Archive for July, 2005

Persediaan untuk Konvo…

Sepanjang pagi… aku uruskan data pelajar untuk dihantar ke unit kad matrik dan library… yang ni kena pastikan patron id dah betul… takde clash dan sangkut… kemudian aku uruskan data untuk emel.. yang ni susah sikit… sebab aku kena trace balik id student yang belum dapat emel pelajar… data yg aku query dari database pula terkeluar semua sekali termasuk student yang dah grad.. perghh… terpaksa tangguhkan dulu untuk dapatkan maklumat terkini dari unit data center yang jaga emel student… kot aku terhantar 2 kali… ape pun.. yang ni aku tunggu SA data center tu bagi feedback.. selain itu.. kerja aku hari ni banyak support info student yang tertinggal nak register.. dengan kata lain.. minggu registration dah tamat dah.. masa ni yg leceh ni.. aku kena update data mereka kat system.. kat portal… kat library… kat smartcard.. kat bahagian kewangan.. adooii…

petang… meeting untuk konvo… aku ada tugas tersendiri… hari pertama.. aku kena jadi paparazzi… hari selanjutnya sehingga 2hb. ogos aku kena jadi jurupandu masuk.. adooii… glamer + segansilu + rock… aku taknak sebenarnya.. tapi staf² ni laa.. dah takde orang lain dah… semua pakat tunjuk aku.. terpaksa laa.. takpe.. overtime… kalau aku dok rumah masa cuti pun… boring juga… baik cari duit lebih sikit… mmmm….

lepas ni nak sediakan peralatan dan barang yang nak di bawa ke dewan besar esok… aku ingat nak bawa balik rumah.. esok terus ke dewan.. takyah singgah opis dah… kalau masa tu panjang lagi mungkin boleh… kalau tak… memang kena redah je la kawalan keselamatan tu… ape pun.. selamat bertugas…

Pemergian Bapa Saudara… Suatu Coretan…

23hb. Julai 2005… bapa saudaraku yang paling disayangi dan dihormati telah pulang ke Rahmatullah dalam usianya yang ke 46 tahun… aku dapat khabar ini dari panggilan bapaku pada waktu subuh… bapa saudaraku menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam lebih kurang 5 pagi… akibat dari Accute Coronary Syndromes (ACS)… pada pagi itu juga aku dan adikku bergegas ke airport untuk penerbangan pagi.. syukurlah kerana tiket masih ada… dengan itu aku berkesempatan menatap wajah bapa saudaraku untuk terakhir kalinya…

Kesedihan yang aku rasa masih belum hilang… walaupun telah diluahkan setiap kali aku bersolat dan bersendirian… aku tahu.. Allah S.W.T. lebih menyayangi bapa saudaraku itu.. aku harus cekal dan teruskan kehidupan dengan apa yang ada…

hingga sekarang… aku tak dapat melakukan kerja dengan sempurna… masih aku terbayang akan bapa saudaraku.. aku masih tidak percaya ini semua berlaku… terlalu pantas… tanpa kata²… tanpa sempat menatap mata yang bersinar… aku hanya tiba di saat mata itu telah tertutup… aku kucup dahi dan pipi yang dingin… dan aku alirkan airmata lelaki aku untuk beliau…

terima kasih kepada semua kaum keluarga kerana memberi aku penghormatan untuk meletakkan jasad arwah ke dalam liang lahad.. sebagai insan yang terakhir menyentuh mayat arwah… ini adalah satu penghargaan kepada aku untuk bapa saudaraku… sambil hati kecilku mengucapkan selamat tinggal kepada beliau… dan selamat menghadapi dunia baru di ‘sana’..

