Archive for August, 2004

Non Stop Action…

Errr… start dari pagi aku dah buat non stop action fasa pertama…. from 8.30 to 9.30… so sekarang tengah rilex pala, mata ngan jari jemari… kul 10 kena teruskan fasa kedua… hari ni aku terima dua lagi surat… dedua tu pasal workshop projek.. so.. this week and next week takde meeting projek… lega aku.. walaupun chairman dah bising… big boss pun bising… tapi aku ada reason… tak tertangan dan terkaki dah…

“Manakan mampu satu Bahtera yang melayari lautan benua untuk sampai ke destinasi mengikut rancangan dengan panduan tiga orang Nakhoda..? Jurumudi nescaya berduka nustapa.. kerana lautan tiada highway… tiada traffic light.. tiada R&R… dan…. tiada TOL… yang ada hanya air mata yg sama masin dengan air laut…” – Sniper, Balada Si Programmer Jalanan, 14, ITTUTOR.NET (2004).

Fasa kedua is on……..

Apabila petang menjelma… Yahoooo…!! PC baru aku dah sampai… selamat tinggal pc lama…. sepetang ni keje aku abis aku KIV… alamak…?????

ape pun… keserabutan itu terubat bila aku pasang pc baru aku… DELL… aku ni sebenornya tak penah pakai branded PC sebab choices tak banyak… selalunya pasang sendiri je…. puas hati… bila aku check sound & display… semua yg standard offered by Dell… tiada lagi Sound Blaster… tiada lagi Geforce…. yg ada cuma speeding… wuuuhh… laju giler.. sepanjang installation software yg aku guna untuk keje cam ribut… tak sempat aku nak sejukkan aircond dah berasap… fuhh…!! wuuhh…!!! tengok tuhhh…!!! cuma network je tengah slow sekarang ni….. iskkk…

errr… department bagi aku pc baru ni coz… errr… errrrrrrr….. nak suruh keje aku lagi cepat la tu… kekekeekehhh… sebab pc aku yg tengah pakai ni hari tu hdd conked… pehtu mobo conked… sekarang kokak… sebab tu kena tukar… so.. aku selalu bagi reason pc aku dah hancur… sekarang ni just guna notebook dan pc sendiri je… ape pun terima kasih kepada management… still prihatin kat aku yg dah tak prihatin lagi ni… anyway ‘mogok’ aku berjaya…

well… installation diteruskan… kali ni nak tukar AV plak… hehehehehh….

akhir kata… aku akan balik kampung kat Kuala Kangsar pada esok hari pehtu cuti sampai 31 ogos…… so nak ucap SELAMAT BERCUTI kepada semua ittutorian yg bercuti….!!!!

31 OGOS 2004… MERDEKA…!!! MERDEKA..!!! MERDEKA…!!!!!!

Allergic…. terhidu habuk semasa pindah…

Semalam MC… selesema… sebab masa aku kemaskan barang²yg tertinggal kat rumah lama tu aku buat dono je ngan habuk… aku terhirup sebanyak 3 auns habuk… hahahaa…!!! takde laaa.. tipu je… tapi memang sebab habuk la aku merana… aku memang anti habuk… tiap kali pindah mesti kena… tapi sebenarnya… bukan kena selesema betul… suspected je… yg aku kena ialah allergic… hidung berair, mata pedih & gatal, bersin tak ikut tempo, boring tahap tapir, selipar jepun putus… sebab aku alah pada habuk halus… ada kutu brahak… tu pasal laaaa…

tapi malam kelmarin… masa aku jumpa doktor… aku buat cam tensen… pehtu aku mintak MC… dia bagi… time kasih… ape pun… officemate aku dan beberapa officer gelabah giler semalam… kesian dorang.. meeting tanpa aku… dan kesian aku… coz lepas meeting semalam.. aku ada keje baru kena buat tanpa petunjuk.. meeting semalam takde minit… takde siapa catit.. warrghh..!!! rasa nak MC lagi laaa… hahahahahahaaa…!!!

ape pun… lusa aku start cuti… sampai la 31 Ogos… MERDEKA..!!!

esok.. aku kena buat keje giler²… non stop action… report, minit, call meeting, CRF, MC, MU, Leeds… etc…

jangan tiru aksi ini di rumah atau di pejabat… ini hanya dilakukan oleh golongan Profesional sahaja… sekian…

SMS… Semua Mau Segera…

Kerja hari ini beroperasi seperti biasa… then tadi.. aku ngan big boss main SMS je sebab dia pegi putrajaya ada hal kat KPM… dia hantar.. aku reply.. dia hantar aku reply.. pehtu dia hantar lagi… aku takleh reply dah… sebab msg ke 3 dia ni kira aku takleh nak jawab… kekekehhh… aku dah kata… dia takkan pedulik sama itu 2nd boss.. 3rd boss or any boss atas aku yg buat decision pasal project tu… lastly dia akan tanya aku jugak… so.. bila aku kata C… maka C la jugak dia akan buat.. kekekekeehhh… tapi risau gak aku.. kang boss² lain ni heran kang… mesti dia tanya aku apesal big boss suruh C… apesal tak suruh A cam dorang suruh… dan B cam vendor suruh…??? ape pun.. plan B aku takleh campur.. hehahhahaaa..!! well.. tunggu minggu depan… episod baru….

