Archive for September, 2005

Pilihanraya Kampus…

Hari ini.. pilihanraya kampus tempat aku berlangsung… mesti sure heboh punya… tapi aku berkesempatan untuk menjadi AJK teknikal sekali sahaja sepanjang aku berkhidmat di sini… itu pun tahun 2003 yang telah lepas… tahun 2004 aku tak join sebab aku hadiri kursus Solaris Admin 1… dan tahun ini sekali lagi aku miss.. sebab batuk… uhuk..!! uhukk..!!

pagi tadi.. sampai je kat opis.. aku send mail dan dokumen pada partner aku.. minta dia contact team smartcard untuk kes pelajar yang belum dapat kad lagi tu… petang aku nak report… taktau la apa cerita… kemudian… bila hampir jam 8 pagi… aku terfikir.. kalau aku bertugas dalam keadaan batuk dan sakit badan macam ni.. bisa lalok aku.. ataupun ganggu proses pengundian… tanpa lengah aku sms kat pengarah department IT… yang bertanggungjawab memastikan semua team IT kampus bertugas… bagitau aku batuk² dan tak sihat badan… syukurlah… dia kata ok… lega rasanya…

dalam dok lega.. kepala dan hati tak senang… banyak lagi perkara perlu dibuat… kebetulan.. ada kerja yg aku kena uruskan… jadi aku buat terus… kalau tunggu makin bertambah nanti… dan sangkaan ku betul… lepas je aku siapkan kerja yang ada.. dalam pukul 9 lebih staf unit smartcard call.. dia kata ada beberapa data dan gambar pelajar yg nak buat kad tu tiada… terpaksalah aku cari satu persatu… sepatutnya kerja ni dibuat oleh partner aku… tapi aku taktau mana dia pergi… so.. aku teruskan dulu… kalau tunggu… bertindan aku juga yang kena buat… mmmm…. lebih kurang sejam beres…

cemana pun.. aku bekerja dalam diam hari ni… aku kunci pintu dan tutup blinding.. aku tak nak diganggu.. dah la kesihatan aku masih belum pulih sepenuhnya… kalau diganggu makin sakit aku… jadi.. sepanjang aku buat kerja tu.. ada 4-5 orang dah dok try buka pintu aku.. termasuk ex-3rd boss… ada yang marah² bila aku ‘takde’… padahal aku dengar suara mereka kat luar tu.. huh..!! sabor je laaa… aaaahhhh..!! aku teruskan kerja aku… tak kira la emel dari student.. dari orang tak kenal.. abih aku layan… bukan ape… nak pastikan emel aku tak penuh… iskkk… telefon pun aku tak angkat dah sebab suara aku orang tak cam… 3-4 kali aku angkat… semua minta confirm yg aku yang bercakap…. atau ada yg kata sorry silap nombor.. ye laa.. suara agak garau sikit memandangkan kecederaan pada tekak akibat batuk… errr… batuk aku makin berkurangan jika dibandingkan dengan semalam… hishh…! punya la teruk… asal aku bercakap saja batuk… asal aku nak tarik nafas saja batuk… waduiiii… perut dah tegang.. dada pun dah sengal dok tahan… hari ni Alhamduillah…. lagipun hari ini aku puasa.. sebab nak pastikan tekak aku tak dilalui oleh apa saja benda… mungkin ini pun satu sebab yg buat tekak aku kurang gatal dan kekadang saja terbatuk… aku harap… minggu depan aku dah fresh… amin…

esok… aku cuti kerana nak bawa wife aku ke PD… dia ada bengkel di sana dari pagi sampai malam… mulanya dia nak drive sendiri dan bawa adik dia temankan.. tapi sejak kaki dia terseliuh tu.. aku pun tak bagi dia nak bawa kereta… tak mengapalah.. bukannya lama… malam tu terus balik… kalau nak bermalam di sana.. aku kena bawa Anis dan Aida… kesian dua beradik tu kena tinggal sampai malam.. hehehhh… cemanapun plan nak bermalam terpaksa diletak kat tepi memandangkan aku dan wife aku sama² tak sihat… naya wooo….

errr… apa cerita keputusan election kampus hari ni ye..?? mmmm… harap semuanya berjalan lancar…

Batuk.. kenapa engkau batuk..??

Subhanallah… betapa letih dan sakitnya aku hari ini… dengan dada yang dah tegang dan sengal akibat batuk… dan dengan urat kepala yang tegang juga akibat batuk… batuk..?? ya.. batuk… dalam pejabat… aku bersyukur juga sebab kerja aku hari ini tidak segedabak datangnya… student.. staf.. applicant.. takde sorang pun emel pada aku hari ini… kebetulan pula ex-3rd boss baru saja siapkan minit meeting yg dia dah edit.. jadi sepanjang pagi aku hanya uruskan photostat dan susun serta hantar kepada AJK… yang internal opis.. aku letak dalam pigeon hole.. yang internal kampus.. aku minta office boy tolong uruskan.. aku kepenatan.. nak jalan pun rasa tak selesa sebab bila aku batuk.. aku kena tunduk agar kepala aku tak sakit… beberapa staf yang nampak semua rasa kesian.. terima kasih…

bila aku rehat dalam bilik.. tiba² ibu aku telefon dari opis dia di KB… dia bertanya tentang mileage rumah aku ke Putrajaya… untuk claim kursus katanya.. kemudian bila kedengaran aku kebatukan.. ibuku tanya.. ‘tak beli jujub?’… aisehhh… cemana la aku boleh lupa yang jujub ni boleh bantu melegakan gatal tekak selain dari ubat batuk itu sendiri.. iskkk.. terima kasih untuk ibuku.. kerana ingatkan aku pasal ni… hehehee…

lepas aku sambung kerja yang patut… ex-3rd boss call lagi.. kali ni pasal rack server dan tape drive yg aku nak minta beli tu.. dia suruh aku bawa quotation dan bagi pada kerani kewangan yang selalunya takkan buat kalau peruntukan tiada… tapi aku taktau apa mimpi dia hari ni dia kata dia akan buat juga.. agaknya ex-3rd boss dah cerita keadaan yang dihadapi oleh department akibat terlalu ikut prosidur yang melambatkan itu… aku dah cakap dulu.. aku memang seorang yg mengikut prosidur.. dan kalau nak langgar prosidur.. bukan aku orangnya.. orang yang berkuasa saja yang boleh.. dan bila ini berlaku.. aku bagi la info yang berkaitan… kalau nak harap aku buat.. aku rasa tahun depan belum sampai lagi rack tu…

bila tengahari.. aku call wife aku.. nak ajak dia pi makan dan beli jujub.. wife aku masa tu dalam dewan besar.. gamat kedengaran.. rupanya hari ni Mawi datang bagi talk pasal belia… dan nyanyi satu dua lagu… patutlah opis aku lengang je.. rupanya semua pi sana… wife aku kata dari staf, lecturer, student, penduduk sekitar sini, sekolah, tadika pun abih semua pulun datang semata² nak tengok Mawi ni.. fuuhhh… syukurlah.. rezeki dia dah ditakdirkan… cemanapun aku respect wife aku.. walaupun dia dan geng dia yang uruskan kedatangan Mawi tu lepak sama².. tapi bila aku call.. dia terus datang opis aku.. walaupun pada masa tu dia rasa agak segan sebab masa aku call dia dok depan dengan jemputan khas.. lepas tu dapat call aku terus keluar.. orang pandang semacam je.. heheheee… baguslah begitu.. Suami tetap no. 1.. so.. aku belanja wife aku kat kompleks PKNS.. balik tu beli sedikit kurma dan pakaian untuk anak² dan isteri… lepas drop wife aku kat opis dia.. aku ke kedai dulu beli jujub… kat PKNS tu takde jual la pulak… kemudian terus ke opis.. dalam opis.. aku check emel.. still tak banyak… ok laa… esok ada E-Undi untuk seluruh kampus.. aku rasa aku bertugas kat dewan besar sebab nama aku tiada dalam senarai kolej atau department tempat student mengundi.. tapi.. taktau la boleh attend ke tak kalau kesihatan masih belum pulih… sekarang ni pun aku dah banyak rehat walaupun ada tugas yang kena lakukan apabila sesekali telefon berdering.. masa sibuk itu akan tiba juga nanti.. tunggu je laa… ehh.. jangan… err.. apepun aku rasa tugas aku hari ni clear jugaklah macam biasa… cemana pun jua masalah sistem ada satu saja… ada data yang salah dalam database.. data yang autoexist masa proses migration 1000 tahun dulu… hehehehh… maksud aku masa buat migration process tahun 2003/2004 dulu… so.. ralatnya ialah ada dua list sponsor untuk sorang student ni… satu dari gomen negara dia.. satu lagi blank… mana datang taktau laa… jadi yang ni aku kena clean guna SQL.. dalam sistem takleh clean sebab modul tu takde.. adehhh…!! hati² dong… salah kalu.. abis data student dan rekod kewangan… ape pun aku refer dulu dengan staf bahagian scholarship.. bila dia check lejer dan rekod memang ada data yg salah.. baru aku delete… mmm… selainnya.. kad matrik… aku kena minta partner aku check status kad matrik ni esok… hari ni aku takleh contact team smartcard… agaknya dorang pun busy kot dengan sistem E-Undi… risaunya aku… betapa susahnya kalau kerja yang kita tanggung ni takleh dibuat sendiri… team smartcard ni pun satu.. asal aku emel je.. bukan reti nak balas samada tengah buat ke..? dah siap ke..? dorang diam gitu jekkk… hishhh..!!! letih aku..!!

