Archive for May, 2005

Baju Melayu punya angkara..

Hari ini.. sebab aku kena attend meeting di bangunan pentadbiran… aku ingat peraturan baru staf yg mewajibkan pakai baju melayu lengkap dah bermula… sepertimana hari sabtu yg kena pakai baju batik.. so.. aku pun pakai la baju melayu.. dgn sampin dan songkok… tapi.. sebab aku sekarang ni dah berjanggut.. 1 inci dah… tak sempat nak trim atau gunting sebab gunting kecik aku hilang… gamble je laaa… kat opis.. kat pentadbiran.. jumpe je staf yg kenal.. semua orang panggil aku tok janggut.. abang janggut… dan yg paling aku tak tahan… tuan Haji.. wahahahaaa..!!  tuan haji ni 2nd boss projek tempat aku meeting tu.. cheettt… gelak besar semua ajk yg hadir… sabar je laaa… cemana pun… aku ingat pegawai lain pakai jugak baju melayu… hishhh..!! semua pakai kemeja je.. ni yg aku kena control cam remote abis bateri ni… gamble… hasilnya memang memberangsangkan.. dalam meeting tu… aku akan lakukan beberapa perkara….

1) kenal pasti requirement system department aku untuk ambil dari sistem lain…
2) sediakan data type atau metadata.. (data about data)
3) kenal pasti samada akan jadi owner atau tidak dengan data tersebut.

ini kena bawa berbincang dengan big boss ni.. tapi big boss dah nak bertolak ke US esok… hari ni taktau la ada ke takde kat opis… mana la tau kot dia pi somewhere untuk preparation ka..?? alamak…. takkan aku kena gamble… dua minggu lagi sambung meeting nih.. iskk…. sabor.. sabor…

takpe laa… aku prepare dulu memana yg patut… patuuutttt… patuuuuuuuuuuuutttt…

ape pun.. tadi dah sms big boss.. dia kata petang ni dia ada.. lega… memang aku kena jumpa dia juga cemana pun… ada isu permission perlu diselesaikan.. mmm…

Metadata… data sistem…

Pagi tadi selepas punch in.. aku nak hantar anak sulung aku ke tadika… laaa… rupanya sekolah dia tutup hari ni.. sebab guru tadika dia buat perjumpaan dengan para ibubapa… untuk bincang pasal prestasi anak²… aku tak dapat pergi sebab ada pelawat dari china akan datang ke jabatan aku dalam pukul 9… so aku hantar semula anak aku tu ke nursery… anak kedua aku masa tu sedang mandi.. kalau tidak.. sah dia meraung kalau nampak aku dan isteri hantar kakak dia tu… lepas hantar tu aku dan isteri breakfast kat sebuah cafe dalam kampus.. lepas tu pula balik opis…

pelawat dari china tu merupakan pegawai dari Kementerian Pendidikan Negara China… aku agak laa… sebab dia nak tau serba sedikit pasal kampus aku… ini lanjutan dari pegawai mereka yg datang beberapa bulan lalu… kiranya lawatan kedua la ni… aku cuma jaga slide dan video corporat je.. cam biasa laa.. cuma aku hampir memangkukkan diri sendiri apabila aku pi cucuk audio kabel speaker ke mic notebook… lepas tu sound kat notebook je yg keluar… kat speaker tak keluar.. beberapa saat sebelum pengerusi suruh aku play.. aku perasan… terus tukar ke hearphone punya tempat cucuk.. hehehehhh… terus run… wife aku call… tapi aku tak jawab… abis je majlis… aku call balik wife aku.. aku ingatkan apa… rupanya wife aku tu bagitau anak sulung aku tu merupakan pelajar terbaik dalam tahun dia.. alhamdulillah… cikgu anak aku tu cerita banyak pasal anak aku.. suka share, suka drawing (drawing dia paling cantik sebab aku ajar.. yahooooouuuu..!!!! yabedabedu..!!!! selain tu dia kalau ada free time suka membaca, suka menulis dan selalu ambil perhatian kalau cikgu bercerita.. no wonder la kalau dia tak datang satu hari semua bebudak tadika keboringan… sebab dia yg paling aktif serta paling tak larat dijaga di sana…. sebab lasak sangat.. dan yg tak pernah dibuat oleh bebudak.. dia berani masuk bilik gurubesar untuk ambil barang permainan dan alatan tulis… aku memula dulu marah juga.. tapi wife aku tu… dia pandai dari segi psikologi.. ye laa.. dah belajor psikologi… dia nasihat secara halus… dan aku pulak.. kena ajar atau dedahkan dari segi teknikal… cam drawing.. writing, playing…. sebab memang bidang aku.. hehehehehhhh.. satu kombinasi yg baik telah dianugerahkan oleh Allah S.W.T. kepada aku dan isteri.. untuk anak²… alhamdulillah… anak kedua aku nanti aku akan lakukan modul yg sama… insyaAllah… yg no. 2 ni.. baru je masuk 2 tahun dah pandai bercerita dan menghafal… semoga tiada perbezaan yg nyata antara keduanya.. amin…

dalam pukul 11.. aku terima satu surat dan fail dari big boss.. ini satu lagi meeting akan diadakan pada esok.. ESOKKKK..!!!!!! berkenaan dengan integration antara sistem di kampus… wadusss… cemana hari ni baru terima nih..?? sempat ke aku nak cari maklumat yg diperlukan.. kalau ikut surat tu.. mereka perlukan maklumat metadata & description dalam sistem department aku… tapi tak boleh provide semua laaa.. susah tu woooo… struktur table database tahap mega irama… takde sesiapa yg boleh tengok benda tu dan faham dalam masa sehari dua… ni yg aku terkedu sekejap ni… amende yg aku nak bagi…? mmmm…….. !@#$#$$&*&#$@#…

ahhaaa..!!!! aku tau dah… hehehehahaha..!!! ada beberapa mende yg bermain dalam otak aku sekarang….. jom godek…!!!! adiosss…!!!!

Anugerah Khidmat Cemerlang…

Hari ini ada majlis Hari Qualiti jabatan… selain dari mendengar ceramah jemputan mengenai dunia pekerjaan dan pegawai yg berkualiti… ada penyampaian anugerah khidmat cemerlang kepada pegawai dan staf… aku memang tidak menyangka akan menerima anugerah ini bersama 12 lagi pegawai dan staf… tidak dapat digambarkan rasa kegembiraan dan kesyahduan ini… aku menerima sijil anugerah khidmat cemerlang untuk tahun 2003 yg lepas… bukan dari jabatan saja.. tapi dari pihak kampus sendiri… syukurlah.. dah 2 tahun berturut aku dapat sijil ini… 2002 dulu dapat juga… memang tak disangka… agaknya penilaian prestasi dari big boss dan 2nd boss serta 3rd boss yg membantu aku punya merit dapat dikekalkan… Alhamdulillah.. aku harap dengan anugerah ini.. aku tidak lalai dan leka dengan tugas.. aku perlu tingkatkan lagi untuk maintain sebagai pekerja yg rock dan terbaik… sijil disampaikan oleh penceramah jemputan dari jabatan lain… big boss aku pun ada sama… terima kasih kepada semua… aku sebenarnya rasa malu juga.. selalu dok kondem dan komplen pasal kerja aku yg memang jauh ke dalam dunia realiti diri sebagai seorang programmer… akhirnya dibalas dengan penghargaan ini.. dan aku akan gunakan penghargaan ini sebagai pemangkin untuk terus maju menjadi seseorang yg berkaliber dan bercita² tinggi… amin…

Apa ada dengan cuti..?

Hari ini… otak dan semangat rasa lapang… ye laa.. 3 hari pulun cuti… cuti sabtu.. cuti ganti wesak… so.. minda aku agak release hasil dari kerehatan di rumah.. hehehh…

aktiviti hari ini ialah menggodek pc PA big boss aku yg dah berbulan² problem tu… kesian pada akak tu.. selalu je kena attack virus.. spy… spam… sebab dia banyak terima emel dari dalam dan luar negara… banyak kongsi disket dengan pc staf untuk ambil maklumat… macam² ada… tu yg macam² hal… takpe laa.. hari ini juga aku akan uruskan sampai malam… OT aku ialah settlekan masalah pc… hehehhh…

tugas lain… buat support cam biasa… hari ni 2 call je dari staf department lain… semua dah diuruskan… selain tu.. ada member dari department lain datang nak pinjam notebook 2-3 biji… ini untuk bengkel kat tempat dia esok dan lusa…

lain² hal tidak ada… mmmm….

Apa sudah jadi..? Apa nak jadi..??