bagaimanapun.. aku bersedih bukan kerana kehilangan beliau sahaja… aku bersedih kerana jasa dan budi yang telah diberikan kepada aku dan keluarga aku keseluruhannya… sejak dari kecil hingga aku bekerja dan berkeluarga.. beliau sentiasa memberi sokongan… termasuk menjadi saksi kepada aku dalam apa jua perkara… bila dikenang… makin dirasakan sedihnya… baru aku tahu peranan beliau amat besar kepada aku selama ini.. ketiga selepas ibubapaku… seumur hidup aku… sekali saja dalam hidup aku marah pada beliau… itupun sebab perihal projek yang pernah dilakukan bersama suatu waktu dahulu.. tapi perkara itu semua dah berlalu… aku dah maafkan dan beliau sendiri dah sedar akan hal itu… hanya masa menentukan… sesungguhnya tiada kuasa yang dapat menandingi sayangnya aku kepada arwah bapa saudaraku melainkan kuasa Allah S.W.T. yang Maha Mengetahui… semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh dan jasad arwah… amin…

Al-Fatihah… untuk bapa saudaraku…

Raslan Bin Hussain (1959 - 2005)

SR Tg. Indera Petra/Merbau 
SM Kota Bharu 
Maktab Sultan Ismail

1978 – 1980 
Maktab Perguruan Mohd Khalid, Johor Baharu 
Option: Pengajian Inggeris & Pendidikan Seni

1980 – 1987
Guru (Bahasa Inggeris)
Bekhidmat di Kuala Berang Hulu Terengganu & mengajar di SM Tg. Ampuan Intan.

1987 – 1998 
Guru (Bahasa Inggeris & Seni Lukis)
Mengajar di SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Pengkalan Chepa Kelantan.

2002
Pegawai Khas
Pusat Sumber Pendidikan Negeri, Jalan Pengkalan Chepa, Kelantan.

Hari yang tidak akan dilupakan…

Tarikh hari ini ialah tarikh yang takkan aku lupakan… walaupun yang pergi tetap pergi… yang tinggal akan tetap mengingati sehingga ke nafas yang terakhir…

Al-Fatihah dan Yasin… untuk bapa saudaraku yang dihormati, Raslan Bin Hussain… semoga mendapat rahmat dan perlindungan Allah S.W.T. di alam barzakh… Amin…

Busy of the week…

Mmmm… sejak pegawai IT aku tak datang.. aku rasa dia quit kot..? makin kelam kabut dibuatnya aku dan geng IT yang lain… banyak kerja yang semakin mengerjakan aku… tak larat dah aku… mental aku dah kira macam drop dah… tak berhenti sikit pun untuk beri ruang agar aku boleh berfikir tentang solution… semua orang pandai bercakap.. kena fikir.. kena plan.. kena buat… kena cuba… tapi yang membuatnya aku jugak…

masalah tetap datang menerjah mental aku… aku taktau apa nak cerita.. dari masalah data… meeting… diskusi… integration… infrastruktur… ISO… dan akhir sekali majlis ikrar pelajar… cukup memberi tekanan kepada aku sekarang ni… bayangkan bila kita balik je ke rumah.. badan dah lesu… anak dan isteri pun nak kena layan juga… makin penat… perkara ni menyebabkan aku kurang tidur.. sebab selepas semua family tidur.. aku tak boleh lelapkan mata kerana biologikal aku ada perubahan… aku hanya menonton tv.. dvd… dan kalau tak nak menonton gerenti aku buka pc.. kadangkala aku terlelap atas sofa.. kerusi.. betapa bosannya hidup ini kalau berterusan camni.. aku kena fikirkan sesuatu.. tapi bila..? apa..?

