Archive for March, 2005

Malam Jumaat…. Syukur…

Leganya aku… pagi ni semua kerja aku yg tertangguh sekian lama siap dan beres… aku rasa hari ini ialah hari yg bertuah… aku tak pernah rasa lega camni…  syukur dan terima kasih kepada Allah S.W.T. yg Maha Esa… kerana memberikan sesuatu kebaikan kepada aku hari ini… walaupun ada meeting.. walaupun dorang kutuk aku sebab aku tak nak masuk tadi… tapi aku masuk juga sebab dorang perlu info aku… aku rasa takpe… dah kebas dah.. nak kata apa kat aku.. silakan… ada kuasa besar yg Maha Mendengar… aku akur… yg penting.. kerja yg tertangguh selama ini siap… syukur…petang.. aku dapat buat kerja aku sendiri untuk uruskan hidup… settle semua bil… sewa.. fuhh… lega lagi… malam ni LOST episod 3… tapi aku takleh tengok… sebab Bapa mertua aku ajak aku pegi tahlil dan yasin rumah sepupu dia… YB Datuk Azmi Khalid… isteri beliau telah pulang ke Rahmatullah minggu lepas… masa tu aku demam takleh pegi.. tapi malam ni aku kena pergi… insyaAllah… Allah berikan aku kesenangan hari ini.. dan aku akan pergi… iskk.. iskk… lagipun.. every malam jumaat aku memang amalkan baca yasin… masakan tidak… semoga dipermudahkan… amin…

Berita sensasi… Keletihan terkini…

Pagi… meeting berjalan dengan baik… banyak juga dapat keputusan yang lebih efisyen.. mentang² dah ada pegawai IT baru… heheheehh… tapi jangan sekadar cakap saja… kena buat jugak… anyway chairman punya keputusan memang aku tak boleh sangkal.. aku sokong sepenuhnya… walaupun dulu dia nampak frust dengan apa yg berlaku… tapi dia ada terfikir balik akan kenapa..? mengapa..? dan apasal..? jadi begini… aku pun turut sama ceritakan… so.. ada decision yang rock…

selepas 2-3 jam meeting… sedang aku menuju ke bilik… teringat akan report prestasi yang dah dipersetujui dari meeting tadi.. terus aku jumpa big boss… dia pun setuju… fuuuhhh..!! lega… tapi invois ni dia suruh simpan dulu… nak diskas next week dalam meeting management atas permintaan chairman project tadi.. wokeh… aku no problem.. tapi makin lambat proses.. makin lambat la payment untuk vendor… kang bising lagi ex-3rd boss aku.. iskk.. iskk.. apekan daya.. aku hanya menjalan tugas sekadar yg mampu… lepas je big boss sain report tu… ex-3rd boss aku call… dia suruh jumpa kat bilik dia segera… aku ingat apa.. rupanya project manager vendor dah ada kat situ.. officer IT aku yg baru pun ada gak.. so.. ada sedikit diskusi… aku angguk je.. dah letih dah dengan plan yang selalu dipersetujui… dalam kepala aku dok ingat lagi aku kena buat report diskusi tadi… pehtu kena buat satu form untuk semua officer isi dan sain tanda setuju apa yg patut… tapi tu laa.. planning punya banyak… tetiba.. aku yg disuruh buat.. aikkk..?? tapi kat situ jugak aku cakap… kerja ni bukan kerja aku dah… officer IT aku yg baru… aku pun chow… letih dah aku.. apa je kerja.. nak buat surat.. laporan.. cari bahan.. cari sumber… photostat… sain.. sakit pala.. sakit jiwa… aku je yg kena… mana leh tahan… mulai hari ni aku akan tak tahan lagi daaah… aku pun ada kerja dan task yg perlu dilaksanakan… staf lain dok tagih janji ngan aku… bila ntah aku nak pi settle problem dorang nun.. asyik meeting.. buat report.. buat itu ini.. tension aku… macam mesin pulak rasanya… officer IT dah ada… technician dah ada… aikk..?? bila masa lak ada technician…?? rupanya management aku ambil technician sambilan dulu.. anak sorang staf kat kampus ni jugak… sementara tunggu kontrak surat dari HR… berapa punya lama daaaa… sorang programmer… sorang technician… bila nak mai..?? aku dah mamaiiii….

