Salam 2012… Dah setahun berlalu untuk membuka lembaran baru 2012…

Alhamdulillah 2011 telah dapat dilalui dengan jayanya… segala projek-projek dan target dapat dicapai. semuanya dah hampir siap dah bersedia untuk submit dalam sebulan dua ini.. dan seperti biasa untuk projek 2012 ni perlu lah juga diusahakan.. InsyaAllah… tahun ada satu geran projek dokumentari dan 2 tender/sebutharga projek portal development akan diusahakan.

Bagaimanapun… seperti yang sedia maklum, cabaran dan dugaan tetap ada… yelah.. ada kawan.. ingat boleh la tolong kawan.. tapi makan kawan ada juga… bukan itu saja… ada kawan yang ingat nak berkawan sebab ikhlas… rupanya ada udang di sebalik mi… sabar jelah… bisnes macam ni lah… kena ada kawan dan lawan juga untuk mematangkan kita dalam dunia bisnes era baru ni… mmmmm…. itu belum masuk bab politik lagi tu… sepanjang 2011 lalu… ada lah kenal dengan 3-4 orang Dato… tapi… hampeh… semua hampeh… buang masa dan duit aku dan juga rakan-rakan aku je… semua tipu daya dan janji palsu belaka… lepas ni memang aku takkan deal dengan dato-dato ni dah… perit rasanya… bila la nak jumpa dato yang betul-betul ni entahlah…  baik usaha sendiri dulu seperti biasa… rezeki tu dari Allah SWT… kalau ada izinnya adalah… kalau takda kena redha dan usaha ke arah lain pula…

apapun… aku yakin 2012 adalah tahun untuk aku makin maju dan berjaya… amiiinnn…

Lembaran Baru 2011

Alhamdulillah… Dengan nama Allah SWT yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih… aku bersyukur kepadaMu kerana pada tahun 2011 ini lembaran baru telah bermula dengan baik… terima kasih ya Allah kerana rezeki yang Engkau kurniakan kepada aku dan keluarga aku pada tahun ini.. setelah melalui kehidupan yang penuh berliku pada 2010… berkat kesabaran dan usaha berterusan pada tahun ini aku dan keluarga telah mendapat pengurniaan rezeki yang melimpah ruah.. syukur..

Maka.. aku akan menggunakan segala peluang dan ruang yang ada untuk bekerja keras bagi memajukan kehidupan aku dan keluarga… aku kini juga telah menemui beberapa rakan-rakan seperjuangan yang telah lama menghilang dan Alhamdulillah jua… mereka dalam lembaran yang terbaik juga pada tahun ini… 2011 adalah peringkat development dalam kerjaya aku untuk Adi Karya Sdn Bhd… setelah Orenj Media House & Artmedia Production mencapai kemuncak kejayaan…

Ya Allah… lindungilah dan peliharalah aku dan keluargaku dari segala perbuatan khianat manusia dan makhluk-makhlukMu yang berhasad dan berjiwa kotor… berikanlah cahaya dan petunjuk yang lebih merdeka kepadaku… semoga kejayaan ini akan berterusan untuk membantu saudara maraku dan juga mereka-mereka yang lebih memerlukan… Amiiiinnn….

MSC Malaysia Kre8tif Digital Content Conference 2010 (15hb. – 17hb. Disember 2010), PICC Putrajaya, Malaysia.

Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan terima kasih kepada Redzuan Affandi dari Malaysia Development Corporation (MDEC), Ridzuan Sidek ICT Inkubator Centre (KB) & bapa saudaraku Roy (Artmedia Production) kerana memberi peluang kepada aku untuk menyertai MSC Kre8tif Digital Content Conference di atas.

Konferen kreatif ini adalah yang pertama kalinya aku hadiri kerana sebelum ini terlalu sibuk dengan urusan kerja dan travel. Bagaimanapun aku amat berbangga dan berbesar hati kerana ianya dijayakan dengan penuh profesional & berstatus World (kata Mawi). Setiap sessi diadakan secara santai dan relax. Sound system dan Visual yang baik dan juga refreshmen serta lunch yang bertaraf hotel.

Booth-Booth Produk Animasi konferen juga bagus. aku dapat melihat sendiri syarikat-syarikat animasi dari Malaysia seperti Les Copaque (Upin Ipin), Mdec (Saladin), Asia Media, Animasia, Elite Animation, Inspedia, BSN (WHatttt???? Dana Industri Kreatif?????), Codemasters, Avant Garde, Rythm & Hues dan banyak lagi woooooo… dapat juga berkenalan dengan penerbit-penerbit dan mereka-mereka yang bertanggung jawab dalam pembikinan serta pengeluaran projek animasi…

Yang banyak memberi impak kepada aku sebenarnya bukan apa yang ada di PICC atau perkara-perkara yang disediakan oleh pihak penganjur. Tetapi kehadiran speaker-speaker profesional dari US, India, China dan banyak lagi benar-benar memberi pengetahuan dan kesedaran kepada aku untuk terus memajukan lagi bidang yang aku sedang ceburi. Terasa seperti masih cetek lagi ilmu dan kemahiran yang aku ada jika nak dibandigkan dengan moderator serta panel yang hadir. Berkongsi ilmu dan idea secara dua hala juga adalah satu konsep yang bagus pada aku dan ianya berlaku dalam setiap sesi yang aku hadiri. Cuma… agak terkilan kerana program masterclass yang di isi dalam slot program ada yang bertindih. Maksud aku ialah terdapat beberapa sesi yang aku sepatutnya hadir tetapi hanya dapat join satu sahaja berikutan satu lagi sesi diadakan dalam dewan yang lain pada waktu yang sama. Jadi aku telepas mengenai VFX. Mungkin di lain kali aku kena bawa team aku bersama untuk sama-sama mengambil info dan ilmu yang dicurahkan oleh speaker-speaker yang hadir.