sorotan satu minggu memang tak tercoret… aku hanya mampu mengeluh… kerana tiada siapa yang memahami keadaan aku.. sadis… tapi satu peristiwa yang tak boleh lupa… hari ini… bilamana prepaid aku dah hampir habis.. dalam perjalanan pulang.. big boss call.. ex-3rd boss call… pm vendor call… staf call… sebab database error.. suspect table atau struktur database corrupted… dalam mengharungi trafik jem nak pulang ke rumah.. orang itu suruh ini.. orang ini suruh itu.. nak itu ini.. lepas tu prepaid aku pulak abis.. sabar je laaa.. aku sempat call salah seorang team IT minta dia yang contact semua person yang sepatutnya untuk uruskan masalah ni.. kebetulan wife aku pula ada kelas malam.. so.. dia la yang contact aku setiap minit.. termasuk big boss dan ex-3rd boss dan pengurus projek tu.. dah tu.. bateri pulak nak habis.. sampainya aku kat rumah aku dah nak flat dah… terus charge hp.. ada lagi call… aku bagi guide kat staf aku tu.. syukurlah.. dia dapat buat yang terbaik sehingga dapat cari staf teknikal di data center untuk temankan team vendor recover masalah yang berlaku.. aku memang takleh pergi sebab wife aku pakai kereta untuk kelas malamnya… so.. aku hanya menunggu dan menunggu.. hingga selesai.. suspen je… pukul 9 lebih.. pengurus projek vendor call.. dia kata server takde apa²… database pun tiada apa²… lega… kepenatan aku berbaloi… kemudian aku tumpukan kepada anak² yang sedang melukis dan bermain kotak… mmmmm… betapa senang dan bahagiannya mereka di saat ini.. hanya main… main.. dan main… tak perasan kot papa mereka yang tengah jem tadi.. hehehhh…. syukur ya Allah… masalah itu telah selesai… tunggu esok pula…

Meeting pagi dan petang pulak…

Pagi… seperti biasa… sedang aku asyik reply dan support beberapa data yang diperlukan oleh staf… salah seorang officer aku datang… ajak aku join meeting majlis ikrar pelajar… officer IT aku tak dapat dihubungi.. mana pegi ntah laa… lepas 1/2 jam berlalu baru aku masuk meeting… rupanya lom start lagi… nasib baik aku terus settle semua kerja dulu sebelum tu.. coz dalam bilik meeting.. suasana hening.. relax… dan akhirnya.. aku ditugaskan untuk prepare info multimedia dan jadi cameraman again….!! waduss.. kali ni aku kena handle Nikon D70… SLR woooo… naya… nampak gayanya.. minggu depan.. dalam satu minggu tu aku kena study bagaimana nak handle kamera ni… fuuhhh… mencabar minda dan tenaga betul…

petang selepas solat Jumaat.. aku ke admin building…. meeting lagi pasal integration dengan sistem ilmu… aku harap semua berjalan lancar.. diskusi semalam pun dah nampak tanda² penyelesaian… dan lepas meeting ni… aku akan ke data center… untuk configure syslog dalam server… nak check firewall punya status… mende ni rupanya disable… kena enable dulu.. ape pun.. aku akan dapat bantuan dari team technical vendor… mmmmm…

Meeting oooo meeting…

Pagi.. seperti biasa.. officer panggil.. dia kata ada meeting ISO pagi ni.. surat tak sempat nak keluar… so.. aku pun sebab nak cepat.. terus ke bilik meeting… tetiba chairman aku tanya pasal sistem… aku taktau cemana nak explain.. sebab officer IT aku pun nampak blur… apa dah jadi..? chairman suruh aku dan officer IT pi jumpa ex-3rd boss aku untuk diskas lebih lanjut pasal sistem ni.. sebab dia tak puas hati dengan progress unit IT department aku sekarang ni… terutama bila masuk bab nak manage projek… aiihhh… takkan nak kena aku handle lagi kot..? aku sekarang ni dah semangat nak handle portal dan database dah ni.. jangan la ganggu lagi aku dengan management punya isu.. adooii.. meeting pagi tadi tu aku dan officer aku boleh skip… terus pi jumpa ex-3rd boss… diskas punya diskas.. sampai nak tengahari dibuatnya… letih aku dibuatnya… dah la petang ada diskusi dengan pihak pengurusan ilmu kampus.. untuk integration… persediaan pun belum buat lagi… adoiii…

Tengahari.. lepas makan dan rehat… aku siapkan apa yang patut untuk diskusi integration tu… kali ni team pengurusan ilmu tu akan datang department aku.. coz department dorang penuh bilik meeting.. tak sempat nak book… meeting berjalan lancar pukul 2.45… kena pindah bilik coz meeting ISO pagi tadi disambung lagi.. so.. aku kena guna bilik viva student… syukur sebab petang tiada viva berlangsung… dan.. hasil dari perbincangan… aku dan vendor akan create satu temp table untuk data yang diperlukan bagi pihak CADE… lagi sekali isu ini berbangkit kepada sistem Information Broker yang masih belum dapat access server database aku… firewall la ni… ape pun.. SA vendor dah call technical team dia.. hasil dari panggilan tu.. esok petang team technical dorang akan datang… mmmmm… ok laa…

Petang.. sedang aku susun apa yang nak dibuat.. officer senior aku datang… memberi maklumat sulit yang mengejutkan.. fulamak… apakah ia akan berlaku..?? takpe.. aku tunggu…. selepas pada tu.. aku tanya pasal nak ambil maid.. dia guide aku dari satu info ke satu info.. lepas tu borang yang wife aku isi pun dia bagi lagi guide.. lastly.. dia ajak aku terus pi putrajaya.. pergi riki jabatan imigresen.. jabatan yang memang jarang orang jumpa kalau taktau jalan nak ke sana.. ye betul kata dia.. semasa nak pergi riki pun dia lupa jalan belah mana.. tapi aku dah ingat dah… so.. next week takde la aku akan tercari² kat mana jabatan imigresen ni…. hehehh… balik dari putrajaya… jalan jem… ada eksiden la pulak kat highway… mmmmm… pukul 7 lebih baru aku sampai ke rumah… disambut dengan senyum masam wife aku.. heheheehhhh…. sorry…

Meeting… Discussion…

Aku sampai je kat opis… terus aku serbu pc aku.. network dah ok… aku terus godek & query data yang diperlukan untuk mapping dengan database sistem lain… disebabkan nak cepat… aku cuma query data yang sepatutnya dikongsi je… keseluruhan table data tu aku tak query… cemana pun.. aku blank.. mana satu yang patut dan tak patut aku hantar… aku dah lupa dalam kekalutan ini… tanpa berlengah.. aku terus call staf yang conduct meeting ni… semua takde.. dah pergi ke..? aikk… meeting 9 pagi… kul 8.20 dah takde kat opis..? awal nye… ape pun aku terus tinggalkan pesan kat staf yang bukan IT.. bagitau mereka kot ternampak team IT sana… bagitau aku lewat sikit.. semalam tak sempat nak sediakan mapping info ni sebab network tak stabil… aku terus buat.. buat dan buat… check dan buat… pukul 9.30 officer IT core project call… dia tanya aku datang ke tak..? aku datang…!!!! tapi masa call tu sempat aku tanya.. apa benda yang nak dibawa..? mereka kata meta data… tak payah print out.. oooooooooooooooooooooooooo… senang lagi la camtu kerja aku… terus aku print metadata.. dan chow….

pertengahan jalan dari department aku nak ke data center…. jem… student dah masuk… biasa laaaa… sabor.. sabor… hampir 1/2 jam baru aku sampai ke data center… terus serbu bilik meeting… bla bla blaaaa…. sejam lebih je dah berakhir… aku kena sediakan lagi beberapa metadata… terus chow… tapi aku pergi bank dulu untuk selesaikan hal sendiri… sampai tengahari…

petang… banyak terima report dan kerja yang tak dapat diselesaikan oleh staf department dan staf luar.. termasuk student… so.. sepetang aku terus settlekan tanpa berfikir panjang… takleh nak fikir dahhh… kang esok lusa makin sibuk.. naya aku… terus buat… dan buat… sampai settle… lega hati aku… beresssss…!!!

