Archive for December, 2004

Detik akhir 2004…

Yeahh… hari terakhir untuk tahun 2004… esok dah masuk lembaran tahun 2005… ujian aku semalam berjalan lancar… aku harap aku lulus cemerlang.. sebab aku rasa aku dapat jawab 95% soalan esei.. dan 100% amali teknikal… aminnnn…

kat opis hari ni.. aku godek segodek² data student yg masih lom keluar dari report oracle.. kali ni aku guna script untuk update partron id student… cuba dan cuba.. keluar la pulak.. ape pun aku kena inform dba yg convert data ni ke library system… sebab student baru sepatutnya berada dalam group data ‘newstudent’.. tapi sebab dalam tu takde list keluar.. aku terpaksa hantar dorang dalam group data ‘replacement’… cemana pun aku tengah buat tadi laju sangat.. aku tak sure samada temp table library tu aku dah ‘kosongkan’ atau belum.. pakai commit terus je segala perubahan yg dibuat.. alamak..????

ape hal pun aku dah contact dba tu.. minta dia check dulu.. kalau lain macam… dia kena maklumkan balik kat aku.. hehehh… errrr… dah dekat kul 12 dah.. kena balik ni.. ada hal… tertinggal wallet… kekekekehhh…

di akhir kata of the rock..!! lembaran 2004 sudah hampir berakhir.. apa yg berlaku tahun ni banyak kenangan yg menyedihkan… termasuk tragedi tsunami… segala apa yg berlaku adalah ketentuanNya.. kita berserah sahaja dan teruskan hidup dengan lebih bersemangat… selamat datang 2005…

Peperiksaan kertas jabatan berjaya…!!

Yahooo…!!!

hehehehh… berkat dari doa.. usaha.. tawakkal.. akhirnya semuanya berjaya.. Alhamdulillah…. exam kertas 2 aku dapat goreng.. termasuk satu soalan yg aku tak tau langsung… pehtu aku guna teknologi rahsia untuk dapat jawapan yg taktau tu.. hehehehhh… semua beres…

aku excited sangat ni bukan ape.. selain dari dapat jawab kertas 2 teori… baru study 2 hari dan testing FreeBSD dengan zul kat YM.. tetiba hari yg ditunggu untuk test secara amali berdesup cam roket je dah beres… agaknya sebab ketakutan dan kegabraan yg terlampau… semua jadi cepat je.. dah la aku bazirkan masa selama hampir 40 minit coz dua pc yg aku guna memula tu problem.. lepas je install mesin tu keep restarting… akhirnya.. pc yg aku bawa sebagai backup ni jadi penyelamat.. lepas install.. configure.. tetiba aikk..?? dah settle.. yg pasti.. aku dapat siap dulu.. kekekeehhh… 2 lagi programmer yg guna win O/S… ada problem jugak… tapi aku taktau apa problem dorang.. hehehhh… aku nak bantu tapi kena buat report la pulak… dokumentasi pasal installation freeBSD…

errr… FreeBSD.. memang tak disangka… complete letak dns, ip, gateway, netmask, domain.. pehtu configure httpd.conf dan resolve.conf… reboot.. terus jalan… whoaaa… apache automatik dah up bila kita dah setup semua tu.. lepas aku ‘cp index.html.en ke index.html’…. aku test je kat pc lain.. dah on… so.. pemeriksa suruh aku buat report.. then balik… fuhh.. lega…

zul… malam semalam tu masa ko posting tu aku dah balik… ape pun tq very much… aku kena belanja ko ni.. bila ko free..? hehehh… terima kasih atas jasamu melayan kerenah aku kat lab with YM selama 2-3 hari… memang betul kata ko… open source kalau ada network.. semua jadi.. masa aku install sehari dua ni.. aku tak dapat complete ip, dns etc… tapi dengan apa yg ko tunjuk kat aku untuk test/run/stop apache.. configure beberapa file… dan check log… kira banyak membantu aku buat troubleshooting dan laporan… ape pun time kasih…