anyway… fikiran aku hari ni masih lagi berlegar dengan rumah baru… sabtu lepas.. segala barang² besar dah diangkut… semua dah beres… cuma barang kecik² cam pinggan mangkuk dan bekas or buku² je yg belum sempat… ingat nak bawak ngan kereta je semalam tapi anak sulung aku demam la pulak.. demam pindah rumah kot..?? mmmm… ape pun pagi ni nampak dah ok dah… semalam je muntah² dan panas badan… sampai takleh makan or minum… lepas gi klinik dan pekena ubat… dah ok dah… rasanya hari² kena gi rumah lama jugak.. bawa sikit demi sikit.. esok mak aku sampai dari kampung… boleh la dia tengokkan cucu sementara aku dan adik aku angkut barang lain tu… susah gak nak ngangkut kalau anak takde sapa jaga ni…

apa yg paling penat semasa berpindah…?? hehehehhh… aku rasa poket kot…? banyak gak abih… makan minum dah seminggu beli kedai… takleh nak masak… pehtu beli peralatan rumah yg sewaktu dengannya… fuh… kali ni aku beli tangga dan house tool… senang keje aku nak pasang lampu or repair lampu kat siling.. takyah panggil orang dah… beli mangga dan kunci pun dah lebih RM200… upah lori pulak RM300… sebenarnya RM250 je.. tapi aku bagi lebih sebab kesian kat brother lori tu ngan kawan dia… dorang berdua je yg angkut barang… 2 trip plak tu… aku kesian pulak tengok dorang… susah payah angkut almari aku tu ikut tangga kecik.. akhirnya dapat bolos jugak… takyah nak bukak tutup… selain tu… dorang pun pandai buat joke… penat pun terhibur jugak ngan telatah dorang… kalau korang nak pindah rumah… aku rekemen abang ni…EN. DIN – 0193980721… errr… kira ‘orang melayu’ yang berbudi dan bertimbang rasa yg keje dengan lori kesayangan mereka…. hehehehhh…. Syukur kepada Allah S.W.T. kerana telah makbulkan doa aku.. sebab aku minta dapat lori sewa yg menyenangkan hati dan jiwa aku… settle…

errr… hari ni… nak minta tukang paip yg buat paip rumah aku tu datang balik rumah… coz paip kat meter tu bocor sikit… kalau dibiarkan ada 1 liter sebulan keluar tuh… pehtu.. nak panggil brother untuk pasang kipas pulak… bilik² rumah aku tu.. semua takde kipas.. tensen tul… semalam memang panas… berpeluh aku lam rumah… semua kena duduk kat ruang tamu… takpe laaa.. beli kipas dulu… lagipun member aku kata bulan depan ada satu projek… buleh la tampung saving yg aku keluarkan untuk urusan ni… mmmmm…. dia amik RM200 satu kipas + wyring… tanya kat wyreman kat area rumah tu dalam RM250… tapi ini jenis Panasonic.. recommended by tokeh letrik.. hehehehhh… kalau nak kipas murah lagi buleh gak… cuma…. ada sesetengahnya coil dia bunyi bising lepas 1 tahun… standard la tu…

errr… aku sekarang ni berbulu tahap cipan gak dengan sapa ntah kat opis yg pinjam ‘Test Pen’ aku ni… menyusahkan aku je… dah la satu point soket kat umah tu tak function… nak test pun payah… kalau point tu rosak.. buleh aku beli dan pasang sendiri… tapi nak test ada power ke tak ni yg hangin ni… takkan nak sentuh ngan kaki..? yg menjadi lebih hangin ni.. dah lebih 5 kali aku pegi kedai hardware.. asyik terlupa beli mende ni.. hishh..!!! walaupun dalam pala sentiasa set nak beli Test Pen… ape pun.. Test Pen.. sentiasa menceriakan hidup orang teknikal… tanpa mu.. hidup tak lengkap… kekekekehhh…

aku nasihatkan.. untuk korang yg berumahtangga or berumahlif… kita kena ada ‘tool’ untuk simpan kat rumah… cam spanar, playar, skru driver, Test PEN, kabel, wayar, soket, plug, fius, tukul, gergaji, parang, sabit, gunting rumput dalam rumah… baru best… mana la tau hari minggu kita free.. berguna jugak salah satu mende ni… hehehehhh….

kesimpulannya berpindah rumah ni…. letih.. penat.. tapi seronok… tak sabar nak balik rumah untuk uruskan lagi yg mana yg tak settle lagi… gigil rasa kaki dan tangan.. hehehhh…

Aku menulis bukan kerna nama…

Geng ITTUTOR telah berpakat untuk mensyahdukan jiwa aku…. dorang appreciated apa yg aku tulis… masing² ada sebab yang tertentu… apapun… terima kasih juga untuk mereka kerana memberi semangat kepada aku… actually… penulisan merupakan satu hasil seni… seni yg mencerminkan keperibadian seseorang…. agaknya peribadi aku rock… sebab tu mereka boleh masyuk… kekekeehhh…. apa pun jua… ramai lagi penulis yg mempunyai skill masing²… cuma masa dan tika saja menanti untuk menge’rock’kan diri… heehehehhh…. errr… lagipun aku ni sebenornya phobia sket kalau orang dok nak iktiraf atau puji memuja ni… atuk aku belah mak ada pesan… pengiktirafan sesuatu mende yg kita dapat ni… merupakan titik permulaan kejatuhan empayar rock seseorang… fuhhh…. phobia.. phobia… mati amfibia lagi la phobia… ape pun.. harap tak la gitu… perkongsian adalah komunikasi kehidupan…

teringat lagu Papa rock… Ramli Sarip… ‘Bukan Kerana Nama’…

Bukan Kerna Nama

Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu

( korus )
Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan

Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini

Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu

p/s: sesungguhnya apa yg baik itu datangnya dari Allah S.W.T. dan yg lemah itu datangnya dari kealpaan dan kelalaian aku sendiri… Wallahu’alam…