Minggu ini.. adalah minggu yg meletihkan jiwa dan raga… desakan kerja yg bertimpa² sedikit sebanyak menjejaskan mental dan fizikal aku… waktu pejabat.. aku terpaksa uruskan masalah dan ralat yang berlaku dalam database pelajar dan bank kursus. Terutama bab markah peperiksaan, cgpa dan kursus tawaran… leceh… nak aku ceritakan pun aku dah pening lalat… pelajar ni daftar kursus.. markah ada.. tapi dalam rekod tiada.. banyak la peristiwa pelik berlaku.. sebab setiap data ada mempunyai ID… bila ID berlainan dan salah satu ID yg sepatutnya terpadam.. hancur… letih aku nak buat tracking.. kalau la aku cuma menggunakan SQL + sahaja.. mahu berdarah hidung aku.. nak menggodek semua data tu… sekarang ni aku gunakan Toad.. walaupun dia bagi limit penggunaan selama sebulan.. tapi ok laa.. setiap bulan aku boleh download dan install… janji membantu banyak kerja aku…

Selepas waktu pejabat… kerja penyusunan fail lama pelajar pula… kena susun ikut Unit… sebelum ni kena susun ikut semester… wadussss… bengkak otak aku bila nak ingat balik demam susun data tu.. surat itu ini semua bertaburan… ada yg hilang.. ada yg tak lengkap.. ada yg terbalik kuang… sakit betul jiwa aku nak menyusun mende alah tu… sabar je laaa.. aku tetap bersabar dan cuba sebaik mungkin.. dan aku bersyukur.. pada masa itu PA big boss perasan keadaan aku yg sedikit terganggu dengan kerja luar selain dari IT ini.. aku boleh buat… tapi dalam dok buat tu otak aku masih lagi terngiang dengan kerja aku yg sepatutnya aku buat.. inilah kelemahan aku.. selagi kerja aku tak siap.. orang minta tolong buat kerja lain.. gerenti aku tak dapat tumpukan dengan baik… kekadang rasa nak memberontak.. tapi sebab aku fikir ada hikmah di sebalik ini semua… aku bersabar saja.. dan malam semalam.. officer minta aku design muka depan fail sulit pelajar… aku pun dah suspen dah kerana group fail yg aku perlu susun belum terusik dengan baik sebab ada perubahan baru.. tiba² PA big boss umumkan aku tak perlu buat dah semua tu… aku hanya bantu dari segi kerja design, grouping dan yg tak banyak kena susun… syukurlah.. aku hampir mati akal dah semalam.. apa lagi.. aku terus design.. dan hari ini officer akan bawa design tu untuk big boss check.. kalau confirm.. malam ni boleh print dan letak kat muka depan kulit fail pelajar tu… aku tak boleh rasa lega dan selesa sebab logo kampus yg aku buat tu dapatnya dari salah sorang staf.. terima kasih atas pertolongan dia… aku dah malas dah nak design sebab semalam tu memang aku mati akal walaupun masih waras.. aku taktau apa yg aku buat semalam.. last² siap… aku dapat beberapa support.. lega.. terima kasih kepada semua yg membantu aku… dan aku ingat.. malam ni atau esok… aku nak umumkan ucapan terima kasih kepada semua pegawai dan staf kerana membantu aku dalam kerja penyusunan… semalam memang aku tercengang… terbisu dan termati akal… ape daaaa…??

pagi tadi… hujan turun dengan lebat.. bilik mesyuarat jadi kecoh sebab tak dengar suara orang yg berbincang… officer aku cari aku.. suruh kuatkan sound volume speaker… aku try.. tapi bunyi harming… signal dah kuat tetapi frekuensi bunyi dah bertembung dengan frekuensi mic.. try juga la cari maksima volume tu.. bila dah ok… aku beredar dengan teh tarik dan 2-3 keping sardine sandwich.. hehehhh… sempat lagi tu menyambar…

petang ni.. ada taklimat dari orang Takaful Malaysia untuk semua pegawai dan staf department aku.. aku takyah masuk dah sebab aku memang dah ambil Takaful Nasional… lebih kurang je… jadi.. apa yg aku nak buat petang ni..?? aku rasa aku proceed untuk study sikit pasal Portal dengan portal admin… mmmm… satu cadangan yg baik…