lepas ni aku kacau ko lagi… kali ni untuk ‘security issue’ pulak.. ehehehhhh… amacam..?? tapi ko jangan risau.. aku pun taktau aku ada masa ke tidak dengan FreeBSD ni… lepas ni rutin keje aku akan bz balik cam biasa.. ini nasib baik aku nak exam.. semua orang tak berani kacau aku.. tapi bila dah abih ni… abihhhhh aku…. mmmm… kalau ko dah settle ngan versi 5.3.. bagitau aku aaa..?? buleh aku try jugak… anyway… terima kasih jugak kat korang semua yg ada doakan kejayaan aku… aku hargai… terima kasih…

nak balik dah.. penat ngangkut pc… dah la kereta adik aku yg aku pakai buat pegi exam ni kena saman guard… coz takde sticker dan parking tempat kakitangan… nasib baik tak kena ‘clamp’… hehehhhh… esok kena gi opis keselamatan lerrr.. kena explain… iskkk… malam ni pegi Mines kejap.. beli printer punya usb cable… pehtu hantar rumah sepupu aku.. anak dia nak print something.. aku tak perasan printer canon yg aku belikan hari tu tak datang sekali ngan usb.. hehehhh… so.. malam ni kena gi hantar lerr.. esok anak dia nak submit kat instructor dia… mmmm….

adooiiii… walaupun penat tapi hati gembira… maybe for today.. and for all days… Wallahu’alam… balik dulu….

selamat rock..!!!

Bermain dengan FreeBSD…

FREEBSD… Feel FREE….Installation (Fresh)

1) Boot CD & skip kernel
2) Choose ‘standard install’
3) Partition – make sure hdd ada 1 partition saja… delete sebarang FAT format (A - to flag ‘C’, Q to quit)
4) Choose ‘standard MBR’
5) Partition – press ‘A’ for auto default, Q to quit
  – my partition
    C     root     1GB     /        FS

    C     swap    2GB     swap swap
    C     var      4GB      /var   FS
    C     usr      all        /usr   FS
6) Choose ‘X-developer’ – press ‘space’ & ‘OK’ (make sure all item is ‘X’), exit
7) Choose install from CD/DVD
8 ) Press OK after installation

Server Configuration (section 1)1) configure ethernet – NO
2) function network gateway – NO
3) configure inetd – NO
4) anonymous ftp – NO
5) configure nfs (server/client) NO
6) default security – NO
7) press OK

Server Configuration (section 2)

1) customize console – NO
2) time zone – YES (select time)
3) linux library – YES
4) usb – NO/YES (depend on tools)
5) x-server – NO
6) view application – NO
7) add user – NO
8 ) new password (set password)
9) visit general configuration – NO
10) exit install (take out CD & Restart)

Network Configuration1) ifconfig – check active ethernet
2) cd /etc – ee rc.conf (vi rc.conf) ee is the best woooo… that’s BSD for..
3) add line to ‘ ifconfig – [code for network card rl0/ed0] = "DHCP" or "ip address" '
4) Esc (save)
5) ifconfig r[code for network card rl0/ed0] down/up
6) shutdown -r now

Setup IP Server1) /stand/sysinstall
2) configure - networking
3) interfaces - select card - NO - NO
4) host
5) domain
6) gateway
7) ip
8 ) netmask
9) save
10) init 1 (exit)

dns, server IP can be configured at /etc/resolv.conf
allow access can be configured at /etc/hosts.allow
activate ftp/telnet can be configured at /etc/inetd.conf

Syslog Info1) check syslog - ps -ax | grep syslogd
2) /usr/sbin/syslogd
3) -kill [id] (can kill process)
4) configure syslog - ee /etc/syslog - enable (buang # pada line /var/log/all.log)
5) check log - touch /var/log/all.log
6) run syslog - /etc/rc.d/syslogd start
7) stop syslog - /etc/rc.d/syslogd stop

Apache Download & Install1) cd /usr/ports/www/apache2
2) make install (make install clean)
3) wait until finish
4) configure apache - ee /usr/local/etc/apache2/httpd.conf
    line >300 [put 'servername ip :80']
5) start apache - /usr/local/etc/rc.d/apache2.sh start / stop
6) check apache - ps -ax | grep httpd

NOTES

*********************************************************************
# - simbol ini akan dipaparkan dalam akaun root
% - simbol ini akan dipaparkan dalam C shell (/bin/csh)
$ - simbol ini akan dipaparkan dalam Bourne shell (/bin/bsh)
$ - simbol ini akan dipaparkan dalam Korne shell (/bin/ksh)
**********************************************************************

