Archive for November, 2005

Aku perlukan…

Minggu ni aku banyak study dan review kembali kemahiran dan skill aku dalam teknikal IT… bukan itu saja.. aku cuba review pengalaman aku dalam bidang multimedia… grafik.. ok lagi.. aku review pula skill aku dalam bidang programming… hancusss… so what..??

AAARRRGHHHHH….!!!
AKU PERLUKAN KEMAJUAN…!!!!

Tak boleh jadi ni… aku kena lakukan sesuatu… bila..? sekarang dah start pun…

semalam.. aku dah jumpa dengan pegawai bahagian cuti belajar… dia kata skim cuti belajar untuk staf yg nak ambil diploma atau bachelor tak ada dah… yg ada untuk master dan Ph.D saja…

AAARRRGHHHHH….!!!

menurut pegawai berkenaan… aku kena bekerja sambil belajar… maksudnya aku kena dapatkan keizinan dari ketua untuk memberi kelonggaran untuk bekerja dan belajar… ok.. aku rasa yg ini tiada masalah… minggu depan aku akan jumpa dengan pegawai bahagian akademik pula… nak tanya dia cara memohon dan transfer kredit…

sekiranya aku dapat sambung belajar semasa bekerja… ini adalah bonus.. aku tak perlu full time belajar atau ambil cuti belajar (memang tak dapat pun sebab dah tiada skim ni untuk staf sokongan)… so.. bekerja sambil belajar… kalau la aku still kerja kat tempat sekarang ni dengan budaya dan keadaan kerja yang macam juga sekarang ni dan aku sambung belajar… maka…

AAARRRGHHHHH….!!!

So… aku kena jumpa big boss… aku kena minta pertolongan daripada beliau… amin…

Projek dan Misi…

Sejak dua menjak ini aku rasa keadaan diri aku agak keliru… dengan tugas dan tanggungjawab terhadap diri aku, keluarga dan pekerjaan… walaupun kadangkala aku rasa aku amat bertuah dan bersyukur dengan apa yg telah dikurniakan kepada aku… tetapi rasa seperti ada ketulan yang tidak dapat dikesan di dalam firasat hati aku… ia umpama kanser yang tak dapat dikesan… hidup dalam berjaga-jaga…

semalam.. aku berkesempatan berjumpa dengan 2 orang penting kampus dalam bidang IT… keduanya ialah ajk steering committee… dari apa yg mereka bincangkan mengenai sistem department aku… aku rasa seperti ada sesuatu yang tak kena… memanglah aku dah lama tak mahu ambil tahu mengenai management… tapi rasa macam menyesal pula sebab tak ambil tahu… ini kerana siapa yang akan dipersalahkan pada suatu hari nanti…?? aku laaa… biasa la tu… bila sistem atau sesuatu projek itu berjaya… orang yg buat bukan dapat apa pun… department yg kena puji… tapi kalau ada problem atau gagal… bukan department yg kena.. tapi orang yg buat tu la yg kena… kadangkala aku rasa keadaan ini tidak adil… walaupun sentiasa berlaku macam ni… balik je dari jumpe mereka.. aku termenung panjang sepanjang perjalanan balik ke opis… projek aku ni akan berakhir Disember nanti… selepas itu projek akan disambung dengan kontrak baru iaitu untuk tujuan upgrading… aku dah berhasrat untuk meletakkan jawatan dari menguruskan projek ini… apa yg aku nak buat ialah support dari segi teknikal dan sistem… menguruskan database dan integration antara department aku dan department lain.. aku dah tak larat nak menguruskan bab pengurusan ni… officer IT aku yg baru tu pun… aku dah try latih dia sikit² untuk handle perkara ni… tapi… dah nampak dah kesan tekanan dia… payahlah aku macam ni… kalau problem atau masalah nanti big boss akan cari aku juga… nowhere to run… sadis rasanya… beban yang mendatang kena galas juga… hingga aku rasa kemajuan aku dari segi teknikal agak slow pada tahun ini.. lepas cuti raya tempohari… ada seorang timbalan pengarah dari department alumni datang jumpa aku untuk dapatkan data statistik dan address pelajar yg dah grad… dia kata tempat dia susah nak dapat officer IT dan programmer… yang ada cuma staf admin saja… terfikir juga aku… kalau aku boleh bertukar ke sana… mungkin aku dapat lakukan sesuatu di sana.. develop sistem untuk manage data pelajar yg dah grad untuk tujuan archived dan buku… ape pun lamunan aku terhenti kerana aku rasa perkara itu adalah mustahil… buat penat fikir je…

