Archive for August, 2005

Semarak Merdeka…

Hari ini… adalah… errr… sehari sebelum tarikh keramat untuk negara iaitu 31 Ogos 2005… Hari Kemerdekaan Negara yang sentiasa tidak akan dilupakan oleh seluruh rakyat dan kali ini untuk tahun ke 48… apa yang aku dapat selama ini..? fuuhhh…. tidak dapat dinyatakan secara terperinci…

setiap kali menjelang 31 Ogos… aku sentiasa akan teringat akan arwah atuk.. sejarah perjuangan serta sahabat²nya menentang jepun di Perak & Pahang… sepertimana yang diceritakan oleh bapa aku dan sahabat² atuk yang masih hidup… sejarah itu sentiasa terngiang² di mata imaginasiku… tetapi apapun jua keadaannya.. tidak sama seperti sekarang.. dengan menafsir dari kisah² sejarah perjuangan… aku dapat rasakan zaman aku amat bertuah… lahir saja sudah boleh hidup senang lenang.. tiada ancaman… tiada gangguan.. tiada kerisauan… bapa aku pada masa itu hanya berumur 5 tahun… masih belum mengerti apa²… tetapi telah melalui liku² hidup yang sukar di kampung… itupun sudah cukup untuk memberitahu aku bahawa aku tidak perlu berbasikal.. naik sampan.. jalan kaki sejauh 5-10km untuk ke sekolah… (aku pernah berbasikal dan jalan kaki ke sekolah pun cuma dalam jarak 1km je..) termasuk untuk membeli makan minum serta pakaian… waduh.. betapa senangnya zaman aku… ke sana sini dah dengan kereta… makan minum di mana saja boleh di dapati… walaupun dari golongan sederhana… apa yang aku inginkan pasti akan dapat.. cuma lambat atau cepat saja… bila dah dewasa dan berkeluarga aku terfikir balik.. ibu dan bapa aku sentiasa memberi kemudahan… yang mana aku tak perlu melalui kesukaran untuk mendapatkan sesuatu… bila sekolah.. setiap tahun kasut, beg, pakaian semua baru… abah aku pula.. zaman dia dulu.. kasut sampai 2-3 tahun.. dah koyak dan ketat baru tukar… baju pula sampai lusuh.. nak beli baru.. kena tangkap ikan di sawah, tali air.. jual… hehehee… aku patut rasa malu sebab setiap tahun pakai minta je kat ibu dan abah.. tapi ibu bapa aku tak pernah mengungkit.. kerana dirasakan zaman susah sudah berakhir untuk mereka kepada anak²… biar mereka saja yang menelan kepahitan.. dan penawarnya adalah untuk anak²… inilah nilai kemerdekaan yang aku dapat teladani… penuh erti kemajuan serta kematangan dalam kehidupan.. segala kemudahan, pembangunan dan perancangan akan dapat dilaksanakan.. untuk semua.. tapi apakan daya… masih ada insan yang tidak tahu.. insan yang memilih jalan yang jahat untuk meneruskan kehidupan… load balancing for the world… mana² negara tidak akan dapat lari dari insan ini… biarpun ada… tanpa izinNya.. insyaAllah mereka² yang terpelihara akan selamat…

aku… dan keluarga… walaupun terbeban dengan kerja untuk masyarakat… terpaksa akur dan meneruskan sedaya mampu.. walaupun kadangkala rasa tertekan… apakan daya jua… jalan sudah dipilih… janji sudah diikrar… cuma… doa dan restu mengiringi agar sentiasa terpelihara… insyaAllah…