Ringkasan perkataan
csh - C shell
bsh - Bourne shell
ksh - Korne shell
GUI - Graphical User Interface
CLI - Command Line
inet - internet net
ppp0 - streamyx
rl0 - realteak network card

csh (default file)
- .cshrc
- .login

ksh (default file)
- .profile

bourne (default file)
- .profile

bourne again shell (default file)
- .bash_profile

GUI (Graphical User Interface)
- admintool
- solstice
- solaris management console (smc)

Change Password

passwd
Changing local password for root
New password:
Retype new password:

Compile Sound FreeBSD
find / -name GENERIC
cd /sys/i386/conf
ls
vi GENERIC

masukkan
options CPU_ENABLE_SSE
options USER_LDT
device pcm
:wq!

kemudian
cp GENERIC CONFIGFILE
config CONFIGFILE
cd ../../compile/CONFIGFILE
make depend
make
make install
---------------------------------------------------------

Compile & Install A New Kernel FreeBSD (Contoh: compile sound)
Mengandaikan kernel ialah CONFIGFILE
 
Method 1:
#cd /sys/i386/conf
#/usr/sbin/config CONFIGFILE
#cd ../../compile/CONFIGFILE
#make depend
#make
#make install
#shutdown -r now

atau

Method 2:
#cd /usr/src
#make buildkernel KERNCONF=CONFIGFILE
#make installkernel KERNCONF=CONFIGFILE

atau

Method 3:
#vi /etc/make.conf
Setkan KERNCONF=CONFIGFILE
---------------------------------------------------------------

Install Applications FreeBSD
cd /usr/ports/www/mozilla - contoh (web browser)
cd /usr/ports/multimedia/xine - contoh (wayang)
cd /usr/ports/net/gaim - contoh (chatting)

make;make install;make clean

atau

make install && make clean

atau

make install clean
------------------------------------------------

Configure Untuk Update The latest Version Applications FreeBSD
cd /usr/share/examples/cvsup
vi ports-supfile
untuk cari default host dalam ports-supfile
esc +/ type default host
delete CHANGE_THIS.FreeBSD.org
gantikan dengan cvsup1.FreeBSD.org

# cvsup adalah sama dengan cvs - dia akan sync dengan source yang ada dekat server
yang di cari iaitu dari 1 sehingga 18 server supaya dapat applications atau version
yang paling up to date untuk semua direktori dalam port.

masuk dalam direktori cd /usr/port/net/cvsup
make install clean
cvsup /usr/share/examples/cvsup
cvsup usr/ports/net/cvsup
tekan butang play
------------------------------------------------------------------------------------

Bagaimana Untuk Menjalankan Binary UNIX lain ke atas FreeBSD
Dalam kernel, masukkan arahan-arahan ini, dan compile

option COMPAT_SVR4 # binary compatibility with SVR4
option COMPAT_IBCS2 # binary compatibility with SCO and ISC
option COMPAT_LINUX # binary compatibility with Linux
option COMPAT_FREEBSD # binary compatibility with FreeBSD
option COMPAT_BSDOS # binary compatibility with BSD/OS
-----------------------------------------------------------------------------------------

Bagaimana hendak switch console ke console FreeBSDALT+F1 atau F[2,3,4,5,6,7,8,9,10,11,12]
--------------------------------------------------

Permissions

d - directory
l - link

-   rw-  r--  r--
type file owner   group   other permission

1 - execute
2 - write
4 - read

Contoh: 657 bermakna 6 untuk owner (iaitu 2+4=6/write+read)
       5 untuk group (iaitu 1+4=5/execute+read)
       7 untuk other permission (1+2+4=7/execute+write+read)
---------------------------------------------------------------------------------------

Edit MOTD (Message Of The Day)
cd /etc
vi motd (esc,:wql,enter) @ ee motd (esc,leave editor,save changes)
------------------------------------------------------------------------------------------

Nak configure IP
/stand/sysinstall
configure --> networking --> no --> no --> exit secara GUI --> init 1 --> exit
-------------------------------------------------------------------------------

Nak disable IPv6
vi @ ee etc/rc.conf
cari IPv6
tambahkan simbol ini #
---------------------------------------

