Archive for May, 2003

Pemeriksaan kesihatan… Nasib baik OK…

Sampai je opis… nak berinternet dan check emel… network problem… fuhh… slow giler… then aku decide nak gi bank pehtu melawat IT department.. coz aku taktau nak buat ape dah… rupanya IT department punya team tengah backup data ke server baru… patut la intranet je yg jalan… internet tak semua boleh access… then aku gi klinik.. check kesihatan sket… dah berbulan aku tak gi check.. ingat nak check darah… tapi doktor yg incharge takde… so aku gi kat salah sorang pegawai perubatan… borak ngan dia pasal masalah kesihatan zaman sekarang… sampai la dia nak balik… hehehhh… dah kul 12 lebih rupanya… aku pun blah gak dan pegi balik IT department.. keje dah beres… so.. borak la dengan beberapa orang teknikal person pasal server… sampai kul 1.. baru aku balik opis… network pun dah ok… tapi sayangnye… aku pun nak balik dah… hehehee…

Hari yang pelik…

Hari ni sorang boss pun aku tak nampak… big boss, second boss, third boss… yg ada beberapa 4th level boss je… heheheee… menyebabkan aku ada ruang untuk siapkan beberapa keje aku yg tergendala… dari pagi aku banyak taip dokumen je… terutama sekali pasal laporan projek department aku ni… pedih gak mata… pehtu aku buat appointment nak jumpa pengarah IT kul 3.00 petang… nasib baik ada…

whoaa… sekejap aku dikejutkan dengan kehadiran mrx000… panjang umur dia.. baru pagi tadi aku dok sebut nama dia lam ittutor… tup² dah sampai.. temankan isteri dia untuk hantar borang… sayang tul kat isteri dia.. heheehhh… asal isteri dia datang je UPM… sure dia ada sekali… tapi kali ni berbeza… dulu control macho… sekarang dah rilex & selamba… 

then aku sambung balik keje² aku… check surat menyurat… alamak… pagi tadi aku silap hantar surat daaa… nasib baik pada kerani bahagian kewangan… kalau pengarah dia.. sure teruk aku besok… hehehee… takpe laa.. pasni kena hantar semula dengan dokumen yg tertinggal tu…. 

sebelum solat jumaat aku backup data dari server dulu… cam biasa seminggu sekali… huh..! tengahari tadi network sket.. mesti dorang ada buat transfer or change server kat IT department nun.. sebab start aku keluar dari opis.. sampai la abis solat jumaat bila aku balik still transfer lom abis lagik… selalu sejam je… ini dah dua jam lebih… lepak punya lepak… kul 2.50 aku pun terus gi ke IT department.. banyak gak diskas pasal projek, hardware, kontrak.. mak aihh… aku rasa kena settle dua minggu lagi ni… coz minggu depan aku kursus 4 hari… takde kat opis untuk settle mende ni… aku kalau buleh nak tolong cepatkan proses pembayaran untuk vendor yg buat projek tempat aku… tapi keadaan masa nampak cam tak mengizinkan plak.. ada beberapa lagi dokumen dari vendor tak de ngan aku… so.. aku terus minta dorang sediakan secepat mungkin.. isnin aku still ada lagi untuk go through…

sebelum balik opis.. aku singgah kat tempat server… perghh.. sejok cam lam peti ais rasanya…. then aku jumpa sorang officer dia kat sana… betul sangkaan aku… server tengah backup dan transfer… patut la line slow hari ni… aku pun tanya pasal form dan server yg nak bawak masuk situ… dorang explain pasal form dan hardware yg perlu diisi… lepas aku rasa aku paham walaupun ada lagi perkara yg aku tak paham… aku chowz balik opis… rilex sampai la wife aku call nak amik kereta.. kata dia ada hal… so.. sekarang ni pun aku tengah tunggu dia la ni dekat sejam dah… mmmmmm….. nak buat keje pun dah kelepet dah mata aku… ngantuks…

ZZZZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzz……

Celebrate… Terlepas ke Summit USJ…

Hari ni pepagi buta lagi aku dah masuk ittutor.. sekarang kul 12.47 pagi… aku kat cc sekarang ni ngan adik aku… sementara tunggu final match Juventus vs AC Milan… lepak kat sini jap lepas pekena teh tarik.. 

well… hari ni aku cuti satu hari.. tak gi opis… rehat pun tak la rehat… cuma pepagi nanti kul 8 pagi nak bawak anak aku yg no. 2 tu gi klinik untuk checkup… pehtu mungkin gi bank dan bawak mak aku melawat sedara mara.. (baru je sampai 2 hari ngan adik bongsu aku coz cuti sekolah…) at least… dapat hilangkan jap otak aku dari keje opis yg berasak…. banyak lagi keje yg tak settle ni…

errr… malam tadi aku ngan wife gi dinner kat Grand Canyon Coffee sempena our 3th anniversary… kat Summit USJ.. kira orait la… not bad… berdua je… lama tak rasa suasana camtu.. ye la dah ada anak kecik ni… kekadang terhad gak nak gi jalan berdua ni… heheheee…

oppss… nak kul 1 dah… chowz dulu….

Ulangtahun Perkahwinan…

Waaa… hari ni anniversary perkahwinan aku yg ke-3… hehehh… malam ni aku ingat nak bawak wife aku keluar makan lerrr… tempat tak sure lagi… mmmmm 

well… hari ni tak bernafas gak aku… pepagi aku sampai aku siapkan dokumen yg nak masuk lam web… pehtu aku chow gi pejabat pendaftaran negara…. gi buat IC baru… wulamak.. cepat dah sekarang… sebab rekod kita dah ada lam JPN… just letak ibu jari je untuk scan pehtu amik gambar… simpan resit untuk ambil kad bila dah siap nanti…

pehtu.. aku gi bank.. bayar duit kete dulu… rumah ngan rumah sewa tak sempat… then bawak wife aku gi klinik…

petang.. aku sambung update website… dalam kul 3.00 S.A. dari vendor project datang amik maklumat sket… join ngan dorang dekat sejam lebih… pastu settle… ada lagi ni besok… tapi aku ingat nak cuti rehat la esok… sesak otak aku minggu lepas dan minggu ni tak hilang lagi… iskk…

cuti-cuti la esok…

Meeting Steering Committee yang pertama…

Sampai opis kul 7.30 pagi… kena update sket minit mesyuarat dari company.. then print out dokumen project progress… pastu aku buat agenda dan signboard… untuk meeting ler ni…9.00 pagi

Mesyuarat Project Steering Committee yg pertama berjalan lancar… ada beberapa tugas baru aku kena buat… penambahan terutama dalam bab integration, migration, security…

kekadang lam dilema gak… SSL nak guna lam concept http or https… ada pro dan kontra pasal dedua perkara ni… kalau https kurang coding pada client dan server… aaahhh.. kemudian nanti je la pikir.. kena study bebetul dulu… sebab tu aku tak cite lam meeting tadi…

kul 12 lebih abis…

1.30 petang

lepas solat zohor aku relax.. sampai kul 2.. then buat surat sket… pastu kul 3.00 aku ngan semua staf lelaki gi bangunan baru.. ada buat majlis bacaan yasin dan doa selamat… tak lama lagi nak pindah dah… 

then sepetang ni plak.. aku update website… list dan upload form terbaru… upload peraturan terbaru…. pasni balik ler…

Tentatif sikit… sikit je…

pagi

8.30
mesyuarat jabatan… kena basuh ko montaj tak siap² sampai sekarang… tapi reason diterima coz aku bz ngan tender, routine job, IT department, Bursary dsb…

11.30
pastu berlari plak ke meeting integration antara IT department ngan vendor project tempat aku…
petang

2.00
buat persediaan slide multimedia montaj yg ada sebab partner aku akan present kat semua officer… aku takleh coz aku ada meeting lain…

3.00
meeting ngan team bursary with vendor project gak.. sampai la petang..

letih woooo….. pasni nak gi pasar malam lak… nak balik….