ada satu berita baik.. 10 oktober 2005 nanti.. dalam bulan Puasa.. aku dapat tawaran untuk hadiri Crash Course SQL… 4 hari.. fuuhh…!! lega.. semoga dapat memperkemaskan knowledge aku dalam SQL… yang makin lama makin malap aku rasa.. iskkk…

Bismillah… wahai batuk.. cepatlah sembuh… amin…

Kerja dan Ubat…

Masih belum beres lagi kesihatanku…. tapi aku tak kira… aku bawa ubat ke pejabat.. hehehhh…

sesampainya aku ke opis.. baru saja aku melabuhkan diri atas kerusi… punch in… ada 2-3 orang staf level atas datang bilik aku.. dorang kata internet tak dapat… semalam ada blackout… ooooo… aku berfikir sejenak.. mungkin masalah pada switch dalam rack nun… memang kerap kali bermasalah kalau berlaku blackout… dalam pada aku nak settlekan switch tu.. datang pula 2-3 orang staf level bawah… dorang kata takleh access sistem… aikk..? level atas takleh internet.. level bawah takleh access sistem…? aku mulanya buat² pening sebab aku tau solutionnya.. tapi sebab aku tak berapa sihat lagi.. memang pening jugak aku dibuatnya… takleh nak fikir secara waras.. anyway aku suruh dorang semua lepak dulu kat tempat masing²… bila semua dah ok.. aku akan hubungi… dan… aku.. memulakan langkahku yang pertama… ke bilik aku dulu.. aku ping server sistem.. memang down… takde connection.. server db dan portal ok… fuhh…!! lega… aku lantas terus hubungi officer IT kat data center nun.. minta dorang check server aku kat sana.. kalau down minta upkan… lepas tu aku ke bilik switch.. dalam rack tu.. aku dah nampak.. switch atas ok.. switch bawah jem… lampu menyala tanpa terkebil²… aku off dulu switch bawah… kemudian dalam masa 30 saat aku on balik.. macam tu juga… aku off balik.. dan masa tu aku terfikir… kalau masa problem ni berlaku pada 4-5 bulan lepas tu dah beli switch baru buat spare atau guna… mungkin aku tak terperap kat bilik sempit ni… tapi tu laa.. bila dah ok.. kira settle… aku suruh beli baru.. staf yg jaga akaun tu suruh hold dulu.. adooiii.. bila aku teringat balik peristiwa ni.. aku bisa muntah keluar tali perut… memang aku angin tahap ubat gigi dahhh… aku terus ke bilik staf level atas… bagitau masalah ni mungkin lama sebab switch rosak.. semua staf kat situ macam nak nangis sebab dorang tengah banyak kerja nak dibuat sekarang ni.. nak print out offer letter dan check senarai applicant… ye laa.. aku nak buat cemano..? nak beli baru department takde peruntukan dah sekarang ni… sebab nak beli rack server dan tape drive backup pun kena apply kat department kewangan.. inikan pula nak beli switch… adoii.. kalau aku tau camni jadinya.. baik aku takyah susahkan diri buat budget IT setiap hujung tahun… belum sampai hujung tahun lagi budget dah abih…?? guna ke mana taktau laaa.. padahal aku dah estimate untuk server.. hardware… maintenance.. ke mana ya..?? di mana ya..?? takkan belum sampai 3/4 tahun dah pulangkan balik ke department kewangan..?? tak logik dan aritmethik laaaa…. lagi sekali panggil aku untuk buat budget tahun depan memang aku sound balik… huh..!! konon suruh buat lebih sikit dari budget sebenar… supaya emergency boleh ada lagi peruntukan.. ini dah kira emergency tahap takleh buat kerja pun takde jugak peruntukannya.. apahal..? hishhh..!!!

aku kemudian ke bilik semula… tetiba dapat call dari data center.. dorang dah upkan server sistem aku.. terima kasih… aku terus upkan sistem… kemudian call staf level bawah.. sistem dah up… yang ini beres.. yang level atas..?? tunggu dulu.. aku belum abih buang angin lagi… cemana pun.. aku bagitau officer dan staf aku… selagi switch tu tak berganti… alamatnya separuh dari staf level atas takleh buat kerja selamanya… tapi yg buat aku terkedu.. team development vendor pun menghadapi masalah yang sama.. addooiiii…. takleh laaa aku nak buat dono je.. aku nak buat dono bukan sebab tak nak bantu.. tapi aku frust… segala perancangan yang aku nak buat untuk department tak pernahnya dapat… semua yang department nak je yg aku kena buat… kali ni kalau big boss tanya pun aku cakap macam biasa laaa… dulu dah cakap tapi takde tindakan dari staf yang sepatutnya… so… watataulooooo…

dalam pada itu.. aku terima call dari wife aku.. dia terseliuh kaki kat Kolej Monash, Subang Jaya… kaki dia termasuk dalam jalan berlubang sebab nak rush pergi conference kat sana.. nasib baik yang kena tu kaki kiri.. boleh lagi bawa kereta (gear auto)… aku tanya boleh drive ke..? dia kata boleh.. cuma dia nak datang opis aku untuk hantar dia pi urut dan klinik.. aku no problem… tapi tu laaa.. jauh lagi dia kat sana nun berbanding dengan opis aku… so aku tunggu je laaa… tapi rupanya dia sempat pi klinik dulu.. lepas bandage baru datang opis aku… masa tu jam hampir pukul 12 tengahari… aku cadang nak hantar dia balik.. suruh rehat kat rumah… tapi dia kata dia ada kelas petang ni pukul 4.. so.. nak stay kat opis… aku pun hantar dia laaa.. sambil dalam hati aku rasa macam tak caya je boleh suffer.. hehehhh… ape pun harap dia boleh lakukan… dan aku pula.. terus pergi affin bank dan maybank… bayar kad kredit dan duit rumah… lepas tu singgah KFC.. aku beli 3 bijik fillet… tak nak makan nasi hari ni… eksyen la kononnya tu… alaa.. lagipun tekak tengah sakit dan batuk² ni.. aku kurang selera nak makan nasi.. lauk pun sure berminyak dan bergoreng.. tu yang aku cuba elak tu.. lepas beli burger tu.. baru aku terfikir fillet ni pun bergoreng jugak.. adehhh.. alaa… janji sedap… aku terus drive ke opis… kat opis.. aku makan antibiotik dulu.. 5 minit lepas tu baru aku makan 2 bijik fillet… 10 minit kemudian.. baru aku makan buat sakit kepala.. pontalon.. doktor dah tau dah ubat sakit kepala aku ni.. hehehh… lepas tu aku sambung kerja… staf level atas datang lagi bilik aku.. alahai.. kesiannya mereka tu.. aku suruh sabar… aku sedang usahakan sesuatu.. dalam kebuntuan tu.. aku nak usaha cemana lagi..?? aku try contact 2-3 member dari department lain.. semua takde switch spare.. kemudian aku ke bilik development.. aku cerita kat SA vendor pasal switch yang rosak.. sedang tunggu switch baru (yang takkan tiba..).. tetiba tiba juga… SA vendor offer pinjamkan switch bilik development tu.. dah lama tak pakai katanya… aku lega juga sebab mana nak cari dalam masa terdekat ni… aku lantas contact technician aku.. suruh dia pasang kat bilik switch dan sambung semua utp kabel yang ada.. aku terus ke bilik dan sambung kerja… sambil berharap agar semuanya berjalan lancar hari ini…