Nak tambah user
/stand/sysinstall
configure --> user management --> exit
--------------------------------------

Nak buang user
rmuser -y namauser
----------------------------
Nak disable @ enable ftp, rlogin dan lain-lain yang lebih kurang sama
vi @ ee inetd.conf
tambah(enable) atau buang(disable) simbol #
---------------------------------------------------------------------

Nak tukar maklumat pengguna
chfn
---------------------------

Command
ifconfig -a =mencari maklumat
ip@network
---------------------------------------------------------MAKLUMAT TAMBAHAN

User & Web
dengan adanya webserver Apache pada server anda.. anda boleh wujudkan web user dengan cara mewujudkan direktori 'public_html' kat dalam home direktori server anda, ini kerana secara 'default', Apache akan mencari fail utk web (index.html) dalam direktori tersebut... l
kita pelru tukar mode untuk direktori home tersebut supaya membolehkan webserver membaca fail web dari akaun anda...

contoh :
[id_anda@serverku /home/users]$ chmod o+x id_anda

tapi sebelum tu ikuti contoh langkah2 ini :

[freebsd@serverku ~]$ cd adi
[freebsd@serverku ~/adi]$ mkdir public_html
[freebsd@serverku ~/adi]$ cd ..
[freebsd@serverku /home/users]$ chmod o+x adi 

letakkan / uploadkan semua fail html anda ke dalam direktori public_html tersebut... dan gunakan URL berikut :
http://localhost/~adi

Zip dan Unzip Web

untuk zip folder n file

tar cvf [nama.gz] htdocs (compress)
tar xvf [nama.gz] htdocs (extract)
(htdocs tu ialah folder)

atau copy sahaja...
#!/bin/sh
for i in `ls home`
do
cp test.123 /home/$i
done

atau
for i in `ls /home` ; do ; cp test.123 /home/$i ; done

ataupun
#!/bin/sh
for f in `ls /home`
do
siapa=`id -u $f`
geng=`id -g $f`
cp /direktori/nama_fail.doc /home/$f
chown $siapa:$geng /home/$f/nama_fail.doc
done

Sehari bersama FreeBSD…

Hari ini.. sehari suntuk aku lepak dalam lab… aku lupakan semua pasal kerja pasal nak buat persediaan untuk exam praktikal… apepun.. aku study sikit pasal freebsd sebab aku pilih untuk buat test install o/s & webserver.. then install…. semua ok…

dalam lab… aku online YM ngan si Zulkarnain…member dari ittutor…. banyak problem aku hadapi la pulak sebab kekurangan bahan… ntah laaa… cabaran tul… anyway terima kasih kat dia… kerana sudi layan kerenah aku… walaupun aku belum penah jumpe dan bersua… hehehehhh… tapi cam lama kenal… banyak aku belajar dari dia… cemana pun tak sempat habis… sambung esok plak…

Nak start study FreeBSD.. tapi…

Aku ingat hari ni aku nak start install freeBSD kat sebuah pc… nak buat revision balik la ni… sambil nak setup webserver using mende ni.. tapi bila sampai opis.. aku cari punya cari.. CD dan note aku ntah ke mana.. bila aku total recall… laaaa… kat rumah rupanya.. iskkk…. baru aku teringat aku ada bawa balik semua dokumen & CD training tu beberapa bulan lalu.. yg buat aku ingat ialah pen yg ‘gemok’ dan montel tu.. anak aku selalu main… pen tu aku dapat masa attend training freeBSD tu… so.. mmmm… takleh buat ape leeerrr… aku just buat keje cam biasa je laaa…

ape pun.. kul 10 pagi aku dikejutkan… satu berita mengatakan bapa ex-3rd boss aku meninggal pagi tadi.. so.. tengahari aku dan beberapa staf terus pegi melawat staf serta keluarga mereka kat rumah area BBB… petang.. aku sambung keje cam biasa.. ingat nak balik awal sikit… nak buat revision tentang teori of IT… aku ingat lepas solat asar jap lagi aku nak terus balik… mmmmm…