Problem itu… datang jua…

Hmmmmm… memang tak boleh nak elak dah… memang takleh kata apa dah… problem network berlaku lagi… kena pula hari ni hari pendaftaran berdenda… network pula buat hal… sekejap ok.. sekejap timeout… mengamuk abis student dan pensyarah atas apa yang berlaku ni.. bukan itu saja.. staf aku pun mengamuk juga sebab mereka diamuk.. dan aku.. diamuk momok.. amuk.. amok… wadus… sabar… sabar… cam biasa laaa… bila jumpa student yang problem.. senyum… layan baik.. mereka akan ok… bila jawab call dari pensyarah dan pelajar… pun kita layan baik maka akan baik la mereka… hehehehehhh.. psikologi la pula.. tapi memang berkesan 100%… sebab praktikalnya memang berjaya…

problem kali ni berkisar tentang switch di data center.. aku masih belum dapat laporan penuh.. masih menunggu lagi laporan problem tu dari ketua teknikal network untuk explain kepada management… aku harap esok masalah ini takkan berlaku lagi sebab banyak operasi yang dilakukan hari ni tidak dapat diproses.. kena extend sampai esok.. sekiranya esok masih lagi problem.. naya… akan bertambahlah extended version… lagipun esok aku kena attend satu meeting untuk integration dengan sistem portal ilmu… pagi pula tu.. tak tahu lah abis pukul berapa… tinggalkan dua partner aku yang masih lagi terbeban itu… hehehehhh.. kesian… aku harap esok mereka dapat hadapi hari² yang terbeban ini… officer IT aku pula sejak jumaat lepas selepas meeting ISO tu.. dah tak nampak muka dah petangnya.. hari ni satu hari suntuk tak nampak… mc ke.?? cuti kot..?? takde berita langsung…

sekarang ni aku tengah break sekejap.. tak larat dah nak query data² yang sepatutnya aku bawa untuk meeting esok… mana tak nya… kejap network O.K… kejap K.O… berapa banyak dah angin aku dah putus tadi… nak taknak kena godek juga sebab aku kena bagi metadata yang real punya dah besok ni.. bukan jenis table macam meeting lepas… ini yang dah confirm akan digunakan untuk integration.. tu pasal la lenguh dah jari dan mata aku… kekadang query yang aku buat tak keluar sepertimana format yang dikehendaki.. kejap error.. kejap itu ini… adoiii… takpe laaa… break minda sekejap… kat luar tu dah hujan lebat… aircond aku terpaksa tutup… tak tahan sejuk dah… nescafe latte aku pun dah abih… iskkk…. apa nak minum lagi ni…?? air mineral..? air paip..?? hishhh..!!

cemanapun.. melihat keadaan ketidaklaratan aku ni… esok aku akan inform je network yang tidak stabil menyebabkan aku gagal menyediakan data sepertimana yang sepatutnya… tapi.. boleh diterima ke..?? aku dah tak larat dah nak menggodek nih.. WAARRGHHH…!!!!!

Hanya di dalam bilik…

Operasi kerja aku hari ini.. hanya tertumpu dalam bilik saja… ada orang nak jumpa… ada orang call.. emel… semuanya aku uruskan dalam bilik.. beberapa pegawai dan staf yang lalu lalang nampak macam aku tak bertugas je di lab atau kaunter pendaftaran… ye laaa… task online aku pun banyak juga… harapnya mereka semua faham… partner aku pula singgah.. sambil bagitau lab perlukan lebih tenaga… aku mulanya heran apesal la nak register online pun kena guide..? manja sangat ke student master & phd ni..?? bila aku check.. laaaaaaaa… memang patut la ramai pelajar tak tahu.. manual pendaftaran masih belum up dalam server rupanya… masyaAllah.. manual ni patut ada sebelum minggu pendaftaran lagi… tetiba.. macam dah janji la pula.. ex-3rd boss aku call.. dia tanya manual registration mana..? aku cakap la masih belum dapat apa² dari team IT yang design… dan setahu aku masa agihan tugas beberapa minggu sebelum ni.. partner aku yang akan upload dan design… bila aku minta partner aku contact partner sorang lagi (yg design dgn flash)… dia kata dah hantar dalam pc aku.. dalam shared folder… dah lama dah… anyway agaknya masa aku kursus tu dia hantar.. memang aku tak nampak la apa file terbaru dalam shared docs aku.. lagipun dia save dalam folder lain… bukan pada root… mmmmm… memang tak jumpe ler… anyway aku tanpa lengahkan masa.. terus upload… dan buat link dalam portal dan web… patut la bila staf aku suruh refer manual dalam web site.. student baru tak jumpa… rupanya memang takde… mmmm… tapi takpe.. sekarang dah ada… hehehehhh…