Untuk makluman, antara speaker yang hadir ialah mereka yang hebat-hebat seperti

1) Jason Della Rocca (www.PerimeterPartners.com)

2) Jason Manley (pereka yang banyak terlibat sebagai designer dalam bidang industri Gaming untuk Sony, Microsoft, EA, Activision, Marvel, Hasbro, Nintendo dsb.) (www.theartdepartment.org)

3) Anand Gurnani (Editor & Writer yang banyak terlibat dalam bidang penerbitan animasi, gaming, fx di India & China & Asia Pasific) (www.AnimationXpress.com)

4) Ivon Andrew McCall Smith (Woohoooooo codemasters punya game animator & designer… aku masih setia dengan Operation Flashpoint… game simulasi peperangan yang hebat) (Codemasters Malaysia)

5) David Freeman (www.beyondstructure.com) penulis skrin yang menghasilkan filem-filem animasi keluaran PIXAR seperti Toy Story, Nemo, Monster Inc., Bug’s Life, Wall-E dan banyak lagi. Beliau juga penulis konseptual untuk game dari keluaran Sony, EA, Ubisoft, Activision, Disney Interactive dan banyak lagi seperti Jason Manley.

6) Zareh Nalbandian (www.AnimalLogic.com) Mungkin ramai yang tidak kenal dengan beliau tetapi beliau adalah penerbit yang menerbitkan animasi dan kesan khas untuk filem-filem hebat seperti Matrix, Matrix Reloaded, 300, Harry Potter, Australia, Happy Feet dan banyak lagi.

7) Mohd Fuad Mahadi Yaakob (errr….. entahlah yang ni aku tak tahu siapa tapi rasanya orang yang baru sedar bahawa perjalanan masih lagi jauh untuk diharungi bagi mendapatkan tempat untuk berada sebaris dengan speaker-speaker yang hebat di atas sana.) hehehee…

Selain dari mereka yang aku sebutkan di atas, Penerbit-penerbit, Pengarah, Penulis-penulis lain dari serata dunia juga ada tetapi aku tak berkesempatan untuk join sesi mereka atas sebab-sebab yang tak dapat nak dielakkan.

Pada hari pertama aku berkesempatan berdiskusi dengan Anand Gurnani untuk projek animasi asia. Aku harap aku dapat bekerjasama dengan beliau kerana beliau mempunyai contact untuk menghasilkan game, majalah, animasi, drama dsb. Produk aku pun dah bagi pada beliau untuk review. Beres nanti tu… kena keep in touch je.

Aku juga nak ceritakan pengalaman aku pada hari kedua iaitu sesi ‘Folklore Storytelling and Its Adaptation Into Modern Culture’ dari Datin Seri Tiara Jacquelina… Wow, she’s really great and amazing… persembahan, visual, history, dan kisah-kisah di sebalik PGL (Puteri Gunung Ledang) amat menarik perhatian aku. Aku kagum dengan cara beliau ‘handle audience’ dengan bahan-bahan yang menarik bagi melengkapkan sesi menerbitkan filem yang kreatif. Non stop action. Aku harap suatu hari nanti aku dapat bekerjasama dengan Datin Seri untuk pembikinan Filem… tapi apakan daya… aku masih di bangku buruk ini… moga menjadi kenyataan…

Sebelum lupa, terima kasih juga kepada team MDEC dan pelajar-pelajar MMU, Cyberjaya yang berjaya menguruskan dan menseketariatkan konferen yang hebat ini… you all memang rock..!!!

Sampai ketemu lagi MSC Malaysia Krea8tif… Kita jumpa lagi tahun hadapan…

p/s: errr.. MDEC… geran projek aku bila nak keluar offer letter ni??? hehehee…

Penipuan di Internet…

Aku terpanggil untuk menulis kali ini bagi menceritakan tentang penipuan di internet yang semakin lama semakin menular di kalangan masyarakat kita. Tak kiralah dari segi perniagaan, saham, produk, idea, ebook, teknik, langkah-langkah dan sebagainya… ia tetap satu penipuan dan seharusnya dihentikan. Siapa agaknya yang akan dipertanggungjawab untuk menghentikan ini semua? Diri kita juga yang sebenar-benarnya bertanggungjawab. Tak boleh harapkan pihak lain.

Ini aku ‘paste’ kan sumber dari smartconsumer.my mengenai contoh-contoh penipuan di internet, akhbar, surat, brosur dan sebagainya. Semoga menjadi panduan kita semua untuk menyedarkan diri kita dan sahabat/saudara kita betapa semua perkara yang dijanjikan, dinyatakan, ditaburkan, distrategikan, disusun, diwar-warkan… ia adalah penipuan semata-mata. bangkitlah orang kita… berusaha dan bekerjalah untuk mendapatkan hasil yang jujur, bersih dan halal…

Contoh 1 : Mengisi sampul surat

Merupakan satu kaedah yang paling klasik sekali dimana ia bermula semasa kegawatan ekonomi di Amerika Syarikat sekitar tahun 1920-an dan 1930-an. Anda dijanjikan akan dibayar antara RM1-2 untuk setiap sampul surat yang anda isikan. Anda hanya perlu membayar sedikit yuran dan anda DIJAMIN akan menerima sehingga 1,000 sampul surat seminggu yang telah siap diisi dan lengkap ditampal dengan setem! Apa yang tidak dinyatakan ialah anda perlu mendapatkan alamat bakal pelanggan.
Setelah pembayaran dibuat, anda akan menerima satu manual ringkas dan contoh flyer yang perlu anda edar atau iklankan dalam usaha anda mendapatkan alamat pelanggan. Setelah mendapat langganan dan bayaran, anda hanya perlu fotokopi manual ringkas tersebut dan berikan kepada pelanggan anda. Kaedah yang sungguh bijak tetapi tidak beretika.

Contoh 2 : Surat/e-mail berantai (perolehi wang segera)

Jika anda sering mencari peluang pendapatan dari rumah melalui internet dan suratkhabar, anda pastinya pernah menerima dan melihat surat/e-mail berantai ini. Mereka menjanjikan bahawa anda hanya perlu menghantar surat/e-mail bersama sejumlah wang kepada nama mereka yang tersenarai, kemudian mengeluarkan nama diaras bawah sekali dan digantikan dengan nama anda, dengan harapan suatu hari anda akan menjadi jutawan.
Ia juga ada dikatakan didalam versi kutu atau konsep saling membantu melalui kaedah sedekah dimana anda bersetuju untuk memberikan wang tersebut tanpa sebarang paksaan. Pada dasarnya ia adalah satu bentuk skim piramid. Biasanya senarai ini akan dimanipulasikan dimana hanya satu nama sahaja yang sentiasa berada diatas(pengasas program) dan akan menerima wang sangat banyak.

Contoh 3 : Sila dail nombor 600 untuk maklumat lanjut

Anda tidak perlu menghabiskan banyak masa dan wang dengan mendail nombor-nombor sebegini. Anda seharusnya tahu bahawa kos panggilan ke nombor 600 sangat mahal iaitu RM1.95 seminit (7.00 pagi-7.00 mlm) dan RM0.98 (7.00 mlm-7.00 pagi). Bayangkan jika anda menghabiskan 5 minit diwaktu siang, anda telah membazirkan hampir RM10.00 dan disitulah mereka memperolehi keuntungan. Simpan wang anda dan jangan mendail mana-mana nombor 600 hanya untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai apa yang dikatakan peluang bekerja dari rumah.

Contoh 4 : Senarai nama syarikat

Jangan terpedaya dengan membeli senarai syarikat yang memerlukan khidmat pekerja dari rumah melalui kaedah ini. Anda membayar untuk mendapatkan senarai syarikat yang mencari pekerja dari rumah sama seperti anda sama ada dalam bentuk digital atau bercetak. Antara syarikat yang biasa tersenarai ialah syarikat yang menawarkan pekerjaan pemasangan barangan, pengurusan katalog, syarikat MLM, dan lain-lain. Apa yang menjadi masalahnya ialah, senarai ini tidak semestinya betul-betul benar kerana syarikat tersebut mungkin tidak mencari pekerja dari rumah ataupun tidak pernah bersetuju untuk disenaraikan, atau tidak dapat dipastikan adakah perniagaan tersebut dijalankan secara sah atau masih terbuka peluang untuk anda memohon. Biasanya adalah sukar untuk anda mendapatkan kembali wang anda.

Contoh 5 : Memasang barangan di rumah

Biasanya peluang serupa ini akan memberitahu bahawa ada akan memasang barangan seperti anak patung, komponen elektronik, permainan kanak-kanak, produk kegunaan hotel dan pelbagai lagi projek kraftangan yang boleh dilakukan dirumah dan dijanjikan upah yang lumayan. Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan membayar deposit atau yuran pendahuluan (yang dijanjikan akan dikembalikan semula) dan anda akan menerima segala peralatan, barangan dan arahan yang perlu dilaksanakan.
Anda akan bernasib baik jika menerima produk yang dijanjikan selepas membuat pembayaran tetapi ramai pengguna yang telah tertipu dengan kaedah ini. Terdapat juga penipuan yang dilakukan dengan cara, apabila anda telah menerima produk dan menyiapkan mengikut arahan, anda akan dimaklumkan bahawa produk anda tidak menepati spesifikasi kehendak syarikat pengeluar. Syarikat ini sebenarnya membuat keuntungan melalui penjualan pek permulaan dan bukannya produk yang dipasang. Ini merupakan antara contoh penipuan yang dilakukan secara terancang dan sistematik oleh sesetengah syarikat.

Contoh 6 : Menaip dari rumah (kerani kemasukan data, kerani, kerani pemprosesan e-mail dan lain-lain lagi)

Peluang seperti ini juga sering diiklankan untuk memerangkap anda dengan pelbagai nama jawatan. Biasanya selepas menjelaskan sejumlah wang kepada agensi penipuan ini hanya untuk mendapatkan maklumat lanjut, anda biasanya akan menerima bahan-bahan melalui disket, muat turun atau maklumat bercetak yang akan memberikan anda pelbagai maklumat berkaitan dimana dan bagaimana anda boleh mengiklankan tentang peluang menaip dari rumah serta risalah jualan (dalam flyer, surat, e-mail, laman web,dan lain-lain lagi) akan diberikan kepada sesiapa yang berminat. Apabila mereka membuat pesanan untuk mendapatkan maklumat lanjut (sama seperti yang anda telah lakukan sebelum ini), anda hanya perlu mencetak/menyalin semua bahan yang anda telah terima kepada pelanggan anda. Sebenarnya ia akan cuba menjadikan anda seorang PENIPU!! Kerana hakikatnya tiada sebarang produk yang dijual, hanya maklumat tentang kaedah dan bahan mengiklankannya.

Contoh 7 : Perolehi wang dengan melayari Internet

Anda dikehendaki untuk daftar masuk ke laman internet tersebut sebanyak beberapa kali atau memuat turun sesuatu perisian pelayar internet ke komputer anda, dan membaca iklan atau melihat papan iklan yang tertera. Syarikat laman tersebut akan mengenakan bayaran kepada syarikat-syarikat yang membuat iklan dan ganjaran akan diberikan kepada ahli yang memenuhi kuota. Apa yang anda tidak ketahui ialah, anda akan mengambil masa yang lama untuk mencapai kuota yang telah ditetapkan sebelum anda layak menerima skim bayarannya, itupun sekiranya anda berjaya mencapainya. Tiba masa anda menerima bayaran, jumlah tersebut akan ditolak pula dengan kos pengurusan (boleh mencecah 20 peratus). Situasi yang lebih teruk yang boleh berlaku ialah penutupan laman web tersebut sebelum mana-mana peserta sempat menerima bayarannya.
Skim seperti ini semakin bercambah dan dalam pelbagai variasi seperti PAID EMAIL, PAID TO SURF, PAID TO DOWNLOAD dan sebagainya . Walau bagaimanapun, sekiranya anda ingin mencuba skim-skim seperti ini, anda perlu memerhatikan perkara-perkara ini terlebih dahulu:

  • Berapa bayaran yang akan anda terima untuk aktivit yang perlu anda lakukan (membaca setiap e-mel, melawat website dan sebagainya)
  • Apa yang perlu anda buat selain daripada membaca e-mel, (contoh: sesetengah skim mengkehendaki anda memasuki laman web yang disertakan di dalam e-mel). Boleh atau tidak rakyat Malaysia menyertainya? Sesetengah skim hanya untuk warganegara Amerika Syarikat sahaja.
  • Berapakah jumlah paling minimum yang dibayar?Buat pengiraan berapa lamakah masa yang diperlukan untuk mendapatkan bayaran minimum tersebut? Ingat bahawa anda perlu membayar akses internet dan bil telefon untuk membaca e-mel tersebut.
  • Bagaimanakah pembayaran akan dibuat?. Sekiranya pembayaran dibuat dengan menggunakan cek (US Dolar), sebahagian kecil akan diambil oleh pihak bank sebagai caj perkhidmatan. Jika pembayaran dimasukkan ke akaun online seperti Paypal, Clickbank, Stormpay,e-gold dan lain-lain, sila pastikan samada ia mengiktiraf urusniaga dengan warganegara Malaysia dan diiktiraf urusniaganya oleh pihak berkuasa di negara ini..

Contoh 8 : Melobi wang

Skim ini telah wujud semenjak beberapa tahun yang lalu. Daripada permulaannya dahulu menggunakan surat dan faks, kini ia semakin canggih, dengan menggunakan e-mel sebagai medium utama. Skim tersebut memberitahu anda yang pengirimnya (kebiasaannya daripada negara di Benua Afrika) mempunyai sejumlah wang yang banyak, memerlukan pertolongan anda untuk memindahkan wang ini ke dalam akaun bank anda, dan sekiranya berjaya, anda akan mendapat peratusan daripada jumlah wang tersebut. Ramai ahli peniagaan yang bijak, dan para remaja telah terpedaya oleh skim seperti ini kerana sifat tamak. Sebahagian lagi telah kehilangan sejumlah wang yang besar daripada akaun bank mereka, ataupun kehilangan barangan peribadi yang digunakan dalam jenayah yang lain. Berita cara penipuan seperti ini pernah disiarkan di suratkhabar METRO dan KOSMO.

Contoh 9 : Internet MLM

Jika anda pernah terdengar syarikat MLM dan anda pasti tahu bahawa ia merupakan salah satu jenis perniagaan yang popular di Malaysia. Salah satu masalah yang sering menimpa sistem MLM ialah kewujudan Sistem Piramid iaitu proses kenaikan pangkat melalui penajaan ahli menjadi lebih penting daripada proses menjual produk atau perkhidmatan.
Syarikat-syarikat ini menjanjikan pulangan yang hebat melalui skim piramid dan dan ramai rakyat Malaysia telah menjadi mangsa kepada Skim Cepat Kaya walaupun telah banyak amaran yang diberikan oleh kerajaan. Sebaik-baiknya periksa latar belakang syarikat tersebut sebelum anda membuat keputusan untuk menyertainya sebagai ahli. Pastikan syarikat MLM yang ingin disertai berdaftar dengan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta mereka mempunyai lesen jualan langsung yang sah.
Jika syarikat tersebut tidak berdaftar di Malaysia, anda tidak boleh membuat aduan kepada mana-mana pihak berkuasa tempatan. Anda juga tidak boleh membuat aduan kepada orang yang memperkenalkan skim tersebut kepada anda kerana dia juga hanya merupakan seorang ahli sahaja.

Contoh 10 : Sistem affiliate

Sistem affiliate ialah dimana seseorang individu akan dibayar sejumlah komisen apabila berjaya membuat jualan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh penganjur sistem. Biasanya penganjur boleh jadi orang perseorangan mahupun syarikat namun ia bukanlah syarikat yang mempunyai lesen Jualan Langsung. Maka ia tidak dikategorikan sebagai jualan langsung.
Sejak akhir-akhir ini semakin ramai rakyat Malaysia yang mula membuat sistem affiliate sendiri. Namun kebanyakkannya lebih menjurus kepada bentuk sistem piramid yang lebih mengutamakan kemasukan ahli baru berbanding kualiti produk.

Kesemua ini hanyalah maklumat bagi tujuan pendidikan pengguna sahaja. Ianya tidak melambangkan keseluruhan sistem perniagaan di Malaysia. Tips yang diberikan ini hanyalah untuk peringatan dan berkongsi maklumat sesama pengguna.

Tapi bagi aku… aku tidak akan sekali-kali terjebak dengan benda-benda macam ini di dalam dunia internet. Jangan percaya dengan perkataan KAYA, JUTAWAN, DUIT, WANG, JANA, RAHSIA, PENDAPATAN, SENANG, MUDAH, PERCAYA dan sebagainya. Berusahalah dengan kudrat, idea dan semangat yang ada.

Sekian… avoid scam… rock terus rock the world..!!

Kachewaa & Konsert 3K (Kugiran-Kugiran Kelantan)

Clip Video – Thunder March – Kachewaa (Konsert 3K)

Pada 24hb. Oktober (Sabtu) yang lalu, aku dan rakan-rakan seperjuangan di dalam dunia seni telah berjaya mengadakan satu mini konsert (gig)  di Dewan YKK, Kota Bharu, Kelantan. Konsert ini adalah konsert yang mengundang band-band indie di seluruh negeri Kelantan. Tujuan konsert ini ialah untuk mengajak belia-belia Kelantan untuk menceburi bidang muzik dan menghindari budaya lepak. Bukan senang nak senang tu memandangkan sudah hampir 20 tahun konsert ‘rock’ telah lama tidak diadakan kerana isu politik. Faham-faham je laaa… Tapi kami positif kerana niat kami untuk melihat sejauh mana belia-belia Kelantan aktif dalam industri indie band ini…