aku mengimbas awal minggu lalu… aku dan wife lunch dekat sebuah restoran mamak yg famous kat area sini… terserempak dengan ex-2nd boss aku… dia tanya aku dah sambung study ke belum..? aku kata belum… dia nasihatkan aku supaya sambung… jangan ambil full time.. ambil kerja sambil belajar.. nanti rugi service aku dengan government… yg pasti dia kata akan ada kelonggaran untuk aku dari segi tugas sekiranya aku ambil kerja sambil belajar.. lagipun aku staf… ada skim tertentu yg aku boleh ambil untuk meneruskan pengajian… mmmm… ada betulnya kata ex-2nd boss aku tu.. tapi… kalau aku masih kerja di sini… aku tak yakin aku akan dapat tumpukan perhatian aku kepada pembelajaran… mana taknya.. kerja sentiasa sibuk.. ada partner pun aku juga yg kena remind, kena jawab, kena bertanggungjawab, buat revision dan post-mortem.. sampaikan masa aku dengan keluarga pun terganggu… inikan pula dengan belajar… aku mati akal di sini… ape pun jalan yg aku nampak tidak lain dan tidak bukan ialah bertukar department… walaupun ramai yg kata kerja ni sama je beban dia kat memana.. aku tak percaya sebab apa yg aku perhatikan sendiri officer IT atau programmer di tempat lain ada masa untuk diri mereka sendiri mendalami ilmu IT yg luas terbentang… mereka hanya bertanggungjawab sepenuhnya dengan tugas IT.. tak macam aku.. tugas IT.. tugas pengurusan… ISO… teknikal dan tugas admin yg lain… amat meletihkan…

sekarang ni… aku sedang merancang… berusaha… aku ada plan tersendiri…. minggu depan aku nak jumpa pegawai yg menguruskan staf yg sambung belajar.. aku nak tanya dia pasal skim mana yg sesuai… dan dalam pada itu.. aku nak tanya mengenai pertukaran tempat… kalau dia kata boleh.. aku akan jumpa big boss dan bincangkan hal ini dengan dia… aku bukan apa.. aku sayang pada department aku… pada big boss… pegawai dan semua staf yg banyak membantu… tapi… aku dah tak larat nak menanggung semua ini kerana aku bekerja dalam menganiayai diri aku sendiri… buat kerja pegawai.. tapi jawatan penolong pegawai saja… gaji dan imbuhan yg aku dapat tidak memadai… aku tak salahkan sesiapa.. aku salahkan diri aku yg tidak berusaha untuk merubah keadaan aku… bagaimanapun aku percaya pada Kehendak Qada’ dan Qadar Allah S.W.T…. tidak akan berlaku apa yg berlaku sekarang melainkan ada hikmah yg besar disebaliknya… aku dah sedar hal ini.. walaupun apa yg aku dapat ini slow… tapi orang lain takkan dapat apa yg aku dapat… dan bila aku dah sedar… aku perlu berubah demi masa depan… tidak ada sesuatu yg lain yg dapat merubahnya selain dari diri aku sendiri…. ok.. aku sedar akan hal ini.. insyaAllah aku akan mulakan dengan segera…