petang.. aku habiskan masa aku buat laporan dan form tadi… bila dah settle… masa aku dok pass kat semua officer… aku terpandang satu surat dari HR kat pigeon hole aku… aku ingat berita gembira.. rupanya berita sadis.. Kursus Kenegeraan Biro Tatanegara woooooooo… wwwaaaaaaaaaaaarrrrrhhhhhhhhhhhhhhhh……!!!!!!!!! dah confirm aku kena pegi pada 7hb. April sehingga 11hb. April 2005… lepas je kursus tu.. 12hb. April hingga 14hb. April aku ada SQL/PLSQL TOT pulakkkk… wadduuhhhh…!!! letihhhh…!!!! lepas je aku lawat btn.gov.my… tengok apa program yg ada dengan kursus BTN ni.. waarghhh..!!! boring…!!! letih lagi..!!!! letttihhhhhh…!!!!!! LEEETIIIIIIHHHHHHHHHHHHHHH…!!!!!TIIDAAAAAAAAAAKKKKKKKKKKKKKK…!!!!!!

Diserang musuh tradisi…

Ya… betul… sejak minggu lepas aku diserang oleh musuh tradisi… apa lagi kalau bukan sakit kepala, batuk, selesema dan demam… 4 sekaligus.. waduss..!!! semalam aku MC… sebab air hidung aku tak henti² mengalir seolah menangisi akan semangat aku yang nak pergi kerja… bila keadaan camtu aku tau yg aku takleh concentrate lam meeting ISO… so aku MC je laaaa… hishhh..!!! hacchuuummm..!!!! cemana pun.. musuh ini ialah musuh baik.. hehehh.. tanpa sakit demam ni.. kita tak tau sistem pertahanan badan kita cemana… selalunya kitaran hidup jugak.. sel lawan penyakit akan aktif… kalau boleh baik tu syukur.. kalau tak baik² tu… haaaaaaaaaa…. jaga²…. apepun sakit ni adalah penghapus dosa… dosa kecil… amin…

hari ni lega sikit… tapi suara aku sengau.. ada intonasi suara vokalis mat indo… macam penyanyi kumpulan DEWA… rasanya kalau aku nyanyi sekarang ni ada la iras² suara dia… sayangnya.. aku bukan penyanyi.. tapi pemuzik.. yeahhh..!!! rasa bangga dan syukur tetap menyelubungi diri… sebab aku ada kelemahan… dan ada kelebihan.. hehehehhh… hacchuuummm..!!!!

sepanjang pagi aku uruskan masalah hidup.. kad kredit aku tu haaa… masa apply tahun lepas maybank kata free annual fee selama 3 tahun.. tapi awal tahun ni aku dah kena.. aikk..?? takleh jadi ni.. aku dah contact maybank bulan lepas.. dorang kata dalam proses.. tapi aku bukak maybank2u hari ni.. takde perubahan pun… cam tu jugak… iskkk… aku call service centre tadi.. dorang suruh aku buat laporan… fax.. aku terus buat.. tapi satu je perkara yg aku rasa ‘budus’… masa aku call tu aku bagitau aku kena interest… aku ingat interest sebab bayar lambat.. rupanya interest baki yg aku lom abis bayar.. waduss..!! malu…!! sendiri mau ingat laa.. tapi tak tau sebenarnya… wife aku gelakkan aku bila aku cite kat dia masa lunch tadi.. ye laaa… aku selalunya bayar terus… kalau aku kredit hari ni.. esok lusa aku terus bayar… tapi baru aku teringat januari lepas aku beli videocam… bakinya lom abis.. wahahahaaa..!!! ape pun.. aku nak balik annual fee yg aku dah bayar tu… mintak balikkkk…!!!!