Aku sebenarnya sudah lama tak bermain muzik secara live… rasanya hampir 10 tahun kerana kesibukan dan tanggungjawab setelah bekerja dan berkeluarga… Jadi bila dah bekerja sendiri ni, ada free sikit dan masa aku tengah sibuk dengan projek 2 bulan lepas, kawan-kawan la yang offer dan bertanya mengenai aktiviti yang dah lama tak diamalkan di negeri Kelantan ini. Setelah perbincangan dibuat maka kami bersetuju berkongsi tenaga dan kapital untuk mencuba, aku membantu dari segi pengurusan dan nasihat, sementara bapa saudara aku Roy (Artmedia), Jai (e-Studiovalley) dan kamal (Artmedia) pula dipertanggungjawab sepenuhnya untuk urusan teknikal dan contact. Pada waktu itu aku tak terfikir pun nak join main muzik sebab aku dah lama tak main… jadi takda kesungguhan sangat… Nak dijadikan cerita sebulan sebelum konsert tertubuhlah sebuah kumpulan muzik yang dianggotai oleh bekas otai-otai rock era 90an… KaCheWaa atau Kachewaa (asalnya perkataan ‘kecewa’ tapi diklasikkan sikit)… dianggotai oleh Roy (Lead Guitar), Jai (Rythm Guitar), Kamal (Bass) dan Lan (Drum). Roy merupakan bekas ahli kumpulan Desire sementara Jai dan Kamal pula pernah menggangotai kumpulan indie Middleman dan Generation X. Lan pula merupakan orang lama dalam industri muzik di Kelantan dan banyak terlibat dalam dunia seni sebagai sessionist. Tak lama kemudian 2 beradik Hamzan (keyboards) dan Hasnol (vocal) turut menyertai Kachewaa dan melengkapkan lagi kumpulan muzik baru ini. Hamzan adalah bekas pemain bass kumpulan Zodiak sementara Hasnol adalah merupakan penyanyi solo untuk lagu-lagu seni dan budaya di Kelantan. Pengalaman dan kemahiran yang dimiliki oleh mereka-mereka ini mengukuhkan lagi semangat dan perjuangan ahli-ahli band Kachewaa…

2 minggu sebelum konsert bermula, Roy menghubungi aku dan bertanya jika aku dapat join band Kachewaa untuk konsert… aku mulanya panik juga sebab dah 10 tahun tak bermain muzik secara live concert (kecuali untuk majlis rasmi yang main muzik sambil duduk dengan pakaian kemeja & slack aiyoo…).  tetapi entah kenapa tiba-tiba darah aku berderau… bila diimbas kembali zaman kegemilangan aku sebagai pemuzik sejak tahun 1988 hingga 1995… dapat aku bayangkan diri aku semasa bermain untuk band Migraine Revolution, SDC, Desire, MigRev dan solo… aku menjadi bersemangat semula seperti baru semalam aku tamat (graduat) dari Yamaha Music School… hehehee…. aku pun lantas bersetuju dan apabila dimaklumkan oleh Roy band Kachewaa dah ada 6 ahli, kehadiran aku menjadikan 7 maka ada 3 orang pemain gitar la jawabnya… Ini dah kira macam Iron Maiden dah ni… heheheee…  ok lah… aku setuju untuk jadi pemain 2nd Lead Guitar sebagai undangan… Cuma satu je yang aku sedar… kelajuan dan skill solo aku dah makin hilang… arpegio & sequence pun dah lari habis, lama tak main la katakan… tapi apapun aku punya strumbing, power chord dan plucking masih berbisa… Yeaahhh..!!! redah je laahhh… Maka aku cari balik gitar ibanez gio yang aku beli pada tahun 2004 dulu dalam stor… masih berbungkus dengan baik lagi… dan bila test sound… masih ok.. syukur… original single pickup untuk plucking dan double pickup dimarzio masih lagi berfungsi dengan baik walaupun dah nampak karat-karat yang cemburu dengan aku kerana membungkusnya… jadi aku praktis sedikit demi sedikit supaya hujung jari jemari aku menjadi lasak. Tali-tali yang berkarat tu aku cuci dan lap dengan minyak supaya toksin-toksin tidak mencederakan dan menyerap ke dalam jari aku… huhuuu…

Seminggu sebelum konsert, aku pulang ke KB dengan membawa gitar… buat pertama kalinya naik flight dengan gitar… segannya rasa… kalau ada geng takpa juga, ni aku naik dengan 2 orang anak aku ammar dan aida… hahahaa…!! papa rock la katakan… aku try buat selamba tapi pakcik-makcik yang dok sebelah tu dok sok sek sok sek… ye lah.. nak bawa gitar balik kelantan buat apo? bukannya ada konsert pun… TAPI ADA…!!! Ya ada…! aku hanya mampu tersenyum sambil melayan 2 orang anakku yang lasak tu… Kebenaran untuk adakan konsert ni telah diuruskan oleh Jai dan Kamal setelah mendapatkan permit polis, kebenaran menggunakan dewan YKK, makluman IPD serta mendapat sokongan daripada Kelab Budaya Seri Temenggong serta beberapa company seperti E-StudioValley, Artmedia Production dan beberapa NGO yang lain. Maka konsert ini telah bersedia…

Aku dan team Kachewaa praktis 4 buah lagu iaitu Enter Sandman (Metallica), Pawana (Search), Thunder March (Marty Friedman) dan Mentari Merah Di Ufuk Timur (Search). Praktis selama 2 hari je tapi sebab masing-masing dah ada pengalaman dalam muzik, memang tiada masalah, yang menjadi masalah ialah tempo je… iaitu laju… lagu slow pun jadi laju… pening.. pening… apapun lepas praktis tu kami nekad dah… hari konsert tu go on je lah… (memang main macam speed metal…)

Tiba pada hari konsert, memang bersemangat… walaupun dalam hati ini suspennya hanya Tuhan saja yang tahu… ye lah… dah lama tak dok atas stage… hehehee… kena pulak kumpulan Kachewaa adalah band undangan bersama sebuah band indie dari Selangor/KL iaitu Skudap Skudip… so kena jaga maruah juga tu… apapun rock must go on… dan hasil dari konsert ini aku kagum dan senyum sendiri kerana kumpulan-kumpulan muzik yang hadir dapat bermain muzik underground dengan baik dan hebat… sekurang-kurangnya mereka dapat membuka mata penonton bahawa Kelantan juga hebat dengan band-band indie setiap daerah… selain itu dapat mengingatkan aku dan rakan-rakan yang lain semasa zaman kegemilangan masing-masing… memang betul lah… rock never dies.. heheee.. dan bila tiba turn kumpulan Kachewaa… memang kami perform dengan penuh semangat dan ketenangan… walaupun terdapat masalah teknikal dan taktikal tapi kami selamba je teruskan… it’s just a beginning… not the ending… rock terus rock..!!