Kesempatan yang tiada kesempatan…

Aku ni hampir demam dan terkedu semalam… sebab… hari minggu yg lepas memang memenatkan.. dari pagi hingga malam… buat suatu kerja tanpa henti… datang pula pagi semalam.. ada taklimat kepada staf seluruh department di kampus… petang.. taklimat untuk penyusunan semula fail pelajar (persediaan untuk audit ISO).. dari tahun 97 hingga sekarang… wadusss… yg buat aku hampir demam… salah seorang pegawai kata semua staf termasuk pegawai sendiri kena buat overtime… bermula dari semalam hingga 31 Mei ini… bermula dari 5 petang hingga 10 malam… wadussidusss… aku hampir lemah semangat dan tenaga.. letih wooo.. aku ingat nak balik awal… tapi dah kena kerja la pula… takpe laa… dua minggu lagi aku bercuti panjang… balik kampung… apa salahnya aku turun padang bersama pegawai dan staf untuk buat kerja penyusunan semula fail ni… janji rock… tapi… rock ke ape nye..?? lock ada laaa…

tetiba PA big boss tanya aku… boleh ke aku join buat mende ni.. sebab salah sorang officer yg cadang nama aku dimasukkan sekali.. aku diam seketika… nak tak nak kena la aku cakap… kerja aku banyak lagi yg kena buat… memang la mende ni penting.. tapi kerja aku tak kurang pentingnya juga… aku kena prepare data dan maklumat exam pelajar supaya pendaftaran julai nanti tiada masalah… aku mesti pastikan semua maklumat markah adalah solid molid… dan kena juga buat penyelarasan kursus yg akan ditawarkan untuk semester berikutnya.. so.. untuk kerja ni.. aku akur.. aku akan bantu… tapi aku tau dalam hati PA big boss tu rasa kasihan kat aku… dari riak muka dia pun aku dah boleh baca yg dia rasa bersalah sebab nama aku pun naik juga dalam senarai untuk buat penyusunan fail pelajar ni… penyusunan fail ni dibuat dengan menukar kulit fail dari merah ke hijau… dan setiap maklumat dalam fail tu dibuat minit fail… susun ikut tarikh dan semester… so.. malam tu bila aku sampai opis.. selepas taklimat.. kerja diteruskan.. hasilnya.. perrghh..!! memang aku tension… bayangkan dalam masa 1 jam saja aku belum dapat siapkan minit fail tu.. yg aku buat cuma tukar kulit.. susun ikut tarikh dan semester itu pun aku tak yakin betul.. sebab tarikh surat tu berbelit² dan putar alam… tarikh lama.. tapi semester baru… lastly aku susun dulu ikut mata aku dah yakin… dan lepas ni aku kena minta pegawai check bebetul kerja aku.. sebab mana la tau.. kot terlepas pandang ke..?? semalam tu… aku balik dari opis pukul 10.30.. perrrghh… letih…

ape pun.. aku kena bersyukur… setiap seorang staf dan pegawai pada minggu ni kena buat penyusunan sebanyak 25 fail pelajar… PA big boss dah minta semua staf buat aku dan pegawai IT punya dulu… so aku dah save dalam 15 – 16 fail.. lega… dan semalam tu pun aku cuma sempat buat satu je… dalam dok kelam kabut susun fail tu.. PA big boss datang kat aku.. dia kata lepas ni dia takkan bagi aku buat lagi.. naya katanya… terima kasih… memang aku rasa teraniaya… ada lebih baik aku habiskan masa 1 jam dengan buat migration sikit data pelajar dari sistem lama ke baru.. sekurangnya sistem baru akan bertambah lengkap.. tapi buat kerja ni.. memang letih dan perlu teliti.. silap kalu.. bila audit datang suruh check surat yg berkenaan.. kalau kita salah letak.. tak jumpa.. salah.. habissssss…!! so… aku kena buat dengan teliti.. slow n non steady.. adehh….

hari ni.. masih lemah tenaga dan otak… depan aku ni sekarang ada lebih kurang 10 fail lagi yg belum terusik.. aku kena sambung lepas opis hour nanti… overtime… adoii… bila la aku nak start claim overtime ni.. dah ribu² overtime aku miss… sekarang ni boleh claim dalam tempoh 2 bulan je… lepas tu burn… sadis rasanya… takpe laaa… ada hikmah dan rezeki disebalik itu semua.. amin…

terima kasih juga aku nak ucapkan kepada semua staf yg turut bantu buat penyusunan fail di bawah nama aku semalam… memang aku kena hargai akan mereka dan bidang mereka.. kerana aku ni sebagai orang teknikal… selalu dorang kata aku terer itu ini.. sebenarnya aku tetap manusia biasa yg tidak sempurna.. ada mende yg aku tak sanggup buat.. dan bukan semua mende orang IT ni boleh buat… aku rasa kerja aku banyak dan tertekan dalam bidang teknikal… kerja susun fail ni lagi la aku rasa tertekan… sesungguhnya manusia memang saling memerlukan antara satu sama lain.. terima kasih sekali lagi kepada mereka semua… semoga Allah sentiasa memberi mereka rahmat dan semangat bekerja serta dapat menaikkan taraf hidup mereka dalam kerjaya… amin…