selain problem ni… boleh di katakan… macam² masalah yang pelajar hadapi.. aku hanya boleh mencatit masalah baru yang belum pernah aku buat… yang terbaru ni pelik juga.. ada 3 pelajar yang ambil subject undergrad dulu sebagai pra-syarat.. then markah dalam sistem aku memang tiada dimasukkan sebab kursus tu ada dalam sistem undergrad.. so.. dalam sistem aku blank lerr.. jadi semester baru ni mereka tak boleh register sebab kursus yang diambil tu tak aktif… yang ni aku kena diskas dengan team vendor lagi.. macam mana nak allow mereka register walaupun last semester mereka ambil subjek undergrad… mmmm… satu lagi problem.. ada sorang pelajar yang agak veteran juga laa.. PhD… dia dah belajar 12 semester dah.. belum habis lagi… akaun dia dah expired… so nak activate balik pengajian dia.. setelah menangguh akibat pertukaran chairman dan members project thesis dia… kesian juga… tapi aku berjaya solve masalah dia.. tu pun setelah dia bawa bersama surat kelulusan dan slip bayaran… dengan semangat yang tinggi.. aku rasa malu juga dengan diri aku.. sebab aku pun bachelor pun lom abis.. pakcik tu dah nak tamat dah phD dia.. cemana pun ia memberi aku satu semangat… bahawa.. umur tidak membezakan kebolehan untuk belajar dan mencapai cita².. insyaAllah.. aku rasa aku pun akan turuti jejak langkah pakcik tu… maybe next year… sambung balik study aku… then buat master… ada rezeki lagi phD… Amin…

Mesyuarat Khas Projek…

Hari ini… terlambat sikit sampai ofis.. sebab telatah anak² nih… anak aku yang sulung tu… si anis ni banyak ragam bila nak ke sekolah… bila isteri aku tiada 2-3 hari ni.. hari ni baru dia boleh nak bersemangat nak pergi tadika… dua hari sebelum ni dah miss.. dia risau kot nenek dia balik kg. masa dia pi tadika.. mana datang idea ni aku taktau laaa.. cemana pun.. hari ni dia ke tadika juga… dan yang kesiannya… adik dia tu pulak.. si aida ni.. menangis bagai nak rak bila dia kena dok rumah… selalunya keluar bersama ke taska dan tadika.. macam² la dorang ni… lumrah…

pagi.. aku layan problem staf dari telefon.. emel… dan yang datang sendiri ke sini… semua beres… dan boleh dikatakan aku lupa nak breakfast… agaknya awal pagi tadi kat rumah aku dah sarapan sikit.. so, perut aku tak memberikan isyarat… hehehh… dan.. sepanjang pagi… rock…!!

petang… meeting khas projek department aku… big boss ada.. ex-3rd boss ada.. dan semua officer.. chairman project takde.. kenapa tak datang taktau laa… tapi dalam meeting tu.. pegawai IT aku banyak di tanya mengenai progress.. problem… dan… apa² yang berkaitan.. aku hanya bantu dari segi penerangan teknikal akan fenonema yang berlaku.. nampaknya… ada masalah sedikit dengan unit IT… mmmmm… takpe laa… big boss dah beri mandat kepada pegawai IT agar lebih proaktif dan melakukan tugas dengan lebih tekun.. agar tidak ketinggalan dan terbiar saja segala problem dan ralat yang didapati sepanjang proses menyambung development… cemana pun isu sekuriti dan baik pulih modul yang paling banyak di ‘highlight’ oleh semua officer…

petang.. wife aku dah balik dari ‘team building’ di pahang nun… malam.. bawa semua family termasuk ibu aku ke sebuah restoran kat bandar baru bangi.. ‘mama chop & papa grill’…. sebelum pulang… singgah rumah mertua dulu… lepak kat sana sampai kul 11… then baru balik rumah.. tidur…

Return top

ADI BLOG

Aku tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.