Tsunami melanda selepas krismas…

Allah Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa… Tsunami telah melanda barat Asia tenggara… sungguh tak sangka…

semalam aku tengok CNN… dari barat sumatera.. sampai la barat (selatan) thailand.. memang kena hempuk dek ombak yg besar yg dikatakan setinggi bangunan 12 tingkat… tapi aku tunggu punya tunggu.. tak keluar pun klip ombak.. yg ada suasana selepas kena hempap ombak… mengikut kata pemberita.. dorang sedang analisis videocam yg ditemui dipercayai mengandungi klip video tersebut.. tuan empunya hilang entah ke mana….

satu lagi berita.. bangunan IPK KB tempat ibu aku keje bergegar semalam… fuuhh… apakah musibah yg bakal melanda pada akhir zaman ini…? Na’udzubillah… ada beberapa apartment dan flat area pantai barat juga dilaporkan bergegar… ye ke..? aisehhh.. bahaya ni.. kena ambil langkah berjaga²…

Krakatau… (gunung berapi low profile) adakah ia akan mengganas lagi..?? ntah laaa…

apa pun.. petang tu aku dapat beberapa koleksi shot video tsunami… menakutkan.. terutama kat Acheh.. fuhh… Allah Maha Besar…

ISO.. oh ISO… ISA… dan ICU…

semalam… waktu pagi aku terpaksa skip bengkel ISO ni.. pegi bengkel kereta.. hehehhh… sampai la tengahari.. petang aku kena join balik sampai hujan turun dengan lebat pehtu balik jam kul 6 rasanya…

Hari ni.. ada lagi bengkel ISO ni… pagi dan petang.. waarrghhh..!! yg paling mengerikan aku.. audit ISO ini telah ditetapkan dalam jadual pada Februari 2005.. aaaaAAAaaAAAAa… brani ke..?? isshh.. aku terus terang je kat officer.. cari SA dulu.. bagi SA yg buat keje yg sepatutnya.. bukan aku.. aku nak concentrate keje aku yg perlu banyak solve problem sistem ni.. ini yg penting… tapi cemana..?? cemana aku nak lari..??

tension tul.. exam hujung bulan hujung tahun… kalau tidak aku dah pi Langkawi dahh.. bercuti bawak isteri dan anak²… rosak plan… cemanalarasekalipun… keje perlu diteruskan… iskk.. iskkk… ISO.. oh ISO…

Service kereta baru…

Hari ini.. aku keluar awal pagi ke opis.. tapi untuk punch in je.. then aku pesan kat beberapa staf aku nak gi service kereta.. dah sampai 1000km dahh… ini kira first time service la ni.. so.. plan dalam pala nak pi kat Eon service puchong.. sebab kat situ kata agen agak lengang.. bila aku bertolak je.. jenuh aku cari kat mana ntah pusat servis ni.. sakit pala tul.. ikut map yg dia bagi tak jumpe… then aku call.. tutup plak handphone dia.. bengang je aku.. lastly aku patah balik pi serdang.. cari la pulak area serdang.. tak jumpe jugak.. ntah laa.. takde rezeki aku nak service kereta hari ini agaknya.. so.. ape lagi.. balik la ke opis… dalam perjalanan.. pegawai dari department IT call.. dia suruh datang IT building.. ada taklimat pasal peperiksaaan kertas jabatan untuk minggu depan.. aisehhh… kalau la aku dah tengah servis kereta.. tentu tak dapat attend taklimat ni.. then… aku u-turn.. depan je lorong masuk opis.. terus ke sana.. dan diringkaskan.. Alhamdulillah.. pegawai yg bagi taklimat bagi sedikit tips dan langkah peperiksaan yg akan dijalankan… kalau kertas teori.. esei.. kena jawab semua hal berkenaan IT.. termasuk matlamat ICT.. hardware software, sistem, teknologi etc.. then kertas dua pulak.. pasal development n network configuration.. lepas test tu ada sedikit temuduga… cemana pun.. aku kena buat preparation lebih awal.. bersedia untuk rock n roll… hahahahaa..!! oleh kerana skema dan persediaan exam aku dah tau.. cuma perlu study dan buat latihan je… buleh la aku tolong abah aku hujung minggu ni bawak balik kereta jenazah… kalau aku dok rumah pun aku gerenti aku tak buat ape… so.. takde masalah rasanya… mmmmm… then balik ngan keretapi… kekekeekehhhh…