petang.. meeting yg mengerikan sambung lagi.. ISO… tapi aku masuk lambat.. sebab jumpa 2nd boss.. aku ingat kena bambu dah aku.. rupanya dia ok… ini pasal nak diskas prestasi vendor dengan projek yg aku buat.. ape pun.. dia tak boleh bagi keputusan… dia suruh aku conduct satu meeting esok dengan semua pegawai.. waduss… tak kusangka jadi begini.. aku ingat kalau dia setuju tadi terus aku proceed kat kerani kewangan… proses terus untuk bayaran… iskk… sabor je laaa…

tengah nak naik bilik.. aku singgah pigeon hole.. ada surat.. lain macam je surat.. tapi aku tau.. bila nampak je tulisan nama aku tu… aku dah agak dah.. from my dad..!!! lepas baca.. rupanya mak long aku… kakak mak aku nak kena operation dengan segera pada pertengahan april nanti… lagipun sebab dia staf gomen… jpa lambat nak keluarkan bayaran tu kat hospital.. kerana bahan yg diperlukan tiada dalam hospital kerajaan.. ada kat hospital swasta… so kena bayar dulu laaa.. so.. abah aku tanya kot boleh bantu sikit… insyaAllah… aku terus call abah dan ibu.. lepas borak ngan dorang.. menurut khabarnya kalau lambat operate.. akan lumpuh.. sebab ada kena mengena dengan tulang belakang… aisehhh..!! cemana pun aku confuse… ada peristiwa yang tak dapat aku ceritakan pernah berlaku antara mak long dan adik beradik dia… termasuk atuk dan nenek aku… yang betul² buat aku tercengang… kenapa boleh jadi camni..? aku cuba positifkan diri…

ape pun.. aku terus ke bilik meeting.. ada problem la pulak… lcd kejap padam.. notebook kejap padam.. sebab bateri tak sempat caj bebetul… ini sebab soket kat lantai ada problem.. frust aku.. masalah besar ni… apabila wayar atau kabel just masuk bawah karpet.. kalau dipijak.. digelek… diguling.. rosaklah ia… apa nak jadi ni..?? letih aku… letihhh…. dah la wireless takde… still berselirat lagi kabel… adoii.. letihhhh…… aku ni baru nak baik dari serangan musuh tradisi ni.. kang makin kronik… wadussss…!! permisiiiiii…!!!!

Plan A tak jadi… Plan B laaaaa…

Pagi tadi sedang aku berfikir design database access untuk dokumen² ISO yg nak dibuat…  3rd boss aku panggil… dia kata emel dia tak boleh login… apesal pulak..? tetiba aku teringat semalam officer admin ada bagitau pasal PA big boss nak masuk report SSM… perlu id 3rd boss… agaknya dorang pi tukar password SSM tu… terus password emel 3rd boss aku turut bertukar… aku contact member yg jaga sistem SSM tu… dia kata memang la password emel tu related dengan password sistem SSM… mmmmm… takleh kata apa laaa… aku pi jumpa PA big boss… panik dia coz dia taktau password SSM tu sama dgn password emel… gelabah abih lerrr… aku ngan dia terus diskas ngan big boss.. big boss aku suruh cover la apa yg patut… pastu aku rename balik password asal… then aku reset… pi balik jumpa 3rd boss… settle… tapi… aku tak cite apa yg berlaku… sebab aku tengah pening kepala… mana satu aku nak cakap… baik aku cakap password dah reset… takyah nak jawab apa²… kang pening lagi… aku pulak hari ni dah rasa nak selesema dah.. sakit tekak… hidung berair.. mata merah… alamak… seminggu dua la aku akan jadi ‘sengau’…
 
pukul 9 pagi… meeting projek lagi… perbincangan hari ini tidak serancak biasa… lebih spesifik… lega aku.. selalunya adhoc… menaikkan metabolisme… dan pembakaran kalori yang teruk… tapi aku dah terbiasa termenung… aku takde buat catatan pun… sepertimana selalunya aku selalu tak sempat nak mencatat… biar je laaa… tak lama lagi nak hand over… biar IT officer yg uruskan… tapi aku tengok officer IT aku yg baru tu still blurrr… sudahhhhh..!! tapi takpe… baru je tadi aku sent semua dokumen, borang, manual sistem untuk rujukan… harap pasni dia dapat study dan concentrate… aku bulan april ni aku cadang nak hand over dahhhh… tak tahan woooo… tengah nak buat support dan teknikal ni.. kena ISO lagi.. tetiba kena revision balik sistem nak demo ni… mana ada masa… sekarang ni pun dah 3-4 kali plan untuk demo tak menjadi… sangkut dengan ISO… tugas.. support… teknikal… isskk…
 
apa jadi ngan plan nak design database access untuk ISO tadik..?? alamak… dah takde semangat dah… letihhh… next week je laaa… apa pun hari isnin… ada presentation ISO kepada advisor dalaman… aku dah pass segala dokumen ISO yg aku backup kat online… aku ingat nak MC… kalau la aku confirm selesema tahap gaban ni… heheheheee…. mencari la dorang… gerenti kelam kabut… tapi takpe… baru je tadi sambil meeting aku dah buat satu guide line cemana nak dapatkan segala dokumen yg aku dah save dalam pc tu secara online… mana la tau aku bebetul MC… aku dah selamat dah… semua data & dokumen dah ada lam tu.. kira cam plan B la ni…

Sesuatu yang perlu diteruskan…

Dekat seminggu kepala aku dok rungsing ni… bila aku kaji punya kaji.. rupanya pasal invois projek fasa 2 yg belum proceed lagi kat department kewangan… pagi tadi.. selepas aku settlekan beberapa tugas… aku tarik nafas panjang… aku terus ambil invois dan particular form tu dari officer IT… then aku sain… tapi kat bawah sain tu aku tulih nota sikit.. bahawa modul yg dah siap tu belum sempurna.. perlu CRF dulu baru sempurna.. aku sain sebab mengikut keputusan jawatankuasa pepandu.. habih cite… baru tenang sikit hati aku… then borang lain pasal prestasi tu aku buat cam biasa.. ikut cam borang fasa 1 dulu tu… then lepas aku sain aku hantar kat PA big boss… minta dia inform big boss bila masuk nanti… selain pada tu.. aku juga proceed beberapa dokumen projek yg akan dibuat selepas ini… dah lama dah tertangguh.. hehehh…

petang… big boss panggil aku… aku dah agak dah.. mesti pasal report yg aku hantar tadi.. kan memang betul… dia sain segala particular form pasal bayaran… tetapi dia refuse nak sain report prestasi… dia suruh aku diskas dengan chairman projek.. sebab dia risau akan timbul masalah bila vendor nak sambung projek ni nanti… ape pun aku cakap terus terang… nasihat dari pengarah kewangan dulu.. report ni aku kena ikhlas.. jangan cover atau over… sebab tenggelam timbulnya nanti… aku yg akan dipanggil oleh tender board untuk explain dan present sekiranya masalah itu benar² timbul… yg mana ini la yg aku tak nak… so.. aku kena honest.. takpe laaa.. aku paham apa yg big boss fikir dan risaukan… aku ni pun satu.. patutnya aku diskas dulu dengan chairman.. nak letak tepi pulak… ini kes nak cepat sangat la ni.. dah malas nak sakitkan kepala kalau orang tanya.. vendor tanya.. ex-3rd boss tanya.. chairman tanya… jawatankuasa meeting tanya… cemana pun.. aku kena tunggu minggu depan… sekarang ni chairman cuti… minit meeting pun aku belum terima dari ex-3rd boss.. semua ini akan disertakan sekali dalam invois..