apa yang aku dapat sehari sebelum merdeka tahun ini..? aku bersyukur.. jumaat lepas.. aku dah dapat seorang pembantu rumah.. dari Kisaran, Sumatera… hehee.. aku dan isteri menjemput maid tu di Pelabuhan Klang di Jeti Pulau Ketam. Kat sana masa menunggu pun aku rasa semacam je.. rasa seperti bukan berada di Malaysia.. macam² cara gaya masyarakat kat situ aku tengok seakan² perkampungan orang indonesia… mereka pandang aku dan isteri pun macam nak telan orang.. agaknya nampak sangat muka siam… aku laaaa.. risau juga.. ada bawa duit… isteri… buat biasa je… tapi yang aku bengang.. ada sorang mamat tu asyik hisap rokok je.. asap dah menghala kat aku dan isteri… nak je aku sound sebab tanda ‘di larang merokok’ ada depan mata dia.. tapi baik aku diam je.. kang jadi benda lain kang susah pula… ada geng ke takde geng ke..? siapa tau dia ada hikmat gaban… aku guna alternatif je laa.. cari tempat lain… dah kat tempat lain pun masa aku tunggu berasap jugak.. adeeiii… bengang… bila aku tengok staf imigresen pun berasap juga… takleh kata apa laa… hampir sejam tunggu.. bila maid sampai.. dan uruskan beberapa perkara kat pejabat imigresen… chow… lega.. pembantu rumah pun memang yang boleh diharap… tak lekat dengan kerja rumah.. dapur.. bilik².. bilik air.. ruang tamu.. kain baju untuk basuh gosok.. semua dah beres… boleh la aku dan isteri rehat sikit kat rumah… lagipun anak² aku waktu pagi bersekolah (tadika & taska)… pagi tu ada masa dia uruskan semua hal rumah… dan yang paling aku lega.. dia dari jurusan agama.. bersekolah agama hingga ke menengah tinggi.. orang bandar la juga.. tak kekok dengan peralatan rumah… ape pun syukurlah.. itu pun wife aku yang pilih dari recommendation agen yang jadi kawan dia… aku ikut je.. janji.. sediakan ongkosnya pakkk…!!

pagi tadi.. masa sedang uruskan problem data sistem… penyelaras audit dalaman ISO call aku.. sebab awal pagi tadi masa sampai opis aku dah emel cadangan dan maklumat ISO yang nak aku tukar dan diskas dengan dia selepas meeting minggu lepas… jadi dia call dan setuju dengan apa yang aku buat.. hari khamis nanti dia nak datang jumpa aku kat opis untuk detail pasal manual kualiti… errr… segan aku dibuatnya sebab aku cakap kat dia aku yang nak jumpa dia kat opis dia tapi dia pula nak datang kat tempat aku… agaknya kalau diskas kat tempat dia alamatnya tak sempat siap… sebab ada call.. ada orang datang… ada orang cari… betul juga… dia pun sibuk lagi dari aku sebenarnya… ape pun aku hargai semangat dia nak datang… bukan senang penyelaras nak datang jumpa ni.. memang beliau seorang yang perlu dihormati serta disegani.. payah nak cari pegawai macam ni.. aku malu sendiri.. dan insyaAllah.. aku akan sediakan dokumen yang sepatutnya untuk diskas dengan beliau hari khamis nanti…

akhir kata untuk hari ini… untuk esok…

MERDEKA..!! MERDEKA…!!! MERDEKA…!!!!

ISO… panas…

Hari ini… meeting ISO yg ke… berapa entahlah… aku dah lama tak sempat nak masuk meeting ISO ni… tapi bila aku masuk hari ini… aku baca prosidur… manual kualiti dan garis panduan atau tatacara berkenaan dengan IT… terutama sistem department aku… aku jadi hairan… sebab adakah management dan proses department aku yang nak di’ISO’kan… atau proses development sistem tempat aku..?? setahu aku ISO ni untuk proses management… panjang lebar punya cerita dari start memohon… daftar… exam… tesis… keputusan hingga lah kepada graduat… tapi yg aku tak puas hati… ada part pasal development sistem… maka apabila penghujung mesyuarat… apabila penyelaras audit dalaman ISO bertanya ada soalan… aku tanya laa.. adakah relevan kalau bab development tu dimasukkan dalam tatacara kerja kerana ia hanya berlaku sekali sahaja dalam masa development.. bila dah siap mungkin proses dan tatacara dah lain terutama untuk maintenance… tetapi.. salah seorang pegawai aku dan penyelaras itu sendiri argue dengan aku.. aku tetap tak puas hati.. aku hanya nak apa yang perlu di’ISO’kan untuk sistem ialah proses support yg dilakukan… dari segi kawalan user, proses, cara backup, cara maintenance dan sebagainya.. bukan pemantauan development.. ada la beberapa part yang ditulis dalam prosidur dan mention ianya diuruskan oleh vendor.. tetapi aku tetap berkeras dan tak puas hati… ape pun.. mujurlah 2nd boss aku iaitu chairman projek yang juga wakil ISO department aku sependapat dengan aku.. diikuti oleh seorang lagi 2nd boss dan partner aku… cerita jadi panjang sebab aku tetap berkeras untuk buang yang mana tidak sepatutnya masuk untuk ISO… walaupun panas seketika.. akhirnya penyelaras setuju untuk kurangkan sedikit.. tapi dia tetap tak nak buang part pemantauan itu… aku geram betul sebab pemantauan ni bukan boleh ada standard untuk sistem yang masih dalam pembangunan.. ia akan berubah² hingga bila dah siap baru kita boleh letakkan piawaian yang standard dalam membuat pantauan… kalau nak buat juga.. bermakna department aku ada tatacara untuk memantau development setiap tahun.. bulan.. hari… bla bla blaaa… ape pun.. aku rasa mereka semua tak faham apa yang aku nak ketengahkan… perkara ni nampak simple pada orang IT.. tapi pada orang pengurusan.. nampak blur.. walaupun mereka faham tapi tidak tepat… bukan aku nak argue dengan orang yg expert ISO… tapi mereka melihat dari sudut lain… ada soalan yang dikemukakan bertanya… nak ISO sistem maklumat ke..? atau nak ISO kan proses pengurusan..?? kalau nak ISO kan sistem.. lain caranya… so what..??? ini yang susah bila penyelaras ISO dah bertukar ni.. dulu orang lain.. yang lebih memahami apa itu proses development dan apa itu proses pengurusan… bila dah tukar ni… paham² je laa… mesti ada sebab pertukaran… tak puas hati… dan ada agenda tertentu… Wallahu’alam…