Antara band yang hadir ialah Kara Bay, Daisy Honey, Later All, 199x, Belon dan Ashtray sementara band Kachewaa dan Skudap Skudip adalah undangan… apapun nice joining with you all… satu kenangan yang takkan dilupakan… and of course… “ROCK NEVER DIES”..!!!!

The Way… masih diteruskan…

Ya… sudah 3 purnama aku tidak menulis di blog ini kerana aku banyak menulis di dunia luar sana… menulis… dengan idea yang dirancang dan tanpa dirancang… hanya untuk mendapatkan kepingan-kepingan kertas yang punya harga diri… apa boleh buat jalan yang aku pilih kini adalah yang amat mencabar… hanya pengalaman dan pengetahuan selama aku hidup di dunia yang fana ini saja yang banyak membantu…

Dunia produksi bukan satu dunia yang senang untuk kita ceburi… produksi ini akan senang jika poket kita penuh dengan kepingan kertas-kertas yang punya harga diri itu… bezanya dunia produksi ini lebih bebas dan tiada batasan dalam mengeluarkan output atau karya… bagaikan dunia ini milik aku…  bagaimanapun terdapat laluan dan onak yang perlu ditempuhi bagi menjayakan cita-cita dan perjalanan dalam dunia produksi ini…

Persatuan… ya… persatuan dalam bidang produksi… Profima atau dulunya ppfm, Fdam, Karyawan, Seniman dan beberapa lagi merupakan payung kepada mereka-mereka yang ingin bergiat di dalam bidang produksi ini… jika tidak… kita boleh berpayung kepada mana-mana syarikat yang sudah punya lampu hijau di dalam sebarang urusan menerbitkan produksi… jika tidak… kita tidak akan ke mana… perjalanan akan dipenuhi dengan tol, lencongan, batu bata, lubang sana-sini… memang banyak halangannya…

3 tahun mencuba secara sambilan… setahun mencuba secara serius… aku masih ditakuk lama… hanya berkarya untuk kepentingan masyarakat yang minor… secara amnya masih belum cukup meluas… walaupun ada produksi-produksi yang bersedia menjadi payung kepada karya aku… semuanya cakap saja… hanya untuk kepentingan diri mereka… bagaimanapun… kuasa Tuhan… pada satu hari ada seorang penerbit telah melihat produk yang team aku telah hasilkan… Alhamdulillah pertemuan dibuat dengan sedikit perbincangan… hasilnya amat memberangsangkan… setidak-tidaknya aku perlu mencuba untuk berada di bawah payung yang betul… harapan aku amat tinggi kali ini… Alhamdulillah… laluannya semakin cerah…

Segala nasihat, kata-kata, cadangan, pendapat, pandangan dari mereka-mereka yang berhasad dengki dan cemburu dengan kebolehan dan potensi aku dan team aku dengar selama ini telah Tuhan tunjukkan… ianya tidaklah sesukar mana… kalau niat mereka ikhlas… aku sudah pun memulakan kerja produksiku sejak tahun lepas lagi… hanya mereka-mereka yang nak membantu sahaja yang positif dalam memberi maklumat dan saluran tertentu supaya aku dapat merealisasikan harapan aku untuk berkarya ke persada tanahair dan dunia… mereka-mereka yang negatif… hanya mementingkan pulangan dan segala muslihat dan tipu daya…

Dari bidang teknikal dan teknologi maklumat ke bidang produksi… bukan sesuatu yang senang… aku memulakan bidang baru aku ini dengan kebolehan mengeksploitasikan teknik penerbitan berdasarkan kemahiran dalam teknologi… dan dengan idea yang lahir dari daging lembut yang berlekuk-lekuk tersembunyi di dalam tulang tengkorak di kepalaku… tidak cukup dengan itu… pengorbanan masa, tenaga, darah, kertas yang punya harga diri, keluarga dan banyak lagi sumber juga memainkan peranan… terima kasih juga kepada mereka-mereka yang telah membantu aku dalam bidang ini… sesungguhnya rakan diam di kiri kanan mereka telah menulis sesuatu untuk diadili pada hari perhitungan kelak… itu sudah pasti…

Semoga Allah  merahmati apa yang telah aku usahakan dan semoga Allah permudahkan jalanku ini untuk mencari rezeki kehidupan… amin…

Maxtor ATHENA – Primary or Slave Hard Disk Error

Masalah di atas dihadapi oleh aku beberapa hari lalu dan amat mengerikan kerana hard disk yg aku gunakan sebagai backup menjadi mangsa. Sememangnya baru aku sedar bahawa jiwa aku berada dalam hard disk ini dan sepanjang tak boleh dibaca, aku rasa seperti berada dalam keadaan koma… gila… Mana taknya… segala data kerja aku, gambar family, video projek termasuk data wife aku semua dalam tu… dan mulai dari hari ini.. aku akan ‘backup’… sentiasa backup.. hehehee…

Masalah pada mulanya berlaku apabila pc aku slow… selain tu ada bunyi hard disk yg agak kuat… aku gunakan 2 jenis hard disk maxtor untuk master dan slave… aku pun saja-saja try disable slave kat CMOS… pc running ok… lepas tu bila aku set balik auto.. slave hard disk aku ni detected sebagai ‘Maxtor ATHENA’… mulanya aku tak perasan tapi bila pc reboot keluar mesej ‘Primary Slave Hard Disk Error’… wadusss.. gabra habis aku dibuatnya.. try lagi dan lagi still masalah yang sama dan bila aku teruskan reboot drive slave tu dah takda… Blur dan Blank aku dibuatnya beberapa ketika…