Tension tahap kronik…

Dua tiga hari ni.. tengah tension tahap kronik… sampai sesak nafas… semalam aku bermimpi suatu peristiwa yg menakutkan… masa meeting.. aku kena marah dengan management sebab project paper still tak siap… aku pun cite laa keje aku banyak…. 3-4 orang boss suruh buat itu ini.. mana satu aku nak buat dulu..? pehtu ntah ape tak semena² aku tumbuk meja… terus keluar dan masuk bilik… lam bilik aku tutup pintu dengan kaki… tendang sekuat hati sampai pecah cermin pintu… then bila aku duduk atas kerusi.. aku terbalikkan meja aku.. abis bertabur kertas, barang, monitor dan pc.. pehtu aku keluarkan semua file lam almari.. aku baling atas lantai…wuiiyoooo…. panas giler mimpi… nasib baik la aku tersedar… ianya mimpi… fuhhh…. kalau betul laaa… taktau lerrr.. selamat maju jaya la kerjaya aku… kekekeehhh… minta dijauhkan la.. Na’udzubillah… errr… adakah aku jenis camtu…??? rasanya tak kot..?? aku tak penah ada ‘amuk’ dalam diri… tapi taktau la jugak kot meletup satu hari nanti… Wallahu’alam…

errr.. fikiran aku terbawa ke hari selasa hari tu.. aku lawan officer vendor department kewangan… bukan lawan pedang… tapi lawan defend diri sendiri… mana tak panas.. dia yg tak penah attend meeting ngan department kewangan dan department aku tetiba sembur macam bagus… tujuan meeting ialah nak cari solution untuk integration antara sistem aku ngan dia.. tapi dia gi memandai kata aku nak minta dia ubah sistem dia.. gilo apo..?? aku tanya cadangan je… tapi dia ingat permintaan… tapi semua undercover… pengerusi dah pucat lesi… aku bantai slow and steady je… kasi cili api sket… yg aku hangin bila dia kata dah setahun lebih dia dan team dia buat FRS.. pehtu develop.. tetiba ada satu sistem takleh guna sistem dia bila buat integration.. memang la takleh guna coz sistem dia availability lebih kepada undergrad.. aku punya postgrad.. lagipun masa dia buat FRS.. tak panggil pun department aku nak tanya requirement… mana nak letak program, structure, code, info international student etc… lepas perang mulut dan perang psikologi.. aku menang.. ye laa.. menang kerana benar… menang kerana aku telah menguruskan keje aku dari Study, analysis, FRS, tender, flow, diagram, methodology, develop, CRF, crash, UAT sampai otak aku dah jem…. officer member tu just pada part management je… pehtu kejap refer ngan programmer.. kejap ngan SA… kejap call office… untuk amik info… tak rock la brader… direct voice lerrr… ape pun.. malu merah muka member wooooo….. aku cover la balik… aku buat cam joking kasi dia rilex… kira cam member² la balik… no heart feeling… tapi part dia aku tatau lerrr.. part aku dah ok… aku pun tak suka gadoh ngan vendor ni… mana la tau esok kita nak minta dia tolong on another part ke..?? ye dak..?? lagipun akhirnya.. dia paham keadaan department aku dan aku sendiri… so.. pasni.. kedua department punya vendor akan work out together… wadehh… letih aku bila fikir balik peristiwa ni… aku tak sangka aku sekarang ni kuat melawan… risau gak aku.. hari tu lawan big boss.. lawan 2nd boss.. lawan 3rd boss… tapi lawan secara halus laaa… lom ada tinggi suara lagi… dekat² nak keluar tu ada laa… control…. apa nak jadi ni…??? tensen beb…!! yg buat aku tensen.. bila aku kenang balik status keje aku kat sini… aku dah pass induksi.. tapi surat confirm jawatan lom sampai lagi.. dah bape kali contact.. emel… takde reply… adakah staf kat perjawatan tu sibuk cam aku..?? tensen cam aku..?? Wallahu’alam…

well… lagi 7 bulan genap 3 tahun aku keje kat sini.. kat department aku yg banyak tinggalkan kesan dalam hidup aku… aku ingat la kan… cukup 3 tahun minta tukar tempat lain lerrr… sebab kat sini… lepas 3 tahun service kat sesuatu department buleh request transfer… letih dah aku… apa yg aku harapkan dapat kat sini.. tak penah menjadi… aku datang bukan untuk keje je.. tapi untuk timba ilmu.. perkemaskan diri untuk masa akan datang… walaupun kursus banyak aku attend.. banyak management aku buat… tapi tak diamalkan apa yg aku belajar… so.. rugi la kos department.. dan rugi masa aku… mmmm… tuuuuu… server email tu.. dah terperap lam bilik server… bila ntah aku nak start godek info pasal squirrel mail ni… untuk design mail system.. pehtu nak buat sedikit integration ngan sistem yg sedia ada.. ntah laa.. aku taktau nak kata apa… motivasi aku terhadap kerja dah menurun… nak je rasanya aku jadi ‘the real government servants’… yg selalu digembar-gemburkan orang dengan negatif culture… fuhh…. cabaran woooo… hanya Allah S.W.T. yang Maha Mengetahui segalanya… aku harap ujian ini benar² berguna pada aku pada masa hadapan… ape pun.. aku harap ia akan berakhir dengan sesuatu perkara yg terbaik untuk aku… kekadang.. bila difikirkan… bagus jugak diuji bertubi² camni… sebab… aku dah dapat kawal situasi yg datang nih… apa yg aku buat… ialah buat apa yg mampu.. KIV apa yg belum mampu… tapi yg bahayanya… jangan ada orang simbah minyak… sebab api yg kecik ni… paham² je laaaa… tersimbah kalu.. kang jadi cam mimpi yg aku cite tadi.. abis aku… rock is dead laaaa…. so far masih terkawal… syukurlah… bapa aku pesan.. dalam kepanasan… kemarahan… berselawat ke atas junjungan besar kita… Rasulullah S.A.W…. dan berAstaghfar…