oleh kerana masa dah terlampau cemburu.. tengahari mesyuarat ditangguhkan.. lagi 2-3 minggu lagi adequacy audit akan dijalankan oleh pihak SIRIM… semua unit kena bersedia.. aku taktau la apa sudah jadi dengan dunia ni.. belum pernah aku jumpa memana jabatan yang beri tugas ketua unit kepada penolong pegawai… dan yg buat aku tak puas hati.. setelah aku struggle dan mengorbankan diri aku ni… bila dah ISO nanti.. pegawai baru datang.. cuci kaki la jawabnya… sebab tu aku memang tak puas hati.. takkan aku kena rancang serba serbi semuanya… kemudian aku kena buat.. kena monitor.. kena jaga… adoii… hanya Allah S.W.T. sahaja yang tahu penderitaan jiwa yang aku alami sekarang ni… tak larat rasanya nak perah otak bila dah kerja berhadapan dengan macam² ragam orang ni… cemana pun ada suara yang membisikkan kepada aku… ‘teruskan… buat sedaya mampu dan sentiasa cool…’ yeahhh…. maka.. aku ambil keputusan dalam minggu ni aku design semula tatacara dan prosidur unit IT… dan minggu depan aku akan jumpa sendiri penyelaras audit dalaman ISO… aku akan terangkan dengan sepatutnya tanpa gangguan dari pegawai atau orang lain dalam department aku.. sebab big boss.. 2nd boss dan pegawai semua akan akur apabila penyelaras audit sendiri yang bersetuju dengan apa yang aku usulkan.. nak harapkan bersetuju dengan aku secara nyata…?? adoii.. jangan harap… cuma boleh dipertimbangkan saja.. itupun timbang tanpa ada sukatan… naya aku…

mmmmmmm….. apa yang aku nampak sekarang ni… ada beberapa percubaan untuk buat naya kat aku sebab unit IT takde pengurusan yang betul² cekap.. hari tu dah ada pegawai IT.. dah berhenti gara² tak menjalankan tugas seperti yang dikehendaki… sekarang aku kena ambil balik tugas… partner aku 2-3 orang masih baru kat sini.. so mereka ada task lain yang perlu dilaksanakan juga… aku takleh buat apa².. hanya menelan dan tercekik sorang²… takpe… selagi ada kewarasan… selagi ada pertimbangan… selagi ada keutuhan… aku akan hadapi… sesungguhnya aku adalah watak utama dalam hidup aku… takkan nak bagi pada watak lain…??? tapi…. kenapa watak ini..?? ada la tuuuu….. ada…