Ya Allah… bantulah aku… berikan aku petunjukMu…. amin…

Jamuan Makan…

Hari ini aku bersyukur kepada Allah S.W.T…. kerana setelah 3 bulan aku bernazar.. akhirnya hari ini aku dapat lunaskan nazarku… hehee.. bukan apa.. sejak aku dah lulus dan confirm jawatan dalam kerajaan 3-4 bulan yg lalu… aku berniat nak belanja semua staf dan pegawai opis aku makan tengahari… tapi buat dalam bentuk jamuan je… ape pun… aku tak nak hebahkan kepada sesiapa pun.. kecuali secretary big boss aku sorang je.. lagipun terpaksa sebab dia yg buat order dan menjadi orang tengah untuk opis aku dan katerer… yg pastinya amanah tu… ramai yg hairan dan bertanya siapa dan siapa… termasuk pegawai dan big boss aku sendiri… dan memang secretary big boss aku seorang yg secret²… heheee… tak siapa yg tahu pun setakat ini… ape pun.. takpe laa.. aku belanja bukan untuk sorok²… tapi untuk rasa bersyukur aku kepada Allah S.W.T. dan rasa berterima kasih kepada semua pegawai dan staf yg banyak membantu aku selama ini… tanpa mereka siapalah aku… hehehh… pagi tadi masa aku bagi duit kos… secretary big boss kata dia memang tak larat nak jawab dah dengan geng ofis yg bertanya… pelik sungguh… isu ini pun sampai ramai yg nak tahu ke..? tapi tu laa… aku dah pesan kat secretary big boss masa buat announcement tu cakap la jamuan department… tapi dia serba salah.. rasa macam tak kena je so dia bagitau seorang ‘sahabat’ nak belanja… dah tentu la ramai yg nak tahu.. hehehee… tapi dia pandai cover sampai big boss aku tanya pun dia jawab dengan berhemah… mmm… big boss aku tau kot..? tapi takpe laaa… big boss memang best….

errr… tugas aku hari ini.. berlambak mambak… sejak balik dari bercuti 3-4 hari lalu… keletihan masih terasa… itupun aku online jugak tu untuk jawab mail.. sampai je opis dah sibuk dengan tugas support dan teknikal dah… kalau masa cuti aku tak check emel… adooii… macam biasa laaaaaa…. kelam kabutan… rilekkk…

ape pun… aku nak ceritakan hal balik kg. tempohari… mulanya aku nak balik seorang dgn flight.. dah masa nak berkemas tu.. wife aku dan anak² semua nak ikut… fikir punya fikir.. apa lagi… naik kereta je laaa.. kebetulan kereta baru je lepas servis… abis burn tiket pergi balik… adehhh..!! nak redeem takleh dah… aku balik ke KB kali ni ikut Cameron Highland… fulamak… mencabar betul… bertolak dari rumah ke highway dalam pukul 12.30… lepas tu masuk highway Ipoh.. terus ke exit Simpang Pulai… dari situ cari arah Cameron Highland.. fulamak.. ada satu kawasan berhampiran tanah rata tu.. rasa macam berada di China.. penuh dengan kawasan tapak semaian ladang anggur, limau dan strawberri.. udara dan cuaca sejuk dan nyaman.. buka tingkap best… cemana pun tiba di satu kawasan.. jalan sempit yg teramat.. kalau berselisih kereta pun tak lepas kot..?? dah la kecik.. ada longkang… kalau ada lori abis… gabra juga aku drive masa tu.. lebih lagi bila menurun 15% kecuraman.. fuhh..!! hujan pulak cam segan² nak turun.. aku sampai ke Gua Musang pada pukul 6.00 petang… slow woooo… kalau ikut Bentong pukul 5 dah sampai… tapi… tak kisah laa… sebab dah ada pengalaman lalu kat situ.. banyak lagi jalan baru nak dibuka tu.. maybe tak lama lagi bila highway baru tu siap… skip jalan kecik tu dah ok dah… yang penting.. dapat tengok pemandangan bukit bukau yg jarang dapat di lihat di Malaysia.. beralur² dan berbukau²…. gaungnya masyaAllah… kalau jatuh tu takde orang sedar dah… tinggi woooo….. ape pun.. syukurlah.. perjalanan pergi dan balik selamat.. masa aku bertolak balik selasa lepas.. sepanjang jalan tu hujan lebat dan renyai²… bila sampai KL.. semalam berita menunjukkan banjir dah berlaku… kalau aku lewat sehari… dah tentu aku stranded lagi macam tahun lepas.. eeeiiiii…. seram sejuk mendengarnya lebih lagi bila bawa anak²… kalau solo tu ok la jugak… mmmmm….