kerja aku hari ni… agak tercengang… aku ingat pagi tadi lepas breakfast nak pergi satu department… tapi staf yg sepatutnya aku jumpa bercuti… terpaksa balik semula ke opis… lepas check emel… dan check system… aku hanya standby dalam bilik sahaja… ada 2-3 call jawab.. ada sorang dua staf datang minta bantuan aku bantu… mmmmmmm…. di kala ini mata aku masih terpandang akan selonggok fail pelajar di depan aku… mmmmmmmmmmmmm…..

letih wooooooo…. dah la baru recover dari migraine… ubat pun lom abis lagi… harapnya aku dapat teruskan untuk buat penyusunan itu dalam minggu ni… kata officer aku.. seminggu kena buat 100 fail…. dua minggu 200 fail…. wowowowooo….. aku nak buat yg tinggal ni pun aku rasa akan ambil masa hampir dua minggu… mana la tau setiap malam buat tu hanya sempat 1-2 fail saja… baru aku sedar…. cepatnya kerja aku kat sini.. sebab aku pakai Pentium 4… 2.4Ghz… 512MB… dan… slow la aku bila kerja dalam bidang yg tiada Pentium… iskk… iskkkkk…..

tension………. takleh kata apa daaa…. nak menulis pun cam takde semangat…. tapi dah berjela daaahhhhhhh… sekadar luahan hati… iskkk… hari ini.. aku miss sangat anak² aku… semalam lepas ambil dorang kat nursery dan hantar ke rumah… lepas solat maghrib aku terus ke opis.. bila aku balik dorang dah tidur… boring rasanya… anyway syukur… tadi big boss arahkan officer dan aku sekali pi melawat another department yg dah dapat ISO.. tengok bagaimana filing system dorang… lepas study.. balik ke opis.. briefing kat big bos.. bincang punya bincang… perkara ni perlu persetujuan 2nd boss dan semua officer dan perlu meeting dulu.. so.. malam ni… semua boleh relax dulu sebab meeting tu akan dilakukan esok… alhamdulillah… terima kasih kepada Allah S.W.T. kerana Dia memahami keadaan aku sekarang ini… syukur…

The Migraine Revolution 3…

Ini kes semalam ni… bila aku bangun pagi… kepala rasa sakit dan muka aku belah kanan dah takleh sentuh dah… lepas je solat subuh… aku baring balik… bagitau kat wife aku.. aku takleh pi opis hari ni… so.. seharian semalam.. aku baring je kat rumah… sampai kul 10 pagi.. rasa boring menerjah kamar.. aku turun bawah.. sambil minum dan makan kacang itik… teringat beberapa dvd yg aku beli dua bulan lepas.. tapi aku layan satu je.. Alexander… lakonan Colin Farrell… not bad la cite dia… tapi betul ke Alexander punya watak camtu..? aku ingat Alexander the Great (Iskandar Dzulkarnain) ni asalnya orang Parsi… mmmm… not bad cite dia… tapi perang masa ending tu best… alex with kuda lawan musuh yg naik gajah.. ehehee… cam kartun la pulak… tengahari.. migraine aku makin kuat… tu laa.. suruh tido tak boleh.. abih nak buat apo..?? anyway… aku cuma boleh jalan sikit² je.. kalau aku jalan cam biasa.. kepala aku akan berdenyut.. dan aku akan berjalan cam orang tua.. terbongkok² dan tertunduk… lama² mula la rasa loya… tu pasal aku pekena ‘kickcapoo’… cemana eja ehh..?? tengahari.. landing balik… Jumaat memang terlepas… aku solat zohor pun lewat.. kul 3.30.. lepas wife aku balik masak… hari ni dia goreng ayam.. aku makan nasik ngan kicap… masakan lain aku tak lalu nak makan… tekak rasa semacam… petang.. ambil anak² kat nursery.. pi pasar malam.. beli kuihmuih.. then lepak rumah mertua… balik malam tu baru pi klinik.. ambil ubat dan mc… caffox n prontalin.. ke ape nama entah.. ubat tidur pun dr. ada bagi… mmmm… balik… makan ubat sakit kepala dan angin je.. then tidur… zzzzz…