Mesyuarat SEOMEO SEARCA.. Palm Garden Hotel…

Hari ini ialah hari kedua aku bertugas untuk majlis perasmian, perbincangan dan mesyuarat SEOMEO SEARCA ke 18… apa itu SEOMEO SEARCA…?? payah la nak translate.. boleh cari dalam web… adehhh…

tugas aku dari semalam hingga hari ini ialah.. memastikan segala peralatan dan bahan IT lengkap dan berfungsi… dengan mendapat backup dari 2 orang team IT teknikal aku… syukurlah mereka ada.. dalam masa yang sama.. aku struggle membetulkan masalah yang berlaku pada sistem.. di mana pihak bursary tersilap bagi data lama student dan status mereka semua drop… ofis aku termasuk telefon aku dihujani panggilan telefon dari student yg hairan dengan status mereka walaupun dah bayar… yang tak bayar pun ambil kesempatan untuk jadi bayar… apapun rekod mereka ada dengan pihak bursary.. bukan pihak aku… so.. tunggu dan lihat pembetulan yang dibuat dalam minggu ini..

berbalik kepada tugas di SEOMEO SEARCA meeting.. aku cam biasa laa.. jadi jurugambar bidan terjun untuk semua majlis yang dibuat… kali ni aku rasa ada improvement.. walaupun ada beberapa kelemahan tetapi lebih baik dari biasa… kebetulan cameraman universiti pun datang tadi.. sempat aku tanya bila nak conduct kelas mengendalikan kamera SLR ni.. dia kata buat surat.. mmmmmm….

esok.. ialah hari semua jemputan berjalan ke KL.. aku harap nama aku tak tersenarai untuk ikut mereka.. hehehhh… letih laaa.. sebab kita tak boleh buat apa yang kita nak buat.. semua kena ikut rancangan dan plan.. nak standby ni yang payah ni.. kekadang terlupa.. alpa.. pokok kelapakkk..!!

esok.. officer aku suruh datang buat OT… nak recheck balik ralat data student yang dah bayar tapi status mereka bertukar jadi unpaid tu… kalau takde apa² no problem… insyaAllah…

Demi Tuhan…

Demi Tuhan… dengan segala kebesaranNya… aku akur… kesedihan, keletihan dan situasi sukar yang aku hadapi sejak dua menjak ini memang tidak tertanggung… hanya doa dan ingatan akan dugaan sahaja yang dapat menyedarkan aku dari kerakusan hidup dunia… aku memang tidak dapat berbuat apa-apa.. kerana aku sendiri yang sepatutnya dapat melakukan sesuatu… tetapi aku alpa dan lupa… aku harus pulang ke pangkal jalan…

kerjayaku… semakin hari semakin mendesak naluri yang mempunyai tanggungjawab dan peraturan… aku juangkan untuk memberi kemudahan dan kebahagiaan untuk orang lain.. biar aku menderita buat sementara… biar orang² yang aku sayangi turut sama merasai… kerana aku yakin… akan ada sesuatu di hadapan sana yang akan mendatang… yang dapat memberi secebis ketenangan dan harapan untuk meneruskan hidup ini…

di dalam bilik yang dingin ini.. dengan kemudahan yang tiada tolok banding.. aku berjuang dalam diam… melaksanakan apa yang seharusnya aku lakukan.. tanpa bicara dan tanpa bantuan… hanya seorang diri dalam mata dunia… tetapi ramai dalam mata alamiah… yang pasti… aku bukanlah ‘berseorangan’… kerana itu.. aku semestinya tidak boleh melepaskan tanggungjawab dan perlu jujur serta amanah kepada dunia… akanku teruskan ihsan ini…

perasaanku pula… tidak menentu dalam menerima ucapan dan cemuhan dalam perlaksanaan aku sebagai khalifah duniaku.. aku redha… dalam seribu kebaikan.. kita akan menerima sepuluh keburukan.. ini adalah lebih baik dari menerima seribu keburukan dan sebaliknya… kerana kita hanyalah manusia biasa… keburukan adalah untuk menyedarkan kita akan diri kita dan duniawi… seterusnya memperkuatkan zahir dan batin… sebagaimana yang para Rasul dan Anbiya merasainya dalam memperjuangkan tanggungjawab yang hak antara mereka… walaupun aku hanya sebesar zarah alam… amalan kiri kananku tetap akan dihitung…

Demi Tuhan… aku telah dilahirkan dan diizinkan untuk menjadi khalifah di bumiMu… akanku teruskan hidup ini sedaya mampu.. sehingga nafasku terhenti… sesungguhnya daripada Engkau aku datang.. dan kepada Engkau juga aku akan kembali…

Wallahu’alam…

Return top

ADI BLOG

Aku tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.