sedikit pengalaman dan perisitiwa semasa aku handle bengkel remaja tempohari… memang seronok dan kelakar.. tension pun ada… sebab bukan saja remaja atau pelajar sekolah menengah je yg ada… yg sekolah rendah pun ada jugak… riuh rendah jadinya… hehehe… tapi aku rasa kehadiran pelajar rendah ini lebih bererti dan seronok… dorang pun seronok sebab aku buat ‘game’… ye la.. kesian kat dorang… sebulan kena kursus tu… mana tahan berpisah dengan dunia luar seperti sediakala… dok berkurung dan berkursus je…. itu yg bila aku datang tu aku memang tak boleh buat semuanya ceramah atau bengkel motivasi… sebab fikiran mereka dah melayang jauh dok teringat family, bola, kucing etc… aku banyak buat rombakan… syukurlah pengerusi sporting… ajk pun sebenarnya pening kepala nak hadapi kerenah budak² dari sekolah rendah dan menengah ni… aku sendiri pun rasa tension juga sebab bising.. hehee.. ape pun kena sabar je laa.. kena faham keadaan mereka… itu pasal aku cuba buat yg terbaik… untuk bengkel ni aku dapat 5 slot.. tapi 3 slot saja yg aku sempat handle… 2 lagi diganti dengan pengerusi dan wife aku… hari pertama tugas aku ialah pada waktu malam.. tayangan cerita kartun ‘Si Abu Nawas’… belum pun habis 30% peserta dari sekolah rendah dah lelap termasuk adik sepupu aku sendiri.. sempat aku ambil gambar… hehee… hari kedua aku buat motivasi… hancus… sebab budak sekolah rendah bising… dorang join juga bengkel untuk remaja… dan malamnya.. aku buat ice breaker… sebab dah seminggu dorang ada kat tempat kursus tapi masih belum kenal bebetul lagi antara satu sama lain.. bagi group… bagi nama kumpulan… dan bagi soalan perbincangan… nampak seronok sikit semua peserta sebab ada aktiviti group… hari ketiga pagi tu slot aku diambil oleh pengerusi… beliau cuba buat satu pembaharuan dengan tayangan slide dan video… tapi lelap jugak bebudak… malam tu aku punya slot.. aku buat ‘game’… bahasa isyarat dan lukis ala win, lose or draw… lepas tu bagi teka teki dan minta peserta buat persembahan… memang seronok bebudak tu.. bising macam pasar jual ikan… penasihat kursus ada masa tu… dia tak kisah dah sebab dia nak bagi bebudak tu release… dan yg buat dorang lebih bersemangat… aku gunakan lebih duit raya yg masih tersimpan sebagai hadiah saguhati kepada yg berjaya menjawab soalan dan buat persembahan.. lagi la bebudak tu berebut… memang susah nak handle.. tapi aku puas hati sebab bebudak semua enjoy… termasuk aku dan adik² aku yg datang membantu aku untuk urusan video dan gambar… ape pun.. untuk bengkel atau kursus next time.. aku kena lebih bersedia dengan team teknikal.. sebab banyak slot tak sempat nak ambil gambar sebab masa tu aku seorang je yg incharge… kalau macam malam last tu ok jugak.. ramai adik aku turun padang… sorang tolong ambil gambar.. sorang lagi video dan seorang lagi bantu dari segi mengurus… tak la letih sangat.. heheee… ape pun.. kesimpulannya… memang best dan banyak beri kenangan… dan kenangan itu dah divideokan… boleh tengok bila free nanti… tapi masa test kat video cam tu.. memang gelak sakan tengok balik gelagat bebudak sekolah rendah ni… ada satu masa tu semua serbu kat aku untuk jawab soalan gara² nak ‘ang paw’… hahahaaaa..!!

well… life is life… kerja is kerja… dalam dok nak siapkan blog ni tadi pun berapa kali aku berhenti sebab nak entertain officer dan staf yg ada masalah… dah lari dah idea.. heheheee…. yg penting.. semuanya selamat dan sejahtera…. errr… lupa nak bagitau.. semalam streamyx dah masuk dah rumah aku… hehehee… 4 hari bekerja je apply terus dapat… pak sedara kerja Telekom la katakan… hehehee… janji rock..!!!