Waaaarrghhh..!!! tak boleh tulis apa-apa…

Waaaarghhhh..!!!!

Yesterday and today…

1) check place for server & status
2) check new building & status network, electricity & phone line
3) discussion about phase project with vendor team project
4) preparation of project progress
5) preparation of project steering committee documentation
5) contact system security team and book for meeting
6) routine job
7) rumah kata pergi.. kubur kata mari…

WAAAAAARRRGGGGHHHHHH…!!!

Cabaran terus bermula… tanpa henti…

Hari ni agak mencabar gak tugas aku… mana taknya… involve lam proses kewangan antara department aku ngan department financial… ni tujuan nak bayar kat vendor ler ni… aku ingat aku buleh buat keputusan ikut sumber yg aku ada… tapi nasib baik la aku rujuk dulu kat 3rd boss aku… dia kata kena hold dulu sebab nak pastikan sumber tu dah complete ke belum… hishh… aku ingat dah complete dah… sampaikan surat pengesahan terima pun aku takleh hantar gak… pelik tul laaa… takpe laa… ini arahan dari boss… kang aku memandai kang… nampak gayanya ada chance boleh tukar aku ke unit kewangan ler… pehtu pulak aku kena jumpa 2nd boss… sebab pagi tadi dia ada meeting ngan sales manager vendor yg buat projek tu… well.. aku heran tul laaa… banyak kontra maklumat yang dorang berikan pada 2nd boss aku dan kepada aku… boss aku pun ape lagi.. terus call director department kewangan… jenuh gak dorang dok diskas pasal ni… Cuma aku je takde masa tu sebab sibuk ngan semakan laporan… bila aku jumpa dia… tertinggal maklumat pulak dah… tapi aku dan boss aku tak bersalah sebab info maklumat yang tertinggal ni dari pihak kewangan… nak buat guano… anyway… steering committee meeting nanti semua benda ni akan diusulkan… so, aku kena prepare satu laporan khas untuk chairman iaitu 2nd boss aku tu… then brief kat dia dulu sebelum meeting…dengan perasaan senyum bangga aku dapat la excuse dari tugas masa konvo nanti… ahaksss… penat wooo… nak fikir buat laporan lagi… nak follow up kerja yg tergendala lagi… hari sabtu aku datang untuk follow up je la nampaknya…. Fuhhh… walaupun semua keadaan tergantung… aku tak la frust dan risau sebab benda ni akan diselesaikan lam committee meeting nanti… what a rock and metal should I care about… hehehehhh…

hmmm… petang² ni pulak kena design template logo dan text plak dah… ni nak tampal kat portable chair and table yg department aku dah order dari one company.. besok dia nak ambik… so…. paham² je laaa….

pagi tadi hampir kena marah ngan big boss… pasal aku lupa edarkan satu handout untuk new student… tapi nasib baik dia paham 2 hari ni aku sibuk ngan meeting dan jumpa team project…. pehtu plak dia tegur coz tak inform dia aku tak jadi nak gi satu majlis malam esok yg dia minta aku hadir… hishh… padahal semalam sebelum gi meeting aku dah contact s/u dia… s/u dia kata nak datang tempat aku dan ambik atas paper holder… tak ingat le tu… ape lagi aku la yg kena… tapi aku tak kira.. aku explain gak kat dia… sampai dia pun dah boring dah nak marah aku… heheheheee… 

anyway…. respect la aku kat semua boss² aku… very cool and motivate…. tanpa mereka… siapa la aku….