Satu lagi yg buat aku risau… salah sorang staf vendor cerita kat aku.. dia dengar orang cerita macam² pasal diri aku sekarang ni… nasib baik la dia tak percaya… sebab dia tau cemana aku kerja kat sini.. semua dok bergantung kepada aku… asal projek je aku.. asal portal je aku.. asal bayar je aku… asal tak siap je aku… asal integration pun aku… ape la..?? ada lagi… asal data je aku.. asal modul je aku… huuhh…!!! sabar…. biar lah apa orang kata… biarlah apa orang fikir… Allah S.W.T. Maha Mengetahui… aku kena kuat…  selepas ini.. ada 3-4 perkara lagi perlu diselesaikan… pasal CRF… training… Modul fasa 3… hand over process… etc…. iskk… bagaimana aku nak hadapi di kala mereka semua memandang serong kepada aku..? Ya Allah… aku hanya percaya pada KekuasaanMu.. bantulah aku… berilah petunjuk yg benar kepada mereka… tiada siapa di sini yang boleh membantu aku… aku masih menjadi bahan… masih menjadi orang tengah… yang betul² berada di tengah… tidak boleh ke kiri dan ke kanan… iskkk… takpe laaa… aku akan teruskan juga…

Cuaca panas dan isu panas…

pergghhh..!! semalam tak lena tido aku… teringat peristiwa petang semalam lepas aku balik dari opis… tetiba ex-3rd boss call… dia tanya pasal invois vendor tu.. dah hantar ke belum kat department kewangan… aku cakap belum lagi sebab big boss pun belum sain… tetiba…!!! guruh dan kilat sabung menyabung… machine gun bertalu² menembusi telinga aku… adoiii… apakah yg berlaku sebenarnya..?? lagipun bila aku tau masa borak lam telefon tu ex-3rd boss masih dalam meeting.. so.. ada la yg dah pasang telinga… aku sebenarnya tak sempat cakap yg invois tu baru je dihantar kepada aku khamis lepas.. jumaat big boss takde… isnin selasa aku kursus.. so semalam still lagi kat pegawai IT… cemana nak hantar..?? mmmm… sadis… tapi balik rumah semalam aku solat hajat… minta petunjuk dan kesabaran… tengah malam aku dapat idea mencurah²… terus aku on pc.. aku taip satu bentuk laporan tak formal… yg mana aku dah siap letak nama siapa yg patut aku hantar.. kira nak bagi semua yg sepatutnya termasuk vendor.. tentang kenapa aku buat lambat mende ni..? tak sengaja.. terikat dengan kerja lain… sibuk… tension… serabut… tapi aku susun sebaiknya agar mudah difahami.. aku rasa aku start mengantuk pukul 2 pagi… dan anak kecik aku pula agaknya malam ni aku pasang kipas.. memang dia kejap nangis.. kejap merengek.. tanpa aku sedar.. jam dah kul 3 pagi.. terus aku stop dan tidur.. baru boleh lelap..

anyway.. sampai opis pagi ni… sedang aku nak settle masalah yang dihadapi oleh salah seorang 2nd boss… terserempak la pulak dengan ex-3rd boss tu… lain macam je nampaknya… aku tau dia marah lagi kat aku dengan kes semalam… apa yg aku rancang semalam rasanya aku nak bagitau… tapi bila aku fikirkan… takpe lah.. buat macho je… aku try tegur dia… nasib baik dia biasa balik ngan aku.. aku khuatir.. dia bengang dengan apa yg berlaku… aku cuba sedapkan hati.. biar la lambat asal selamat.. sebab dokument tu aku yg kena tandatangan.. takkan sebab jawatankuasa setuju.. aku yg atas angin ni nak sain..? tak berani aku… semalam dia marah kalau aku tak setuju kenapa diam dalam meeting..? ye laa.. aku nak cakap apa lagi..? dah selama 2 tahun aku handle projek ni aku punya laporan takde siapa hirau… takde siapa endahkan… baik aku dok diam… dan buat apa yg aku mampu.. dah dorang semua buat aku jadi camni..? apa pun isu aku dengan ex-3rd boss diselesaikan kat situ… dan dia pun dah ok balik.. aku pun lagi ok balik… so.. teruskan dengan agenda berikutnya…