Ho Ho Hoooo…!!!

Watttchhaaaaaa…!!!

fulamak aiihhh… lama betul tak update blog… raya sakan.. rehat sakan… malas sakan.. makan makan… semua ada… selamat hari raya lagi sekali… heheheee….

pasal blog ni.. aku ingat dah malas dah nak tulis.. tapi… tak boleh laaa… aku memang kena menulis supaya otak aku tidak beku dengan apa yg berlaku… lepas aku tulis baru aku rasa lega… memang nasib laaa… maybe jalan alternatif… aku kena set seminggu sekali untuk menulis… hehehahahaa…!! tapi kalau datang time gigil jari jemari.. memang sah aku rockkkk..!!

banyak peristiwa yg aku lalui sepanjang raya dan cuti ni woooo…. cemana nak start…?? aaaahhhhh…!!!

kalau sebelum cuti raya hari tu aku macam takde kerja… balik je dari cuti… takde kerja jugak.. heheheee… tapi 4 hari je… hari isnin sampai khamis tu memang aku cuma standby kat data center saja.. sebab sistem ada masalah untuk up portal sistem… masalah error log dah penuh lebih dari 2mb… maka sistem tak dapat nak up.. aikk..?? pelik betul aku.. tapi aku takleh kata apa sebab setelah aku try up dan down sistem, database, portal, infra dan midtier tu.. portal masih tak jalan… 2 hari aku bertungkus lumus dan menggigil dalam bilik sejuk data center tu tak jalan jugak.. alih² bila team support vendor datang.. dia kata log file dah penuh.. lerrr… solaris ni rupanya dah set takleh lebih dari 2mb rupanya… mana aku tau… ape pun aku kena ubah… aku make sure error log tu tak digunakan buat sementara… aku cadang nak set agar log tu secara automatik akan dikosongkan setiap 3 bulan sekali.. atau mana yg perlu… tapi bila..?? biar la dulu.. kerja lain masih menanti.. hishhh…!! akibatnya.. sampai minggu kedua ni pun aku lom dapat buat lagi sebab kerja dah makin bertambah dah… aisehhh…!! tidaaakkkkk…!!!

hari rabu… aku ke Telekom Malaysia.. register telefon… hari khamis telefon dah masuk rumah aku.. hehehee.. ini adalah permulaan untuk rock n roll… sejak pindah ke rumah baru tahun lepas… asyik pakai handphone je.. sekarang ni pakai telefon line la pulak… yg penting.. tak lama lagi rumah aku akan dimasuki syndrome streamyx… hahahaa…!! bukan aper… masa balik raya kat kg. aku di Perak hari tu.. 2 orang bapa saudara aku kerja telekom.. dorang ada akaun streamyx setiap sorang tapi tak pakai sebab takde komputer dan tiada keperluan kat rumah.. jadi salah seorangnya nak bagi kat aku… rezeki jangan ditolak beb…!! RM46 sebulan dengan kelajuan special ?MB… jadik laaa… sekarang ni pakej RM88 pun cuma bagi 1MB je.. so lepas ni takde la aku susah² nak pi opis untuk check emel dan hantar dokumen kat member dan geng projek… semuanya boleh dibuat dirumah… nak bayar bil..? nak transfer duit kat family..? nak tempah itu ini..?? semuanya boleh dibuat di rumah… heheheee… jangan jeles… ape pun akaun ni sementara saja… kalau anak pakcik aku dah besar besok dan nak pakai streamyx terpaksa la aku transfer balik… anyway… streamyx tu belum diuruskan lagi.. tunggu pakcik aku bagi green light je…