Apapun… sehari dua aku mencari dan research dalam internet akhirnya aku menemui penyelesaian… rupanya hard disk maxtor versi 541DX ni selalu timbul masalah ini di mana firmware code pada hard disk tersebut telah berubah apabila tiba masanya (aku dah guna 6 tahun baru jadi).. biasanya jika kerapkali on off… jadi aku jumpa tools HDD Firmware Repairer dari SalvationData.com

Tools yang aku pilih ialah HDD Firmware Repairer 2.0 (versi CD-Rom)  Cara yang aku gunakan adalah seperti berikut :

- download pakej HDD Firmware Repairer 2.0
- extract ke folder untuk dapatkan manual dan iso file
- dengan menggunakan nero burner aku burn CD yg kosong dengan iso file tadi untuk menjadi bootable dengan pakej HDD Firmware Repairer
- baca manual dengan teliti (terutama setting jumper ‘safe mode’) – pin 2+6, 3+7.
- aku offkan pc dan tanggalkan kabel ide slave hard disk
- aku tanggalkan juga ide master hard disk
- aku onkan pc dan masuk ke CMOS
- set auto pada semua IDE (kalau dah set tak payah)
- aku tukar boot sequence kepada CDROM kemudian save dan exit
- boot dengan CDROM yang telah burn tadi
- apabila aplikasi HDD Firmware telah load aku pilih ‘repair wizard’ untuk repair secara berperingkat dan mengikut arahan pada skrin HDD Firmware
- perlu diingat bahawa hanya hard disk Maxtor jenis 541DX sahaja yang berfungsi dengan tools ini… maxtor jenis yang lain tak dijamin..
- tekan ‘enter’ untuk teruskan sambil membaca arahan
- apabila arahan untuk mount hard disk yang bermasalah tiba baru aku pasang kabel IDE slave hard disk tadi dan tekan ‘enter’
- satu paparan checking table 1, 2, 3 dan 4 akan dikeluarkan beserta keputusan (biasanya mesej ‘ok’ atau ‘found error and repaired’)
- arahan ‘finish’ dipaparkan dan tekan ‘enter’
- keluar dari program (Exit) untuk restart atau reboot pc
- masuk semula ke dalam CMOS dan lihat IDE yang detect kalau tiada lagi ‘Maxtor Athena’ maka masalah ini telah diselesaikan..
- off pc dan pasang semula kabel IDE master hard disk dan on kembali
- Settled and solved…

Fuh..!! lega tak terkira aku dibuatnya… terima kasih kepada internet dan google… heheheee… dan semestinya kepada Allah S.W.T. kerana memberi aku idea dan ilham untuk mencari penyelesaian ini… Subhanallah…

Bengkel Penulisan Skrip di FINAS

Pada 10hb. Mei 2009 yang lepas, aku telah join bengkel penulisan skrip anjuran Martias Entertainment dan Finas. Alhamdulillah… banyak gambaran yang aku nampak untuk menceburi bidang penulisan skrip ini di kaca mata penulis, penilai, penerbit, pengarah dan juga pelakon sendiri. Bukan senang nak senang sebenarnya dan tidak hairanlah banyak skrip yang dihantar ke stesen-stesen tv mahupun syarikat penerbitan berakhir di dalam tong sampah kerana kesilapan format, teknik dan bahan.

Aku rasa bertuah kerana panel yang memberi talk dalam bengkel tersebut terdiri dari mereka-mereka yang telah lama bergiat dalam bidang penerbitan tv dan filem. Antara yang terlibat ialah en. Martias Ali (penulis yang banyak menerima award), en. Zainal (penerbit RTM), en. Jurey rosli (penerbit & pengarah), en. Zaidi Omar dan pn. Wan Maimunah (pelakon). Mereka memberi pandangan tersendiri mengenai mutu dan persembahan penulisan skrip sebelum digarapkan di dalam pentas lakonan. Tak lupa juga kepada rakan-rakan peserta yang banyak berkongsi pengalaman di mana seterusnya menjadi networking aku dalam bidang produksi ini.

Kesimpulannya, walaupun bengkel ini diadakan selama satu hari suntuk tetapi aku telah dapat gambaran yang jelas mengenai penulisan skrip, hala tuju skrip, teknik dan format, masalah-masalah yang dihadapi, hakcipta, royalti, kos dan demand sebagai penulis. Sudah cukup banyak aku rasa hasil dari perkongsian dengan panel dan rakan-rakan. Alhamdulillah… hidup perlu diteruskan…

Bengkel Penerbitan Dokumentari FINAS

Alhamdulillah… semalam aku telah berjaya menamatkan bengkel penerbitan dokumentari di pejabat FINAS kat Hulu Kelang… walaupun jangkawaktu bengkel ini bermula pada 23hb. Mac 2009 hingga 27hb. Mac 2009.. tetapi atas sebab tak dapat dielakkan di mana bapa seorang fasilitator iaitu en. Zaki telah pulang ke rahmatullah pada hari Khamis, maka bengkel ini dilanjutkan sehingga semalam..

Seperti biasa… aku me’mute’kan diri aku sebagai peserta yang baru… walaupun aku biasa dengan production dalam 2-3 tahun ini tapi aku ingin belajar lebih lagi terutama dalam bidang penerbitan dokumentari untuk merealisasikan impian aku sedikit masa lagi.. dan Nah..!! baru aku tahu dan faham untuk penerbitan dokumentari ini… kita tidak mungkin akan berjaya dengan melakukannya mengikut cara sendiri… kita masih memerlukan kepakaran lain yang sememangnya akan menyelesaikan 17 task yang biasanya diperlukan oleh stesen TV atau channel di mana-mana seluruh dunia…