dalam kul 10.30… staf kewangan yang aku membebel tempohari naik bilik aku… dia cakap kalau nak buat upgrade atau ada mende nak beli.. proceed kepada pengurusan.. kalau takde duit boleh minta special budget… aku happy dalam slow rock… lega juga rasa hati sebab projek ni perlu untuk tingkatkan prestasi kerja aku dan juga kemudahan jabatan… aku angguk dan berterima kasih atas kenyataan dia… cemana pun.. aku masih samar… ada budget ke..?? dah la nak bayar kat vendor ni lebih kurang RM120K… budget projek pulak lebih kurang 100K juga… mmmm… takpe.. takpe…. aku cari quotation dari sekarang… proposal dah siap.. dah hantar sebelum raya tahun lepas.. tapi takde feedback… dulu semua marah kat aku coz lambat prepare proposal.. tapi dah prepare dan submit… dah 4 bulan dah takde dengar berita… sadis… takpe… biasa la tu.. aku dah biasa hadapi ini semua…

tengahari.. ajak wife aku lunch.. aku makan 2 pinggan hari ni.. hishh..!! tak senonoh.. ini sebab kebetulan hari ni aku tak breakfast.. dan kebetulan kat restoran tu ada ikan bakar cicah kuah asam kicap.. ditambah lagi dengan siput lala… apa lagi.. lalalalalalaaa la aku… hehehhh… syukur… rezeki ada di mana²…. lepas makan aku beli switch button central lock kereta.. sebab kereta aku dah 4-5 hari terpaksa tutup enjin dulu baru boleh buka pintu… so.. ambil anak aku anis kat tadika.. then hantar ke nursery… balik opis.. repair switch ni dulu… then masuk opis… lega.. huhh.. keluar abis peluh jantan aku tadik… dari depan belakang kiri kanan… hishhhh..!!! ye laa… nak hantar kedai asyik tak sempat je… alamak.. DVD player aku apa cite ehh..?? dah 2 minggu dah….. mmmmm…

Blurrr… and Brrrrrr…

Suasana pagi amat indah.. diselaputi jerebu… aikk..?? waktu pagi dah ada jerebu…?? apa nak jadi ngan dunia sekarang ni… bila hujan banjir… bila kemarau jerebu… apa pun.. inilah lumrah alam.. akibat dari kerakusan tangan manusia itu sendiri…

aku kat opis… seperti biasa.. dapat memulakan tugas dengan baik… dalam kul 8.15… aku call sepupu aku.. ada plan dengan dia nak pegi kat Pesuruhjaya Sumpah hari ni.. untuk signature borang sumpah anak dia yg nak buat pinjaman pelajaran Mara… aku jadi penjamin kedua… kenapa aku buleh jadi penjamin..? sebenarnya aku ni banyak kali dah tolak orang yg nak minta aku jamin.. baik yg dekat or jauh… tapi sebab sepupu aku tu aku kenal rapat dgn dia.. dan anak dia pun rapat dgn aku… dah kenal sangat… aku setuju.. lagipun sepupu aku tu pun bukan calang² orangnya jugak… so dalam kul 9 lebih dia sampai.. terus ke KL.. buat kat Mahkamah Tinggi area Dataran Merdeka nun.. kejap sangat rupanya.. ingat ke ada proses lain.. hehehhh.. lepas baca sumpah.. sign… blah…

balik dari KL.. singgah kat cafeteria kolej.. pekena nasi lemak dan peach tea ais… then terus ke opis.. dan bermula la gedegung gedegang… ada call.. ada emel… ada jumpa ngan staf yg ada masalah.. tapi tu laaa.. aku settle terus je kalau otak aku free dari tugas yg tak selesai… termasuk pc sorang staf tu yg dah seminggu tak boleh bukak IE… sebabnya ada trojan yg tengah gigit IE tu… lepas aku guna spybot… baru settle.. selain tu aku scan dengan AVG + upgrade.. 85 file infected… settle… lega…