walaupun kat opis ni aku struggle gegila.. tension… rasa cam nak buat mogok lapar… nak ngamuk… tapi tak terbuat… ni yg makan dalam ni… mungkin sebab aku sendiri yg tak banyak cerita masalah yg aku hadapi ni… tapi cara yg terbaik.. aku cerita kat big boss je.. supaya dia paham… pegawai lain taktau… sebab tu staf lain nampak aku cam rilex.. sabo… padahal lam hati aku menggelegak dorang taktau… sekurangnya big boss aku tau.. dia pun dah paham dan backup aku dah sekarang ni… tq to her… apa yg aku lalui ini adalah secebis cabaran… ye laa.. cabaran dan dugaan kat opis… tapi kalau difikirkan lagi.. kat rumah… kat kampung… agenda hidup aku ok… hehehhh… Allah itu Maha Adil lagi Maha Bijaksana… ape pun.. syukurlah.. sebab aku menjadi insan yg sentiasa ingat kepadaNya… terima kasih pada mak dan ayah aku… orang yg utama dalam mendidik aku mengenal diri dan Tuhan…

bila cite kekuatan jiwa yg aku dapat sekarang ni… memang tak disangka… berubah terus… kalau dulu aku jenis memendam perasaan dan rasa… sekarang takde daaa…. aku sanggup melawan sesapa yg cuba nak kondem keje yg aku buat… aku cukup gelegak bila dorang kata aku tak buat keje.. atau aku tak monitor keje aku bebetul… kalau aku ni Bruce Lee… lama dah aku buat gaya sepak lampu atas siling tu depan mereka yg berkata demikian… tapi apakan daya.. aku cuma Berus Leedee… tersengih je laa… tapi ini maklumat karut… jangan caya… hasilnya sekarang… aku jadi berani tak bertempat.. abih orang yg cari pasal ngan aku.. aku lawan… aku tak heran sapa nak report kat top management… sapa nak query keje aku kat big boss… atau depan aku sendiri.. kalau nak black list aku ke..?? nak hantar aku gi tempat lain ke..?? aku no hal… sebab dalam ‘tangan’ aku sekarang ni banyak mende aku pegang… kalau aku buat ‘hal’… memang aku guna plan B aku.. hahahahaaa..!!! tapi…. semalam.. aku ada diskas pasal mimpi ni ngan wife aku… dan aku cite pasal plan B… walaupun dia gelakkan aku… tapi yg pastinya.. dia kata aku tak boleh buat plan B tu.. sebab itu semua adalah maklumat kerajaan… harta kerajaan… maklumat jabatan aku… mmmmmmmmmmmmmmmmm….. betul jugak kata dia.. walaupun keje tu aku yg buat.. aku yg fikir sampai nak pecah pala… aku yg mengalami down motivated masa buat… atau perintah berkurung or whatever sekalipun… it’s not mine… kecuali kalau aku nak lepak kat Tanjung Rambutan… boleh diuruskan sebab ada member yg jadi doktor pakar boleh buat² sahkan aku ‘hilang akal’… hahahahahahaa…!!! tapi kat sana mana leh surfing internet… hahaahahhaaaa….!!! bila aku cakap camni terus wife aku suruh aku tido… malas nak layan la tu…

errr… petang ni… kat rumah baru tu nak settle pasang astro dulu… dan bawak barang sikit².. esok.. kira punggahan besar²an dengan lori… aku ingat nak bawa barang kecik² je… fuhh… penat lerrr… dah 5 tahun kawin… 4 kali dah pindah rumah… setiap tahun… kekekekehhh… apa nak jadi laa… tapi kali ni kira orait laaa.. coz dah beli rumah sendiri… ape pun… senak jugak.. coz apartment satu lagi tu… still kena manage… dalam proses nak jual… student yg sewa rumah tu sebelum ni dah nak keluar pulak dah.. tak tahan naik turun tangga…. mmmm… kena cari orang lagi la nampaknya… kalau tak mana larat nak bayor dua rumah sekaligus… aku pun kalau boleh pas ni nak rehat la pulak… part time pun kena slow down… masalah kesihatan…

opss… pasal lori ni… satu hal jugak… lori tokeh cina yg bagus tu dah naik harga… dulu masa pindah dari bandar tasik selatan ke bandar baru bangi… lori 5 tan ngan 3 orang pekerja.. dia charge RM400 je.. sekarang ni dah RM550… then pindah kali ketiga… lori ngan tokeh melayu… dari bandar baru bangi ke desa surada… lori 3 tan dia charge 280… kena 2 trip… hangin tul aku coz janji nak bagi 5 tan… sebelum ni dia kata barang rumah aku 3 tan dah cukup… pehtu dah aku kena bayor double… tapi aku tak nak bayor.. sebab dia tipu… nak tak nak aku bayar 480 je… kurang 80… dan yg terbaru ni.. tokeh melayu jugak… dia charge RM250 satu trip… aku pun nak try control la biar budget cukup ni… kena tinggal barang mana yg rasanya dah tak pakai… korban la sket.. hehehhh… ape pun.. pasni episod pindah dah bermula…

