan manipulate data dah…
* nota : file mysql ada 3 fail serangkai.. jika nak copy data ke server lain pastikan 3 fail ini ada (.frm, .myd & .myi)…

3) Langkah keempat – install & configure PHP

- install php (pastikan pada folder PHP)
- dah siap install pergi ke folder PHP dan lakukan mengikut tips berikut :
— copy file ../php/php.ini.dist ke folder c:/windows dan rename kepada php.ini.. edit file ini…
max_execution_time = 30 -> saat maksimum execution tiap skrip
max_input_time = 60 -> saat maksimum untuk proses data
memory_limit = 8M -> saiz maksimum digunakan tiap skrip
register_globals = Off
post_max_size = 8M -> saiz maksimum data POST yang boleh diterima.
extension_dir = “C:/php/ext/” -> direktori modul.
upload_max_filesize = 2M -> saiz maksimum fail upload diterima.
extension=php_mysql.dll -> modul yang digunakan
session.save_path = “/tmp” -> lokasi session pada server

(sebenarnya tak payah edit apa² pun tak apa… dah default… cuma kalau php tu kita pakai session… kena pastikan folder /tmp tu betul dan wujud untuk support script ‘session.save_path = “/tmp”‘… kalau tiada kena create folder tu…)

— copy file ../php/sapi/phpapache2.dll ke folder ../php
— copy file ../php/sapi/php4ts.dll ke folder ../php

— configure file ../apache2/conf/httpd.conf dan cari serta tambah maklumat berikut :
LoadModule php4_module “c:/[nama direktori sehingga ke php]/php/phpapache2.dll”

— masih lagi pada ../apache2/conf/httpd.conf dan cari serta tambah maklumat berikut :
AddType application/x-httpd-php .php
- Beres..!! restart apache…!!
- Test PHP… buka browser… taip ‘http://localhost’
- sekiranya page information PHP keluar… berjaya..!! kalau tak keluar… kena check balik…

Ready to rock..??? hishh..!! berapa banyak ready laaa… dah rock dah pun…. boleh la cari script… create database… test…

TIPS : untuk bergelumang dengan dunia open source (senang cari info, script, sample, tips, trick, etc…) anda perlu INTERNET..!!!

Kursus AMP (Apache, MySQL & PHP)…

Setelah bergelumang dengan oracle… hari ini aku memulakan kursus PHP & MySQL tapi dalam package AMP… (Apache, MySQL dan PHP).. ye laaa.. dah lama nak join dengan geng IT kat kampus tapi tak berkesempatan… sebelum ni ada juga cari training centre yg buat kursus ni.. tapi mahal sangat untuk seorang dua.. lagipun aku bukan novice… kira intermediate dah.. bila tengok course outline memang banyak dah aku try dari buku dan sample dalam internet… tangguh punya tangguh salah seorang officer yg juga urusetia kursus untuk team IT kampus emel kat aku untuk offer.. apa lagi..? bila lagi..? terus aku apply… walaupun tetiba kursus ISO untuk juruaudit tiba juga pada minggu kursus ni… apa nak buat.. aku dah tak boleh nak fikir dah pasal management… rasa muak dan letih.. aku contact big boss… dia bagi.. senior officer aku pun bagi… dan pada hari ini… aku dah join pun kursus ni.. alhamdulillah… instructor memang berpengalaman.. ada beberapa soalan yg terbenam di lubuk hati aku selama ini dah terjawab… syukur.. aku lebih confident untuk mengembangkan pengetahuan aku dengan bidang development dengan open source ni…

Kursus ini akan diadakan selama 3 hari (13hb – 15hb. Disember 2005)… tapi skip satu hari untuk kursus O/S iaitu linux… sepatutnya nama pakej kursus ni ialah LAMP… (Linux, Apache, MySQL dan PHP)… ye lah.. semua team IT kat sini dah ada kemahiran tersendiri dalam bidang operating system.. ada yg pakar solaris, linux, freebsd, windows etc.. jadi urusetia teruskan dengan basic webserver, database dan programming… ok tu.. aku setuju…

sepatutnya sebelum aku balik tadi aku ‘paste’ hasil script yg aku buat… tapi sebab dah kelam kabut nak balik… aku terus shutdown notebook… aisehhh… sayangnya.. banyak script html, php dan mysql yg aku design terlepas nak masukkan lam blog.. iskkk… takpe laaa.. esok ada lagi… dan malam tadi.. aku baru saja siapkan 70% assignment.. aisehh… ini la pertama kali aku pergi kursus ada assignment.. adoii… boring… tapi bagus juga.. kalau create table dan isi data dibuat masa kursus.. banyak buang masa.. lihat saja pagi tadi.. ramai yg taip slow… sampaikan mengantuk dibuatnya.. iskkk… ape pun… kursus dihujung tahun ni rasa pelik… dah la minggu depan aku kena handle student baru… dan minggu² terakhir tahun ini pula aku akan sibuk dengan ISO… bila nak start R&D..?? adooiiiii…. let’s rock…!!