dalam lebih kurang pukul 3 wife aku call.. dia kata kaki dia dah sakit dah… makin sakit sampai dia nak jalan pun takleh berdingkit.. kena satu kaki saja… atau lompat ‘dekcok’… kata orang kelantan… aku masa tu tanpa disedari terus terketawa… hahahahaaa..!!! memang aku dah agak dah.. kalau terseliuh macam tu.. dalam masa 5-6 jam atau 12 jam.. kesakitan akan bertambah apabila makin bengkak dan berdenyut… ape pun.. petang ni aku akan bawa wife aku untuk pergi berurut dengan bapa dia… best juga pak mertua sendiri tukang urut… senang dan mudah gitu… tak perlu beratur atau menunggu… syukur… ini semua adalah anugerah Allah S.W.T…

menjelang petang.. aku teringat akan kursus PTK untuk staf yang dah confirm… yang ni pun aku tanpa lengah lagi aku terus download borangnya dan isi dua salinan… beres… terus bagi pada PA big boss… minta big boss sahkan dan terus hantar ke bahagian human resource… harapnya dapat hadir kursus ni dalam tahun ini.. kalau lulus.. insyaAllah ada benefit… amin…. lepas settle ni.. aku terus telan ubat batuk… kasi asap sikit tekak.. fuuhhh… doktor bagi ubat yang sederhana power… cemana pun cukup kuat untuk buat aku pening…. mengantuk…

kemudian aku teringat akan network kat level atas ni… setelah bertanya technician aku tentang switch yang vendor bagi pinjam tu… dia kata tak jalan… dah puas godek dah dengan vendor dan seorang lagi partner aku… tak jalan juga.. aku try tengok… cucuk sana.. cucuk sini kat switch tu.. memang tak function.. apa yang aku dapat.. limited connection… mmmmmmm…. apa nak buat..?? aku suruh partner aku dan technician tu fikir cemana nak solve.. hehehehehhhh… aku dah agak weng sikit sebab baru je lepas makan ubat batuk… aku kena rehat dan bersandar untuk 5-10 minit… kalau tak.. sure aku merapu… hehehe… ape pun… final touch.. aku contact big boss.. tanya pendapat dia… mmmmm…

Terlepas tugas konvo…

Keadaan aku hari ini masih belum sembuh… minggu lepas aku jumpa doktor… memang tonsil aku bengkak… dan hari Jumaat lepas.. aku dah start demam… adoii.. tak tahan betul.. demam.. sakit kepala… sakit tekak.. sengal² seluruh badan… memang aku tak dapat nak tahan.. sehari suntuk dari awal pagi selepas makan ubat.. aku berbungkus dengan selimut saja.. sampai ke petang… malamnya baru la aku boleh bangun dan mundar mandir dalam rumah… memang patut pun aku dapat mc hari tu.. kalau tak memang naya aku…

Hari sabtu… demam dah hilang.. tapi sakit kepala dan badan masih terasa.. aku dah contact officer aku.. bagitau aku takleh bertugas untuk konvo… dan bukan untuk hari Sabtu saja.. sampai Ahad… dan mungkin Isnin… aku kena recover bebetul.. petang.. wife aku ajak pergi The Mines.. aku sebenarnya tak larat… tapi dia ajak juga temankan beli handphone.. sebab handphone dia yg jenis flip tu dah patah dikerjakan oleh anak sulung aku secara tak sengaja… so.. sekarang memang tak boleh guna dah.. lagipun hari Ahad (semalam) wife aku akan ke Sabah.. aku gagahkan diri juga laaa… kat The Mines.. aku tak lakukan sepertimana biasa.. buat survey dulu atau pi tanya semua kedai… aku dan wife naik je escalator tu.. ada satu group kedai telefon bimbit.. terus aku pi tengok… dan kali ni.. wife aku nak beli Nokia.. hehehehh… sepanjang hidup aku dan dia dalam dunia handphone ni tak pernah pun beli Nokia.. atas alasan yang tak dapat nak dijelaskan.. pada aku.. motorola tetap menjadi pilihan sebab model dia macho dan nampak teknikal.. tapi wife aku lebih suka design yg feminin.. dah 3-4 jenis dah dia guna handphone.. tak pernah ada Nokia.. so hari tu entah apa mimpi aku dan dia.. Nokia jadi pilihan.. memang la orang ramai tak berapa confident dengan product Nokia sebab banyak klon atau underwater.. hishh.. kalau asyik fikir begitu aku memang takkan beli lagi la jawabnya… cemana pun aku dah pesan kat wife aku.. beli yg murah je.. asal boleh call dan sms cukup laa.. so dia budget handphone bawah RM400 je… belek punya belek ada la yg berkenan.. Nokia 1600… dari harga RM380 dapatlah dia tawar menawar jadi RM340… kemudian entah apa mimpi dia lagi.. dia belikan satu untuk aku.. alahai… aku rasa segan juga mulanya dan rasa macam nak hold dulu.. tapi sebab dah ada kat kedai tu.. tambah lagi handphone aku yg sedang digunakan sekarang ni dah banyak masalah.. so aku terima sebagai satu penghargaan.. terima kasih untuk isteriku… aku tau dia belanja sebab aku ni jarang nak beli gadjet baru selagi gadjet yang sedia ada tak rosak… hehehehhh… tapi aku ambil model lain.. Nokia 2600.. jadik laa.. harga boleh kurang lagi tu… tolak campur kaw tim semua… banyak juga dapat diskaun.. total RM620… nampak sangat harga yg kedai tu display takleh pakai.. memang dah tolak seratus lebih dah.. mmmm… entahnya boleh dapat dalam RM300 sebiji… tapi takpe laaa.. dah rezeki nak pakai Nokia.. terima je laa kenyataan itu… dan pada malam tu juga.. aku berbungkus dengan selimut sambil dok godek Nokia baru.. hehehheeee… ok la jugak… function lebih soft dan terbuka dari motorola… alahai motorola.. sori laaa… hubungan kita dah berakhir nampaknya.. iskkk… aku dah simpan handphone motorola aku untuk backup… jangan mare…

Pagi Ahad… aku hantar wife aku ke KLIA.. dia ke Sabah untuk kelas PJJ yg diuruskan oleh student sana… tapi dia pergi balik hari saja… pergi pagi.. malam balik… dan kali ni aku ikut plan wife aku yg dapat nasihat dari driver office dia… dia suruh drop dia kat KLIA Transit Putrajaya… masa aku beli tiket.. laa… rupanya dari Putrajaya ke KLIA cuma RM6.20..?? aku macam tak caya je.. hari tu aku balik dari KLIA ke Bandar Tasik Selatan dah RM16.00.. apesal jauh benar bezanya..? macam tak caya je… cemana pun… ok la juga dari hantar terus ke KLIA.. sebab aku pun masih kurang sihat nak drive jauh… cuma bila aku fikir.. kalau minyak kereta dan tol untuk ke KLIA tu dari rumah aku.. lepas tu parking lagi.. memang dalam lebih kurang RM30 lebih jugak… mmmmm… ini sudah datang idea baru ni… kalau macam ni.. lagi bagus naik tren.. letih la nak drive dan berkereta ni… tapi kalau dah ramai tu better naik kereta laa.. kalau setakat seorang dua naik tren saja dah memadai.. so.. malam tu.. masa aku jemput wife aku pun.. aku park kereta kat Putrajaya.. naik tren ke KLIA.. tunggu dia kat sana terus… senang.. tren pulak dari KLIA ke Putrajaya cuma 15 minit… dan ke rumah aku 15 minit.. jadik laaa… kalau dulu dekat sejam jugak tuh… mmmm.. lagipun dengan minyak naik sekarang ni.. boleh berjimat sikit… hehehhh… ok laa…

errr… berbalik kepada hari ini.. memang aku kurang sihat lagi.. sampai opis.. aku dah mula batuk² pulak.. adehh.. inilah satu²nya penyakit manusia yg paling aku takut sekali.. batuk.. yg kedua selesema yg sakit kepala tu.. yg ketiga….. errr… ntah laaa… tapi ape pun secara globalnya kalau tonsil sakit.. memang semua sekali aku akan kena… adooii.. jadi aku paling phobia dengan sakit tekak… cemana pun… aku memang tak boleh bertugas untuk konvo kali ini.. dan hari ini ialah hari terakhir untuk sidang ke dua… frust juga… kemungkinan besar konvo yang terakhir untuk aku… iskk… tahun depan mungkin aku akan cuti belajar… mmmm… ape pun… aku tak lama kat opis.. lepas aku hantar softcopy minit steering committee meeting minggu lepas pada ex-3rd boss untuk editing… aku terus pergi ke klinik semula.. sebab bekalan ubat aku dah habis… dan di sana.. aku minta tambah ubat sakit kepala dan ubat batuk selain dari antibiotik yg doktor suruh makan… hishhh… camni la ye.. bila umur dah makin meningkat ni.. rasa macam muda lagi… tapi dah tua dah… prestasi dan tenaga tak macam dulu dah.. lambat nak recover… hari ni pun aku bersyukur.. sebab kerja kat pejabat tak banyak macam biasa.. mungkin kerana konvo.. fuuhh… lega… dari pagi sampai petang.. kerja aku smooth… dan belah petang ni.. aku masih cool… cuma batuk ni.. alaaa.. bila nak hilang.. iskkk… bila batuk je.. sakit kepala mencengkam… ini lagi la buat aku tension… kekadang bila nak terbatuk je.. aku kena tekan kepala aku… supaya dia tak berkembang… entah laaa… sabar.. sakit ni adalah step untuk keluarkan antibodi.. supaya badan sentiasa aktif dan melalui proses recycle… aku kena tahan… minggu depan pula dah nak masuk Ramadhan… syukur Alhamdulillah… aku masih sempat melalui bulan yg penuh dengan rahmat dan cahaya… bulan yang sentiasa ditunggu² oleh umat Islam sedunia…

Ya Allah.. Aku bersyukur ke atas Nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku… Ampunilah segala dosa²ku.. amin…

Prosidur… aku follow prosidur…

Hari ni tonsil aku membengkak… aku nak telan air liur pun sakit.. apa lagi kalau nak bercakap.. tapi aku gagahkan diri juga ke opis.. badan dan makin nak panas… aku teruskan juga… dan… bila tiba di opis serta bersedia untuk meeting…

heeeiiiiisshhhhh…!! entah laaa… bila la aku akan tamatkan kesengsaraan ini… semua orang salahkan aku kalau proses tak bergerak… bagaimana dengan orang yg buat kerja tapi tak buat..?? aku dah buat kerja aku.. proposed, sediakan dokumen, quotation, submit, follow up… tapi bila top management tanya… aku bagi reason.. dah ada pulak management lain yg kata no problem.. kejap je.. senang je.. macam la aku ni tak buat kerja atau takde kerja lain… panas jugak la hati aku tadi… dah la aku buat report berdasarkan minit.. dah tu report aku dorang kata salah… bila aku refer minit yang asal.. memang betul pun camtu.. lagipun minit meeting masa tu bukan aku yg buat.. tapi project manager vendor yg no. 2 yg buat… aku dah panas dah tadi… sebab dorang pun tak bawak file minit masing² untuk aku tunjuk part yang dorang kata salah tetapi sebenarnya betul tu.. dan aku pulak yg kena pi photostat minit bulan yg lepas… tapi keadaan sejuk balik bila meeting diteruskan dengan pembetulan report aku.. pastu dorang semua concentrate agenda lain.. kalau dok bahas lagi pasal report aku for sure aku akan cakap dah status report dan minit tu.. baru nampak mana yang betul atau salah.. payah betul la keadaan macam ni.. frust aku sebab tak puas hati takleh nak cakap.. apa yg aku cakap kang ada je…. jeee…

dalam pada tu.. memang kelam kabut aku… nak kena photostat minit meeting yg lepas sebab ramai AJK tak bawak… pehtu technician vendor yg nak repair notebook officer aku pun datang.. dan dalam pada masa yang sama ada problem kat bilik meeting sebelah yg sedang berlangsung workshop writing thesis.. wireless mic tak function.. waduh… semua aku nak kena entertain jugak sebab bila cari technician aku… dia dah keluar pi dewan besar.. raptai konvo.. ni la akibatnya kalau staf teknikal kena buat semua kerja.. aku la jugak yg kena sebab dah takde orang lain lagi dah kat sini… cemana pun atas kuasa ajaib dari Allah S.W.T…. berjalan lancar… aku kena bersyukur.. sejuk sikit hati… sebab pertolongan itu datang juga akhirnya… apa yang aku petik.. cuit.. tekan.. semua jadi… so.. jimatlah masa aku… kat bilik meeting.. lepas aku photostat minit tu dan tengah edarkan… macam machine gun… tum tam dum dam AJK bertanya… aku lom duduk lagi dah nak kena explain… big boss tetiba minta senyap sekejap.. tunggu hingga aku duduk dulu baru aku cakap… jadi masa aku cakap.. ada juga yg kondem… tak kisahlah aku… cuma macam la aku ni kerja buat minit dan report je kat sini… kena fikir la juga banyak kerja aku yang lain… kalau aku merapu kang… lagi semua tak paham… aku cemana pun senyum tawar je laa… cool…

lebih kurang sejam lepas tu… aku taktau dah apa yang dorang bincang… aku angguk je.. hanya catit apa yg aku paham saja… ada juga la isu panas yang hampir meloloskan ikatan antara vendor dan management aku.. tapi aku anggap itu sebagai satu taktik… cuma officer IT aku je yg panik.. dia cepat² explain keperluan dan pembangunan sistem masih perlu diteruskan… aku diam je.. tapi kalau meeting tadi makin panas mungkin aku sendiri pun akan cakap… tapi aku cakap part aku je… yg lain aku takkan sentuh dah… sebab aku faham sangat keadaan macam ni tak menjamin proses yang baik… takpe laa.. biar masa menentukan… aku kena tahan sehingga ke titisan darah yang terakhir… kalau berdarah laaaa… kalau tak.. sampai hembusan nafas yang terakhir… aku tau.. penderitaan ini akan tamat juga akhirnya… tapi taktau dalam bentuk apa… yg aku terkejut.. top AJK meeting aku dah mula panas dengan project manager vendor… adoiii… memang bahaya… dan akhirnya.. aku taktau apa kesudahan sebab sebelum meeting tu tamat.. aku dipanggil oleh technician notebook tu untuk settle beberapa perkara… bila aku kembali ke bilik meeting.. 2 orang top AJK meeting dah keluar… aku lihat chairman dan ex-3rd boss mengeluh sesuatu… aku pula.. pandang officer IT aku… dia pun macam blur dan vendor… hanya borak² dengan geng masing²…

dalam pada habis meeting tu… sedang aku kemaskan file dan dokumen… ex-3rd boss ada tanya aku dan minta aku cepatkan urusan masukkan server tu ke data center sebab banyak urusan tergendala katanya… chairman pun macam push aku… aku dah tak tahan dah.. semua orang nak cepat… student nak cepat… department tu nak cepat… orang itu ini nak cepat… masalahnya aku bukan Ketua atau Boss… aku kuli je… aku kena buat application.. kena uruskan surat.. borang.. hantar.. dapatkan kelulusan.. dah benda ni la yg buat lambat ni sebab kena tunggu… bukan aku boleh buat hantar terus dapat secara online atau masa nyata… aku memang cukup bengang dah… tolong la paham keadaan ini… aku cuma cakap prosidur… aku ikut prosidur… kalau aku kena tunggu.. aku tunggu.. kalau kerja yg aku boleh buat terus tu dan ianya adalah authority aku.. memang aku terus buat… aku takkan push orang lain sebab aku bukan boss.. kang bising pulak atau jadi cerita lain kalau aku push orang… walaupun keinginan tu ada nak buat camtu.. tapi tu laa.. siapa nak support aku kalau boss dari department lain query kat big boss aku yg aku push staf dorang..?? aku tak percaya pada sesiapa dalam hal ini… sebab aku tau.. aku di sini adalah untuk bekerja dan dikerjakan.. taktau laaa… ini apa yg aku rasa… hishhh..!!! errr.. lagipun yang sebenarnya… tiada sesiapa pun yang menyalahkan aku dalam meeting ini.. terutama dari segi ungkapan atau percakapan… aku saje je rasa macam tu.. tapi.. aku rasa dorang salahkan aku dalam hati… sebab.. aku tau… dan aku tauuuu….

apepun.. bila aku dah tulih ni… rasa lega tu ada la jugak.. takde la aku akan bawa perkara ni jauh ke benak minda di bawah sedar aku… takpe… 3-ex-3rd boss pun baru tadi jumpa aku… dia explain keadaan meeting tadi dan frust dengan beberapa keputusan… aku sekarang ni taktau dah.. nak support dan sokong siapa..? management aku..? department kewangan yg keluarkan budget..? vendor..? atau officer yg menjalankan tugas bagi mendapatkan output yg bagus…??? siapa..?? aku bagaimana..?? mmmmmmm…. macam tu jugak laaa… ape pun.. solution aku yg pertama ialah.. siapkan balik pembetulan report dan minit meeting yg terbaru tadi… esok aku akan keluarkan surat bagi meeting yg seterusnya pada minggu pertama Ramadhan… insyaAllah…

Ya Allah… berikan aku semangat untuk hadapi dugaan ini… kekalkan imanku… aku pun sekarang ni masih lagi mengalami rasa sakit pada tekak.. tonsil dan bengkak… petang ni aku nak pi klinik… antibiotik la apa lagi.. esok taktau la boleh pi opis atau tidak… biasanya kalau tonsil aku bengkak.. lepas ni sure demam sehari dua… aisehhh…

———————————————————————————-

8.00 malam…

aku masih belum pulang ke rumah lagi… sebab nak balik jem… wife aku pula ada kelas malam ni.. so aku rehat kat bilik dia je..  petang tadi balik dari opis.. aku singgah ke klinik panel… bagitau masalah tonsil dan badan seram sejuk macam nak demam… doktor kasi 4 jenis ubat.. antibiotik… ubat sakit tekak… ubat bengkak dan ubat demam… ok laaa… tapi itu tak penting… yg penting.. aku dapat mc untuk esok… hehehehh… syukur… doktor yg bagi tu.. aku belum minta lagi tu… agaknya dia pun tau keadaan suhu badan aku ni akan makin panas dan badan aku akan kelesuan selama sehari dua… ok laaaa…. dan yg pastinya esok aku tak attend meeting untuk finalize jadual bertugas konvo.. baru je petang tadi big boss arahkan aku untuk ambil gambar student siswazah dengan pos yang lebih menarik untuk brosur dan iklan.. dia nak gambar student happy… seronok.. puas hati… mmmm… tapi.. apekan daya… aku tak pasti samada dapat bertugas atau tidak pada sabtu nanti… takpe laaa… cemana pun aku akan contact officer aku esok untuk lantik orang lain… partner aku… kalau aku datang… aku replace je laa… kalau tak datang… memang tak laaa…

adoiiii.. badan makin lemah dah… lepas solat isyak ni aku nak makan ubat… then baring la kejap kat sini… sejam dah ok untuk recover kepenatan mata dan urat saraf… balik rumah nanti terus tidur dengan rock… adehhh..!!!

Rutin dan fenomena…

Hari ni dah masuk hari ke 3 aku berada kat opis dengan imej baru… tu pun masih ada staf yang gelak bila tengok wajah aku dengan rambut baru… dorang kata nasib baik aku tak pakai cermin mata frame tebal tu… kalau tak dah nampak macam nerd… hishh..!! aku masih rock laaaa…!!!!

sampai je kat opis.. aku check pigeon hole.. ada 2 surat dan salinan surat yg aku terima dari bahagian akademik… perlantikan menjadi ajk teknikal untuk pilihanraya kampus yang akan diadakan pada minggu depan… aisehhh… kalau dah ada salinan ke tnc… apa aku nak buat..?? masuk rekod ni kerana membantu kampus… aku start jadi ajk ni pada tahun 2003… tahun 2004 aku berkursus.. so tahun ni kena incharge lagi.. macam biasa laa.. check pc dalam dewan tu berfungsi dari segi capaian sistem dan rangkaian… sambil tu kena guide student… no problem punya task… insyaAllah aku akan bantu team IT kampus..

pagi ini juga.. masa aku check mail.. staf yg contact aku untuk dapatkan report tu contact lagi… adoii.. aku ingat report yg aku bagi semalam dah ok.. tapi still tak lengkap.. so hari ni aku terus godek data tu… bila dah settle… satu lagi tugas rutin aku yg tak pernah aku dapat lari.. hehehh… department kewangan dah contact dah.. minta data pelajar dan kod untuk charging… adoii.. ini lagi satu hal.. aku ingat trigger database tu dah jalan dalam temp table pelajar.. rupanya belum lagi… bila aku check trigger… script untuk ke temp table tu masih takde… aku terus jumpa SA vendor.. dia kata dia belum buat sebab nak tunggu team department kewangan tu bagi green light… adoooooiiii… nak green light ape lagi laaa… aku terus contact balik department kewangan punya team.. tak berangkat la pulak telefon… tapi dalam pada tu.. member aku dari team IT yang buat integration antara sistem department aku dan department kewangan tu call… dia minta kod yg department aku guna untuk bahagikan kategori pengajian pelajar… dia tu pun tengah pening dengan keadaan yg berlaku ni.. nak charge dan integrate tapi data takde… uihhh…. aku kata sebelum ni dah suggest dah pada vendor department kewangan tapi dorang taknak dengar.. tak nak ubah pun struktur sistem dorang… pehtu cemana..? integration tak menjadi la tu… ape pun aku bagi je dulu kod tu kat member aku tu.. mana la tau kot dia boleh buat sesuatu… haiihhh… entahlah… aku tak tau la bila integration antara sistem department aku dan department kewangan ni akan berhasil sepenuhnya… asal awal semester atau  hujung semester je… mula la kelam kabut.. sebab banyak langkah manual kena lakukan bagi menyokong proses auto yang tak berauto tu… sabarrrrr….

pada petang… aku cuma habiskan mana² report yang diperlukan oleh staf deparment aku dan department lain… tetiba setiausaha 2nd boss aku datang… dia bawa dokumentasi UAT yg sepatutnya ditandangani oleh 2nd boss aku… opss.. baru aku teringat… SA vendor ada remind aku pasal UAT salah satu modul yang dah siap…. dia ada bagi kat aku awal minggu ni untuk check dan sign.. tapi aku tak sempat nak sentuh.. apepun aku dah bagi pada officer IT.. minta dia check dan sign… aku taktau la bila akan siap.. sepatutnya dimasukkan sekali dalam dokumen UAT tu.. tapi takde.. hehehhh… rupanya SA vendor tu sebenarnya dah bagi dah dokumentasi UAT tu pada 2nd boss aku untuk tandantangan… tapi tu laaa…. 2nd boss aku tak mau tandatangan.. dia minta ex-3rd boss aku pula yg sign.. adoiii… esok la jawabnya.. sebelum meeting atau dalam meeting aku akan bawa dokumen ni… ex-3rd boss aku cuti hari ni… apa boleh buat… mmm….

well… preparation untuk steering committee meeting esok telah pun aku sediakan… harap semuanya berjalan lancar… aku tak banyak sediakan dokumen.. sebab dah lali dan tak larat dah… aku cuma buat listing modul je.. lagipun isu yg nak bincang esok ialah pasal penambahan dan naik taraf sistem serta kursus² support… selainnya taktau laaa… so..?? tunggu je la keputusannya nanti… heheheee…

Meeeeeeeeeeeeeeeeting…

Meeting lagi la hari ni… so.. aku join meeting dengan bawa notebook… bukan apa.. kalau ada isu yang tak berkait… boleh aku buat kerja aku dulu… seperti sediakala laaa… tapi hari ini punya meeting berkaitan dengan projek sistem… isu upgrade dan CRF… aku kena concentrate juga sebab akan dibentangkan dalam steering committee meeting 2 hari lagi.. adoii.. macam² hal yang dibangkitkan hari ni… aku sendiri pun tak betul kepala… ada la isu panas.. sejuk.. suam.. cemana pun.. pening aku dibuatnya… kesian juga pada ex-3rd boss yang jadi chairman… dua kali pening.. ini sebab ada modul yang disangka dah berfungsi masih belum berfungsi… operasi dah jalan tapi fungsinya masih belum menepati citarasa keselamatan dan keutuhan… aku taktau nak kata apa dah… hari tu kira dah macam ok je… tapi bila project manager vendor hightlight perkara ni… SA vendor sendiri pun tak pasti… waduss… panjang cerita la jadiknya… takpe.. takpe… perkara ni perlu diskas lagi… dan lagi…

dalam dok diskas tu… isu security kembali hangat… jadi ex-3rd boss minta aku sambung lagi petang ni bersama SA vendor untuk dapatkan updated… project manager vendor sokong meeting ni.. so aku dan SA vendor dan officer IT aku pun kena sit down balik dan diskas… aku sebenarnya dah sediakan role.. tapi fungsi antara modul tu saja yang belum direkabentuk dengan baik.. contohnya satu id yang punya role staf.. dia boleh masuk ke modul yang dipunyai oleh staf jabatan lain… jadi aku dah proposed suatu masa dulu hanya staf department itu saja yang boleh view atau edit data dalam department dia… kalau macam sekarang ni memang tak secure sebab staf department lain pun boleh view dan edit data department lain.. pehtu guano..?? cemana pun project manager vendor dah aware perkara ni… syukurlah… dia pun akan bantu aku dan akan guide staf dorang untuk urusan ni… bila meeting ni tamat pada tengahari… aku dan SA vendor diskas lagi… dan dah nampak satu solution yang mungkin berguna… sekurangnya tak usik modul lain atau kena create modul baru… gunakan interface yang ada.. cuma tambah je.. diskas punya diskas… dah ada solution… tapi sebelum tersenyum dengan solution ni… aku dan SA vendor pi lunch dulu… kali ni aku ikut je dia makan.. nak tau mana aku pergi..?? nun… kat cafe dekat masjid UNITEN… restoran Asam Pedas Melaka… fulamak… kuah asam pedas kat situ memang kaw… pekat dan pedas… aku ambil ikan pari je… heheehhh… alamak.. cite pasal makan la pulak…

balik opis… solat zohor dulu… then aku dan SA vendor pun masuk balik bilik meeting tu.. baru je nak start mukaddimah solution security tadi… ex-3rd boss datang balik.. hehehahaaa..!! so.. meeting security dah bertukar menjadi meeting problem sistem… kali ni pasal kod program dan kod program… dua kod yang dari dulu sampai sekarang tak settle² lagik… adooii… ini department kewangan punya vendor la ni… aku dari dulu dah suggest.. suruh vendor dorang tambah je sikit field atau create field baru untuk simpan kod department aku… tapi tak buat juga… payah tul laaa… sekarang ni baru aku sedar rupanya kod program ni masih belum settle… team department kewangan masih lagi buat secara manual.. mana integration..? mana automatik..? mana janjimu..?? mana..??

aku rasa meeting ni akan berlarutan hingga ke masa tambahan… aku risau kot aku dan SA vendor tadi hilang idea dan cadangan yang nak didokumenkan mengenai security tadi… aisehhh.. rilekkkk… rilekkkkkkk… aku akan perhatikan dulu meeting ni cemana… kalau masih ada petanda akan berterusan… kena la aku KIV dulu… banyak lagi laporan dan dokumen aku kena sediakan untuk meeting steering committee nanti.. iskkk… buat je laaaaa….

so… kesimpulannya… selepas meeting tadi… solution yang ada ialah create entiti dan juga kategori bagi user… mmmmmm…. akan diusulkan… dan diuruskan… mmmmmmm…

Meeeeeeeeeting… Meeeehun…

Tepunya hari ni… aku pula berwajah baru.. sabtu lepas aku pi gunting rambut… dah pendek macam budak sekolah… so.. hari ni aku disambut dengan hilai ketawa staf dan pegawai yang selama ini melihat aku dengan imej rock… tetiba dah jadi skema… seperti biasa.. sepanjang meeting pun aku kena kutukan pujian habis²an oleh big boss.. 2nd boss dan officer… takpe.. takpe… cemana pun aku memang tak suka dengan imej aku sekarang… biasanya kalau tak berambut panjang ala don juan atau rockers.. aku akan buat alaaa skin head… tapi bila rambut pendek sikat belah tepi ni… macam zaman sekolah la pulak… adoiii rambut..!! cepat la ko panjang… warrghhh…!!!

so… pagi meeting ISO… big boss buat semakan semula dokumen dan manual yang dah bincang masa audit hari tu.. rupanya ada banyak lagi yg nak diperbetulkan… ada yang auditor tak concentrate terutama dari segi terminologi dan prosidur.. ye lah.. kalau dia bebetul nak check semua.. aku rasa petang tu pun lom tentu habis.. sebab department aku ni terlalu banyak prosidur… lagipun.. team ISO termasuk pegawai semua kena sit down dan sama² concentrate dalam hal ini.. kesian juga pada big boss… aku nampak dia still tak puas hati.. tapi bagus la camni.. bukan bermakna bila audit dah luluskan kecukupan bahan ni… semua orang boleh bertepuk dada.. ada banyak lagi backup proses yang perlu dibuat.. insyaAllah.. kalau macam ni gaya check up… aku rasa start semester baru nanti.. department aku boleh lakukan yang terbaik… cuma yg mungkin agak sedih.. 2nd boss aku yang selama ini menjadi chairman project… management representative (ISO) akan bertukar ke kampus lain pula.. adoii.. ini cabaran besar buat big boss dan semua officer termasuk aku sekali… department aku juga akan kehilangan aku juga sebab aku plan… tahun depan.. kemasukan pertama semester aku nak sambung belajar dah.. insyaAllah… aku pun rasa dah banyak yang aku bantu untuk department aku dan department lain… sekarang aku kena tumpukan pada masa depan aku pula.. mencari sekeping kertas yang punya harga diri.. yang boleh membantu aku naik dan naik lagi ke peringkat yang lebih baik.. amin…

taktau la apa mimpi caterer meeting aku hari ni.. buat pertama kalinya hati kecil aku menyokong lidahku yang mengatakan sedap pulak mee hun pagi ni.. tak pernah aku makan mee hun yang caterer buat sedap camni.. hehehhh… officer² aku gelak je bila aku cakap kat meeting.. tapi memang sedap pun.. ada telur, sotong & ayam… agaknya caterer tu pakai sos tiram… selalunya sos tomato… heheheeee…

cemana pun… pagi tu sebelum meeting… technician aku datang jumpa.. bawa notebook salah seorang officer yang takleh detect network… Lan & Wireless takleh detect dan reinstall… apesal pulakkkk… aku suruh technician tu tinggal kat aku.. aku try la godek.. apesal ntah.. aku try auto dan manual install takleh.. then aku delete hardware.. detect balik.. ada pulak.. tapi takleh install driver je.. pening aku dibuatnya.. bila meeting start.. aku bawa sekali notebook tu.. tengah dorang dok buat editing prosidur.. aku curi masa sikit untuk betulkan mende alah ni.. takleh jugak.. sampai la ke tengahari.. lastly.. aku install semua jenis driver wireless dan Lan yang ada dalam CD tu.. dari 5 hardware yang detected.. 3 saja yang dah complete.. 2 lagi tak dapat jugak.. aku test Lan.. boleh… tapi setiap kali nak guna kena create new connection… bila aku unplugged dan plugged balik.. dah tak detect dah.. leceh… wireless pulak.. memang takleh detect dan takkan detect laaa.. sebab officer aku baru je cakap AP aku kena sambar petir minggu lepas.. shock..! adooiii… buat penat je aku godek wireless tadi.. tapi ape pun.. aku still tak puas hati pasal Lan tu camtu… ape lagi.. call je member aku yg jual tu.. dia kata esok pagi dia hantar staf dia datang check… ok….

petang… aku ingat meeting ISO akan disambung lagi.. rupanya ditangguhkan.. sebab big boss dan 2nd boss ada meeting lain… aku pulak.. bawa balik notebook tu ke bilik.. kemudian officer aku (tuan punya notebook) datang.. dia tanya status.. aku kata masih problem… tapi kalau dia nak pakai dulu boleh ambil dulu sebab esok ada staf member aku nak datang.. dia kata boleh juga.. sebelum dia blah.. dia terpandang aku tengah buat check saman kat www.rilek.com.my… aku punya saman clear.. bila check yang dia punya.. ada dua saman…. fuhhh… lega juga sebab lagi 3 hari saman akan habis offer… offer sekarang ni less 50% sempena merdeka… pastu ada kompaun lagi tu.. sikit je.. cemana pun dia dah tak sedap duduk dah.. dua tiga kali fikir dia kata nak bayar je la dulu guna kad kredit.. kang tak pasal² melepas masa tengah murah ni… kalau ikutkan saman tu dia kena caj ‘speeding’… RM300 setiap satu tapi lepas kompaun RM150… dan bila ada less ni cuma RM70 je… siapa tak nak bayar…?? malangnya.. link kad kredit tu memang buat hampeh… klik je.. dia kata perkhidmatan kad kredit tidak dapat berfungsi pada masa ini.. adoiii… frust gila officer aku tu… lastly dia tanya aku kat mana tempat dekat nak bayar..?? aku kata dekat Mines ada kaunter… mmmm…. baik bayar cepat sebelum melepas… heheheheee….

selepas peristiwa check saman itu.. aku buat hal sendiri.. godek sikit database untuk buat report… dan selainnya aku study pasal ‘crystal report’… mungkin tak lama lagi kena guna report ni.. lebih efisyen, reliable dan user friendly dari ‘discoverer’… mmmmm…

Apa ada pada hari ini..??

Pagi yang hening dan dingin… aku check emel… ada seseorang hantar video clip pompuan kena rasuk dek jin… lepas tu bomoh atau tuan guru tu psycho jin tu sampai masuk Islam.. peristiwa ni berlaku di Brunei… errr… aku pernah alami peristiwa macam ni suatu ketika dahulu… masa tengok orang berubat… jadi.. takde la rasa pelik sangat… cuma.. ‘suara’ di sebalik pompuan tu buat aku suspen juga.. hiiiishhhh…!! nak imbas kenangan lalu pun aku tak berani dah… cemana pun secara seriusnya… aku pernah mengalami kehidupan alam ghaib ni suatu waktu dahulu… beberapa jenis makhluk cam pontianak, langsuir, hantu raya, pelesit… pernah tengok dan merasainya.. ape taknya… kedua atuk aku belah ibu dan bapa adalah Pawang di Raja… banyak involve operasi mengusir makhluk halus yang buat khianat… so… tempiasnya kena kat aku.. mana tak tumpah kuah kalau tak ke nasi… dan aku kena bersyukur kerana terpilih untuk itu… setakat ini pun aku dapat hadapi jin atau makhluk yang mengacau family… cuma… aku tak pernah hadapi lagi jin atau makhluk yang masuk badan orang… kalau berlaku.. aku cuba je laaa… kerana walau apapun yang terjadi.. Allah S.W.T. lebih berkuasa dari segala²nya… jin ni makhluk yang susah nak di psycho lantaran kena janji dan jaga dia baru dia ikut… dah tu mentekedarah mak aaaiiii… tak sanggup nak cari apa yang mereka nak… dan yang pastinya… mungkin bukan sekarang.. sebab aku banyak lalai dan sibuk dengan keduniaan… mana la tau bila aku dah pencen esok ke..? insyaAllah…

lamunan aku terhenti bila dapat satu panggilan dari salah seorang dari officer… minta aku ambil gambar Bengkel Penulisan Tesis yang sedang berlangsung hari ini, minggu depan dan minggu depan²… nasib baik dia ingatkan.. aku memang tak ingat langsung walaupun aku yang buat iklan dalam web… tapi aku buat tak ingat je.. ingat tapi maleh nak turun bukak peti besi dan tulih itu ini  tandatangan kaki kat bla bla blaaaa… prosidur banyak sangat… cemana pun bila officer aku dah call ni.. aku pi ambil je laaa… selamba je.. pasang siap kat ruang peti besi tu.. terus naik ke bilik meeting… snap.. klik..!! klik..!! klikk..!! dah… bila aku keluar nak pi cari apa yang ada… big boss nampak aku.. dia tanya dah ambil gambar..? aku kata dah.. tapi gambar dia lom ada la dalam bengkel tu.. bila dia masuk.. lagi sekali aku snap.. phobia sebenarnya nak snap bila majlis berlangsung ni.. kang jadi macam majlis audit ISO hari tu.. dok klik.. snap.. klik.. tak sangka dah ganggu perhatian juruaudit dan officer… ganggu ka..?? entah laaa.. aku cuma rasa semacam je… dah abih snap tu.. aku terus upload dalam pc.. dan hantar balik kamera tu.. simpan.. lom sempat aku baring dalam bilik.. PA 2nd boss pulak call… dia hadapi masalah nak update data seorang pensyarah… bila aku check dalam sistem memang takleh nak update title dia.. rupanya dalam database… ID pensyarah tu ada dua… satu ID masa dia jadi Tutor.. satu lagi masa dia dah jadi pensyarah… so… aku kena delete salah satu supaya sistem ambil satu ID saja untuk urusan update.. settle… dalam pada itu… aku buat checking pada data konvo.. harapnya betul la… spelling error memang takde la sebab softcopy nama student tu aku dapat dari unit Rekod dan Peperiksaan… cuma letak tarikh, masa, tempat dan maklumat yang berkaitan saja… takde hal sangat… kemudian.. datang seorang student… alamak… aku dah gabra abih dah… student yang datang tempohari pasal kad matrik dia yang dah 3 bulan tak dapat tu.. aku dah masak dah rasanya masa tu.. sebab tak dapat sebarang feedback lagi dari team smartcard… dah siap ke belum..?? adooii… aku pelawa student tu duduk.. mata dia dah merah dah sebab nak nangis.. dia nak sangat kad tu untuk pinjam buku… aku pun berfikir sejenak.. yang terlintas di kepala ialah minta pelajar berkenaan jumpa officer yang sepatutnya… minta officer buat surat untuk bantu kes dia.. tapi payah laaa.. library punya sistem dan prosidur memang ketat… ape pun.. aku ambil keputusan terakhir.. bersedia untuk jawab apa² dari big boss dan officer.. sebab aku memang nak cadang student tu pi jumpa big boss dah dan nyatakan masalah ini.. aku akan explain pada big boss.. dan boleh la cadang prosidur baru untuk smartcard pelajar ni… cemana pun… aku terlintas nak call library dulu… pegawai yang incharge rekod pelajar… tak berangkat… aku call unit smartcard… dengan harapan yang tinggi… fuuuuhhhh..!! syukurlah… rupanya kad pelajar tu dorang dah siap cetak.. adoiii.. lega kepala otak aku… cuma terkilan kenapa la dorang tak inform aku..?? haaahh..??? takpe laaa… aku pada mulanya nak membebel dah jadi terkunci.. sebab student tu ada lagi dalam bilik aku… dan aku terus bagitau dia berita gembira ini… aku tanya dia bila dia nak ambil kad sebab aku akan hantar team aku untuk ambil kad dia kat sana.. dia kata nak terus hari ini juga… aku suggest dia ambil sendiri.. punya la seronok dia masa tu.. heheheee.. aku pun nak tergelak tengok reaksi dia bila dia dah tau kad dia dah siap.. for sure dia akan terus berlari ke library untuk pinjam buku untuk research dia tu… syukurlah… semua dah dipermudahkan… aku pun dah lega… fuuuhhhh…!! suspen… ape pun bukan setakat ini saja.. meeting unit IT nanti aku akan usulkan sesuatu rancangan.. bebudak team IT aku ni pun satu… selalu acuh tak acuh saja buat kerja.. ingat cam assignment sekolah ape..? ini dah kes pengurusan universiti ni… bila dah problem atau takde tindakan aku pulak yang kena.. tu pun nasib baik aku bantu.. kalau aku tak bantu jawab la sendiri dengan big boss… hishhh..!! lepas ni nak ikut ke tak ikut ke.. sendiri tanggung… yang pastinya aku ada satu solution.. harap semuanya beri kerjasama…