Untuk bengkel ini, aku dengan sengaja menugaskan diri aku untuk menjadi ‘Audio Man’.. sememangnya dari dulu lagi aku nak tahu konsep Audio dalam penggambaran dan penggunaan ’Mixer’ dan ’Boom Mic’.. dah syukurlah aku dapat mencuba dan merasai bagaimana teknik dan kaedah serta produksi yang betul.. terima kasih kepada en. Ibrahim Hashim, AMN atau lebih mesra dengan panggilan ‘Ayahanda’… kerana banyak menurunkan ilmu kepada aku dan para peserta sekalian.. cuma yang buat aku terharu ayahanda masih ingat lagi pada aku semasa mengikuti kursus beliau di ASWARA tahun lepas… beliau juga kadangkala memanggil aku secara peribadi di cafe untuk memberi tips yang amat berguna untuk menjadi audio man… agaknya dia lihat aku ‘rock’ dengan rambut bertocang mengingatkan diri beliau di zaman kegemilangannya semasa bekerja dengan team ‘hollywood’ era zaman 80an dahulu… hasilnya aku berpuas hati dengan kerja aku… cuma… bila dah ada ‘group’ ni.. kita kena banyak bersabar dan berfikiran positif… sabar je lah…

Bagaimanapun… selepas 5 hari dan sehari tak tidur… team aku berjaya menghasilkan ‘Mencari Juwita’… misi mencari seekor Badak Air yang istimewa di Paya Indah Wetlands… nak tahu apa yang istimewanya? kena lihat dokumentari team aku ni di youtube atau di mana-mana saja yang team aku akan upload… bukan aku… kerana aku sebenarnya kurang berpuas hati dengan produk ini atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan… terutama  tentang dokumentari ini terlalu banyak background muzik… aku tak pasti samada editor yang ditugaskan atau team aku yang tambah benda alah ni.. mungkin dorang rasa kosong.. adusss..!!! kecewa betul aku… bila masa dorang taruk muzik tu pun aku taktau alih-alih bila aku preview ada dengar muzik lagu tu berulang-ulang.. ishhh..!!! sudah tentu masa penilaian juri komen sebab mengganggu VO… hmmmm…. tapi takpa.. learning process la katakan… apapun aku ucapkan terima kasih kepada editor bertugas kerana sudi menjadi editor team aku dengan idea yang orait… lagipun dokumentari ini hanya untuk produk bengkel untuk melihat sejauh mana pemahaman dan kebolehan peserta dalam membuat penggambaran dan suntingan… aku pun dah malas dah nak fikir pasal produk… dah dikeluarkan pun untuk penilaian dan dah dinilai dah pun…

dan aku… cukup puas hati sebab aku dah faham dah kegunaan ‘mixer’ dan ‘boom mic’ di mana terdapat 2 teknik rakaman yang biasa digunakan iaitu Sep : Mag dan Com : Mag… (separated & Combined)… ilmu ini menyedarkan aku bahawa penggunaan gun mic adalah lebih baik dari cordless, microphone  dan camera mic…

aku juga amat berpuas hati dan bersyukur sangat sebab team aku sememangnya memberi kerjasama yang amat baik kepada aku dan diri masing-masing walaupun terdapat beberapa insiden ketegangan urat yang tak dapat dielakkan… tapi dengan perbincangan dan luahan perasaan masing-masing… mereka dapat memahami antara satu sama lain…

tentang team dari FINAS… alhamdulillah juga… En. Zaki dan Ayahanda yang sentiasa tidak kering idea dan gusi dibuatnya sepanjang kelas dan luar kelas.. Jefri (teknikal), Zaidi (audio post) dan Ana (visual editor) termasuk urusetia Iza dan Ju… terima kasih kepada semua atas peluang dan ruang yang telah diberikan kepada aku…

InsyaAllah, kata-kata akhir aku… mungkin aku akan ke FINAS lagi untuk kursus lain pula… Rock….!!!

p/s: bila aku nak start dokumentari hasil sendiri ni..?? hmmmm…

Yang Kalut lagi Melalut…

Sehari dua ini aku dan rakyat Malaysia dikejutkan dengan kontroversi kejatuhan kerajaan pembangkang di tangan kerajaan BN di Perak darul redzuan… Apa boleh buat? aku hanya termenung dan berfikir yang bukan-bukan… Aku dah kata dah… rakyat sekarang ni dah sedar dan bijak dalam memilih wakil yang dapat membantu mereka untuk kehidupan sejagat dan inilah hasilnya.

Sememangnya apa yang berlaku di negeri kelahiran bapaku ini sudah di agak… bukan saja oleh aku dan keluarga malah seluruh rakyat Perak dan Malaysia. Ada permainan ‘wayang kulit’ di sana. cuma bezanya ‘tok dalang’ dalam wayang itu terlalu ramai lebih dari satu…

Hmmm… nampaknya terserlah juga Pakatan Rakyat yang mempunyai masalah dalam menerajui sesebuah negeri apabila ahlinya tidak sependapat dan bersatu… apa lagi untuk menerajui Malaysia kelak… sekurangnya Allah dah tunjukkan kepada rakyat dan pemimpin sendiri bahawa tiada lain dan bukan lagi bagi meneruskan perjuangan dalam politik mesti ikut kehendak rakyat untuk rakyat… sebelum ini pun aku perhatikan kerajaan negeri Perak agak sombong dalam menerajui kepimpinan dengan mengenepikan hak rakyat yang menyokong parti kerajaan. Tak perlu bertanya kenapa dan mengapa perkara ini berlaku… hanya perlu teruskan kembali perjuangan yang ada…

Satu perkara yang aku sangat tidak bersetuju dalam kontroversi ini ialah… keingkaran dan penderhakaan terhadap DYMM Sultan Perak sendiri… MasyaAllah… malah ada lagi yang nak mengambil tindakan saman terhadap DYMM Tuanku… Hishh.!! Ini memang gila bin ajaib… apapun tak perlu juga bertanya kenapa dan mengapa… sendiri mau ingat juga…

Harapan yang ada… kepada pemimpin-pemimpin yang telah diberi mandat sebelum dan selepas ini… bersyukurlah dengan kedudukan yang diberi oleh Allah S.W.T. melalui rakyat jelata… jalankan tugas dan tanggungjawab dengan baik dan adil. Sesungguhnya kita tidak bersendirian di dalam dunia ini… Hari ini kita bangun… esok kita akan duduk dan baring…

Wallahu’alam…

Return top