meeting keluarga di Perak hari tu aku tak banyak cakap.. sebab aku ambil gambar dan video sepanjang mesyuarat diadakan… bagaimanapun adik aku yg kerja kat maybank tu dah cadangkan agar manfaatkan teknologi internet untuk memberi maklumat dan urusan tabung keluarga… ok laa… aku boleh turut membantu… tapi yg tak syoknya.. sebab aku dan adik beradik aku adalah anak saudara yg paling tua… pak sedara dan mak sedara semua cadang agar kami adik beradik bantu dari segi backup… aku bukan apa.. dah la chairman dan bendahari pun abah aku dah pegang jawatan tu… tapi kalau nak backup ni.. kalau boleh biarlah pakcik yg lain atau anak sedara yg lain.. nanti apa kata sepupu sepapat yg lain..? cemana pun kena akur.. sebab bapa aku berada jauh di Kelantan.. adik aku yg ketiga akan backup tugas dia.. sedangkan aku dan adik aku no. 2 berada di KL.. cuma boleh bantu dari segi online saja… dan yg penting kepercayaan ini perlu di jaga dengan baik… aku dah inform adik² aku agar mereka bersabar dulu.. apabila adik² sepupu yg lain dah tamat pengajian dan bekerja.. akan dibuat semula perlantikan agar lebih terperinci.. lagipun tabung keluarga abah aku dan adik beradik dia dah makin berkembang.. dah boleh buat pelaburan dah.. syukur Alhamdulillah… aku pula start januari tahun depan insyaAllah.. akan buat potongan setiap bulan… dah setahun lebih aku stop sebab aku ingat mulanya aku menyimpan untuk anak² aku.. tapi aku sebenarnya takleh lupa kepada adik² sepupu aku yg tak lama lagi akan meneruskan pengajian… takpe laa… kalau orang lain boleh buat.. kenapa tidak keluarga aku…? aku sokong usaha ini.. insyaAllah…

plan aku untuk sambung belajar tahun depan masih samar… aku dah cuba contact pegawai akademik dan pegawai cuti belajar… tiada jawapan… tapi aku takleh frust lagi sebab aku contact melalui emel saja.. memang betul kata wife aku.. pegawai² ni kalau kita tanya melalui emel memang dorang tak terlayan… iskk.. kenapa aku boleh layan..? kenapa mereka tidak..?? kenapa…?? tapi takpe laa.. start je tahun depan bila aku dah dapat borang tu.. baru aku jumpa mereka sendiri.. minta nasihat dan pandangan.. dan aku kena fight sesuatu… kalau boleh nak transfer kredit atau praktikal yg telah aku lalui masa dalam arus perdana di UTM dulu… walaupun dah hampir 5 tahun.. aku nak fight juga… lagipun aku ada reason nak bagitau yg kerja aku di kampus selama ini pun sedikit sebanyak ada menyebabkan aku tidak dapat menyambung pengajian dengan lebih awal.. cuba la kan..?? mana la tau ada rezeki.. kalau tak dapat pun takpe lah janji aku cuba… ape pun.. ini tahun depan punya plan… insyaAllah… aku harap aku akan dapat meneruskan pengajian aku yg dah tertangguh sekian lama… dah la kerja memangku tugas… pendapatan pula tak memangku… susah dibuatnya.. autoriti pun macam tu juga.. iskk…

hujung minggu ni aku akan balik ke KB… ada kem remaja di sana… aku dijemput untuk memberi sedikit motivasi kepada remaja yg menghadiri kem tersebut… bahan aku belum prepare lagi ni tapi idea dah ada… mungkin sehari dua atau bila tiba di sana baru aku buat… nak buat sekarang ni memang tak sempat… idea tu macam tersekat sebab banyak benda lain yg aku kena concentrate… aku harap semuanya akan berjalan lancar.. nak bagi ceramah ni pun dengan bebudak sekolah dan menengah… adooiii… risau aku… kalau student U atau lepasan SPM ni lain sikit sebab sikap independent tu dah ada.. ini remaja dan budak kecil ni… anyway aku dah bagitau urusetia yg aku nak buat dua sesi.. satu sesi untuk sekolah rendah.. satu lagi untuk menengah.. sebab apa yg aku ceritakan nanti boleh dikategorikan dengan baik… kang timbul yg ni faham.. yg ni rendah sangat.. yg tu tinggi sangat memang susah… iskk… mak aku frust sebab aku balik seorang saja… memang sebelum ni cadangnya nak bawa anak sulung aku je… tapi kesian kat adik dia keseorangan kat rumah… dah la malam² takleh berpisah kalau tidur.. heheheee… takpe laa… sekurangnya isteri aku ada kat rumah… lagipun kerja yg aku buat ini ialah kerja amal… aku rasa nak bantu urusetia atas sebab peribadi… mulanya pihak urusetia nak bagi sumbangan… tapi aku serba salah… sebab aku boleh stay rumah aku sendiri kat sana dan lepak rumah family… setelah perbincangan dibuat aku hanya ambil claim tiket flight saja… bahan dan peralatan aku bawa sendiri… notebook, lcd, kamera, tripod, videocam…. ini lebih baik sebab tak payah nak sewa itu ini.. kat sana kos mahal berbanding dengan KL ni.. so aku dapat jimatkan kos urusetia dengan bantu apa yg patut.. peserta lebih 100 orang tu… banyak lagi mereka kena buat persediaan… tak nak juga susahkan mereka dengan apa yg kita perlukan..