Asyik meeting je.. laporan la pulak…

Pagi…. mmmmm… aku buat typing… saje je ni…. taktau nak kata dah… menaip laporan la senang… dah banyak kali meeting… laporan.. minit tak penah ada… ape daaa.. heheheee…..

then… terima surat dari bendahari dan pendaftar… wadus… ini pasal kursus dan krisis kewangan ler ni… takpe.. esok aku jumpe 3rd boss untuk discuss more detail….

kul 11 lebih kurang.. aku settle lotus notes kat tempat aku ngan department IT untuk collect data for email… fuh… baru belajar cara cemana nak assign user… best gak ada manager access ni…

petang… meeting daaaa ape lagik…. ini pasal sistem baru punya fasa pertama development… tapi diskas tak habis.. kena sambung hari lain… hari ni sampai kul 6.00 ni haaa… masa meeting ngan company yg buat projek kat tempat aku ni… ada ke dorang ingat aku ni bujang…?? bila aku kata dah kawin.. terkujat dorang.. pehtu aku kata anak dah dua.. lagi terkujat dorang sampai terbatuk²…. coz masa tu tengah minum… hahahahaaaa…  adoiii… pas solat asar ni balik lerrrr… iskk….

Hari Beres sedunia…

Hari ni adalah hari yg paling bz lam sejarah hidup aku… nasib baik dah cuti 4 hari minggu lepas… kepala dah orait la kiranya ni…

pepagi.. ada problem network kat opis aku… switch ‘hang’… aku refresh balik je mende tu… pastu taip surat meeting dan hantar terus kat despatch punya pigeon hole…

then kul 9 lebih aku gi post office untuk keluarkan ASB… bank ramai orang plak… lom 9.30 lagi dah beratur…. duit tu untuk register anak² aku kat nursery baru… dekat ngan opis.. wife aku pickup aku kat situ… then bawak gi nursery… settle kat situ… singgah terus kat cafe.. makan ngan wife aku… tengahari tak makan dah for sure sebab rasa cam tak sempat… hehehee…

balik opis… tetiba ada staf inform big boss dan committee tengah tunggu aku… coz dorang sedang meeting pengurusan… alemak… nasib baik aku tak balik lambat sangat… dorang tengah hot diskas pasal emel student untuk semua registered student kat tempat aku… aku ape lagi.. terus contact boss department IT dan buat appointment… kebetulan dia free kul 12… tapi sebelum tu kul 11.30.. company punya S.A datang nak collect data… aku cari partner aku tak jumpe… kelam kabut jadinya aku.. coz nak gi jumpe boss IT tu lagi… sempat layan dorang kejap je laa.. lastly aku mintak tolong sorang senior staf guide dorang…

tepat 12.00 terus aku gi opis boss department IT… diskas punya diskas.. settle beb.. very fast n furious… termasuk maklumat di mana nak letak server aku… this is the confirmation day… ( alaaa… tanpa surat biasa laaa… kena ada surat gak.. aku le ni kena buat pasni… eleleee…)

balik opis.. ada lunch yg department aku provide untuk staf yg handle registration… errr… aku ajak S.A. company tu join sekali.. terpaksa aku makan jugak… takpe laa.. sikit je… tak gemok punya.. hehehhh…

petang plak… account manager company tu pulak datang.. bawak surat dan payment schedule… esok aku kena diskas ngan steering committee punya chairman pasal ni… iskk… kena prepare bebetul ni… kang kena basuh kang… takpe… esok leh prepare… coz kena contact pegawai kewangan lagi… mesti amik info sket…

lagi punya petang… sempat gak layan beberapa emel dan ittutor… walaupun masa tu ada beberapa pc problem… aku takleh handle dah mende tu.. aku dah serahkan perkara ni kat partner aku… so.. suruh dorang tunggu partner aku tu balik jugak untuk settle… sape suruh dia buat keje lain selain dari IT… he is my partner beb..!! partner..!!

well.. alhamdulillah… semua keje aku beres hari ni… setelah beberapa bulan sakit pala… hari ni aku rasa release sket… sebab flow dia dah berkembang dan mengalir ke tujuan asal…

Return top

ADI BLOG

Aku tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.