petang… meeting ISO.. tapi sebab system yg banyak sangat mende nak diskas.. meeting ISO batal.. officer terpaksa buat meeting untuk diskas pasal sistem… dalam dok diskas tu.. aku masuk lambat.. saje je.. then pegawai IT baru kejap datang.. kejap call.. suruh masuk… aku sebenarnya malas dah nak masuk.. tapi bila fikir kang apa kata officer aku plak.. bila aku dah siapkan aku punya profile untuk hantar kat big boss.. aku terus ke sana.. waduhh.. sejuknya bilik meeting tu.. terpaksa la aku menahan sejuk sambil jawab apa yg patut lam meeting tu.. pegawai IT baru still blurrr… banyak benda dia tak paham kat sini… kesian gak kat dia… hampir 2 minggu kat sini.. satu mende pun pasal sistem dia belum paham.. yg dia study tu just flow dan proses mengikut FRS saja… bila go to development dan design.. blurrr… kejap² dia tanya… minta tolong aku explain.. tapi tu laaa.. aku kekadang sibuk.. banyak kali dah plan nak sit down diskas dengan dia tak  menjadi.. sebab aku terpaksa buat keje aku cam biasa.. support n rock n roll.. lebih kurang sejam lam bilik meeting.. aku tak tahan dah… dah 3-4 kali aku masuk toilet untuk buang air… dah la tadi sebelum meeting start aku dah teguk sebotol air mineral.. memang lancar je laaaa… yg buat lebih sejuk.. hujan turun… Syukur.. hapuskan jerebu itu..!!! aku pulak terpaksa beredar coz tak tahan dah….. baik aku dok lam bilik untuk panaskan badan… huuuuhhhhh…!! sejok woooo… kursus 2 hari semalam pun gitu gak.. aku hampir beku dah… tangan aku sejuk cam daging lam peti.. bila aku salam ngan instructor dan peserta.. semua terkujat.. ye laaa.. aku kan mamalia berdarah sejuk.. kekekeehhh..!! lepas ni kena masuk bilik meeting balik.. tunjuk muka lagi… otak aku dah merewang jauh dahhh…

Kursus Internet Search…

kursus ni.. aku tak paham apa²… memang la pakai browser dan guna search engine.. tapi konsep dan strategy dia tu.. lebih sesuai dengan administrative level.. bukan teknikal or IT.. tapi sebab ia kena involve strategy map… source collection… design… sebab tu agaknya dorang ambil orang IT tu…

anyway… hari pertama semalam.. semua berjalan lancar… kumpulan aku dapat pujian dari instructor.. tetapi hari ini… aku present… memang aku rasa cam hampeh…!! sebab aku tak prepare.. aku pakai balun je on the spot.. mana leh tahan.. semua orang attack aku tanya macam²… ape pun aku boleh jawab… cuma design dan tajuk report yg team aku buat tu je yg slack..!! kumpulan aku ambil masa 1 jam untuk perabis presentation.. semua team aku turut involve untuk bantu aku yg dah hampir beku kat depan dewan.. brr..brrrr…. ape la urusetia nih.. bukak aircond cam rasa dok lam peti ais… hishhh..!!! nasib baik ada orang cover… hehehehehhh…

totally… kursus ni buat aku rehat dari urusan kerja yg dah peringkat ‘drunken master’ ni… ini la yg buat jadi best.. kalau ikutkan kursus.. tak berapa sangat… anyway.. bila aku singgah opis hari ni.. lega.. ada satu surat jemputan… 12-14 april nanti ada kursus lagi… yahooo..!!! kali ini Introduction to SQL/PLSQL plak… modul Training of Trainers (TOT).. janji rock..!!!!

