Freemarket UPM 2.0

freemarket-banner---fb
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam program Freemarket UPM 2.0, kerjasama di antara Universiti Putra Malaysia (UPM) & Adi Karya Sdn Bhd di mana kami telah mendapat sumbangan hebat dari syarikat-syarikat dan penyumbang perseorangan hampir dari seluruh negeri di semenanjung Malaysia.
 

orang-kuat-UPM

Terima kasih YBhg. Datin Paduka Prof. Dr. Aini Ideris (VC – UPM), YB Dato’ Ahmad Maslan (Timb. Menteri MITI), YB Bhg. Dato Mohd Nazifuddin Mohd Najib (NGO) yang sudi hadir memeriahkan lagi program ini. Prof. Dato Dr. Shatar Sabran (TNCHEP) & Dr. Abdul Razak bin Abdul Rahman (Pengetua KTDI) yang sentiasa menyokong penuh usaha kami. Urusetia Program (Nurul Fatin Ilani & Mohd Husaini Amir) & Para sukarelawan yang bertungkus lumus dari mula hingga tamatnya program.
 
Secara peribadi juga saya merakamkan ucapan ini kepada My Uniform Gallery (UG) Bangi, Zalora Malaysia, Ajinamoto Malaysia, Sahabat Alam Maya Malaysia (SAM), Imtiaz Digital, Skobok.com, Pakatan Ukur Bahan Sdn Bhd (Hj. Ghazali) dan semua para penyumbang2 (unsung heroes).
 
Kepada penerima-penerima sumbangan (rumah anak-anak yatim, persatuan ibu tunggal, rumah orang tua, anak-anak orang asli, orang kelainan upaya, golongan asnaf… semoga anda ceria, gembira dan mensyukuri nikmat dari Allah SWT ini. inshaAllah semoga sahabat-sahabat yang lain akan turut membantu pada suatu masa dan ketika nanti.
 
Terima kasih kepada semua, semoga Allah memberkati usaha kita bersama dan semoga Allah memurahkan rezeki kita semua… amiiinnnn…
 
“Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sehahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.” (Surah Ali Imran : 92)

0 comments on “Freemarket UPM 2.0Add yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *