Seram sejuk…
- April 30th, 2005
- Write comment
Sampai je opis pagi tadi… aku check emel… lega… 2-3 problem je yg aku terima.. telefon ada la dalam 3-4 orang.. itupun boleh settle masa tu juga… tepat pukul 9 pagi.. ada orang call… salah sorang programmer sambilan yg datang untuk interview dah sampai.. aisehh.. aku yg set hari sabtu pagi.. aku pula yg lupa.. nasib baik urusan pagi tadi dah selesai.. so aku cari semua pegawai takde… officer IT aku pun takde.. aku kena teruskan juga laaa.. tengok pada sijil², transkrip, knowledge, personaliti fuuhhhhh… respect gila aku… first class honour woooo… banyak xp dalam development online sistem.. tapi dia banyak buat open source… kalau la aku jadi pengarah IT… aku dah ambil dah budak tu jadi SA (System Analyst).. bukan programmer lagi… ye laa.. sekarang ni kerja bidang IT terlalu banyak persaingan… kena start kat level memana dulu… aku ingat aku nak submit la dia punya resume ni kat bahagian HR.. suruh hantar kat memana fakulti atau ptj yg masih belum ada SA… tapi aku takleh lama²… budak pompuan la katakan… pakai tudung labuh.. confident… berani… aku pula jadi takut… so.. aku tak tanya banyak pasal background dia… just tanya pasal xp.. skop kerja kat sini.. dan beberapa isu yg sepatutnya aku intro kat dia.. tapi dia nampak confident… takde tanya banyak pasal kerja dan gaji… asal ada kerja untuk menimba ilmu dan meneruskan perjuangan di dunia IT… cemana pun aku tak leh janji apa²… akan test 4-5 candidate lagi… fuuuhhh…. apakan daya.. aku hanya programmer…
selepas inteview… aku balik ke opis.. officer admin aku panggil.. dorang ni baru je lepas 3 hari godek bengkel ISO.. semua dah gabra abis dah.. tanya aku samada boleh buat overtime ke idak..? overtime..?? mmmm… istilah aku bukan overtime… tapi aku sendiri yg akan datang… dah setahun lebih dah aku tak claim overtime.. aku rasa total yg aku boleh dapat dalam masa setahun ni lebih RM2,000.00… ye laaa.. bayangkan total masa berbayar aku sebulan ialah RM200 – 300… so…???? takpe laaa… ilmu yg aku dapat di sini… kursus yg aku dapat di sini.. besar ertinya untuk hidup aku.. sebab tu aku tak pernah bersemangat nak claim overtime walaupun borang tu bebila masa aku boleh download… lagi satu.. kekuatan aku kerja tanpa claim ni.. terletak pada big boss aku… kerana dia… aku di sini.. kerana dia aku dapat apa yg aku perlukan di sini.. let’s rock with it.. aku janji tengahari esok lepas lunch aku datang untuk kumpulkan semua document tu.. so.. malam ni aku kena buat satu script dalam web yg boleh access secara berhiraki… esok atau lusa aku akan upload dan test… semua officer dan staf boleh access dokumen secara online… yeaahh..!! tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii… apa yg nak di access..?? apa tajuk atau bahagian modul, garis panduan, manual kualiti etc yg sepatutnya aku set up kan..? aku dah minta sebulan lebih dah.. takde feedback langsung… ini yg payah ni…. takpeh laaa.. esok aku akan cuba bantu sedaya mampu.. tak siap sekalipun aku datang la lusa walaupun lusa tu hari PEKERJA… demi tugas dan tanggungjawab… officer aku dah panik dah.. sebab pengumpulan bahan tiada siapa yang ambil incharge.. walaupun tugas tu diberi pada aku suatu waktu dahulu.. tapi sebab aku tak terima apa² dokumen sepanjang ditugaskan.. aku serah kat orang lain la pula.. kang aku yg kena kangggg… dari aku kena lagi mende yg bukan tugas aku sebagai programmer.. (mengumpul bahan pengurusan)… baik aku buat tugas aku yg sepatutnya.. (jaga sistem, support problem, troubleshooting etc..)
tidak perlu gusar dan tidak perlu toya… jiwa aku sekarang ni dah kebas dek bahan management… aku terpaksa letak no. 2… kerja aku yg utama ialah IT.. yg mana tiada seorang pun kat department aku mampu lakukan.. sebab dah jadi rojak wondek… kalau la aku takde… kucar kacir sebab kerja aku ni memang takde dokumentasi.. heheheehhhh… semua dalam kepala… kalau nak tau.. kena guna USB version 7.3… sambung kat telinga aku dah download… kekekeekehhh… aku sendiri pun taktau cemana nak start dokumentasi… dari server, l7, firewall, switch.. dari oracle, infra, portal, sistem, apache setup.. dari part database, hardware, portal, sistem, web… semuanya berulang.. tetapi mempunyai penyelesaian yg berbeza.. hingga la masuk bab integration dengan bursar, smartcard, library, bank, korporat, kementerian, kedutaan.. masuk pula pelawat.. student.. staf.. lecturer… pengarah²… jawatankuasa senat.. jawatankuasa pengambilan… jawatankuasa fakulti… teknikal.. ICT… wacchhaaaa..!!!! WAACCHHHAAAAA…!!!!!!
tak boleh fikir dah.. aku dah sakit kepala… adehhh..!! addeehhhhhh..!!!
dalam pukul 10 tadi.. network problem.. aku dah seram sejuk dah.. hari ni last day untuk submit markah bagi semua fakulti… addooiii.. bila telefon berdering² aku tak angkat dah.. aku tau.. ramai orang buat last minute… tentu takleh login tu.. bila aku check.. ada masalah dengan network di beberapa core switch… server web aku pun takleh access… ape pun.. keseraman aku reda bila dalam pukul 11 lebih… semua ok balik.. baru angkat telefon lepas tu… heheheahahaha..!! addeehhhh…!!!!! tak tahan… tadi aku bergurau dengan PA big boss dan officer admin… aku kata next week aku nak cuti… padahal next week 3,4 & 5 hb ada buat audit dalaman ISO… panik habis officer aku.. PA big boss terus tanya big boss.. big boss pun dah terkejut.. dia kata sesiapa takleh cuti.. tapi sebab aku minta.. tentu ada sesuatu yg tak dapat dielakkan.. so PA big boss call aku kejap tadi.. dia tanya betul ke aku nak cuti..??? hehaahaha..!! aku cakap aku gurau jeee.. mmm.. terus kena sembur aku dek PA big boss.. takpe laaa.. tension cam ni pun kena buat joke juga.. kasi orang terkujat sikit… hehehehee… cemana pun.. kerja perlu diteruskan… semoga department aku berjaya hadapi semua keadaan untuk dapatkan kelulusan adequacy audit dalaman ISO tu next week… amin…