Over Time sendiri…

Buat Overtime… ada hal mustahak… 21 & 22 aku berkursus… Internet Search.. so kena settle kan beberapa urusan.. yeeahh..!!

Family Day di Sunway Lagoon…

Hari ini ada family day department aku kat Sunway Lagoon… aku tak pernah jejak pun kat situ sejak aku lahir… inilah kesempatannya… yg lebih best.. ex-3rd boss aku yg sponsor semua staf dan family… fuiyoooo…. dasat… terima kasih puan….

Aktiviti kat sana ada game… dan aktiviti bebas… ini yg best ni… ape pun.. aku cuma bawa wife dan Anis saja… Aida aku tinggalkan kat rumah nenek.. lagipun dia kecil lagi dan tengah lasak.. payah aku nak control dua orang… game aku cuma main satu je… masuk keluar gelung dan tiub getah… apa punya game daaaa….? tapi layan je la ngan semua staf… then lepas makan… aku bawa anis main kat ‘pantai buatan’ tu… aku sewa tiub besar tu.. RM5 deposit.. RM5 sewa… jadi laaa…. then bawa anis main air.. seronok kemain dia… teringat kat Aida pula… maybe next time bila datang ramai² dengan family boleh bawak dia pula… wife aku takleh enjoy sangat.. sebab dok layan borak ngan big boss dan ex-3rd boss serta officer aku kat Deck A nun…

anyway… kesian kat Anis… 2-3 kali terteguk air coz ‘kebodohan’ aku… sememangnya aku sentiasa mengawasi Anis… tapi masa main kat lorong air tu… aku duduk atas tiub dan ribakan dia… kayuh dengan tangan je… bila sampai kat air terjun yg sepanjang lebih kurang 5 meter tu… aku terkandas di tengah² air yg jatuh tu…. aku nak ke kiri takleh.. nak ke kanan pun takleh… terpaksa aku kayuh sekuat hati dari atas tiub tu… semput rasanya… baru boleh lepas.. air terus menerus jatuh atas kepala dia.. panik aku… nasib baik dia tak henti² sapu muka dia untuk bernafas… i’m sorry Anis… and promise… that incident will not happened again… aku rasa cam bodoh je masa tu… then kejadian kedua.. masa dia main gelongsor air yg tinggi tu.. tak sesuai untuk umur dia… tapi sebab dia semangat nak main… aku biarkan… kat atas tu dia turun awal sangat sebelum budak depan dia sampai bawah… so.. dia turun dan jatuh dalam air… tenggelam terus… cuma nampak hujung kepala saja… aku lambat 3 saat untuk angkat dia sebab budak depan dia yg jatuh dulu tu hadang aku dengan bapa dia sekali… tapi dah lembab sangat aku tepis kepala anak dia dan meluru ke arah Anis… bila aku angkat Anis dia dah hampir lemas… terbatuk² dah…bapa budak tu pun bengang dan pandang je aku… aku tak kisah nak gaduh… aku pun bengang jugak sebab anak aku kecik lagi kalau nak banding ngan anak dia… guna otak la sikit… bagi ruang untuk aku sambut anak aku… aku terus takde mood.. rasa cam bodoh je nak gaduh kat kolam budak… tapi lega la coz dia blah… aku pun blah… aku ajak Anis naik.. tapi dia nak main lagi… aku terpaksa pujuk dia sampai dia boring dah ngan pujukan aku… so bila aku naik atas deck… wife aku leka borak lagi dengan semua yg ada.. aku suruh Anis tukar baju… then bersiap balik… takde mood dah aku… wife aku wonder kenapa aku camni… tapi dia tau ada mende la tu yg berlaku tadi tu… dalam kereta on the way balik tu aku ceritakan semuanya… baru lega rasa hati… next time… nak main air… aku kena lebih hati²… sampai rumah.. aku peluk Anis dengan erat… i’m sorry…

Return top

ADI BLOG

Aku tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.