tengahari.. aku kacau wife aku… dia ada appointment dengan 2 orang member dia untuk lunch hari ni… aku dah janji semalam aku nak lunch dengan member… tapi bila dah lega banyak pagi tadi tu… aku nak kacau jugak dia… so aku call… dia kata no problem.. tapi aku kena join geng dia laaa.. adooiii… ingat dia nak postpone ke petang appointment tu.. ape pun aku join je.. makan kat nasi beriani johor yang baru buka area Desa Serdang nun… ok la… not bad… bila 2 member wife aku sampai tu.. aku kena control je laaa… tapi tegur² la jugak pasal dorang tu orang kuat universiti jugak tu.. seorang tu Pengarah sebuah produksi… seorang lagi tu ketua urusetia event universiti… rugi aku lambat kenal dengan dorang.. kalau tak tentu aku dapat jadi pelakon tambahan filem pendek ‘Zaleha Ayam Patah’… jadi tukang palu gong pun jadik laaa… dapat gak elaun… hishhh..!! ke situ pulak… ape pun.. dari cerita  mereka tadi.. next week kampus aku nak undang MAWI World..!! untuk ceramah dan nyanyian… (termanya belum pasti.. tapi supaya takde unsur konsert.. dia kena cakap dan nanyi untuk selingan…) menurut 2 orang kawan wife aku tu.. macam² ragam yang dihadapi dari orang kuat kampus ni.. ada setuju.. ada tak.. ada kata boleh… tak boleh.. ok.. tak ok… entah laaa.. yang pastinya.. next week.. sebelum konvo.. tak pun selepas konvo… entah laa.. aku taktau.. lagipun lepas aku habiskan nasi aku.. aku minta diri nak pi masjid… tinggalkan mereka bertiga kat situ.. wife aku tumpang geng dia balik nanti… aku terus drive ke masjid…

petang.. diskas dengan officer IT aku tentang rancangan… ada beberapa isu yang dia tak puas hati tengang development projek.. aku paham keadaan dia… mende ni kena bawa ke meeting… insyaAllah akan dilakukan dalam masa terdekat.. cuma tu laa.. asyik meeting lain.. ISO.. konvo.. event.. mana sempat nak uruskan IT.. aku dah cakap dah dulu masa meeting management.. team IT jangan kacau dalam bidang IT di kampus.. big boss tak caya… officer IT aku pun tak caya.. so sekarang macamana..?? MACAMANAMANANANA..??? siapa yang bersalah..??? aku sudah cakap..!!! team IT ni nak meeting pun sushah² aje…!! sekarang ada caya..??? ADAAAA..??? kalau ada baguslah.. kerana ‘hari itu’ akan tiba… mmmmmmmmmmmm…..

dalam pukul 4.. aku hadiri meeting persediaan konvo… ada juga isu panas.. tapi aku rilek je.. biar je dorang tu berperang… asyik tak puas hati antara satu sama lain.. yang cakap banyak tak buat kerja pun ada juga.. biarkan laaaa…. aku sendiri pun tak pasti cemana kedudukan aku… aahhh.. biarlah dulu mende ni.. minggu depan ada lagi meeting susulan… tunggu je laaa… lagipun tak ke mananya kalau kerja kat sini tak involve konvo… ye laa.. setiap tahun.. ada 2-3 event konvokesyen yang berlangsung… dan untuk tahun ini datang lagi untuk sidang ke 2… sidang pertama bulan Julai lepas.. so minggu persediaan ni apa yg aku buat ialah sediakan senarai maklumat konvo dan senarai penerima ijazah… lepas tu tugas lain ialah pada hari konvo.. pagi dan petang.. hari cuti.. overtime..!! ape pun.. sejak aku kerja kat sini hampir 4 tahun… aku hanya miss sekali saja sidang konvo ni… masa tu rasanya aku berada dalam tahap tepu… kesibukan dengan projek.. bila dilantik untuk incharge konvo.. aku tak pergi terus semua sesi… berbakul² officer dan staf marah kat aku… tapi belakang je laa.. depan aku takde pun dengar suara² itu… hanya suara² sumbang saja yang kedengaran di sebalik pintu dan tingkap building bangunan aku.. cemana pun aku dah awal² lagi menggunakan kuasa psikik… aku maklumkan kepada big boss yang aku nak minta excuse… letih dan perlukan rehat secukupnya untuk uruskan projek… big boss izinkan… tu yg aku buat dek je tu kat konvo.. kalau aku cite kat officer atau staf nanti.. kang semua tiru buat camtu jugak… siapa nak bertugaskan…? rahsianya mereka semua taktau big boss baik dan understanding… hehehehh… apepun… aku pun pelik… zaman sekarang ni.. di kampus aku… orang teknikal IT pun kena jadi penjaga student konvo ni.. dah la student² bawah department aku ni kebanyakannya yang veteran.. tegur sikit marah.. bagi arahan sikit mencebik… silap bagi panduan sikit membebel… sabor je laaa… saborr.. sabooorrrr…

Ops Tangguh selesai..

Hari ini macam biasa.. masih hantar ibu ke Putrajaya.. hari terakhir kursus ibuku… half day saja… kemudian ke ofis.. start balik buat kerja… terutama maklumat konvo tu… hishh..! sejak 2 hari lepas asyik bersambung² dan bertangguh² akhirnya tepat pukul 11 pagi tadi… baru aku dapat siapkan maklumat graduan konvokesyen… so.. lega dah sikit… pukul 11 pagi ada adhoc meeting mengenai security system… sebenarnya meeting start pukul 9 pagi.. tapi ex-3rd boss aku bagi excuse untuk aku siapkan maklumat konvo tu.. katanya pagi tu dia nak diskas pasal modul dulu dengan vendor… nanti dia call bila tiba bab security… tq very much…

tengahari… lepas meeting tamat.. aku ke Putrajaya kembali.. ambil ibu dan hantar ke rumah.. tamatlah sudah kursus yang ibuku hadiri… keseronokan terbayang di wajahnya… hehehh.. tapi on the way balik tu singgah dulu kat pasar segar untuk beli barangan dapur untuk masak petang ni… malam ni ibubapa aku dan bapa saudara serta adik beradik akan bertolak balik ke KB dah… mmmm.. sunyi la rumah aku lepas ni… anak² aku lagi la terasa.. Anis dah 4 hari tak pergi Tadika.. bukan main lagi dia…

petang… aku sampai opis je aku terus buat kerja yg bertangguh juga sebelum lupa atau kesibukan lain melanda… yg ini mengenai maklumat kemudahan penginapan atau perumahan untuk pelajar siswazah… kenapa bertangguh..? sebab aku kena taip balik satu persatu maklumat dan jadual sepertimana dalam buku panduan pelajar… adooii.. dalam dok menahan kesabaran tu.. sabor je laa… taip punya taip.. design punya design.. pukul 5 dah selesai… lega lagi… syukurlah.. semua aku dah upload dalam server… dan dah online… lepas ni aku kena report kat kedua officer untuk update kerja aku… beres….

sekarang ni takde mende lain dah.. aku cuma fikir nak balik je.. harapnya masih sempat lagi borak² dengan family… lagipun lepas je solat maghrib malam ni.. mereka akan ke Subang rumah adik aku.. singgah kat sana sekejap barulah bertolak ke Kg… semoga selamat dalam perjalanan… amin….

———————-

malam… wife aku ada kelas… lepas solat maghrib dan baca yasin… keluagaku terus bertolak ke Subang… aku dan Anis temankan wife aku ke opis.. Aida tinggal kat rumah… pembantu rumah aku tak bagi bawa dia… nanti kesunyian… no problem… dalam perjalanan perut rasa lapar… Anis nak makan McD… ok jugak cadangan tu… lepas drop by wife aku kat kelas dia… aku dan Anis ke McD… boring sebenarnya coz Anis ni suka main je dari makan kalau pi McD atau KFC… biasanya aku yg habiskan apa yg aku order kat dia dan adik dia.. tu pasal berat badan aku naik sejak dua menjak ni… tapi dalam perjalanan aku dah pesan.. makan.. jangan main²… kat sana.. aku order Big Mac.. cam biasa laaaa… Anis aku order Happy Meals.. nugget n fries.. syukurlah.. kali ni baru aku nampak dia makan… tapi dari 4 keping nugget… 3 untuk aku… 1 untuk dia… ape daaaaa punya papa… tapi.. tak makan kang rugi pulak.. heeheheheee… fries je dia makan banyak… mmmm… jadik laaa… kemudian.. aku dan Anis ke opis wife aku… lepak dalam bilik.. Anis buat hal sendiri.. melukis.. menulis.. aku pula… depan pc je… dah taktau nak buat ape dah memalam ni… rilekkkk…. lebih kurang pukul 10 nanti.. wife aku sampai la tu agaknya… mmmm……. rilekkkk…

Return top

ADI BLOG

Aku tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.