hari ni pagi ni.. bangun dah ok… baru best… so.. aku terus bersiap untuk ke opis.. banyak kerja hari ni perlu dibereskan… anyway… sampai opis je… kelaparan la pula… so.. breakfast hari ni…. kat Bangi… saje je.. kat area serdang ni segan sikit… sebab hari ni aku ngan wife pakai baju batik.. kot nampak dek staf sini.. panjang ceritanya… so.. pi tempat lain je laaa… hehehe…

balik opis.. aku sambung kerja yg miss semalam… cari data maklumat pelajar yg grad on time… yg dapat 3.5 ke atas… dan yg gb… semalam lagi maklumat ni diperlukan.. tapi sebab aku mc.. staf department IT yg minta tu tak dapat… hari ni aku terpaksa menggodek dengan kepantasan maksima…. dapat tu dapat.. tapi tak bersih… data entah… belum approved oleh pegawai dan big boss.. anyway.. aku hantar dulu sebab dorang urgent nak maklumat tu… dorang kata apa yg ada bagi je.. okey… tapi jangan confirm maklumat ni.. nak confirm aku minta dorang buat satu surat.. hantar kat big boss dan pegawai sepatutnya… untuk rujukan boleh.. namun untuk proses jangan sekali²… ye laaa.. mende yg segera.. biasa laa… cemana pun.. aku mohon maaf atas kelewatan dan kesukaran yg dihadapi.. kesian kat staf department IT tu… dia diminta last minute.. aku pula diberitahu last minute.. dan maklumat yg aku ada tak lengkap.. nak refer dengan officer pula lagi la last minutes.. hasilnya.. waduss… takpe laa.. janji ada…

kul 11… salah sorang vendor thumb print datang… lepas briefing… dorang bagitau kos… aku minta dorang sediakan quotation… so.. next week boleh masuk meeting management… then hampir tengahari.. vendor yg hantar kamera pula sampai.. yeahh.. kamera baru dah sampai… jenis… Nikon… D70s… sekarang dah boleh rock dengan kamera.. siap dengan beg dan peralatan lens, flash & beberapa aksesori… tapi kena belajar dulu.. kena kursus menguruskan kamera… tapi mende ni semua kena simpan dulu.. takleh pakai lagi… sebab siapa yg nak guna kena ada kemahiran mengendali, memasang, menjaga serta menggodek… so.. masuk peti besi dulu.. hehehee… hari ni boleh balik dengan aman… rilex..

Roti dan Pai…

Sampai awal kat opis dengan rilex… sebab anak² aku senang nak bangun pagi hari ni… heran… so.. tepat pukul 7.30 dah dalam perjalanan ke nursery… sampai opis 2-3 orang staf je yg ada.. yg lain belum sampai… aku sempat habiskan reply emel sebelum pukul 8 pagi… fulamak.. cayalaaaa… tapi emel pun 3-4 bijik je.. bijik..??

15 minit sebelum pukul 9.. sorang staf datang.. minta aku setup bilik meeting… technician belum sampai… ada meeting hari ni rupanya… aku terus ke peti besi.. ambil satu notebook dan lcd projector.. kat bilik meeting.. aku pasang semuanya.. termasuk kena setup satu small network.. cam biasa laa.. aku suruh beli wireless dulu tanak… addoiiii…. sambil tu ada member telefon… dia ada masalah dengan server dia… masalah tu memang pelik… aku pun tak dapat nak tolong sebab tricky… kalau aku ada kat sana boleh gak try godek itu ini… tapi dari penerangan dia… memang aku blur jugak tentang masalah tu.. belum tentu dapat bantu lagi… aku harap dia dapat settle dengan sempurna… ye laa.. server takleh serve client.. naya wooo… mau ngamuk staf… aku pun ada juga recall dan trace masalah yg aku pernah jumpa dan bagitau dia… tapi apa yg aku solve dulu tu memang tak jadi jugak… mmmm… surrender…

seterusnya.. aku review portal baru yg vendor design.. buat catitan sikit pasal perlu atau tak perlu sesuatu itu digunakan… tapi aku nampak dah cadangan yg mana aku rasa aku sendiri yg akan buat nanti.. cuma kena confirm dengan team portal la supaya tak clash info dan design… termasuk table mana yg dorang ambil dalam db tu… fuuuhhh…!!

pukul 11.30.. meeting tu dah abis.. aku rasa sebab tak ramai ahli jawatankuasa yg hadir.. meeting diteruskan dengan ajk yg hadir saja.. so.. cepat la abih… aku pun terus masuk… nak kemas dan simpan balik notebook dan lcd… tapi sebenarnya nak sambar sandwich, air dan kuehtiaw… lapor wooo.. dari pagi tak makan.. breakfast kat rumah pagi tadi dengan 3 bijik telur suku masak.. tu pun sebab anak aku tu tak nak makan… bisa gemuk aku kalau hari² gini… berat aku pun dah naik dah hampir 2 kilo dah ni… hisshh..!! kat bilik meeting tu.. aku tengok ada pai.. pai apa entah… aku ni bukan jenis yg suka makan pai.. pai epal.. pai nenas… pai popai… so.. aku taktau rasa cemana… aku cuba makan sandwich tuna je.. aku rasa aku termakan 12 potong sandwich… errr… termakan ke..?? hehehehee….

belah petang selepas solat zohor… aku sambung balik review portal… termasuk test dan crash… memang masih ada masalah… terus aku report kat team portal vendor… tapi tak banyak yg kritikal… semua pasal link error.. then ex-3rd boss aku datang… dia tanya pasal masalah markah dan kredit dalam transcript ada masalah… ya.. aku memang perasan perkara ni… dan dah report pada SA vendor awal pagi tadi.. tunggu feedback dari dia je.. masalah ini berpunca daripada perubahan yg dilakukan oleh staf… memang masalah.. so sistem kena perbaiki lagi supaya tak berlaku lagi.. takpe laaa… petang esok meeting dengan vendor berkenaan dengan modul exam.. banyak yg aku, ex-3rd boss dan officer aku nak highlight ni… tadi pun SA vendor dah call.. dia akan explain esok… untuk buat checking dan editing…

The Migraine Revolution 2..

Hari ni kepala aku dah sakit… dari atas kepala belah kanan hingga ke pipi kanan… kalau sentuh rasa perit dan sakit yg tak dapat nak dinyatakan dengan mata kasar… agaknya semalam aku tidur lewat.. pukul 2 pagi… tapi sebelum tu lagi dah sakit.. adoii.. ia menyerang kembali… padahal seminggu dua ni takde la pressure ape pun.. rock balada cam biasa.. kenapa pula boleh muncul secara tidak disangka..? mmmm…. baru kejap tadi aku pekena panadol actifast… mudah²an ia akan berkurangan.. so… sepanjang pagi tadi… aku banyak rehatkan diri… kerja pun cam paham keadaan aku.. tak banyak sangat pula hari ni yg problem… team vendor dah settlekan masalah dorang…

hari ini hari kedua abah aku stay kat rumah… semalam makan kat rumah.. tengahari tadi aku bawa abah aku lunch kat restoran Beriani Gam Ghazal kat Bandar Baru Bangi… lepas makan aku drop abah aku kat rumah mertua aku kat serdang… tinggalkan dia kat situ… lepak dengan besan dia… then aku balik ke opis…kepala masih terasa bahang kesakitan… petang ni nak drive ke KLIA pula.. abah aku balik flight malam nanti.. takpe laa.. aku hantar abah aku sorang je laa.. anak isteri aku tinggal kat rumah… kang bawa anak² yg tengah lasak ni.. mereng kepala aku dibuatnya nak kejar sana sini… hehehh.. dah la sakit semacam je… tak pasal² kena sedas dua cubitan rock aku… anak² aku memang phobia dengan cubitan aku ni… tapi lebih baik sikit dari kena hanger kat wife aku.. kekekeehhh…

adooiii… rasa cam nak baring je.. tapi hari ni syukur… emel department aku yg dah setahun aku tak boleh buka tu dah boleh buka kembali… tu pun sebab aku suruh admin emel delete abih semua isi kandungan emel yg penuh dengan macam² mende tu.. sebab dah lebih quota.. then aku suruh reset password sebab partner aku yg handle emel ni dulu memang tak ingat dah password apa… aku tak kira.. kena start dari fresh.. lepas ni aku akan enable balik emel department untuk public.. yeeeehaaaaaa…!!!! i’m free…!! i’m freeeeeeeeeeeeee…!!

errr… cemana pun.. kena balik awal hari ni… balik mandi, solat dan bersiap… then ke KLIA…