Tengok rumah baru…

Sehari suntuk meeting… taktau nak cite cemana… anyway… lepas abih meeting… pegi rumah baru ngan adik aku… esok aku akan berpindah… minggu lepas dah datang cuci… so.. minggu ni pindah… minggu depan mak aku sampai dari kg… yahooo…!! so tadi tu just pegi tukar kunci pintu sliding… yg dah patah dan settlekan kunci rumah.. fulamak… rumah baru ni… ada 13 bijik mangga kena guna… tuan rumah asal buat grill memang dasat.. satu pintu grill ada 3 mangga… ye laa.. untuk keselamatan.. lagipun area situ memang ‘hot’.. ada samun bersenjata… pukau… pecah rumah.. Na’udzubillah… risau gak… jiran aku yg aku jumpa hari tu pun cite rumah dia pun kena pecah sebelum ni… dia pesan grill pintu besar tu pasang ‘clamp’ sekali.. ye laa.. kalau dah bangsa bangsat pencuri ni… kita buat la cemana pun dorang ada je cara nak pecah masuk kan..?? guna acid, guna crowbar, guna memacam² lagi.. tapi sekurangnya… kasi dia banyak keje sket… dan… aku pun tengah usaha nak buat sekuriti sistem sendiri kat rumah… ye laa.. dah ada rumah sendiri ni.. bebas la nak buat apa sekalipun… lebih² lagi bila kita dan family dok rumah… kalau balik kampung tu… kita takde… ape pun… berserah sajalah kepada Allah S.W.T…. segala apa yg berlaku ada hikmah dan teladan… ape pun.. usaha dan tawakkal perlu… insyaAllah… dalam pala aku sekarang ni aku nak buat ‘pagar elektrik’.. tapi risau gak kot aku terlupa.. atau anak² isteri lupa.. makan diri sendiri pulak.. hmmm…. ape pun.. kena buat jugak.. cuma caranya tersembunyi dan for emergency purpose… hehehehh…. sorry laa.. sebab aku ni bukan jenis terer security camera or sensor or smart home type… aku jenis security electric shock… 3 tahun belajar elektrik.. inilah masanya untuk gunakannya… cuma kena hati²… ayah aku marah kalau aku asyik fikir mende ni… dia suruh solat hajat… minta perlindungan… kalau nak buat pun jangan sampai memudaratkan diri sendiri… insyaAllah wahai ayahandaku… aku sentiasa ingat pesananmu… balik dari lawat rumah baru.. aku mengalami sesak nafas… suruh adik aku bawak gi klinik panel aku kat Az-Zahrah, Bangi… lepas jumpe doktor.. fulamak.. kebetulan doktor pakar yg bertugas… lepas borak dan investigate… syukurlah.. dia kata jantung, nadi, lungs, tekanan darah semua stabil.. stabil untuk person yg berumur 31 cam aku… jadi masalah sesak nafas aku ni bukan sebab asma.. tapi sebab stress.. dia kata memang keje sebagai programmer or analyst ni tension… sebab keperluan keje.. dia pun cite la adik dia yg IT ni memang lebih kurang sakit cam aku lerrr.. so dia bagi aku ubat untuk release stress… dan ubat tido… 5 bijik je.. dia suruh aku tido awal 3-4 hari ni.. sebab aku bagitau takleh tido… bila ngantuk baru leh tido.. tu pun kul 3-4 pagi.. kepala dok fikir banyak… lepas dia consult.. lega… balik rumah je.. lepas makan & solat & baca yasin…. aku telan ubat ni.. terus berpinau… lama kelamaan… ZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzz…

Hari yang memenatkan…

Today…. wife aku kejutkan aku kul 5 pagi… tengah termanggu aku lihat dia dah siap berpakaian dan bertudung untuk tugas… tugas..?? hehehh… sebenarnya.. hari ni dia kena bagi ‘talk’ pasal teknologi komunikasi kepada sebuah pertubuhan badan kerajaan kat Kluang, Johor… jauh gak tu… aku ada minta dia pegi awal semalam… tapi tak nak… so kena keluar awal pagi coz sebelum 8.30 pagi kena ada kat sana… aku sebenarnya tak bagi dia drive sorang.. kebetulan dua orang staf or geng kamcing dia nak ikut… kira ok la tu… ada teman… lagipun plan aku nak cuti hari ni tak jadi coz meeting aku kena proceed… takpe laa.. itupun dah dipermudahkan untuk aku… ape pun… pagi tu.. aku kena hantar 2nd baby ke rumah penjaga… then anak sulung ke nursery… tetiba.. aku terkujat.. nursery tutup… baru aku ingat.. hari ni pihak nursery ada ISO workshop… mmm… ape lagi… aku terus hantar rumah mertua lerrr.. hehehehehh… tapi takleh lama di sana.. kena bergegas ke opis… keje banyak… meeting… meeting… and gotong royong lom abis…

meeting pagi… tunggu punya tunggu… batal… chehhh…. letih aku… letih menggunakan segala kuasa yg ada untuk buat laporan sehari dua ni… sampaikan nak gi makan pun tak sempat… then.. tengahari… aku try jenguk bilik meeting lain.. nampak ada sebungkus meehun lom terusik.. ape lagi.. rezeki lerrr.. jadi laa.. pehtu sambar air mineral botol kecik satu… kul 1.15… pala aku berat.. so.. aku amik nap sleep kat bilik… dalam 20 minit kot..?? sedar je aku dengar bunyi bising dari bilik sebelah.. bilik pegawai baru… ini mesti dok alih tempat lagi ni.. awal minggu hari tu alih almari dan meja.. pehtu alih meja… pehtu taktau lerrrr… bagus jugak… kalau tak tersedar.. aku rasa ada kul 2 baru aku sedar… walaupun tido nap atas kerusi… kelam kabut nak gi meeting 2.15 nanti…

kul 2.30.. meeting… 2nd boss.. or chairman hari ni perli aku.. dia kata aku ni ada buat keje lain ke..?? asyik nampak sibuk je.. banyak keje aku tak siap… lerrr… memang ler aku sibuk… tapi yg aku boring bila dia cakap depan AJK… aku ada kawin dua… sebab gaya letih dan kelam kabut cam tuh… hishhh…!!! tapi nak tak nak aku cover je laa.. kawin dua kat opis je… kawin ngan tugas yg ntah ape²… ape pun.. topik ini dapat ditukar bila salah sorang staf tercekik goreng pisang… hehehehhh…. kecoh….

