Errrrkkk.. tarikh yg sentiasa menjadi bualan hangat manusia sejagat… tapi sebagai umat Islam.. kita wajib tahu… hari yg bertarikh hari ini ialah hari tradisi bagi penganut Kristian… bukan untuk kita… sama² kita jauhi dari perkara yg memesongkan aqidah…
Petikan dari www.bharian.com.my
Ada pelbagai versi asal asul Hari Kekasih . Pihak gereja Katholik mengenal pasti sekurang-kurangnya tiga paderi bernama Valentine @ Valentinus yang dikaitkan dengan mitos ini. Ketiga-tiga paderi ini menerima pengakhiran hidup yang sama iaitu mati dibunuh.
Versi pertama menceritakan mengenai St Valentine yang dikatakan sebagai seorang paderi yang berkhidmat dengan kerajaan Rom pada kurun ke-3 Masihi. Maharaja Claudius III mengeluarkan arahan melarang pemuda berkahwin dengan alasan pemuda bujang dapat memberi komitmen, taat setia dan khidmat yang lebih baik sebagai tentera Rom. St Valentine menganggap arahan Maharaja tidak adil. Lalu, secara rahsia terus mengahwinkan pasangan muda-mudi yang bercinta. Apabila kegiatan paderi ini terbongkar, Maharaja Claudius III memerintahkan beliau dihukum bunuh.
Versi kedua pula menyebut bahawa St Valentine dibunuh atas cubaan membebaskan tahanan beragama Kristian daripada kekejaman dan keganasan penjara kerajaan Rom. Sewaktu di penjara, dia bersahabat rapat dengan seorang gadis anak kepada pegawai penjara itu. Sebelum dibunuh, St Valentine menulis surat kepada kekasihnya itu dan menandatanganinya dengan ungkapan From Your Valentine.
Mengapakah 14 Februari dipilih sebagai merayakan perayaan hari memperingati kekasih ini?
Tanggal 14 Februari 269 Masihi adalah tarikh St Valentine dijatuhi hukuman mati. Lalu, untuk mengingati dan menghormati dirinya yang dianggap sebagai wira cinta, tokoh yang dikaitkan dengan sifat kasih sayang serta sanggup berkorban demi persahabatan, Pope Gelasius, pada 496 Masihi mengisytiharkan 14 Februari sebagai ‘St Valentine’s Day’.
Sejarah St Valentine telah lama berlalu walaupun masih terus diselubungi misteri. Namun, sesuatu yang pasti, sambutan Hari Kekasih ini berkait rapat dengan tradisi penganut agama Kristian dan kepercayaan masyarakat Rom kuno.
Sambutan hari memperingati kekasih tidak ada kena mengena dengan adat resam dan budaya Melayu atau tata susila orang Timur. Jauh sekali bersumber daripada ajaran agama Islam yang suci.
Malangnya, orang Islam pada hari ini, terutama remaja, hatta pasangan suami isteri, begitu ghairah dan tanpa usul periksa membudayakan sambutan Hari Kekasih dalam kehidupan mereka. Keseronokan ini disemarakkan lagi oleh pelbagai pihak yang mengambil kesempatan meraih keuntungan.
Renungi firman Allah bermaksud: “Orang Yahudi dan Nasara (Kristian) tidak akan senang kepada kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah, ‘Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar).’ Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti keadaan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.†(Surah al-Baqarah, ayat 120).
mmmm…. aku semalam terlupa ada meeting… kul 9 pagi.. nasib baik la meeting tu cancel… yg ada cuma nasi dan lauk je yg dah disediakan tapi tak jadi.. aku pulak dah makan kat luar… rezeki staf….. pehtu aku terlupa jugak.. yg petang tu kul 4 meeting yg cancel tadi tu dibuat balik… ganti la ni.. aku lupa.. dan buat² lupa.. officer yg conduct meeting ni bengkerk je ngan aku… ye laa… aku banyak buat teknikal punya keje hari ni.. aku settlekan masalah pelajar, staf department lain, dan 2-3 orang pemohon yg ada problem nak apply online.. lepas tu aku layan beberapa student yg ada masalah ngan data… ini keje aku… aku tak larat asyik nak duduk je lam bilik meeting.. abih aku punya produktiviti… pendek kata… memana staf teknikal yg selalu meeting.. sedangkan keje teknikalnya menunggu dan makin bertambah.. alamatnya tak berbuek laaa… nayooo… aku masih lagi waras… kerana aku fikirkan perkhidmatan aku perlu diteruskan dan diberi perhatian lebih dengan pelanggan… pengguna… pelawat…. tak termasuk pencuri yg mencuri kat opis aku hari tu… big boss pun takleh marah kat aku.. sebab aku dah cakap… banyak sangat meeting keje takkan siap.. sedangkan meeting pun asyik meeting mende yg tak siap² dan perlu banyak lagi proses untuk siap… ini kan pula keje yg boleh disiapkan tapi tak boleh siap²… siap la aku kalau keje aku tak siap… dan siapla memana yg buat aku punya keje tak siap… siap laaa…sekarang ni… aku dalam proses nak migrate penulisan aku ke dalam blog… my original version punya catatan dah recover balik.. pasni nak sewa satu webhosting… segala keje aku.. script aku.. source aku.. software aku… ilmu aku… jurnal… semua pasal apa yg aku buat… setakat ni… aku cuma pinjam server aku je untuk web… ni pun dah bape lama tak update… sebab tumpuan lebih kat keje.. hehehhh… anyway kalau aku boleh maintain keje aku… yg mana aku boleh refer setiap masa… lagi bagus… semua akan diabadikan dalam web tuh.. bukan sekadar blog.. bukan sekadar jurnal.. tapi kesungguhan… kegilaan… keilmuan.. apa yg aku alami.. apa yg aku rasa… apa yg ada.. dsb… ke dalam satu bentuk maklumat… cuma… aku taktau nak letak nama apa… nak letak hariini.net… ntah laaaa… ape nak boh title..? bebaru ni ada gak contact ihsan… dia anytime je tu untuk buat setup n configuration… kekekeekhhh… cuma aku je yg masih blurrr… menanti keje kat opis aku ni dah separate… dan aku boleh tumpukan pada bidang keje aku yg sebenarnya… termasuk keje yg boleh dikatakan untuk menimba ilmu yg tidak kesampaian… mmmmm…
alamak.. emel berlambak lagik lom balassss…