petang… aku dah siap service kat sebuah pusat service area serdang raya…. nak servis ni pun sakit hati jugak.. aku call la satu vendor EON service yg ada lam website tu…. hari ni dia bagi direction camtu.. esoknya aku pegi sesat aku call tanya lagi dia bagi direction lain pulak.. sakit hati betul.. bila aku try lagi ikut direction dia.. tak jumpe aku jumpe yg World Motor ni.. so.. service kat situ je laa.. abih je service.. ada la pulak mamat tu gi offer aku anti theft ngan alarm system.. aku tau harga sebenarnya murah je.. sebab ada sebelum ni orang offer RM180… tapi dia gi offer sampai RM280… memula aku taknak.. pehtu dia kurang jadi RM250.. aku taknak lagi.. pehtu dia offer pasang cermin punya sensor.. kalau terketuk ngan mende keras cam besi atau siling.. terus alarm bunyi.. selain tu automatic lock… sound sensor.. master key… ntah ape mende lagi la dia offer dah dekat RM500… aku ni pulak sebab wife aku asyik membebel susah nak pasang steering lock.. pedal lock… aku tanpa fikir panjang terus tawar menawar ngan mamat proton tu… akhirnya.. aku setuju la pasang semua mende dengan harga RM500… tapi tu laa.. bila dah pasang semua tu.. kereta aku sekarang ni bergantung kepada remote dan original key… kalau dibuatnya anak aku terkunci atau kunci aku tertinggal lam kereta dan kereta terkunci.. memang abih lerrr… hancusss… kena kopak cara bomba laa.. aku harap takkan berlaku laa since semua lubang untuk bukak dah tutup.. ape pun.. anak sulung aku yg selalu suka tekan central lock tu pun aku dah ajar cara nak bukak… ehehehhh… sebab anak aku ni asal masuk kereta je dia akan lock.. nak buka pintu pun camtu.. dia mesti buka kat tempat driver.. walaupun picu kunci semua pintu buleh bukak.. hahahaa..!! tapi masa kereta kembara dulu laaa.. kereta wira baru ni memang tenggelam abih… takleh korek nak tarik punat dia… so kena ajar la caranya…

ape pun.. kereta nasional ni memang tak secure laa.. banyak sangat tempat yg aku dah tau cara nak bukak kereta.. belajar secara tak langsung masa dia tunjuk demo… kalau ada sesapa yg terkunci.. maksud aku yg takleh bukak kereta.. aku buleh bukakkan.. kekekehhh… kecuali yg pasang anti theft ni laaa…. ape pun.. RM500 for the purpose of security.. aku redha… insyaAllah… semoga takde kejadian yg tak diingini… sebab aku tau.. lock ke secure ke gari ke..?? selagi ada pro theft.. semua dorang buleh bukak… hopefully tak berlaku kat kereta aku.. amin…

lepas je aku pasang mende tu.. wife aku call agent proton yg aku ngan dia dah cuba call dekat 5-6 hari tak dapat contact untuk tanya pasal reverse sensor… bila wife aku cite pasal alarm system ni… terus agent tu kata aku kena tipu… dia kata dia buleh dapat RM300 je… kepala hangguk dia.. dah aku contact dia 4-5 hari dah nak tanya tempat service kat mana dia tak bukak pun handphone dia.. dah la pakai 2 bijik.. dedua takleh dapat.. aku suspect dia gi bercuti… off handphone pehtu nak bising pulak… blah laaaa… cemana pun aku dah pasang… so.. tarapapa laaa…

tapi hujung minggu ni nak pegi balik kat EON service tu… nak suruh dia check balik timing alarm… dia kata kalau cermin kena ketuk ngan besi or siling.. bunyi alarm berbunyi dan padam selepas 1 minit.. aku test dah lebih 2 minit pun tak bunyi lagi.. takleh jadi ni… dibuatnya aku park kereta kat memana pehtu ada orang sentuh ngan besi.. habih la bateri kereta kalau tak stop jugak… lemau lerrr…. tapi dalam masa terdekat takleh pi.. aku kena study hard for the rock… khamis ni ada test… kasi settle ini perkara dulu…