well… meeting kali ni baru la namanya meeting… baru ada perkara berbangkit dan pengesahan minit mesyuarat… gabra aku.. biasanya aku tak penah buat hal pengesahan dan perkara berbangkit.. kali ni ada… dan terdapat 4-5 isu yg kena bawa balik dari masa ke semasa hingga chairman puas hati… ini la bagus.. takde la aku nak kena perah otak dok fikir isu apa yg dorang asyik dok bertekak ni.. minggu ni lain.. minggu depan lain.. minggu satu lagi balik minggu ni punya cite plak… boring…

lebih kurang kul 4.50 tadi.. wife aku call… dia kata dia dah sampai dan sekarang tengah lepak umah mak dia.. syukurlah selamat sampai… well.. aku pi jenguk bilik development.. beberapa pegawai dan staf tengah kemas bilik tu.. setelah semalam aku sorang je yg kemas bilik tu.. elehhh… dorang kemas file je.. segala plastik rak buku… sampah.. kertas… habuk… aku yg merasai bahangnya… pehtu bila aku datang buat cam best je depan 3rd boss.. elehhhh…. tapi aku tak lama… setelah 3rd boss perasan aku ada.. aku terus blah masuk bilik… lepas solat.. chow…. malam ni kena keluar.. cari songkok.. esok kena pakai baju melayu lengkap… risau lagi la wife aku ni… kekekekeekehhhhh…. bukan selalu pakai baju melayu… cam dulu tu… walaupun aku tau dia gurau… tapi mana la tau kan..??

errrr… lepas aku solat tadi.. member yg aku upah pasang paip dan pasang rel langsir datang… dia minta baki duit upah… pehtu ada nak minta tambah bayar tebuk dan pasang rel langsir tu sekali… no problem… abih gak RM260 untuk urusan pasang paip… kat luar rumah, setiap bilik air… dan rel langsir… apepun.. yahoooo… lega… hujung minggu ni buleh gi basuh rumah… then boleh la angkut barang² kecik sedikit demi sedikit… lagipun adik aku ada… dua kereta cukup untuk uruskan mende kecik… tak sabar rasanya nak pindah rumah sendiri… hehehhh… well.. kena gamble lerrr… sekarang dah ada dua rumah sendiri… satu apartment yg nak dijual… satu lagi rumah teres… kalau la takde penyewa cam hari tu.. kopak gak belanja bulan.. naya… aku pun dah letih dah nak buat part time buat masa ni… tak larat rasa badan, mata dan otak… bila dah ada student menyewa ni.. ringan beban aku… fuhhh… syukur… aku harap sampai raya ni aku dapat save sket duit belanja… sampai la hujung tahun.. amin…

Semangat Patriotik…

Bulan Ogos semakin menghampiri tarikh keramat untuk Malaysia… 47 tahun Merdeka sudah negara aku ni.. ye laaa.. cuma tak dapat rasakan erti kemerdekaan yg sebenar… selama 3 hari bercuti kat kampung aku… aku teringat pasal Merdeka… terutama susah payah zaman datuk nenek dan ibubapa kita semua… apa yg paling bermakna kepada aku bila tiba time merdeka.. ialah bila aku kenang kembali arwah atuk aku… dan orang² lama yg berjuang demi kebebasan negara… aku akan jadi kelu sekejap… bapa aku masa tu kalau tak salah berumur 7-8 tahun… tengah nakal panjat pokok dan mandi sungai… ada dia cite kisah dia sebelum merdeka.. semua kenangan manis dan pahit.. ye laa.. kenangan manis pahit akan sentiasa terpahat di hati… arwah atok aku masa tu Ketua Kampung… anak ketua kampung ni paham² je laa.. jadi boss geng bebudak lerrr… kekekekeehhh… macam² cite ada… best gak hidup di kampung… sayang tul.. aku dah lahir je dok kat area bandar… sebab tu aku taktau yg mana satu pokok durian.. manggis… rambutan… duku… kecuali kalau aku nampak buahnya… errr.. setakat buah kelapa.. kelapa sawit.. pisang tu.. tau la aku… tapi yg tak biasanya kat dusun ni…

errr… arwah atuk… aku masih ingat lagi… tak salah aku masa aku berumur 5-6 tahun… naik beca ngan dia round bandar KB yg masa tu masih lagi ala bandar koboi… gula² yg dia belikan.. tapi aku cuma ingat yg ni je… peristiwa lain aku tak ingat… dan yg paling aku ingat.. saat arwah atuk aku ketika nak menghadapi Sakratul Maut… masa tengah nazak… masa tu dia dah tak boleh berkata²… hanya mata dia yg bergenang air mata… bibir yg sentiasa mengukir senyum… dan jari jemari yg lemah tidak dapat bergerak… aku sempat mengusap urat tangan yg terkeluar… dari belakang tangan hingga ke siku… tapi masa tu aku tak menangis.. aku ingat arwah atuk aku sakit… tapi bapa dan pak sedara aku… mmmmm… lain dari yg lain… ape pun.. selepas 2-3 hari aku pulang semula ke KB… arwah atuk aku meninggal dunia.. aku tak ingat tarikh kematian arwah atuk aku sebab bapa aku tak pernah ceritakan pada aku… dan dia tak mau perkara itu disebut… sampai sekarang… ape pun.. kalau time raya bila aku balik ke KK… aku sentiasa melawat kubur arwah atuk… bacakan Yasin dan Al-Fatihah… cuci kubur… err.. kubur arwah opah aku pulak bersebelahan dengan kubur arwah atuk aku… senang nak ingat..

kat kampung… kalau terjumpa atuk-atuk sedara atau geng arwah atuk aku yg masih hidup… tak hilang ingatan aku dari cerita-cerita perang, gaduh, lawan etc… terutama dengan jepun, komunis dan inggeris… penjajah negara dan undang²… memang membakar semangat.. tetapi sekadar cuma… ketika aku mengenang apa itu Merdeka… besar maknanya… lepas tu hilang balik.. perghhh…!! hujung bulan ni.. aku balik kampung kat perak pula… ada chance nak jumpe balik geng arwah atuk aku… minta dorang cerita lagi apa yg mereka ingat… aku kena menulis laaa… apa yg aku ingat sekarang dah hilang ketepatannya… maybe perlu aku tulis untuk generasi aku akan datang… supaya bukan mereka faham apa itu merdeka sahaja.. tetapi tahu asal usul keluarga aku…