semalam pula ada diskusi antara senior officer, ex-3rd boss, officer IT dan aku… mereka cadang nak ambil seorang lagi officer IT dan seorang programmer… aku…. terfikir juga kenapa perlukan sampai 2 orang officer IT…? macam mana nak divide tugas..? hishh.. pening aku dibuatnya.. tapi yg pastinya ex-3rd boss aku akan tamat kontraknya hujung tahun ini.. adoii.. cemana pun aku kena cadang kepada big boss dan management agar kontrak dia disambung lagi.. tak payah la buang masa nak ambil officer IT lagi sebab yg dah ada ni pun dah orait.. cuma kerja lain je yg tak terbuat.. ISO tu pun aku yg handle sekarang ni walaupun berat hati aku nak handle.. so..? takde kerja yg besar dah… 4 orang team pun dah cukup.. kalau nak tambah lagi bagus tapi aku rasa unit IT cuma perlukan seorang lagi programmer… hishh.. macam² la dorang ni.. kok ye pun nak buat decision bincang la dulu dengan aku… boleh aku brief dulu kerja yg nak separate sebab sekarang ni pun aku sorang je yg tau flow tugas dan selok belok unit IT ni… kang esok lusa aku jugak yg kena.. ni yg payah ni.. iskkk.. iskkkkk… aku kalau boleh kalau ada 2 orang officer pun biar officer la buat kerja management.. sekarang ni pun aku jugak yg kena buat surat, conduct meeting, buat minit.. bukan kerja aku sebenarnya ni.. kerja aku lebih kepada support.. tapi… adooiii.. taktau la aku…. nak cakap apa lagi..?? biar betul…!! ada 2 officer IT… ringankah kerja aku..?? concentrate kah kerja aku..? motivasikah diri aku..?? harapnya ya kalau bebetul nak ambil.. tapi kalau setakat ada 2 officer IT pun suruh aku pi sana sini atau buat kerja management baik payah… buat naya kat aku je… dorang boleh buat kerja yg dorang suka.. yg tak suka pass kat aku… ini dah berlaku dah masa officer IT aku yg pertama dulu.. tapi sebab aku senior dia pass kat programmer baru sebab dia tau aku banyak kerja dan akan lawan kalau kena kacau… yg kedua ni ok la sikit sebab proaktif.. tapi bila tak tahan esok.. haaa… aku jugak la yg kena.. sekarang ni pun dah nampak bayangannya.. dia pun agak tension dengan fenomena kerja kat sini… nak buat cemana… sadis… iskk… kena sabar je laa… aku pun selalu diskas dengan officer IT dan geng IT ni.. tanya problem.. tanya status.. tanya perkembangan… biar diaorang share.. kalau tak share kang tension sensorang susah juga… sekurangnya aku join dorang untuk bercerita masalah.. aku pun boleh dapat info dan memberi info sama… kerja sebagai team ni kena ada persefahaman.. bukan sekadar tugas yg spesifik dan kepakaran saja… kena bantu membantu juga tu.. aku harap aku dapat tanamkan sikap ini di antara mereka.. walaupun kadangkala kelakar juga bila mereka mengadu yg sorang tu tak nak dengar cakap dia ni.. yg tu tak nak dengar cakap dia tu.. masing² ada angin la katakan… sabar…

