Deepavali & Hari Raya…
- October 31st, 2005
- Write comment
Semalam cuti… hari ini aku kerja… esok deepavali… lusa aku kerja… tulat hari raya… huh..! selang seli cuti dan kerja ni yg buat aku tensi tahap gaban ni… pedih mata dan blank rasa sebab rehat dan tidur tak menentu… cemana pun.. tahun ini aku tak raya sakan… sebab banyak travel…Â esok for sure aku berkurung dalam rumah… tak pun pegi citibank untuk bayar kad kredit.. risau jugak ni dah lebih sebulan tak berbayor.. iskk…
tapi yg paling menyedihkan… hari² bekerja aku makin sunyi… patutnya rasa lega tapi dah terbalik… mana taknya.. kalau tak kerana hari raya ni… hari² aku kena torcher kat kerja… sampai aku nak pi toilet pun susah… amende laaa… hari ni memang boring dan semakin boring.. aku taktau la hari rabu ni cemana… sekejap tadi senior staf aku datang menjengah… dia kata kalau hari rabu ni takde orang.. tengahari balik je laaa.. cuma dia minta aku check semua tingkap, aircond, suis, lampu dan sebagainya agar ditutup dan dikunci… lagipun petang rabu nanti aku nak kena down kan sistem, database dan server.. tu pasal aku standby.. kalau tak dah lama aku apply cuti dan duduk kat rumah je… tapi… boring laaa… nak berjalan pulak.. laaaagi boring… apa boleh buat… KL macam dilanda garuda la kalau datang musim raya ni… adehhh…!!
ape pun… rock…! sejak balik dari kg. aku di KB minggu lepas.. aku asyik dengar lagu Dewa je… dulu just dengar satu dua lagu.. sekarang ni aku dapatkan koleksi the best saja… copy mp3 dari pc adik aku… heheee… lagu² seperti Pangeran Cinta, Satu, Arjuna, Sayap-Sayap Patah, Mistikus Cinta, Pupus, Aku Kau dan Dia & Cintailah Cinta adalah menjadi pilihan… lagu² ini mempunyai lirik yg simbolik.. sekali didengari seolah² mengisarkan cinta kepada kekasih atau orang tersayang… tetapi kalau dihayati sedalamnya ianya adalah cinta kepada yang Esa… ada unsur dakwah di dalam mengetengahkan lagu² dari muzik rock n pop mereka… respect..!! aku teringat lagu dari M. Nasir dan tulisan oleh Loloq… memang ada maksud yang tersirat disebalik yg tersurat… teringat juga sebuah kumpulan rock suatu masa dulu.. lupa dah nama apa tapi vokalisnya dah jadi pendakwah sekarang… kalau ada sesiapa kenal mungkin biasa dengar nama Akil Abd. Khai.. pun sentiasa memperjuangkan dakwah dalam bentuk rock… cuma tak dapat sambutan je.. ye laa.. siapa nak rock macam dakwah ni masa dulu… semua nak rock bebas je… tapi aku rasa rugi… kalau dihayati lirik lagu mereka tu.. memang best.. buat kita berfikir dan termenung.. bukan senang nak buat orang jadi camtu… mmmm… sekarang ni kat Malaysia aku tak berapa pasti ada lagi atau tidak kumpulan yg perjuangkan lagu sebegini… ape pun kalau lagu tersebut dari tulisan Loloq… memang kena baca dan fahamkan betul² lirik yg ditulis… ada sesuatu.. yang aku perasan termasuk la lagu Aduh Saleha (Mawi), Kasih Latifah (Spider)… ada baiknya difahamkan liriknya tanpa lagu… sebab lagu ni kekadang mengaburi deria pendengar… kenapa begitu ya..?? biasa laa.. sebab tu nasyid suatu waktu dahulu tiada muzik… hanya nyanyian dan penghayatan saja untuk memberi mesej kepada pendengar… muzik kalau bertali, bertiup, berdesing… memang agak mengaburi.. dengan kata lain melalaikan pendengar dari mesej… fuhh…!! bahaya juga ye..? err.. sebab tu aku tak suka lagu yg berlirik.. aku suka yg instrumental… heheheee… memang nak bagi lentuk or melalaikan orang pun… hahahahaa..!! ape pun tujuan aku ialah untuk perkembangkan muzik dan meluahkan minda aku sendiri… kekadang risau juga kalau nak produce dengan betul² ni… tengok je la link lagu yg aku dah record tu.. entah bila nak mix dengan drum, bass dan efek taktau laa… tapi lagu² lain yg berbayar memang takde masalah la nak siapkan… tak siap naya wooo… so… nak buat tak buat ni susah nak start… kalau nak kata masa free.. masa senang.. tidak dapat dipastikan… ada je perkara lain yg nak dibuat… adoii.. adakah ini menunjukkan aku tidak mempergunakan masa dengan baik..? Wallahu’alam…
errr… takpe laaa.. kena fikir lagi ni… malam² sebelum tidur kena fikir dan merenung jauh akan diri ini… semoga mendapat petunjuk dan hidayah yang sebenarnya… amin….
mmmmmm…. ni kalau aku dok berfikir lagi ni ada la panjang cerita lagi ni… kena break… lagipun aku nak check semua kerja² aku ni… seharusnya dibereskan pada hari ini juga… lusa standby… dan rock..!! apepun… petang ni aku nak pi service kereta… keluarkan duit sikit untuk travel… then balik rumah… yahooo…!!
ape laaa aku ni… asal balik rumah je yahooo..!! balik rumah je yahoooooo…!!! yahoooooooooo….!!!