Hari yang kurang bersemangat…

Hari ni.. patutnya aku happy sebab gaji masuk… tapi.. hehehehhh… dah jadi tak happy sebab aku mengantuk sangat.. semalam tengok bola Arsenal lwn Portsmouth cam boring cekodok… pehtu kononnya taknak tido terus nak stay so aku tengok dvd sampai dvd plak tengok aku.. sedar je wife aku dah tercacak depan mata kejut solat subuh.. huhhh… lepas solat aku tido lagi.. pehtu sekali lagi wife aku kejut kul 7.45 pagi. alamak.. terus kelam kabut aku mandi bersiap dan terus ke opis…

tengahari.. aku lunch kat Bandar baru bangi… sambil ambil buku servis kereta baru tu.. singgah kat Pizza San Francisco.. belanja wife aku dan adik bongsu aku kat situ.. buleh tahan gak harga dia.. 3 bulan sekali buleh la pegi kalau beramai.. hehehhh… aku makan beef lasagna.. fulamak.. besor gilerrr.. kenyang terus… kalau kat pizza tu kecik molek jeh.. tengok pun cam tak puas hati.. tapi kat sini.. aku tengok je terus rasa kenyang…

petang ada diskusi mengejut dari pihak vendor.. nak present salah satu modul.. oleh kerana pegawai incharge takde.. 3rd boss takde.. dorang nak teruskan jugak… aku pun join la.. tapi aku rasa aku banyak tertido atas kerusi… taktau la dorang perasan ke tak… bila tak tahan sangat.. aku terus masuk bilik.. ingat nak buat ‘nap’ sleep atas kerusi.. tapi takleh.. bila terbaca satu emel.. staf unit smartcard dah marah coz kata team department aku buat keje cam ape ntah.. menyusahkan team dorang je.. pastu dia membebel dan membuat luahan hati… takpe laa.. aku terima… dalam kemengantukan itu aku reply mail dia.. minta maaf… aku explain yg bukan saja staf aku yg ntah pape… aku sekarang ni pun dah tak cam dulu jugak.. takde mood.. takde semangat… yg mana aku boleh tolong aku tolong… yg takleh aku tak tolong…

wadoooii.. ngantuk sangat nih… tak cukup tido la ni… iskk.. iskkkkk…. hari ni ada pasar malam.. nak beli lauk lagi sikit… sedara nak datang rumah malam ni… mmmmmmm…..

semangat yg hilang.. perlu dikembalikan…

Sistem jammed…

Semalam tak sempat nak godek jurnal… keje punya keje.. aku tengok jam dah 5.30 petang… then terus chow pegi pasar malam.. beli lauk pauk sket.. sebab bapa aku pun dah sampai tengahari tadi… adik aku ambik kat KLIA nun.. singgah rumah mertua aku kat serdang… sempat la jumpe lepas solat Jumaat.. then adik aku ajak abah lepak rumah dia kat USJ… aku ingat malam tu bapa aku nak datang rumah aku ngan pakcik aku dari perak.. rupanya dorang terus pegi kenduri kahwin kat SUK Selangor.. then pakcik aku terus lepak rumah sepupu aku kat Shah Alam nun.. bapa aku plak terus lepak rumah adik aku… tido.. aku plak tak pegi kenduri tu.. letih.. sejak dua menjak ni buat overtime.. badan dah rasa semacam dah.. ditambah lagi dengan fikiran yg tak menentu pasal keadaan keje.. cemana pun aku cuba rilex fikiran je… kalau tak.. ntah laaaa.. makin letih dibuatnya…

aku datang keje hari ni nak siapkan beberapa keje OT yg still sangkut.. system ada problem.. aku check satu-satu.. semua dah up.. apache ka..? infra oracle ka..? portal ka..? semua okeh.. tapi still sangkut²… check punya check aku dapati penggunaan memory server aplikasi aku terlalu berat.. from 1GB tu.. ada 600mb usage dari satu aplikasi lain.. Lotus Notes… aikkk..?? sape pulak yg godek lotus notes sampai jadi gitu..?? setahu aku dah setahun lebih aplikasi lotus notes department aku tak digunakan secara detail…?? aku try check ngan team exam.. dorang kata ada la access untuk compare maklumat student lama.. tapi takde la kata nak buat sebarang production report dari lotus tu… nak tak nak aku kena kill process tuh… lantak laa.. sapa suruh guna sampai jadi gitu…? lepas aku restart server… baru la ok… system dah smooth balik…