aisehh… kerja dah datang ni.. heheheheheee…. chowz…

Selamat Hari Raya Aidil Fitri… 2005

Sampai juga aku ke ofis hari ini… aku teruskan rutin seperti biasa.. check emel… emel lain ada laaa… check backup takde proses… check sistem down… kenapa ye..? aku tanya staf yg guna pc.. dorang kata hari ni dorang tak guna sistem.. jadi tak payahlah aku upkan sistem tu… anyway isnin lepas vendor ada buat sesuatu pada sistem… ada upload script baru tapi masa tu sistem pun dah takleh pakai dah… aku dah pesan agar mereka upkan sistem kalau nak check… taktaulah kot dorang pun tak upkan sistem tu sampai hari ni… mmm… tapi takpe.. yg aku risau ni data backup… takde sebarang proses… aku contact dba vendor.. lepas guide dia dengan apa yg aku ada… dia kata proses tu memang tak jalan… so, lepas raya la nampaknya kena settle.. takpe laa… tanpa fikir panjang… aku down terus service, db, sistem, portal dan server.. kecuali webserver je… mmmm… lepas ni aku nak pi check semua pintu, tingkap, suis dan lampu… lepas tu boleh la aku balik.. nak pi service kereta dan isi minyak lagi… petang ni bolehlah rilek sambil fikir nak balik kg. kat Melaka terus ke atau tunggu esok..?? mmmmm…. cemana ye..?? aku kalau mak mertua aku call ajak aku konvoi malam ni… aku rasa memang kena ikut dah.. heheheee…. kalau tak esok lepas solat raya blur la aku satu family… tapi dengar cerita kak long dan kak ngah wife aku ada kat rumah masing²… mereka bertolak ke kg sebelum tengahari… kalau nak beraya pun rumah mereka dulu la jawabnya… ape pun semalam kak long dah pesan suruh breakfast kat rumah dia pagi raya tu… mmmmm… cemana ni..? blur… ape pun aku kalau balik Melaka esok balik hari je.. malam esok balik ke rumah semula… sebab lusa aku akan ke kg. abah aku di Kuala Kangsar, Perak… tengahari lepas Jumaat ada buat tahlil arwah untuk arwah atuk nenek dan bapa saudara… malam tu ada mesyuarat tabung keluarga… tulat.. balik ke KL semula… lepas tu balik ke Kelantan la pulak… hehehee… banyak benor travel nih.. iskk… duit raya tahun ni kena peruntukkan untuk 3 negeri… anak saudara n sepupu sepapat yg kecik² ada lebih kurang 100 orang… adoiii… warrrghhh..!!!! bestnya jadi bebudak… raya sakan la no…??

akhir kata dari aku… selamat menyambut Aidil Fitri… Selamat Hari Raya… Maaf Zahir dan Batin…
 

DEWA – Pangeran Cinta

Detik-detik berganti dengan detik
Menit pun silih berganti
Hari-hari pun terus berganti
Bulan-bulan juga terus berganti
Jaman-jaman pun terus berubah
Hidup ini juga pasti mati

Semua ini pasti akan musnah
Tetapi tidak cintaku padamu
Karena aku sang pangeran cinta

Malam malam diganti dengan pagi
Pagi pun jadi siang
Tahun-tahun pun berganti abad
Yang muda pun pasti menjadi tua
Musim-musim pun terus berganti
Hidup ini juga pasti mati

Tak akan ada yang abadi
Tak akan ada yang kekal….

DEWA – SATU

Aku ini… adalah dirimu
Cinta ini… adalah cintamu

Aku ini… adalah dirimu
Jiwa ini.. adalah jiwamu

Rindu ini… adalah rindumu
Darah ini… adalah darahmu

Tak… ada yang lain… selain dirimu
Yang selalu kupuja… wouwow…
Ku… sebut namamu…
Di setiap hembusan nafasku
Ku… sebut namamu…
Ku… sebut namamu…

Dengan tangan-Mu……aku menyentuh
Dengan kaki-Mu…aku berjalan
Dengan mata-Mu… aku memandang
Dengan telinga-Mu… aku mendengar
Dengan lidah-Mu… aku bicara
Dengan hati-Mu aku merasa…

Return top

ADI BLOG

Aku tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.