Coretan Disember…

Waaahhh… dah hampir 3 tahun rupanya usia blog aku ini… berakhirnya bulan Disember nanti.. genaplah 3 tahun… apa yg aku tulis selama ini..?? heheheee… boleh buat buku dah… tapi takpe… aku akan backup semua penulisan aku ini… kemudian aku akan abadikan dalam bentuk buku tebal ala Tesis… boleh jadi “Hikayat Programmer Cabuk”… hahahaa..!!

errr… stop.!!

seminggu dua ini… pasal kerja.. aku akui amat sibuk dari selalunya… dalam proses pelajar baru nak datang register… sistem pula tengah upgrade… portal dah tambah lagi satu server iaitu reverse proxy… setup tak siap lagi… maknanya lepas ni server reverse proxy ni beroperasi di luar firewall sistem… kemudian portal yg sedia ada masih problem lagi tak boleh diaccess dari beberapa area (putrajaya, shah alam, petaling jaya) macam biasa laa… ISO pengurusan pula dah start minta sistem blok ID lecturer yg lewat masuk markah… maka ramai la pelajar tak boleh register sebab markah mereka tak complete.. jadi.. akulah yg menjadi mangsa keadaan.. kena solve semua problem yg ada… MasyaAllah… letih takleh nak cakap… YM aku online 24 dah.. sebab aku tak tutup pc.. ramai yg bagi msg tapi aku cuma entertain msg yg berkaitan dengan masalah sistem saja termasuk beberapa member yg aku kenal… yg lain tu aku tak larat dah… aku rasa aku jadi macam robot dah.. sekarang ni tangan kanan aku dari hujung jari, pergelangan tangan, siku dan lengan bahu dah kebas dan selalu sakit²… perit dan sadis rasanya… aku try juga pass masalah pada partner dan officer IT.. tapi mereka tak dapat bantu sebab sibuk juga dengan urusan mereka… fuhh..!!

aku pun agak rasa tension sebab aku dah hantar emel dan surat kepada big boss dan officer untuk makluman dan ceritakan perancangan aku untuk sambung study tahun depan… tapi senyap je.. selalunya apa yg aku hantar, telefon, emel dan sebagainya yg mengarut atau tidak terus dapat jawapan… sibuk juga ke mereka..? atau… takleh nak bagitau keadaan yg sebenar..? tertanya² aku dibuatnya tapi aku positif… sebagai insan biasa.. aku sekarang ni dah rasakan yg aku akan lakukan kerja setakat yg mampu… manakan tidak… dah sakit badan.. sakit minda… sakit hati… semuanya telah bercampur baur dalam jiwa aku… jalan terbaik ialah berdoa dan berusaha… aku rasa aku akan menghadapi satu masalah yg besar sekiranya perkara ini masih tidak menemui jalan yang benar… berdoa saja…

pelajar baru akan masuk pada 19hb. nanti… tapi petang tadi aku terperanjat juga bila partner aku beritahu yang setakat hari ini dah ada 9 orang pelajar baru dah mendaftar awal… aiik…??? apa lagi.. aku minta partner aku sediakan la gambar dan dokumen yg patut untuk aku uruskan dengan pihak smartcard… kali ni aku akan fully incharge untuk urusan smartcard pelajar… ya.. aku kena pegang untuk lihat dan membuat satu sistem bagi membuktikan bahawa urusan kad pelajar ini tidak mempunyai masalah kalau kita ‘bekerja’ dengan betul… kalau main cincai² atau 2-3 orang yg uruskan memang problem… takpe.. takpe… aku akan buktikan semester ini semuanya berjalan lancar.. aku juga dah sediakan satu sistem untuk trace pelajar yg menipu… dah ambil kad kemudian hilang.. lepas tu datang bagitau belum ambil kad.. bila aku check dalam buku ambil kad dah ada tandatangan.. bila aku tanya ada yg jawab masa nak ambil kad tu mereka tandatangan dulu kemudian bila cari kad takde.. huhh..! ingat aku ni budak sekolah ke ape..?? aku tau la siapa tipu dan siapa yg kena tipu.. errr… not me… errrr.. kita tunggu sehingga akhir februari… aku akan pastikan semua yg baru mendaftar akan mendapat kad masing²… yeahhh…!!! warrghh..!!

takpe laaa… aku teruskan dulu yg mana ada…. walaupun aku sekarang ni diserbu dengan bermacam kerja dan task oleh ex-3rd boss, officer, staf department luar dan dalam, student, applicant dan makhluk ghaib… aku akan teruskan juga laaa… mmmmm…. ape pun aku kena bersyukur juga kerana dalam kemurungan ini… dapatlah juga sedikit ketenangan 3-4 hari lalu… aku bawa anak² dan isteri rehat kat Palm Garden Hotel kat IOI Resort tu… 3 hari 2 malam lepak kat hotel je… puas anak² aku main air kat kolam… aku pula banyak rehat dari rumah dan kesibukan kota serta kerja… hehehhh… rate boleh tahan sebab dapat potongan 50%… untung juga jadi staf gomen ni… hehehhh… semuanya berjalan lancar…. anak² aku pun seronok… bila balik rumah dah takde tension atau mengamuk dah sebab selalu kena tinggal.. ye laa… mana taknya 2-3 minggu lepas aku dan isteri asyik balik malam saja… kadangkala pukul 9 – 10 malam baru sampai rumah… mana boleh jadi macam ni.. hishh…!! tak patut… anak² pun perlu perhatian dan belaian kasih sayang dari ibu bapa… aku tak sanggup nak tumpukan kerja sampai anak² terabai atau terlupa nak layan setiap masa setiap hari… letih tu memang letih tapi mereka cuma perlukan perhatian saja… so.. no problem… ini lebih menguatkan semangat aku lagi untuk menukar style kerja aku… selalunya kerja kena 100% atau 90% dalam sehari… sekarang ni aku letak 60% je laaa… hari minggu pula adalah 100% hari bersama keluarga… aku tak pergi dah kalau ada overtime atau orang panggil untuk solve problem kat opis time cuti… kecuali…. kalau kes tertentu yg bersifat kecemasan… mmmmmm…. ye ke…?? ye…………..

Ya Allah… berikan aku kekuatan dan petunjuk untuk meneruskan jalan ini… amin…

Return top

ADI BLOG

Aku tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.