sekarang ni ada isu pasal server department aku.. ntah laa.. samada server portal atau server database.. kena buat load balancing… asal terima je access lebih dari 100.. jammed… hang.. error… tu la dulu tak cadang pun kena buat… bila tanya kata semua ok.. dengan 3 server yg digunakan akan jadi smooth dan boleh tampung unlimited user… aku sendiri pun heran buleh ke tampung unlimited tanpa buat load balancing…? tengok sekarang apa jadi..?? aku diam je… tunggu la meeting with steering committee.. jawab lerrr…

sekarang ni.. tak kira la dengan sesapa saja.. kalau ada yg tanya aku pasal projek.. aku diam je.. malas nak cite.. sebab aku tau.. kebanyakan orang, monster dan jin sedang cari maklumat dari aku.. lepas tu dorang nak buat cite… nak sebarkan cite.. nak fitnah nak itu ini.. so.. tiba masanya aku diam.. buat dono dan buat taktau… stage sekarang ni dah bahaya.. apa saja maklumat yg keluar dari mulut aku akan disampaikan dalam media.. hehehee.. media mulut… takpe laaaa… aku sekarang ni buat bengkak je.. takde kata nak bersemangat.. takde kata melemahkan semangat.. apa keje yg ada aku buat.. gunakan dengan bijak.. dorang ni pelik.. bila aku kondem pasal sistem.. dorang ingat aku kondem semua jenis mende projek… ape daaaa… tu la suruh ambik tau tak nak ambik tau.. bila aku cakap sistem je problem.. abih dia kata aku ‘anti’ ngan semua mende termasuk team projek.. padahal team projek yg ‘anti’ ngan aku… aku biasa je.. jumpe pun aku tegur cam biasa.. gurau cam biasa.. dorang tu je… takleh kena tegur dan kondem.. dorang kondem aku buleh pulak… pelik betul… profesional ler sikit… takkan baru sebulan buat projek ngan orang luar… mmmmmm….

report aku dari segi keseluruhan… belum aku submit lagi kepada sesapa.. aku cuma cakap 4 perkara yg problem.. portal ada problem… report ada problem… system pun ada problem… user security pun ada problem.. aku tak cakap hardware problem.. database problem lagi tu… bermakna bukan keseluruhan projek la yg problem… walaupun sekarang ni bagi aku semua ada problem tersendiri.. terutama apabila dah digunakan pada situasi sebenar… baru nak cari jalan nak tambah itu.. ini… dulu tak fikir pulak.. apo ni..?? aku tak bertanggungjawab dah.. aku akan let steering committee yg handle.. dan SA baru yg akan ambil alih handle.. malas dah aku ngadap Tender Board.. segan aku.. iskk.. iskkk… nak minta budget lagi nak tambah sebab ada problem.. kalau aku laa.. aku minta budget baru untuk maintenance atau upgrade… tu je.. aku tak kata nak tambah sebab tak cukup… beza wooo ayat nak tambah yg tak cukup dan nak upgrade system ni.. pepandai la guna… isu teknikal ni kena bijak bertutur dan berkata².. silap kata silang kata la jawabnya…

cemana pun… aku harap semua akan berjalan lancar… semalam aku jumpe ex-3rd boss.. dia pulak membebel pasal sistem ada masalah dan still tak complete.. aikk..?? tak puas hati jugak rupanya dia.. sebelum ni nampak dia fight for vendor punya team… aku diam je.. coz aku tau.. suara aku sekarang ni merupakan racun dan penawar kepada projek.. aku senyum.. angguk kepala.. dan bagi komen positif je.. supaya tak nampak kontra sangat… agar maklumat aku tak terlepas kepada big boss or vendor.. dalam keadaan sekarang ni.. samada member, officer, staff, developer… aku tau dan tau sapa member.. sapa enemy in the blanket… sapa beauty n the beast… sapa lord of the rings… so.. take it easy… tak lama lagi akan tau jugak siapa yg benar.. siapa yg fight for the project.. siapa yg fight for the successful…..

cemana pun.. rock is not dead…

Return top

ADI BLOG

Aku tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.