Temuduga dagu dugi…

Bangun pagi.. badan rasa letih… petang semalam aku makan nasi kul 6.30 petang… lepas tu aku pi ambil abah aku kat subang.. rumah adik aku… then dia ajak makan lagi… ayam kampung… daging kicap… ayam goreng.. ulam… gulai udang.. whoaahh.. kenduri betul adik aku tu.. syukurlah.. sempena abah aku ada kat sini.. heheheee… lepas tu lom sempat rilek abah aku kopek durian pulak… durian bangkok.. mak aihh.. sebijik tu je.. ada beberapa ulas yg penuh dgn isi.. bijik kecik je.. aku cuma dapat rasa 2 ulas… tak larat dah… malam tu sampai rumah.. lepas borak ngan abah aku sejam dua… terus tidur dalam kepanasan..

Hari ini… aku check emel cam biasa.. ada emel dari admin portal… dia kata dia dah ubah page portal untuk interface student.. aku check ada perubahan… lebih spesifik.. tapi.. semua link ada error.. dah berlambak pulak emel dari student yg login dapat.. tapi takleh view result… itu tak termasuk yg lupa password atau takleh login.. dahhhh.. berlambak lagi emel aku… adooiii…. aku terus report kat admin portal tu..

10 minit kul 9… aku pi bilik IT officer.. bila aku tanya rupanya dia lom prepare nama dan senarai serta dokumen resume semua pemohon sambilan IT… adooiii… sabor je laaa… aku terus ambil dokumen tu.. terus pi photostat.. minta dia buat satu senarai check list… then tengah kelam kabut tu.. nak susuh lagi.. nak copy lagi.. nak staple lagi… macam² hal.. ini yg buat aku hangin bila buat kerja last minute ni.. padahal bukan kerja aku dah… bila aku naik bilik meeting untuk temuduga tu.. 2nd boss yg jadi chairman interview dah membebel dah.. akuuuuuuuuuuuuuuuuuuujugak yg kena… hangin.. hangin… dia kata inilah attitude orang melayu buat kerja… last minutes.. aku ingat nak nyampuk.. tapi sabor je laa. officer IT aku dah boleh duduk sebelah 2nd boss.. aku je yg susun paper resume tu semua ikut giliran… ingat rasa hati nak je aku membebel yg kerja ni sepatutnya kerja pegawai laaa.. aku yg tengah kerja banyak ni masa pi tanya dan buat ni pun supaya tak nampak mengong sangat… takpe laaa… aku terima… janji aku ada usaha… lepas ni… okey dokey…

interview yg sepatutnya start kul 9 pagi dah start 9.30.. sebab 2nd boss dok membebel lagi pasal attitude kerja staf department aku… semua sekali kena.. termasuk masa buat persediaan untuk pra audit ISO hari tu.. semua diam membisu sambil tersenyum kambing.. memang betul pun kata 2nd boss aku tu.. aku setuju sangat… termasuk dengan aku sendiri pun aku rasa aku dah maleh dahhhh… bila kita bantu.. tolong.. offer… dah jadi tugas kita la pula… bukan bantu namanya.. dah jadi tugas perlantikan tanpa didugadagudugi dah.. kemudian… interview start… hari ni ada 6 orang yg datang dari 9 orang… ada sorang tu dean list 3 semester.. fuhhhhhh… temuduga hari ni… nak cari 2 orang programmer sambilan untuk unit IT… untuk bantu officer IT aku tu… aku pun taktau apa perancangan dia.. let him decided… aku punya kerja.. masih banyak… dan bertalu²… fikirlah apa yg nak dibuat dengan pekerja sambilan tu.. aku taktau apa jadi dengan mereka berdua kalau programmer kontrak tempat aku dah approved oleh HR.. kecoh tu wooooooo… ape pun.. aku serahkan kepada management… kesimpulannya… pemilihan dah dibuat… temudugadagudugi telah beres…

tengahari… aku balik rumah… wife aku masak untuk abah aku… borak² dengan dia… then ke opis semula… emel makin berlambak.. tak tahan dah aku.. ape pun… lepas aku sandarkan diri kat kerusi.. tarik nafas… aku imaginasi cam aku ni ada kuasa superman… aku buat semua kerja tanpa hiraukan keadaan sekeliling.. tanpa mengangkat telefon… biasa laaa… kalau tak aku akan jadi supermute… lagi haru… syukurlah.. hari ni beres semuanya… fuuuuuuuuuuuhhhhhh…!!! lega…

Return top

ADI BLOG

Aku tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.