uuuiiisshhh..!! terlajak tulih pasal merdeka dan kenangan silam pulak… aku sebenarnya takleh menulis ni.. sebab keje banyak.. tapi kebetulan lepas solat tadi tengah dok rilek… datang idea.. aku terus taip… keluar abih apa yg ingin diceritakan… sekarang dah 2 lebih… aku plan kul 2 ni aku nak buat kertas kerja projek dan progress projek.. kekekekeehhhh… esok nak hantar… errr… aku harap big boss dan 2nd boss tak ngamuk… letih la otak nak mengarang bahasa skema… kalau la dorang bagi aku tulih report cam aku tulih jurnal ni… fulamak… bestnya… abih aku tulih sampai jadi novel…

errr.. cerita balik kampung kat kelantan… dan perak… memang berlainan… tapi yg aku tak tahan… makan… kat memana kampung pun.. kalau kita balik.. dorang jamu makan… aku pun dah naik 2 kilo sejak balik dari KB… kalau la seminggu aku dok sana… sah 3 kilo… pehtu.. satu petang yg dingin… wife aku offer untuk gunting rambut aku… aku actually tak suka gunting rambut… coz tak nampak rock… tapi bila difikir… dengan kerja aku ala eksekutif… pasni banyak meeting lagi dan bengkel nak kena attend.. kena smart lerrr… aku pun biar la wife aku gunting rambut aku.. so.. tak nampak rock la aku.. sekarang ni.. kat opis je.. semua staf kata aku cam bebudak sekolah… tersengih je laa… ada yg kata tak nampak cam ada dua anak… macam²… hehehhh.. yg pasti… dorang taktau apa yg terbelenggu di kepala aku sekarang ni.. projek sistem yg masih tak siap² lagi… aku nak kata tension… dah takde dah… kira dah agak lali… kecuali kalau nak segera.. aku akan tension.. kalau biar je aku buat sampai aku siap.. no problem… sengal rasa kepala otak aku sejak dua menjak ni.. ntah laaa… memang balada tul aku kat sini… semua orang anggap aku penting kat sini… tapi… kepentingan aku dorang tak nampak… sabar je laaaa…

setiap detik dan minit ada je problem… dari mende kecik sampai besar aku memang takleh lepas dari tangan… kebetulan pula aku nak pindah rumah ni.. nak fikir 10 benda dalam satu masa… tapi aku dapat buat sikit demi sikit… tunggu je la progress selanjutnya… petang ni ada gotong royong bersihkan unit masing² dalam department aku ni.. yg pastinya.. part IT aku ngan partner aku… tapi tu laa.. partner aku MC dua hari sejak semalam… cemana kira ni..?? sedangkan bahagian yg bersepah tu di bawah kawalan dia.. terutama lab dan makmal.. ntah laaa… kalau diikutkan.. aku kemas stail aku… takde tanda²… pakai letak setempat je… tapi risau kot dia datang esok dia lupa mana barang or mende yg dia letak untuk kes KIV… err.. gotong royong ni sebab nak sambut lawatan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti… yg akan buat lawatan Jumaat ni… yg paling aku phobia… staf lelaki kena pakai baju lengkap.. wadoiii… nak kena pinjam lagi la songkok mertua aku ni… takpun kalau ada masa sehari dua ni.. aku gi beli je laaa… mmmm….

pagi tadi.. 3rd boss yg baru contact aku.. minta brief pasal sistem yg tengah develop… banyak jugak pengetahuan dia coz sebelum ni dia involve ngan UPU punya sistem dan SMP undergrad… aku rasa cam rugi je dia masuk lewat.. bukan ke bagus kalau awal tahun dulu lagi dia dah masuk department aku… iskk… apa yg aku frust.. apa yg aku nak.. apa yg dia nak.. memang satu kepala… cuma dia lebih kepada short process… aku plak lebih kepada design process… lebih kurang la bila combine.. sekarang ni aku ngan dia kena workout balik interface, design, report & etc… kena buat slow and steady.. coz nanti melambatkan lagi proses pembangunan sistem yg terbengkalai dan terlonglai… sebab tak abis² ada perubahan… penambahan.. pengurangan… bila mau abis..??? ni kena redesign balik ni.. ape pun.. aku bersyukur… 3rd boss yg baru ni tahu apa yg aku dan dia tau… suatu hari nanti… aku ngan dia nak meletop sama²… errr… meletupkan bom jangka pada sistem… bukan pada badan… hehehhh…

errrr… keje perlu diteruskan… tepon pun asyik bunyi je… tadi ex-3rd boss datang.. tanya pasal nama unit aku untuk nama terbaru… sebelum ni unit IT… tapi nak tukar ke Bahagian ‘something’…. apa aku nak letak..??? dia taknak short form IT… mmmmm… payah aaaa gini… fikir.. fikir… fikir…. wachaaa…!!!

Kena Spam.. Bomb… Attack… non stop action…!!!

Fuhh… minggu ni… phobia betul laaa… lepas je kul 9 pagi… tepon.. handpon… ketuk bilik.. emel… surat… memo… semua sampai kat aku… tapi dalam kul 1… senyap… pehtu masuk je kul 2… BOOMMM..!!! datang balik… dah la aku tengah prepare kertas kerja baru.. ganti yg lama coz ada nak tambah 2-3 perkara lagi… pehtu nak siapkan report sistem… pehtu nak buat minit meeting.. pehtu nak monitor keje vendor dan staf pasal output sistem… wadusss… aku rasa dah sampai hari ke 5 ni.. still mende sama berlaku.. yg aku hangin.. aku takde masa nak bernafas nyaman… walaupun bilik aircond dah sejok… ini tak termasuk meeting lagi.. hari² pegi meeting… asal meeting je.. ada la mende baru kena buat.. meeting je.. kena buat itu.. ini… waaa… takpe laa… jiwa aku dah kukuh dah ngan fenomena ni sejak dua menjak ni… big boss pun dah paham keadaan aku.. so skarang ni… kena teruskan jugak lerrr… aku tak risau.. coz satu hari nanti.. aku akan buat ‘hari berkurung’ selama beberapa hari… ini bila aku dah finalize keje aku untuk submit kat management.. big boss pun dah bagi green light.. yahoooo…!!!!

*hari berkurung – berkunci lam bilik, tutup sliding, cabut tepon bilik, off handphone… tapi aircond kena on… kekekekehhh…

semalam.. dari pagi sampai tengahari aku tak sempat gi makan… dalam kul 2 kebetulan wife aku call… dia ada kat somewhere lunch ngan member dia… aku pun pesan ler nasi goreng.. tapi tu laa.. kul 3 dia sampai opis.. asal aku nak makan je.. ada meeting management.. aku ingat akan dipanggil untuk present apa yg aku dapat dari USM tempohari… so aku siapkan sedikit laporan.. pehtu tunggu punya tunggu tak panggil gak… tetiba salah sorang officer bagitau.. present tu cancel coz ramai lagi officer tak siap.. adoii.. bertuah.. terus aku masuk bilik.. makan nasi goreng… then… aku taktau laa.. dalam kul 4.30 tu.. tengah aku mengelamun atas kerusi.. terus lelap.. bila aku sedar dah kul 5.00.. mak aihhh… sakit betul badan aku.. tido sambil duduk… tak pernah terjadi ni… aku plak tak rebahkan kerusi… dari tengkok, lutut, sampai kaki abih krem.. naik jem… nasib baik tak keluar air liur hikmat.. kekekekeeehhh…!!!

balik umah.. nak demam… aku taktau nape.. tapi for sure.. aku tak makan ikut jadual.. dan terlelap tanpa keadaan selesa… semalam tido awal.. semua anak beranak settle kul 10 malam… tapiiii… kul 5 pagi.. semua bangun.. coz baby kecik dah ngamuk… yg sulung plak takleh tido coz adik dia bising.. dia pun bising gak… hahahaa…!! sabo je laaa.. ape pun.. tido dah cukup… settle la pagi tu…

hari ni pun… pagi tadi ada meeting.. kelam kabut aku.. dah la printer aku dipinjamkan oleh management untuk bengkel ISO kat hotel tempohari… dah tu tak pulangkan kat aku.. terus jadi harta salah seorang officer… wadoiii.. sabor je laa… terpaksa aku lari ke sana sini cari pc yg free untuk print… aku guna thumbdrive… masa ni la baru aku tau.. WinXP very helpful… sebab sebelum jumpa pc yg xp.. terbabas gak kat pc win98… sabo.. sabo… seminggu lagi pc baru sampai.. yeaahooooo…!!! dan lepas meeting tadi pun… aku baru je diberi arahan untuk order alat IT yg diperlukan.. apa lagi… terus aku jumpa partner aku untuk order 3 bijik printer HP 1010… dan 6 unit thumbdrive apacer 256mb… ini untuk setiap officer.. kasi sorang satu… partner aku serba salah.. takpe lerr.. aku suruh dia order je.. biar mende tu sampai dulu… kalau management marah.. suruh dia refer kat aku.. sebab 2nd boss dah bagi kuasa veto kat aku untuk order mende alah tu.. kalau tunggu kang.. ada lagi la kertas kerja or kumpul quotation ni..

esok… semua staf dan officer department aku kena pegi PD… semua stay kat villa… fuiyaooo.. ini untuk bengkel ISO dan hari keluarga… tapi aku dah minta kebenaran kat big boss.. aku tak boleh pegi… aku nak balik kampung lerrr.. rindu kat mak ayah… kebetulan pulak.. anak aku asyik sebut nama atuk dan tok ma dorang… dah tu.. adik bongsu aku pun dok teringat kat anak sedara dia… mak aku apa lagi… control…. aku tau dalam hati dia terlonjak gumbira.. hehehhh… so.. aku decided nak balik kampung esok… tengahari kot… syukurlah big boss paham dan dia bagi lagi satu hari cuti hari isnin… lagipun nak balik ni ada la nak diskas sket pasal kenduri adik aku yg akan dibuat 28hb. Ogos nanti… kat kg Kuala Kangsar, Perak… so.. ada berkampung la ni… aku call mak aku semalam.. punya la happy… anak dan cucu nak balik… kebetulan.. esok birthday ayah aku… nak buat makan dan nak beli hadiah sket… i miss my dad… tak sempat jumpa masa dia balik dari umrah hari tu…

lagi satu… bulan ni aku confirm pindah rumah lagi… kali ni pindah yg bebetul punya… insyaAllah… macam² plan dah ni… tengahari tadi lepas je meeting… aku angkut brother yg buat keje² buat rumah… memula ni nak pasangkan paip… rel langsir… dan tambah apa yg patut.. pehtu nak tanam rumput karpet kat depan laman yg kecik tu… setompok RM6.50 sekarang ni… tapi sebab aku nak beli lebih dari 20 tompok.. jatuh RM4.50… jadi laa.. atleast bangun pagi boleh tengok rumput depan rumah.. hijau… hehehehhh…. tapi banyak keje mental dan fizikal juga nak settle.. kena contact bank, member, astro bagitau pertukaran alamat dsb… ini untuk urusan surat menyurat dan billing…. tapi wife aku lain.. dia part nak mencantikkan rumah… so far.. aku cuma tahan dia dari tengok offer sofa dan peralatan rumah… bahaya wooo… tunggu la dulu.. kekekehhhh… yg penting keperluan rumah dah settle.. baru leh uruskan nak mencantikkan rumah… bahaya… nanti lost budget.. aku nak buat ni pun… bukan ape… kebetulan awal minggu ni member ada datang lagi bagi projek… design web… syukurlah… bernafas nak pindah ni… lori sewa dah RM400 lebih… ape pun… syukur atas segala²nya… Alhamdulillah…

well.. kejap lagi nak bantu partner aku buat persiapan peralatan IT yg nak dibawa esok ke PD… dan aku… esok.. balik kampung… drive steady…

Return top

ADI BLOG

Aku tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.